Doraemon (anime 2005)

Siri televisyen anime 2005
(Dilencongkan dari Wataru Takagi)

Doraemon (Jepun: ドラえもん, Hepburn: Doraemon) merupakan siri anime terkini berdasarkan siri manga dihasilkan oleh Fujiko Fujio. Siri anime dihasilkan oleh syarikat animasi Shin-Ei Animation dan Asatsu-DK ditayangkan di saluran TV Asahi bermula pada 15 April 2005.

Doraemon
Musim 2005
Negara asalJepun
Bil. episod488
Keluaran
RangkaianTV Asahi (Japan)
Disney XD (US)
Boomerang (UK)
Disney Channel (IND)
Hungama TV (IND)
RCTI (Indonesia)
Boing (Italy)
HTV3 (VN)
Cartoon Network (Portugal)
Spacetoon (Arab world)
RTM2,NTV7, Astro Ceria & Astro AEC (Malaysia)
Tarikh siaran15 April 2005 (2005-04-15) –
kini
Kronologi musim
← Sebelumnya
Anime 1979
Senarai episod Doraemon (anime 2005) (Musim 10–12)

Produksi sunting

Walaupun siri ini mengikut jalan cerita melalui siri asal manga, beberapa perubahan telah dibuat. Banyak episod yang disesuaikan bab dari manga telah ditambakan supaya mempunyai kesimpulan mempunyai nilai-nilai murni atau pengajaran yang baik untuk cerita. Di samping itu, beberapa elemen dari manga telah melunakkan. Beberapa contoh termasuk semua alat Doraemon yang menyerupai ubat bertukar kepada peralatan yang berbeza dan ayah Nobita (yang merokok sering dalam manga) jarang merokok supaya kanak-kanak tidak terjebak.

Pelakon suara untuk lima watak utama iairu Doraemon, Nobita, Shizuka, Giant dan Suneo dipilih daripada sekumpulan 590 peserta. TV Asahi menyatakan pada tahun 2005 bahawa mereka memilih pelakon suara yang kedengaran serupa dengan pelakon suara pendahulu, supaya tidak akan ada perubahan yang ketara dari pelakon asal.[1]

Versi antarabangsa di beberapa buah negara membuat beberapa perubahan iaitu lagu pembukaan hanya lagu Doraemon no Uta, lagu penutup iaitu lagu Doraemon Ekaki-uta, tidak tayangkan pratonton episod akan datang, sudut mini Doraemon. Pada 1 May 2009, siri ini mula ditayangkan dalam definisi tinggi (HD).

Ringkasan cerita sunting

Siri mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Nobita Nobi seorang yang pemalas, kurang aktif sukan, kurang bijak dan selalu dibuli oleh rakan sekolahnya. Tiba-tiba muncul sebuah robot berbentuk kucing dari abad ke-22 bernama Doraemon datang untuk membantu Nobita dalam kesusahan dan menyelamatkan masa depannya.

Watak sunting

Episod sunting

Musim Episod Tarikh ditayangkan
Mula ditayangkan Akhir ditayangkan
1 32 15 April 2005 31 Disember 2005
2 42 13 Januari 2006 31 Disember 2006
3 36 12 Januari 2007 31 Disember 2007
4 44 11 Januari 2008 31 Disember 2008
5 42 9 Januari 2009 31 Disember 2009
6 38 8 Januari 2010 17 Disember 2010
7 43 3 Januari 2011 16 Disember 2011
8 40 6 Januari 2012 31 Disember 2012
9 35 11 Januari 2013 30 Disember 2013
10 35 17 Januari 2014 31 Disember 2014
11 39 9 Januari 2015 31 Disember 2015
10 40 15 Januari 2016 31 Disember 2016

Pelakon sunting

Pelakon suara asal Jepun sunting

Versi Bahasa Melayu sunting

Doraemon telah dialih suara Melayu bermula dari siri Doraemon 1979 hingga siri terbaharu ini. Kebanyakan pengisi suara adalah sama sahaja dan ada juga mengalami perubahan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Doraemon Voices Confirmed". Anime News Network. March 13, 2005. Dicapai pada November 14, 2015.

Pautan luar sunting