Suatu set warna primer merujuk kepada set warna yang boleh dicampur untuk menghasilkan keseluruhan julat (gamut) warna. Warna primer adalah penting untuk membentuk persepsi pelbagai warna seperti dalam peranti elektronik dan lukisan berwarna. Persepsi yang terkait dengan satu kombinasi juga dapat diramalkan dengan model pencampuran yang tepat (penambahan dan penolakan) yang membayangkan perihal fizik berkenaan cara cahaya berinteraksi dengan medium fizikal, dan akhirnya, di retina mata. Selain itu, warna primer juga boleh bersifat konsep (tidak nyata) selaku suatu elemen tambahan ruang warna atau suatu kategori fenomena dalam bidang-bidang seperti psikologi dan falsafah. Primer-primer ruang warna ditakrif secara terperinci dalam uji-uji kaji kolorimetri psikofizik yang menjadi asas pemahaman penglihatan warna.

Spektrum pancaran tiga fosfor yang mentakrifkan warna primer tambahan bagi skrin tiub sinar katod. Peranti-peranti elektronik lain memiliki set warna primer mereka sendiri dengan spetrum pancaran berbeza.

Merah-kuning-biru sunting

 
Rajah roda warna Johannes Itten dengan warna merah-kuning-biru sebagai set warna primer dalam segi tiga pusat.[1]

Pakar teori warna sejak abad ke-17 serta banyak pelukis dan artis reka seni sejak itu telah menetapkan set merah-kuning-biru sebagai set warna primer. Sistem ini yang dikenali sebagai "teori warna tradisional" sering digunakan untuk menyusun dan membandingkan warna, dan kadangkala diusulkan sebagai set pencampuran pigmen untuk memperoleh kebanyakan atau keseluruhan julat warna.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Itten, Johannes (1961). The art of color : the subjective experience and objective rationale of color. New York: Reinhold Pub. Corp. m/s. 34–37. ISBN 0442240376. By way of introduction to color design, let us develop the 12-hue color circle from the primaries – yellow, red, and blue. As we know, a person with normal vision can identify a red that is neither bluish, nor yellowish; a yellow that is neither greenish, nor reddish: and a blue that is neither greenish, nor reddish. In examining each color, it is important to view it against a neutral-gray background.
  2. ^ Zena O’Connor (2021). "RYB Color". Encyclopedia of Color Science and Technology – Living Edition. Springer. m/s. 1–4. doi:10.1007/978-3-642-27851-8_453-1. ISBN 978-3-642-27851-8. Dicapai pada 6 Jun 2021.