Warta Negara merupakan akhbar harian bertulisan Jawi di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Akhbar ini diterbitkan di Pulau Pinang pada 3 September 1945 oleh A. Jelani dan dicetak oleh Warta Negara Press, Pulau Pinang.[1] Akhbar ini pada mulanya dicetak sebanyak empat muka surat, namun pernah dicetak dua muka surat dan enam muka surat. Sebagai akhbar yang umum, Warta Negara menyiarkan ruangan teteap seperti berita umum, rencana pengarang, rencana umum fikiran pembaca dan iklan-iklan.[2] Penerbitan akhbar ini dihentikan pada 1969.

Warta Negara
Akhbar dari rakyat untuk rakyat
Warta Negara, 14 Mac 1962.
JenisAkhbar harian
Diasaskan3 September 1945
BahasaMelayu
Dihentikan penerbitan13 Julai 1969
Ibu pejabat32 & 34 Argyll Road, Georgetown, Pulau Pinang
NegaraTanah Melayu British
Malaysia
Edaran6,000 (1950an)
Pemilik
PengasasAhmad Jaliani
Ketua pengarangIbrahim Mahmud (pertama)
Osman Abadi (terakhir)

Sejarah sunting

Warta Negara merupakan akhbar yang pertama terbit di Pulau Pinang dalam tempoh selepas Perang. Akhbar harian ini mula diterbitkan pada 3 September 1945 oleh Ahmad Jelani, bekas kakitangan akhbar Melayu-Jepun Penang Shimbun.[3] Akhbar itu dicetak oleh Warta Negara Press daripada peralatan yang dibeli dari bekas percetakan Jepun di Pulau Pinang. Warta Melayu menggunakan slogan "Julung-julung Akhbar Harian Melayu diterbitkan dalam masa lepas Perang".[1][2] Satu lagi slogan yang diguna pakai ialah "Akhbar dari rakyat untuk rakyat". Akhbar ini diterbitkan dalam tulisan Jawi, dan menyediakan terjemahan rencana daripada sumber berbahasa Inggeris.[3]

Edaran harian akhbar ini melonjak sekitar 6,000 pada 1950an. Akhbar lain lain bernasib baik, termasuk Utusan Melayu (yang terjual 25,000 naskhah setiap hari), dan Melayu Raya (yang memuncak pada 30,000 naskhah setiap hari pada 1950).[4]

Pemilikan sunting

Warta Negara pada mulanya diterbitkan oleh Warta Negara Press. Pada hujung 1964, Utusan Melayu Press (kemudian dinamakan Utusan Melayu (M) Berhad) telah mengambil alih akhbar ini sehingga diberhentikan penerbitannya pada 1969.[2]

Pengarang sunting

Pengarang pertama akhbar ini ialah Ibrahim Mahmud yang sebelum itu pernah mengendalikan beberapa akhbar sebelum Perang termasuklah Warta Malaya, Pemimpin Melayu, Warta Jenaka, Penang Shimbun, Pancharan Matahari dan kemudiannya Malaya Merdeka. Beliau berkhidmat sehingga tahun 1950[2] sebelum berkhidmat di majalah Suara UMNO.[1]

Jawatan beliau diambil alih oleh Abdul Wahab Zain. Abdul Wahab menjadi pengarang selama tujuh tahun.[2] Semasa beliau berkhidmat, beliau telah menerbitkan Warta Mingguan iaitu Warta Negara edisi hujung minggu dan diterbitkan hanya seminggu sekali.[1]

Abdul Wahab digantikan oleh Ahmad Ismail/Ahmady Asmara (1957-1960); Ibrahim Legon (1961-1962); Salim Kajai (1963-1964) dan Haji Jaafar Yusof (1964). Pada hujung tahun 1964, syarikat Utusan Melayu Press mengambil alih akhbar ini dan Harun Hassan dilantik sebagai pengarang bagi tempoh 1964-1967. Selepas tiga tahun, Osman Abadi pula dilantik sebagai pengarang sehingga penerbitannya terhenti pada 1969.

Senarai pengarang Warta Negara
Pengarang Mula khidmat Tamat khidmat Syarikat penerbitan
Ibrahim Mahmud 1945 1950[2]/1952[1] Warta Negara Press
Abdul Wahab Zain 1950/1952 1957
Ahmad Ismail/Ahmady Asmara 1957 1960
Ibrahim Legon 1961 1962
Salim Kajai 1963 1964
Haji Jaafar Yusof 1964 1964
Harun Hassan 1964 1967 Utusan Melayu Press
Osman Abadi 1967 1969

Penutupan sunting

Penerbitan Warta Negara dihentikan pada 13 Julai 1969 untuk membolehkan syarikat Utusan Melayu Press memberi perhatian kepada Utusan Melayu yang semakin susut pasarannya. Sehubungan dengan tindakan itu, riwayat Warta Negara yang menjadi akhbar selama 24 tahun mengetengahkan suara orang utara Malaysia kepada masyarakat telah tamat.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Noorita Abdul Hamid (2005). Politik Melayu daripada perspektif Warta Negara 1945 (PDF). Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
  2. ^ a b c d e f Hamedi Mohd Adnan (2015). 100 Akhbar Melayu. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia. m/s. 109–111.
  3. ^ a b "3 September 1945 – Penerbitan Akhbar Warta Negara Pertama". Rnggt. 3 September 2020.
  4. ^ Hamedi M., Adnan; Mohamad Saleeh, Rahamad (2014). "Post-Second World War Malay Magazine, 1945-1957: Analysis on the Circulation and Distribution". Historical Research Letter. International Institute for Science, Technology and Education (IISTE). 11.
  5. ^ "Warta Negara ta' terbit lagi". Berita Harian. 1 Ogos 1969. m/s. 5. Dicapai pada 14 Februari 2015.