Buka menu utama

Stesen LRT Wawasan adalah stesen LRT di Subang Jaya, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada penyambungan jajaran laluan ini ke Putra Heights.[1]

Wawasan Rapid KL
Nama lainواوسن (Jawi)
宏愿 (Cina)
நுண்ணறிவால் (Tamil)
LokasiStesen Wawasan, Persiaran Kewajipan, 47630 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°02′06″N 101°35′17″E / 3.03500°N 101.58806°E / 3.03500; 101.58806
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluan 5  Laluan Kelana Jaya
Platform1 platform tengah
Landasan2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaanTiada
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUAda Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen KJ33 
Sejarah
Dibuka30 Jun 2016
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Ciri-ciri stesenSunting

LokasiSunting

Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Kewajipan di Subang Jaya, Selangor. Kompleks Sekolah Wawasan Subang Jaya yang menempatkan tiga sekolah iaitu SK Dato' Onn Jaafar, SJK (C) Tun Tan Cheng Lock dan SJK (T) Tun Sambanthan terletak di sebelah timur laut stesen. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah pusat membeli-belah USJ 19 City Mall; Pangsapuri Starville; dan kawasan perumahan USJ 14, USJ 13 dan USJ 18.

Pelan stesenSunting

L2
Platform
KJ Arah Selatan  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (USJ 21)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan  
KJ Arah Utara  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Taipan)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian 

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU, parkir kereta OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

RujukanSunting

  1. ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada asal pada 8 Mei 2019. Dicapai 18 Mei 2019. 
  2. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 29 Mei 2019.