Watak Pelajar Sekolah Ninja

Berikut adalah watak-watak pelajar yang menuntut di Sekolah Ninja dalam siri anime dan manga Nintama Rantarou. Terdapat enam tahun pembelajaran di Sekolah Ninja tersebut dan setiap tahun mempunyai tiga pecahan kelas iaitu Kelas I (Igumi), Kelas Ro (Rogumi) dan Kelas Ha (Hagumi).


Ichinen-Hagumi (Tahun Satu Kelas Ha) sunting

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Rantarou  
 
Inadera Rantarou (猪名寺乱太郎)
Rantarou merupakan watak utama dalam siri ini. Dia merupakan anak kepada ninja yang miskin dan kebanyakan dan berazam dengan memasuki Sekolah Ninja, dia akan menjadi ninja yang elit. Tetapi, walaupun telah berazam tekad, dia masih sambil lewa dengan lawaknya bersama rakannya Kirimaru dan Shinbei di dalam kelas, walaupun dia antara watak yang paling bertanggungjawab antara mereka bertiga. Penglihatannya tidak bagus tetapi langkah kakinya amat laju. Dia juga merupakan ahli jawatankuasa kesihatan.
Kirimaru   Settsuno Kirimaru (摂津のきり丸)
Kirimaru amat ghairah dengan duit. Dia boleh mendengar walaupun duit syiling 5 zeni jatuh ke tanah 100 meter jauhnya. Dia juga sering membuat kerja sambilan yang kadang-kala lebih banyak dari yang mampu dilakukannya. Dia sering mendapat gred yang teruk, dan apabila dia tak cuba mendapatkan duit daripada orang, dia akan membuat lawak bodoh. Dia tidak mempunyai rumah atau keluarga, maka dia tinggal bersama dengan Cikgu Doi ketika cuti sekolah. Dia juga merupakan ahli jawatankuasa perpustakaan.
Shinbei   Fukutomi Shinbei (福富しんべヱ)
Shinbei anak kepada saudagar kaya. Dia bersaiz pendek, tembam dan hingusnya sering mengalir yang kadang-kala boleh ditarik panjang. Apabila dia tidak mencuci rambut, rambutnya akan tegak berdiri seperti duri landak dan amat tajam seperti senjata. Dia amatlah lembap, cuai dan tak guna dalam semua perkara kecuali makan. Dia juga adakalanya serius dalam hal keluarganya. Dia merupakan ahli jawatankuasa peralatan bersama Kisanta.
Kuroki Shouzaemon   'Shouzaemon (黒木庄左ヱ門)
Shouzaemon merupakan ketua kelas, pelajar yang paling bijak, bersemangat dan berani serta paling bertanggungjawab. Ada kala, dia turut menjengkelkan. Dia mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendalami ilmu ninja lain.
Kisanta   Yamamura Kisanta (山村喜三太)
Kisanta merupakan pelajar pertama dari dua orang pelajar yang berpindah ke kelas itu. Wataknya paling dapat dibezakan antara rakan sekelasnya kerana minatnya dengan lintah bulan. Dia mempunyai berpuluh, mungkin beratus lintah bulan yang disimpannya sebagai binatang peliharaan yang turut mempunyai nama. Tinggal bersama neneknya yang bernama Nini.Pewaris ninja Fuma tetapi tidak bersekolah di Fuma kerana lintah bulannya suka makan sisa masakan mak cik kantin.
Kingo   Minamoto Kingo (皆本金吾)
Kingo merupakan pelajar kedua yang berpindah ke situ. Dia mula tiba kerana ingin mencari pembunuh ayahnya. Walau bagaimanapun, dia kemudiannya mengetahui yang bapanya, seorang samurai, hanya memalsukan kematiannya untuk membuatkan anaknya menjadi lebih kuat. Maka, walaupun dia seorang ninja, dia lebih berminat bermain kendo. Dia juga merupakan ahli jawatankuasa sukan di sekolah.
Danzou   Katou Danzou' (加藤団蔵)
Danzou merupakan pelajar keempat yang paling terserlah. Bapanya membuka syarikat pengangkutan kuda untuk mengangkut barangan. Pada satu ketika, dia bermati-matian memerangi dalang yang membuat pagar tol di bandarnya. Danzou turut mendapat peranan besar dalam versi filem. Dia juga merupakan ahli jawatankuasa kewangan.
Isuke   Ninokuruwa Isuke (二郭伊助)
Isuke merupakan rakan sebilik Shouzaemon dan rakan baiknya. Isuke amat prihatin akan kebersihan hinggakan dia mampu membersihkan kelas sebersih-bersihnya seorang diri. Keluarganya mempunyai perniagaan kain yang menyebabkan dia turut meminati cara baru untu perwarnaan pakaian ninja. Dia agak mengagumi Happousai kerana menurutnya Happousai berani mengaku kekurangan diri walaupun dia ketua ninja.
Heidayuu   Sasayama Heidayuu (笹山兵太夫)
Heidayuu adalah watak yang paling banyak mendapat dialog antara watak kecil hagumi. Heidayuu merupakan rakan sebilik dengan Sanjirou. Dia amat meminati perangkap hinggakan mempunyai pelbagai perangkap dalam biliknya sendiri yang berakhir di kolam iaitu tempat pengetua dan hemuhemu mandi. Dia mempunyai cita-cita untuk menjadi cikgu di sekolah ninja. Dia merupakan ahli jawatankuasa moral.
Sanjirou   Yumesaki Sanjirou (夢前三治郎)
Sanjirou antara watak yang paling sedikit kemunculannya dalam anime. Sanjirou merupakan pelajar yang ceria dan sering ketawa. Dia sanggup belajar dengan Cikgu Shadou untuk mengurangkan gelaknya (yang dirasakan hebat) tetapi dia telah terikut menjadi orang yang murung. Dia juga merupakan ahli jawatankuasa biologi bersama Torawaka.
Torawaka   Satake Torawaka (佐武虎若)
Torawaka juga adalah antara watak yang paling sedikit kemunculannya dalam anime. Torawaka adalah pelajar kelas Ha yang paling pandai tentang senjata api. Dia inginkan kehidupan yang lebih stabil yang menyebabkan dia bercita-cita untuk makan gaji di samping menjalankan kajian tentang senjata api.

Kunoichi Sanningumi (Trio Wanita Kelas Kunoichi) sunting

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Yuki   Yuki
Yuki merupakan ketua bagi rakan yang bertiga di kalangan perempuan dan amat handal. Yuki mempunyai rambut merah dan lincah serta bijak. Pantang dicabar dan dipuji. Dia juga suka menunjuk-nunjuk kepandaiaannya. Sering bergaduh dengan Tomomi walaupun mereka kawan baik. Seperti Tomomi, dia juga suka memperbesarkan perkara-perkara kecil.
Tomomi   Tomomi
Tomomi merupakan rakan karib Yuki dan hampir selincah Yuki dan berjiwa kental. Tomomi yang berambut hitam sama licik dengan pelajar perempuan lain lebih-lebih lagi dalam mengenakan pelajar lelaki kelas Ha.
Shige   Shige
Shige merupakan pelajar yang hanya terdapat dalam anime. Walau bagaimanapun, dia ada buat kemunculan kecil dalam komik "Princess Comics: Nintama Rantarou", tetapi tidak muncul dalam siri manga utama. Shige merupakan kekasih Shinbei yang sering mengelap hingusnya apabila berjumpa. Shige adalah pelajar yang manja, walaupun lebih cekap dari pelajar lelaki kelas Ha, dia masih agak ketinggalan berbanding palajar Kunoichi yang lain.Menjadi punca kepada pergaduhan antara Yuki dan Tomomi.

Ichinen-Igumi (Tahun Satu Kelas I) sunting

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Sakichi   Ningyou Sakichi (任暁左吉)
Sakichi merupakan pelajar Tahun Satu Kelas I yang mempunyai keputusan yang cemerlang berbanding rakan dari kelas Ro dah Ha. Kepintarannya itu membuatkan mereka sering berlagak dan menjengkelkan.
Denshinchi   Kurokado Denshichi (黒門伝七)
Denshinchi juga merupakan pelajar tahun satu iaitu sekelas dengan Sakichi dan sering kelihatan bersama. Mereka berdua sering menunjukkan keangkuhan mereka dalam pelajaran terhadap Rantarou dan rakan-rakan.

Ninen-Igumi (Tahun Dua Kelas I) sunting

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Ikeda   Saburouji Ikeda
Saburouji Ikeda merupakan salah seorang pelajar tahun dua yang amat rajin, bijak dan serius. Walau bagaimanapun, dia sering mengganggu Rantarou dan rakannya dari Tahun Satu.Dia merupakan bahan letupan.
Sakon   'Kawanishi Sakon
Sakon juga merupakan pelajar tahun dua yang bersama-sama dengan Saburouji untuk mengenakan Rantarou dan rakan-rakan.Dia merupakan ahli jawatan kuasa kesihatan.

Sannen (Tahun Tiga) sunting

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Magohei   Igasaki Magohei
Magohei merupakan pelajar Tahun Tiga Kelas I (Igumi) yang pelik kerana menyimpan ular tedung, biawak gunung, kala jengking sebagai binatang peliharaan. Dia menamakan ular tedungnya Junko. Tidak kurang juga menyimpan bunga dan tumbuhan liar yang beracun serta bermacam-macam lagi spesis hidupan berbahaya. Walau bagaimanapun, dalam satu episod, haiwan peliharaannya iaitu ular dan kala jengking hampir dibunuh Shinbei dan Kisanta (yang tak kenal langsung haiwan itu) kerana kala jengking telah dijadikan tempura oleh Kisanta dan Shinbei telah menjadikan Junko sebagai pelapik periuk panas. Magohei merupakan ahli jawatankuasa biologi.
Kanzaki Samon   Kanzaki Samon
Kanzaki Samon merupakan pelajar Tahun Tiga Kelas Ro (Rogumi) yang agak lembap dan tiada arah tujuan.Dia dijaga oleh kawan sekelasnya, Tomatsu Sakubei yang menjaganya dan Tsugiya Sannosuke yang juga merupakan kawan sekelasnya. Mereka berdua sering sesat ke dalam hutan kerana tidak tahu jalan yang mereka hendak dan sedang melalui. Walau bagaimanapun, Kanzaki Samon akan bertindak sekiranya dirasakan betul dan diberikan kepercayaan. Dia merupakan ahli jawatankuasa akaun.

Yonen (Tahun Empat) sunting

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Tamura Mikiemon   Tamura Mikiemon
Mikiemon merupakan pelajar Tahun Empat Kelas Ro (Rogumi). Dia amat meminati meriam besar dan pesaing utamanya ialah Takiyashamaru yang juga pelajar Tahun Empat. Mikiemon merupakan ahli jawatankuasa akaun.
Tairano Takiyashamaru   Takiyashamaru
Takiyashamaru pula pelajar Tahun Empat Kelas I (Igumi) yang sangat tenang dan popular (atau itu yang dirasakannya) tetapi sebenarnya berlagak. Dia sungguh perasan sehingga diabaikan oleh semua orang (termasuk pengetua). Dia menggemari senjata senrin (pisau bulat berbentuk gelang) dan menamakannya Rinko.

Gonen (Tahun Lima) sunting

Takeya Hachizaemon merupakan pelajar tahun Lima kelas Rogumi.Dia mempunyai sifat energetik,optimistik dan kadangkala serius.Dia adalah presiden bagi jawatankuasa Biology dan sering memberitahu ahlinya "jagalah ia dengan baik sehingga ke akhir hayatnya!". Kukuchi Heisuke adalah pelajar tahun Lima kelas Igumi.Dia sangat dikenali dengan bulu matanya yang panjang.Dia,seperti Hachizaemon,adalah antara pelajar tahun Lima yang menjadi presiden bagi jawatankuasa masing-masing,merupakan presiden bagi jawatankuasa ledakan.
Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Fuwa Raizou   Fuwa Raizou
Fuwa Raizou merupakan pelajar Tahun Lima Kelas Ro (Rogumi) yang agak sabar dan baik dengan Rantarou serta rakannya walaupun adakalanya dia kelihatan bingung.
Hachiya Saburou   Hachiya Saburou
Fuwa Raizou? Bukan! Ini ialah Hachiya Saburou, Pelajar Tahun Lima Kelas Ro (Rogumi) yang sering menyamar dan penyamaran kegemarannya ialah rakan sekelasnya iaitu Fuwa Raizou. Muka sebenarnya masih misteri.

Rokunen (Tahun Enam) sunting

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Shioe Monjirou   Shioe Monjirou
Monjirou merupakan pelajar Tahun Enam Kelas I (Igumi). Monjirou agak kasar dan bercita-cita. Monjirou ialah pengerusi kepada kelab akaun.Perkataan kegemarannya ialah "ぎん ぎん!" (Gin gin!)
Tachibana Senzou   Tachibana Senzou
Senzou ialah pelajar Tahun Enam Kelas I (Igumi) yang hebat dan kacak (cantik apabila menyamar menjadi perempuan) tetapi apabila marah, amat menakutkan. Senzou suka bermain dengan serbuk belerang. Senzou ialah pengerusi kepada kelab etiket.
Nakazaike Chouji   Nakazaike Chouji
Chouji merupakan pelajar Tahun Enam Kelas Ro (Rogumi). Dia mempunyai muka yang masam yang dahsyat dan adakalanya menyeramkan iaitu apabila dia senyum dan ketawa. Chouji merupakan pengerusi perpustakaan.
Nanamatsu Koheita   Nanamatsu Koheita
Koheita merupakan pelajar Tahun Enam Kelas Ro (Rogumi) yang ceria dan sentiasa teruja dengan banyak perkara. Dia sentiasa bersemangat dengan apa jua perkara terutamanya benda yang berkaitan dengan sukan dan latihan yang banyak melibatkan pergerakkan badan. Perkataan kegemarannya adalah "いけいけ どんどん!" "Ikeike dondon!". Koheita merupakan pengerusi kelab sukan/pendidikan jasmani.
Zenpouji Isaku   Zenpouji Isaku
Isaku ialah pelajar Tahun Enam Kelas Ha (Hagumi). Dia sentiasa mempunyai nasib yang malang dan orang yang bersamanya juga akan ditimpa nasib yang sama. Walau bagaimanapun, Isaku sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa terhadap apa yang yang dua lakukan walaypun sudah ditumpa nasib yang malang berpuluh-puluh kali. Isaku merupakan pengerusi kelab kesihatan.
Kema Tomesaburou tiada gambar

Kema Tomesaburou merupakan pelajar tahun enam kelas Ha (Hagumi). Dia sering bergaduh dan mempunyai saingan sengit dengan Monjirou.Dia mempunyai sifat agresif, tapi bertolak ansur kepada pelajar yang muda darinya. Dia dan Isaku adalah sekelas dan sebilik, membuatkan hubungan mereka sangat rapat. Tomesaburou merupakan pengerusi kelab peralatan. Perkataan yang sering disebutkannya ialah "しょうぶ だ!" "Shoubu da!" yang bermaksud "Marilah berlawan!"

Lihat juga sunting