Washington (negeri)
Washington adalah salah sebuah negeri yang membentuk Amerika Syarikat. Ia dinamakan bersempena George Washington, Presiden Amerika Syarikat yang pertama. Washington menjadi wilayah Amerika Syarikat yang ke-42 pada 11 November 1889. Washington tidak harus dikelirukan dengan ibu negara Amerika Syarikat, Washington, D.C.
Washington | |||||||||||
| |||||||||||
Demonim | Washingtonian | ||||||||||
Ibu negeri | Olympia | ||||||||||
Bandar raya terbesar | Seattle | ||||||||||
Keluasan | Kedudukan ke-18 | ||||||||||
- Jumlah | 71,342 batu persegi (184,827 km²) | ||||||||||
- Lebar | 240 batu (400 km) | ||||||||||
- Panjang | 360 batu (580 km) | ||||||||||
- % air | 6.6 | ||||||||||
- Latitud | 45° 33′ U ke 49° U | ||||||||||
- Longitud | 116° 55′ W to 124° 46′ W | ||||||||||
Penduduk | Kedudukan ke-13 | ||||||||||
- Jumlah | 6,468,424 | ||||||||||
- Kepadatan | 88.6/batu persegi 34.20/km² (ke-25) | ||||||||||
- Pendapatan median | AS$53,515 (ke-13) | ||||||||||
Ketinggian | |||||||||||
- Titik tertinggi | Gunung Rainier 14,410 ft (4,395 m) | ||||||||||
- Purata | 1,700 ft (520 m) | ||||||||||
- Titik terendah | Lautan Pasifik 0 ft (0 m) | ||||||||||
Kemasukan ke dalam Kesatuan |
11 November 1889 (ke-42) | ||||||||||
Gabenor | Jay Inslee (D) | ||||||||||
Leftenan Gabenor | Denny Heck (D) | ||||||||||
Senator A.S. | Patty Murray (D) Maria Cantwell (D) | ||||||||||
Delegasi Dewan A.S. | Senarai | ||||||||||
Zon waktu | Pasifik: UTC-8/-7 | ||||||||||
Singkatan | WA US-WA | ||||||||||
Tapak web | www.access.wa.gov |
Terdapat lebih 6 juta orang tinggal di Washington, kebanyakannya tinggal di bahagian barat yang mendapat banyak hujan. Satu perempat dari penduduknya tinggal di bahagian timur yang kurang mendapat hujan serta terdapat kawasan di timur yang beriklim gurun. Bandar terbesar di timur adalah Spokane yang juga kedua terbesar selepas Seattle.
Panggilan lain negeri ini adalah "Evergreen State" (Negeri Malar Hijau) kerana ia mempunyai banyak pokok pine. Washington mempunyai banyak hutan, sungai, kanyon kecil dan gunung yang cantik, antaranya Gunung Rainier.
Demografi
suntingMenurut bancian pada tahun 2006, Washington mempunyai populasi seramai 6,395,798 iaitu pertambahan sebanyak 501,658 atau 8.5% sejak tahun 2000.[2] Ini termasuk kemasukan pendatang dari luar Amerika Syarikat ke dalam negeri Washington. Setakat 2004, populasi Washington termasuk 631,500 rakyat kelahiran asing (10.3% dari populasi penduduk) dan anggaran seramai 100,000 pendatang haram (1.6% dari populasi).[3]
Berdasarkan bancian 2000, kawasan metropolitan Seattle-Tacoma-Bellevue mempunyai populasi 3,043,878 atau lebih kurang separuh dari jumlah keseluruhan penduduk Washington.[4]
Bandar besar
suntingBandar-bandar besar di Washington menurut anggaran bancian negeri 2007.[5]
No | Bandar | Populasi |
---|---|---|
1 | Seattle | 586,200 |
2 | Spokane | 202,900 |
3 | Tacoma | 201,700 |
4 | Vancouver | 160,800 |
5 | Bellevue | 118,800 |
6 | Everett | 101,800 |
7 | Spokane Valley | 88,280 |
8 | Federal Way | 87,390 |
9 | Kent | 86,660 |
10 | Yakima | 82,940 |
Komposisi kaum
suntingEnam kumpulan kaum terbesar di Washington adalah: Jerman (18.7%), Inggeris (12%), Irish (11.4%), bangsa Norway (6.2%), bangsa Mexico (5.6%) dan Filipino (3.7%).
Terdapat ramai pendatang Mexiko bekerja di ladang-ladang di Washington. Washington juga mempunyai penduduk Amerika-Asia yang kelima terbesar di Amerika Syarikat. Masyarakat Filipino adalah kumpulan terbesar di negeri ini. Gary Locke merupakan bangsa Amerika-Asia pertama dipilih sebagai gabenor (dan setakat ini, satu-satunya gabenor berbangsa Amerika-Cina dalam sejarah Amerika Syarikat) pada akhir tahun 1990-an.
Bangsa Amerika-Afrika walaupun kurang dari Asia dan Hispanik tetapi ada yang dipilih sebagai datuk bandar Seattle, Spokane dan Lakewood dan juga sebagai eksekutif King County. Tacoma menyaksikan peningkatan populasi Amerika-Afrika.
Washington juga adalah lokasi tanah simpanan penduduk asli Amerika dan sesetengahnya mempunyai pusat judi kasino terkenal. Pengaruh budaya masyarakat asli Amerika dapat dilihat dalam masyarakat seperti dalam hasil-hasil seni. Kebanyakan nama bandar juga berasal dari sebutan masyarakat asli Amerika seperti Yakima, Seattle, Spokane, Puyallup dan Walla Walla.
Ekonomi
suntingKDNK 2005 Washington berjumlah AS$268 bilion, menempatkan negeri itu di tangga ke-14 teratas di Amerika Syarikat.[6] Pendapatan per kapita pula sebanyak AS$42,702 iaitu yang ke-17 di Amerika Syarikat. Antara nama syarikat penting di negeri itu termasuk pembuat jet Boeing, Microsoft, Amazon.com, Nintendo Amerika Syarikat, dan Weyerhaeuser.
Sejumlah besar barang dagangan dari Asia melalui pelabuhan Seattle. Kajian majalah Fortune mengenai 20 syarikat Amerika Syarikat yang dipandang tinggi mendapati empat daripadanya beribu pejabat di negeri ini iaitu Starbucks, Microsoft, Costco dan Nordstrom.[7]
Bill Gates (nilai kekayaan AS$59.2 bilion), kedua terkaya di dunia, adalah bilionaire terkenal dari negeri ini.[8] Bilionaire lain yang tinggal di Washington adalah Paul Allen (Microsoft), Steve Ballmer (Microsoft), Jeffrey Bezos (Amazon), Craig McCaw (McCaw Cellular), James Jannard (Oakley), Howard Schultz (Starbucks), dan Charles Simonyi (Microsoft).[9]
Pertanian
suntingWashington adalah antara negeri utama dalam bidang pertanian. Pada tahun 2003, nilai produk pertanian Washington adalah AS$5.79 bilion, iaitu ke-11 tertinggi di Amerika Syarikat. Nilai tanaman negeri itu pula adalah AS$3.8 bilion, ketujuh tertinggi. Nilai ternakan pula AS$1.5 bilion, ke-26 tertinggi.
Pada tahun 2004, Washington di tempat pertama dalam pengeluaran raspberri merah (90% dari pengeluaran Amerika Syarikat), epal (58.1%), ceri (47.3%) dan lebih satu pertiga untuk anggur.
Pendidikan
suntingUniversiti-universiti terbesar di Washington adalah Universiti Washington dan Universiti Negeri Washington yang terletak di Pullman.
Rujukan
sunting- ^ "State Symbols". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-05. Dicapai pada 2008-05-02.
- ^ "Table 4: Cumulative Estimates of the Components of Population Change for the United States, Regions and States: April 1, 2000 to July 1, 2006". U.S. Census Bureau. Dicapai pada 2006-12-22.
- ^ "Immigration Impact: Washington". Federation for American Immigration Reform. 2007. Dicapai pada 2007-10-07.
- ^ "Population in Metropolitan Statistical Areas Ranked by 2000 Census" (PDF). U.S. Census Bureau. Dicapai pada 2006-12-17.
- ^ http://www.ofm.wa.gov/pop/april1/default.asp
- ^ "Gross Domestic Product by State, 2005". Bureau of Economic Analysis. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-13. Dicapai pada 2007-06-15.
- ^ "Top 20 Most Admired Companies". Fortune Magazine. Dicapai pada 2007-06-15.
- ^ Paul McDougall. "Bill Gates Passed By Mexican Telecom Tycoon As World's Richest Man". Information Week.
- ^ [1] Seattle Times, 22 September 2006 "No news here ... Gates still richest"