Wartawan

Wartawan (bentuk muanas: wartawati) atau jurnalis merupakan satu kerjaya dalam industri media massa merangkumi surat khabar, majalah, televisyen, radio dan internet. Seorang wartawan bertugas untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang berita terkini, orang ternama, tren dan isu-isu yang relevan. Kerja wartawan juga termasuk mengarang, menyunting, menyiar serta membacakan berita yang disampaikan kepada penonton atau pembaca.

Sekelompok wartawan menghala kamera dan mikrofon mewawancara Vladimir Putin, tahun 2002.

PeristilahanSunting

Perkataan "wartawan" merupakan hasil pengimbuhan kata dasar "warta" bermaksud "khabar" atau "berita"; ia meminjam kata bahasa Jawa ꦮꦂꦠ warta yang bermaksud "kejadian" menyerap kata bahasa Sanskrit वृत्त vṛtta yang memberi maksud sama selain "petualangan" dan "peristiwa".[1] Istilah ini mula diwujudkan semasa Kongres Bahasa Indonesia pertama diadakan tahun 1938 dan dipopularkan dalam terbitan akhbar Soeara Oemoem di Surabaya, Hindia Timur Belanda untuk menggantikan kata pinjaman "jurnalis".[2]

"Jurnalis" kata serapan Belanda[2] journalist ("orang jang kerdja sama soreat kabar boeat oeroesan tjatet kabaran atawa toelis artikel"[3]) meminjam dari bahasa Perancis terbitan perkataan journal "catatan harian" (sepunca perkataan "jurnal") dari kata dasar jour bermaksud "hari".[3][4]

PersiapanSunting

PeralatanSunting

Ketika bertugas di lapangan, wartawan akan membawa telefon bimbit, kamera, buku nota dan pen, alat rakaman video dan/atau video dan lain-lain untuk membuat liputan serta mencari berita. Pada masa kini, wartawan mesti mahir menggunakan komputer, internet dan enjin carian. Mereka akan melayari perpustakaan online untuk mendapatkan arkib berita. Selalunya mereka akan terkejar-kejar ke sana-sini untuk 'scoop' sesuatu berita yang humanisme kerana pembaca suka yang sensasi dan terkini.

Wartawan perlu mencari berita, menulis dan melaporkan isu semasa, terkini dan masa lalu. Mereka mestilah pantas dan tangkas menulis kerana setiap patah kata orang yang ditemubual mestilah ditulis dalam buku nota. Buku nota akan menjadi saksi dan bahan bukti jika didakwa di mahkamah. Terkini, rakaman suara dan video akan menjadi bukti jika ada yang cuba menyanggah berita.

Kemahiran bahasaSunting

Kerjaya wartawan haruslah bijak berkomunikasi dengan orang ramai , jabatan kerajaan dan mempunyai daya kreatif dan imaginasi yang tinggi. Oleh itu, wartawan mestilah mahir berbahasa antarabangsa terutama bahasa Inggeris.

Tidak ada salah ejaah dan salah fakta. Mereka akan merujuk kamus setiap masa. Daya ingatan mestilah tinggi terutama nama penuh seseorang, jawatan dan peristiwa lalu. Selalu juga mereka akan 'mencipta' istilah baru tanpa disedari.

Berani dan kreatifSunting

Wartawan yang berjaya dikatakan banyak menulis rencana dan dapat diingati ramai kerana tulisannya penuh bermaklumat dan mencetuskan kegemparan dalam surat khabar. Jadi, wartawan mestilah banyak membaca buku dan berani melaporkan isu dan berita yang dikira sensitif. Wartawan mungkin ditahan, ditangkap, disaman dan dipenjarakan oleh pihak kerajaan kerana mendedahkan penyelewengan dan ketidakaturan pentadbiran. Wartawan mengetahui banyak perkara tetapi tidak semua dapat disiarkan. Tapisan demi tapisan akan dibuat dengan alasan kepentingan dan keselamatan.

Skandal Watergate selalu menjadi rujukan tentang kehebatan seseorang wartawan. Peter Arnett pula melaporkan situasi perang semasa pencerobohan Amerika Syarikat terhadap Iraq dan Afghanistan dari bumbung bangunan di Baghdad . Dengan menggunakan komputer, parabola dan satelit, Peter Arnett melaporkan serangan peluru berpandu Amerika Syarikat . Tentera Saddam Hussein pula menyerang balas ke atas Israel dengan peluru berpandu.

Wartawan mungkin akan disaman dan membayar gantirugi jika tersalah lapor dan tidak adil. Contohnya ialah Chamil Wariya dan Zaini Hassan.

Hasil hubungan rapat dengan pemimpin dan orang ramai, wartawan berkemungkinan boleh menjadi ahli politik dan wakil rakyat. Contohnya Ruhanie Ahmad, Abdul Rahman Suliman, Badrul Hisham Abdul Aziz dan ramai lagi.

RisikoSunting

Wartawan boleh mendedahkan diri kepada bahaya yang boleh mengancam lagi-lagi di tempat di mana kebebasan akhbar dikekang pihak berkuasa yang menjaga tempat kejadian mahupun di medan pertempuran yang sengit, malah ada yang terbunuh akibat pekerjaan yang dilakukan para wartawan ini. Masalah psikologi juga dikira lagi-lagi dalam kalangan wartawan yang meliputi kegiatan perang di mana bantuan mengatasi trauma persekitaran sangat diperlukan, namun ia kurang mendapat perhatian setakat ini.[5]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 1009. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 195–196. ISBN 979-459-416-4.[pautan putus]
  2. ^ a b Bambang Bujono (3 Mei 2010). "Perlukah Kitab Vortaro?". TEMPO.
  3. ^ a b Kwik Khing Djoen (1923). "journal" (PDF). Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 160.[pautan putus]
  4. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "journalist". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  5. ^ Tabeling, Petra (24 December 2014). "Petra Tabeling: In crisis areas, journalists are at risk in physical and psychological terms". D + C. m/s. 15. Dicapai pada 9 March 2019.