Webdriver Torso ialah satu akaun automatik YouTube yang dicipta oleh Google pada 7 Mac 2013[1] yang secara kerap menyiarkan video-video yang memaparkan papan gelongsor mudah disertakan dengan bunyi bip bagi menguji paparan daripada video-video dalam YouTube. Saluran ini menghadirkan pelbagai perhatian awam dalam tahun 2014 ketika ia telah menjadi satu sumber agakan daripada para pelihat yang telah mendapati dan diperhatikan kerana bentuk yang bukan lazim serta tiga video luarbiasa mempersembahkan jenaka-jenaka. Ianya masih mempunyai rahsia-rahsia menarik sehingga saatmana YouTube berseloroh dalam memperakui bahawasannya saluran ini wujud sebagai satu kegunaan pengujian dalaman.

Satu papan gelongsor Webdriver Torso yang nampak biasa. Mutu yang hilang boleh dilihat dalam isi tersebut dan di sepanjang hujung-hujung segi empat tepat.

Kandungan video sunting

Sejak 23 September 2013, saluran ini memuat naik video-video yang kebiasaannya mempunyai masa jeda ialah antara 1 dan 15 minit, kadangkala boleh mencecah satu jam dan kian mempertambahkan beratus ribu video setakat tahun 2016. Bersama wujudnya pengecualian kepada tiga video, semua video mengikut tetapan piawaian sepertimana yang akan dipaparkan di bawah.

Kebanyakan video ialah mencecah masa 11 saat, walaupun wujud pula yang di serata 1 minit,[2] 5 minit dan 24 minit[3] yang ianya berkandungan tayangan gambar memaparkan papan gelongsor di serata 1 minit antara satu sama lain. Setiap papan gelongsor mengandungi satu latarbelakang warna putih yang pepejal bertindih daripada dua segi empat tepat tidak lutsinar yang berwarna pejal, satu segi empat tepat berwarna merah dan lagi satu berwarna biru. Kedua-dua segi empat tepat mempunyai ukuran, bentuk dan kedudukan yang rawak di dalamnya. Apabila kedua-duanya saling bertindihan, segi empat tepat berwarna merah sentiasa muncul lebih daripada yang biru, dan nampak langka segi empat tepat berwarna merah menutup segi empat tepat berwarna biru secara sepenuhnya. Setiap papan gelongsor mempunyai satu nada gelombang janaan komputer yang rawak. Dalam penjuru daripada setiap video, wujud tulisan "aqua.flv -slide (diikuti dengan empat angka)". Video terdahulu disebut dengan "aqua".[4] Selepas itu, ianya bertukar kepada "tmp" diikuti dengan aksara-aksara yang rawak.

Video-video jenaka sunting

Saluran ini mempunyai tiga video yang mana seolah menyalahi piawaian saluran yang berbentuk tayangan jenaka. Satu daripada video tersebut ialah tmpRkRl85 yang menampakkan tayangan yang lazim sehingga segi empat tepat berwarna merah bertukar wujud menjadi bebayang daripada Rick Astley yang menari dalam separuh kedua video ini.[5] Video "00014" adalah satu rakaman yang dilakukan di Paris memaparkan Menara Eiffel yang menyala.[5] Dalam hujung video, kamera tersebut diletakkan ke bawah serta akaun Facebook daripada pemunya akaun Webdriver Torso telah sedikit nampak.[5] Lagi satu video terakhir bertajuk "0.455442373793" boleh dilihat di Perancis sahaja; bayaran sebanyak 1.99 euro diperlui supaya boleh menyaksikannya dan hanya dapat dibayar dengan satu kad kredit Perancis. Ianya memaparkan satu episod daripada kartun dewasa Amerika yang bertajuk Aqua Teen Hunger Force yang dialih suara dalam Bahasa Sepanyol.[6]

Langganan sunting

Webdriver Torso melanggan ke lapan saluran yang lain. Enam daripadanya merupakan saluran yang YouTube buatkan mengenai muzik dan berita, selain itu ialah saluran berjenamakan Jerman iaitu Aggro Berlin serta saluran Joueur du Grenier yang merupakan satu saluran yang berasal dari Perancis berpangkalan video-video permainan retro kelakar. Akaun ini mempunyai langganan yang berbaki daripada 91 ribu akaun.

Warna bagi video Webdriver Torso sunting

Google telah mengguna warna merah dan warna biru kerana ia menjadi warna tersukar untuk dilihat menerusi monitor. Setiap masa, Google akan menyemak untuk melihat bahawa warna-warna itu boleh dilihat dan muncul tanpa apa-apa kesilapan.

Bunyi-bunyi sunting

Bunyi digunakan dengan Google untuk menyemak sekiranya wujud sesuatu telah dipesongkan atau tidak dijalankan dengan sempurna.

Agakan sunting

Sebelum disahkan dengan YouTube mengenai saluran ini sebagai saluran percubaan, wujud sebahagian agakan membincangkan jati dan kandungan video Webdriver Torso. Dapatan kajian mengenai maksud saluran Webdriver Torso juga merangkumi pesanan-pesanan perisik[7] yang mana didapati satu hubungan dengan makhluk luar angkasa,[8] rancangan pembinaan[9] serta satu atur cara pengambilan pekerja ditawarkan oleh Cicada 3301.[10]

Rujukan-rujukan yang tak dapat diterangkan sunting

Tanpa mengira hakikat bahawa Google telahpun memperjelaskan maksud saluran ini, ia tidak dapat mendapati seolah-olah wujudnya rujukan-rujukan berjenaka dalam sesetengah video itu. Ianya termasuk ke episod Aqua Teen Hunger Force, bebayang daripada satu seniman Rick Astley dan rakaman di Menara Eiffel.

  1. ^ "Webdriver Torso/About". YouTube. Dicapai pada 1 Ogos 2016.
  2. ^ "tmpR0uIim". YouTube. Dicapai pada 24 November 2014.
  3. ^ "Breaking News: Webdriver Torso 25 Minutes Video". YouTube. Dicapai pada 24 November 2014.
  4. ^ "aqua". YouTube. Dicapai pada 24 November 2014.
  5. ^ a b c James Trew. "Google and the accidental mystery of Webdriver Torso". Engadget. Dicapai pada 24 November 2014.
  6. ^ "WEBRIVER TORSO VIDEOS UPLOADED BY GOOGLE!! - WebDriver Torso Mystery Explained". YouTube. Dicapai pada 11 November 2015.
  7. ^ "BBC News - Webdriver Torso YouTube mystery clips' French connection". BBC News. Dicapai pada 24 November 2014.
  8. ^ ""Webdriver Torso" is either something incredibly sinister or nothing at all". The A.V. Club. The Onion, Inc. 22 May 2014. Dicapai pada 22 July 2014.
  9. ^ "Webdriver Torso Decoding your Secrets Part 2 Videos are really a Construction Plans?". YouTube. Dicapai pada 24 November 2014.
  10. ^ "The internet mystery that has the world baffled". Daily Telegraph. 25 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-25. Dicapai pada 25 November 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)