Wayar neutral
Wayar neutral merujuk kepada wayar pengalir yang berfungsi bagi membawa arus balikan dari peralatan elektrik ke punca bekalan kuasa arus ulang-alik (AC). Bagi sistem tiga fasa pula, wayar neutral berfungsi menyeimbangkan beban arus elektrik pada setiap wayar fasa dengan mengangkut arus elektrik dari wayar yang mempunyai arus berlebihan dan mengagihkan beban tersebut kepada wayar fasa yang lain.
Wayar neutral saling berkait rapat dengan pembumian elektrik kerana lazimnya sambungan wayar neutral dibumikan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan biasa wayar bumi tidak membawa sebarang arus manakala wayar neutral pula membawa arus.
Sambungan
suntingDalam sistem pendawaian elektrik rumah, wayar neutral disambung bersama dalam satu bas/bar penyambung neutral dan tidak bercampur dengan sambungan wayar bumi. Sambungan neutral lazimnya dibumikan pada transformer tempatan dan pada tiang elektrik. Titik neutral bagi sistem tiga fasa adalah titik sambungan sepunya pada sambungan Y di bahagian sekunder transformer. Sesetengah susunan penyambungan pada transformer tidak mempunyai titik neutral dan seterusnya wayar neutral. Bagi sistem belahan fasa pula, titik neutral adalah pada titik tengah bahagian lilitan sekunder pada transformer tempatan.
Warna wayar
suntingKod warna bagi wayar neutral di Malaysia adalah berwarna biru (bagi peralatan elektrik) dan hitam (bagi sistem pendawaian dan penghantaran elektrik).
Bumi dan neutral
suntingTerdapat beberapa sistem pembumian elektrik yang digunakan bagi meminimakan perbezaan voltan antara sambungan neutral dan bumi. Rangkaian TT misalnya menggunakan sambungan neutral dan bumi yang berasingan; sambungan bumi di rumah dan pada transformer tempatan mempunyai rod pembumiannya sendiri.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting[1] Rick Gilmour et al., editor, Canadian Electrical Code Part I, Nineteenth Edition, C22.1-02 Safety Standard for Electrical Installations, Canadian Standards Association, Toronto, Ontario Canada (2002) ISBN 1-55324-690-X
[2] NFPA 70, National Electrical Code 2002, National Fire Protection Association, Inc., Quincy, Massachusetts USA, (2002). no ISBN
[3] IEE Wiring Regulations Regulations for Electrical Installations Fifteenth Edition 1981, The Institution of Electrical Engineers, (1981) Hitchin, Herts. United Kingdom
Pautan luar
sunting- http://www.iee.org/Publish/WireRegs/EarthingPlasticPipes.pdf - Dokumen daripada Paul Cook dari Institut Kejuruteraan dan Teknologi (IET) mengenai sebab mengapa sambungan aksesori logam yang diisi menggunakan paip plastik adalah tidak patut.
- Fakta dan mitos mengenai wayar neutral