WebSocket
WebSocket ialah sebuah protokol yang membenarkan komunikasi dwi-arah dalam satu sambungan TCP. Sambungan WebSocket dimulai menerusi persetujuan (handshake) antara pelanggan dan pelayan. Protokol ini menggunakan format yang serupa dengan HTTP supaya pelayan lama faham akan permintaan yang dipersembahkan kepadanya lantas mampu membalas dengan format yang difahami oleh pelanggannya.
Persetujuan protokol WebSocket
suntingProtokol WebSocket dimulakan dengan persetujuan antara pelanggan dengan pelayan. Permintaan pelanggan dan balasan pelayan dalam persetujuan tersebut ditunjukkan di bawah.
Permintaan pelanggan:
GET /sesuatu HTTP/1.0
Host: pelayan.contoh.com
Upgrade: websocket
Sec-WebSocket-Key: x3JJHMbDL1EzLkh9GBhXDw==
Sec-WebSocket-Protocol: protokolku, protokolmu
Sec-WebSocket-Version: 13
Origin: http://contoh.com
Balasan pelayan:
HTTP/1.1 101 Switching Protocols
Upgrade: websocket
Connection: Upgrade
Access-Control-Allow-Origin: http://contoh.com
Sec-WebSocket-Accept: HSmrc0sMlYUkAGmm5OPpG2HaGWk=
Sec-WebSocket-Protocol: protokolku
Sama seperti HTTP, setiap pengepala dipisahkan dengan \r\n
dan satu baris kosong perlu ditambah pada hujung pesanan. Sec-WebSocket-Accept
dijanakan dengan menyambungkan Sec-WebSocket-Key
yang diterima daripada pelanggan, dengan rentetan sakti 258EAFA5-E914-47DA-95CA-C5AB0DC85B11. Rentetan hasil penyambungan tadi kemudiannya dicincangkan dengan SHA-1 lalu dikodkan base64.
Kerangka WebSocket
suntingSelepas persetujuan selesai, hubungan dwi-arah pun terbina. Dari sini, pelayan dan pelanggan masing-masing berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan kerangka WebSocket samada kerangka teks atau perduaan. Format kerangka WebSocket adalah seperti berikut:[1]
Medan | Saiz (bit) | Maksud | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Fin | 1 | Menandakan samada pesanan ialah pesanan terakhir atau bukan. | ||||||||||||||||||
Bit-bit simpanan | 3 | Bit-bit yang tidak dunakan dan disimpan untuk masa hadapan. Sentiasa 0 melainkan jika digunakan oleh mana-mana sambungan (extension).
| ||||||||||||||||||
Opkod | 4 | Memberi panduan kepada penerima pesanan tentang muatan data yang dibawa oleh kerangka.
| ||||||||||||||||||
Bertopeng | 1 | Penanda samada muatan ditopengkan atau tidak. Biasanya sentiasa 1 bagi pesanan yang datang daripada pelanggan.
| ||||||||||||||||||
Panjang muatan | 7 | Panjang muatan (dalam bait) oleh pesanan jika panjang kurang daripada 125 bait. | ||||||||||||||||||
7+16 | Jika nilai 7 bit pertama ialah 126, maka panjang muatan disimpan dalam 16 bit seterusnya. | |||||||||||||||||||
7+64 | Jika nilai 7 bit pertama ialah 127, maka panjang muatan disimpan dalam 64 bit seterusnya. | |||||||||||||||||||
Kunci penopeng | 32 | Setiap bait ialah kunci yang digunakan untuk menopengkan muatan. | ||||||||||||||||||
Data muatan | x + y | Data yang dibawa oleh pesanan. | ||||||||||||||||||
Data sambungan | x | Sentiasa 0 melainkan penggunaan sambungan (extension) telah dipersetujui.
| ||||||||||||||||||
Data aplikasi | y | Bait-bait lebihan dalam kerangka ialah data aplikasi. |
Algoritma penopengan adalah seperti berikut:
muatan_bertopeng = "" bagi indeks dari 0 hingga panjang_muatan muatan_bertopeng += muatan[indeks] ^ topeng[indeks mod 4]
Skema URI
suntingSkema URI untuk prokol ini ada dua, iaitu ws://
(teks polos) dan wss://
(selamat).
Rujukan
sunting- ^ "RFC 6455 - The WebSocket Protocol". IETF. Dicapai pada 6 Mac 2015.