Wee Ka Siong
Biografi orang hidup ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (Mei 2018) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (lahir 20 Oktober 1968) merupakan Presiden parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Ahli Parlimen Ayer Hitam dari Barisan Nasional-MCA. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan pada 10 Mac 2020.
Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong 魏家祥 DGSM, DMSM (Mel), PhD, PEng | |
---|---|
Menteri Pengangkutan | |
Memegang jawatan 10 Mac 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah |
Didahului oleh | Yang Berhormat Tuan Anthony Loke Siew Fook |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Ayer Hitam, Johor | |
Memegang jawatan 2004 | |
Didahului oleh | Hon Choon Kim |
Majoriti | 303 (PRU-14) |
Presiden MCA | |
Memegang jawatan 4 November 2018 | |
Didahului oleh | Liow Tiong Lai |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Timbalan Menteri Pelajaran I | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 14 Mei 2013 Berkhidmat dengan Mohd Puad Zarkashi | |
Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Timbalan Menteri Pelajaran II | |
Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 9 April 2009 Berkhidmat dengan Razali Ismail | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Ketua Pemuda MCA | |
Dalam jawatan 13 Oktober 2008 – 2015 | |
Didahului oleh | Liow Tiong Lai (2002-2005) |
Digantikan oleh | Chong Sin Woon |
Setiausaha Agong Pemuda MCA | |
Dalam jawatan 20 Ogos 2005 – 18 Oktober 2009 | |
Didahului oleh | Liow Tiong Lai (2002-2005) |
Digantikan oleh | Chai Kim Sen |
Butiran peribadi | |
Lahir | Jasin, Melaka, Malaysia | 20 Oktober 1968
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Datin Seri Jessica Lim Hai Ean (林海燕) |
Anak-anak | 2 |
Kediaman | Johor Bahru, Johor |
Pendidikan |
|
Alma mater | Universiti Teknologi Malaysia Universiti Teknologi Nanyang |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Gaji | RM65,236.48 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM5 ke 8.5 juta[1] |
Laman web rasmi | http://kasiong.blogspot.com |
PendidikanSunting
- B. Sc. (Hons) in Civil Engineering (UTM, 1992)
- M. Eng in Traffic Engineering (NTU Singapura, 1996)
- Ph.D in Transportation Planning (UTM, 2002)
PolitikSunting
Pada 13 Oktober 2008, beliau menang tanpa bertanding atas kerusi Ketua Pemuda MCA. Maka dengan ini, beliau akan menjadi salah seorang anggota tetap pemuda barisan nasional.
Selain daripada itu, beliau juga dilantik oleh Presiden MCA, Ong Tee Keat sebagai Pengerusi MCA negeri Melaka pada 11 November 2008. Maka dengan itu, Beliau mempunyai 3 jawatan yang penting dalam Karier politik beiau iaitu Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru, Ketua Pemuda MCA kebangsaan dan Pengerusi MCA Negeri Melaka.
Beliau juga merupakan Ketua Biro Pendidikan MCA Kebangsaan.
Presiden MCASunting
Beliau telah memenangi kerusi Presiden MCA pada Pemilihan MCA 2018-2021 pada 4 November 2018 dengan mendapat undian sebanyak 447 menewaskan bekas Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu yang mendapat 182 undi dan Ngoo Teck Keong, tidak mendapat sebarang undi.[2]
Jawatan menteriSunting
Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran I menggantikan Allahyarham Razali Ismail yang ketika itu diterajui oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[3]
Selepas rombakan Kabinet 2015, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Pilihan rayaSunting
YB Datuk Dr Wee Ka Siong merupakan Ahli Parlimen MCA yang menang paling banyak majoriti pada Pilihan Raya Malaysia ke-12 (2008). Beliau menewaskan Haji Hussin Sujak dari PAS sebanyak 13,909 undi. Beliau menjadi Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor bagi Penggal kedua selepas menang pada pilihan raya yang ke-11 pada tahun 2004. Pada 2004, beliau menewas Mohd Zamri bin Mat Taksis denggan majoriti 15,763.
Selepas dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, beliau terus bergerak ke sekolah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak untuk menangani masalah yang dialami oleh semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini termasuklah peruntukan sekolah, masalah yang dialami oleh guru-guru dan pelajar, dan hal-hal yang berkaitan.
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Undi | Peratusan | Lawan | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Wee Ka Siong (MCA) | 20,065 | 82.34% | Mohd Zamri Mat Taksis (PAS) | 4,302 | 17.66% | 25,218 | 15,763 | 76.87% | ||
2008 | Wee Ka Siong (MCA) | 20,230 | 76.11% | Hussin Sujak (PAS) | 6,321 | 23.78% | 27,488 | 13,909 | 78.98% | ||
2013 | Wee Ka Siong (MCA) | 22,045 | 59.79% | Hu Pang Chaw (PAS) | 14,735 | 39.96% | 37,839 | 7,310 | 88.18% | ||
2018 | Wee Ka Siong (MCA) | 17,076 | 43.98% | Liew Chin Tong (DAP) | 16,773 | 43.20% | 38,824 | 303 | 85.52% | ||
Hj Mardi Marwan (PAS) | 4,975 | 12.82% |
PenganugerahanSunting
YB Datuk Dr Wee Ka Siong adalah antara 77 penerima anugerah bagi Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) iaitu anugerah keempat tertinggi membawa gelaran Datuk.
Beliau adalah antara 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 11 Oktober 2008.
Beliau telah menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 9 Oktober 2015.[8]
AnugerahSunting
KontroversiSunting
Skandal Zon Bebas Pelabuhan KlangSunting
Pada 9 Februari 2010, Wee Kah Siong memfailkan saman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menghalang Tan Sri Robert Phang dan Star Publications (M) Berhad daripada terus menyiarkan kenyataan yang dianggap berbaur fitnah dengan mengaitkan beliau dengan skandal PKFZ.[11] Phang merupakan anggota jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penerbit akhbar harian The Star . Artikel pada 25 Dis 2009 dan 12 Jan 2010 menggambarkan Wee mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.Peguam Ben Chan mewakili Wee Kah Seong, Gobind Singh Deo dan Ang Hean Leng mewakili Robert Phang, manakala Yee Mei Ken dan Chai Siew Wan mewakili Star Publications.[12]
Permohonan tersebut ditolak dengan alasan kegagalan menyatakan sebarang keadaan khas dalam permohonan tersebut bagi mahkamah membenarkan perintah tersebut.[13]
RujukanSunting
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
- ^ Wee Ka Siong dipilih Presiden MCA
- ^ Timbalan Menteri Pelajaran I
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 1 May 2010.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
- ^ Mustapha ketuai senarai penerima anugerah Melaka
- ^ "Datukship for Shah Rukh Khan". The Star. 11 October 2008. Dicapai pada 11 September 2018.
- ^ "Dr Wee gets Malacca award". The Star. 10 October 2015. Dicapai pada 11 September 2018.
- ^ Wee Ka Siong saman Phang
- ^ Keputusan Permohonan Injunksi Wee Diketahui 6 Mei
- ^ Court dismisses Ka Siong's injunction application, MySinchew 2010.05.07 .