}}

Wendy
손승완
Kelahiran
Son Seung-wan

(1994-02-21) 21 Februari 1994 (umur 30)
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2014 - kini
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanSon Seung-wan
McCune–ReischauerSon Sŭngwan
Nama panggung
Hangul
Perumian SemakanWen-di
McCune–ReischauerWenti

Son Seung-wan (lahir 21 Februari 1994), dikenali secara profesional sebagai Wendy, ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan wanita Korea Selatan, Red Velvet.

Kehidupan awal sunting

Wendy lahir pada 21 Februari 1994 di Seongbuk-dong, Seoul, Korea Selatan.[1] Beliau mula menunjukkan minat untuk menjadi seorang penyanyi ketika berumur enam tahun.[2] Beliau boleh bermain beberapa peralatan muzik termasuk piano, gitar, seruling dan saksofon.[3]

Beliau tinggal bersama keluarganya di Jecheon sehingga tahun kelima sekolah rendah sebelum berpindah ke Kanada bersama kakaknya, Son Seung-hee untuk belajar di luar negara.[4][5][6] Beliau menetap di Brockville, Ontario[7] sebelum berpindah ke Amerika Syarikat untuk menghadiri Shattuck-Saint Mary's di Faribault, Minnesota di mana beliau merupakan seorang pelajar dan atlet cemerlang dan memenangi pelbagai anugerah untuk aktiviti akademik serta muzik. Di sana, beliau juga menggunakan nama Inggeris, 'Wendy Shon'. Beliau kemudiannya belajar di Sekolah Tinggi Richmond Hill di Ontario, dimana beliau mengambil bahagian dalam koir sekolah, Vocal Fusion.[8] Ketika menetap di kedua-dua negara, beliau menjadi fasih di dalam Bahasa Inggeris dan juga mempelajari untuk bercakap Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol.[9]

Ibu bapa beliau pada mulanya tidak menyokong beliau mengejar kerjaya dalam bidang muzik dan mahukannya menumpukan pembelajaran tetapi ketika beliau masih di sekolah tinggi, mereka akhirnya membenarkan beliau untuk menjalani uji bakat untuk menjadi seorang penyanyi di Korea Selatan.[2]

Kerjaya sunting

Pra-debut dan S.M. Rookies sunting

Pada tahun 2010, beliau menghantar uji bakat dalam talian untuk Ujibakat Global Koreaboo Cube Entertainment 2011. Walaupun bukan pemenang terakhir, beliau merupakan salah seorang daripada lima belas finalis yang dipilih sendiri oleh penyanyi, G.NA dan Koreaboo daripada lebih 5,000 video untuk layak ke pusingan akhir di Vancouver, British Columbia, Kanada dan membuka persembahan solo G.NA.[10][11]

Wendy telah dipilih oleh SM Entertainment selepas menjalani Ujibakat Global S.M. di Kanada pada tahun 2012 dan diperkenalkan sebagai ahli kumpulan pra-debut S.M. Entertainment, SM Rookies pada 14 Mac 2014.[12] Sebagai sebahagian daripada SM Rookies, Wendy mengeluarkan lagu "Because I Love You" untuk runut bunyi drama Mnet, Mimi dan muncul di dalam video muzik lagu tersebut.[12][13][14]

Pada 1 Ogos 2014, Wendy membuat debut rasmi sebagai ahli Red Velvet.[15]

2015–sekarang: Aktiviti solo sunting

Wendy berkolaborasi bersama penyanyi rap, Yuk Jidam untuk lagu "Return" yang merupakan sebahagian daripada runut bunyi drama KBS2, Who Are You: School 2015. Lagu ini dikeluarkan pada 8 Jun 2015 dan membuat debut di tempat ke-31 di dalam Carta Lagu Gaon.[16][17][18] Beliau mengeluarkan sebuah lagi lagu, "Let You Know" untuk runut bunyi drama JTBC, D-Day pada 16 Oktober.[19]

Pada bulan Januari 2016, Wendy menjadi seorang ahli panel jangka panjang di dalam We Got Married dan mengambil bahagian sebagai peserta di dalam King of Mask Singer di bawah nama samaran, "Space Beauty Maetel".[20][21] Pada bulan Mac 2016, beliau berkolaborasi bersama Eric Nam untuk lagu "Spring Love" sebagai sebahagian daripada projek SM Station.[22] Lagu ini menduduki tempat ke-7 di dalam Carta Digital Gaon. Pada bulan Julai 2016, Wendy dan Seulgi mengeluarkan lagu bertajuk "Don't Push Me" untuk runut bunyi drama Uncontrollably Fond. Pada bulan Oktober 2016, beliau menjadi ahli panel rancangan KBS, Trick & True bersama Irene.[23] Pada bulan Disember 2016, Wendy mengambil bahagian di dalam dua lagu untuk projek SM Station, "Have Yourself a Merry Little Christmas", menampilkan Moon Jung-jae dan Nile Lee serta lagu "Sound of Your Heart", sebuah kolaborasi bersama beberapa artis SM Entertainment.[24][25] Pada bulan yang sama, beliau ditampilkan di dalam versi Bahasa Inggeris lagu Ricky Martin, "Vente Pa' Ca".[26]

Wendy mengeluarkan lagu "I Can Only See You" bersama Seulgi pada bulan Januari 2017 untuk runut bunyi drama KBS2, Hwarang.[27] Pada bulan Februari, beliau menyanyikan versi Bahasa Korea lagu "My Time" yang merupakan sebahagian daripada runut bunyi asal Elena of Avalor dan juga muncul di dalam video muzik lagu tersebut.[28] Pada bulan yang sama, beliau menjadi pengacara rancangan KBS World, K-Rush. Pada 27 Oktober, beliau bersama Kangta dan Seulgi mengeluarkan sebuah buatan semula lagu tahun 2001, "인형 (Doll)" oleh Shin Hye-sung dari Shinhwa dan Lee Ji-hoon sebagai sebahagian daripada musim kedua projek SM Station. Video muzik lagu ini menggunakan rakaman dari persembahan langsung mereka di SMTOWN LIVE TOUR V in JAPAN dan dikeluarkan pada hari yang sama.[29] Beliau mengeluarkan sebuah lagu bersama Baek A-yeon pada 2 Disember bertajuk "The Little Match Girl".[30] Pada bulan Februari 2018, Wendy telah dipilih sebagai avatar hologram interaktif untuk speaker pembantu suara AI SK Telecom yang baru, 'Holobox'.[31]

Diskografi sunting

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
Kolaborasi
"One Dream One Korea"
(bersama pelbagai artis)
2015 Lagu amal
"Spring Love" (봄인가 봐)
(bersama Eric Nam)
2016 7
  • KOR: 820,131+
SM Station Musim 1
"Have Yourself A Merry Little Christmas"
(bersama Moon Jung-jae dan Nile Lee)
"Sound of Your Heart"
(bersama Seulgi, Sunny, Luna, Yesung, Taeil dan Doyoung)
"Doll"
(bersama Kangta dan Seulgi)
2017 SM Station Musim 2
"The Little Match Girl" (성냥팔이 소녀)
(bersama Baek A-yeon)
55
  • KOR: 59,483+
"One Summer"
(bersama Yang Da-il)
2018 40 Lagu bukan-album
Sebagai artis duet
"Vente Pa Ca" (versi Bahasa Inggeris)
(Ricky Martin menampilkan Wendy)
2016 Lagu bukan-album
Penampilan runut bunyi
"Because I Love You" (슬픔 속에 그댈 지워야만 해) 2014 230
  • KOR: 18,758+
Mimi OST
"Return"
(bersama Yuk Jidam)
2015 31
  • KOR: 93,844+
Who Are You: School 2015 OST
"Let You Know" (아나요) 139
  • KOR: 20,824+
D-Day OST
"Don't Push Me" (밀지마)
(bersama Seulgi)
2016 25
  • KOR: 182,984+
Uncontrollably Fond OST
"I Can Only See You"
(bersama Seulgi)
2017 80
  • KOR: 24,912+
Hwarang OST
"My Time" (Versi Bahasa Korea) Tidak dikeluarkan Elena of Avalor OST
"—" menandakan lagu yang tidak menduduki carta atau tidak dikeluarkan di kawasan tersebut.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2015 SMTown The Stage Diri sendiri Filem dokumentari SM Town

Drama sunting

Tahun Tajuk Saluran Peranan
2016 Descendants of the Sun KBS2 Kameo, Ep. 16

Rancangan televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran Peranan
2015–2016 We Got Married MBC Ahli panel
2016–2017 Trick & True KBS Ahli panel
2017 Raid the Convenience Store tvN Pengacara

Video muzik sunting

Tahun Tajuk
2014 "Because I Love You"
2016 "Spring Love"
"Have Yourself a Merry Little Christmas"
2017 "My Time"
"The Little Match Girl"

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2016
Anugerah Muzik Asia Mnet ke–18
Kolaborasi Terbaik (bersama Eric Nam) "Spring Love" Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Jung Chan-woo, Kim Tae-gyun (9 April 2015). "(목) 컬투쇼 - 특선라이브 (레드벨벳, 커피소년)" [Thursday show - Special Live (Red Velvet, Coffee Boy)]. Cultwo Show (dalam bahasa Korea). 31:30 minit pada. SBS. SBS Power FM. Dicapai pada 9 April 2015. [I am from] Seongbuk-dong
  2. ^ a b Tablo (14 Oktober 2015). Tablo Dreaming Radio (dalam bahasa Korea). MBC. HLKV-FM. My parents were strongly against me becoming a singer, so I was going to focus on academics. But I really wanted to become a singer, so when I was a senior [in high school], I changed path and went to South Korea to become a trainee…[I started wanting to become a singer] around the age of 6. Cite has empty unknown parameters: |began=, |episodelink=, |ended=, dan |seriesno= (bantuan)
  3. ^ Jo Hye-jin (25 April 2015). "[Star Focus] f(x) Luna - SISTAR Hyorin - Apink Eunji - Red Velvet Wendy, 'Sexy' Competition?...'No, terminator of singing'". Top Star News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2015. Dicapai pada 30 April 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Kim, Bo-ra (4 September 2016). "'문제적남자' 웬디, SM 뇌섹녀..'올A 성적+4개국어'". Chosun. Dicapai pada 9 September 2016.
  5. ^ Fate, Kay (17 Februari 2010). "'Dolly' set to open at Shattuck". Faribault Daily News. Dicapai pada 16 Oktober 2014.
  6. ^ Kim Sung-joo (10 April 2015). Gayo Plaza (dalam bahasa Korea). KBS. KBS Cool FM. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  7. ^ Lee, Jin-wook (5 September 2016). "웬디, 유학파다운 자연스러운 영어 대화 "발음 너무 좋아"". Chosun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 9 September 2016.
  8. ^ Westwood, Rosemary (26 Februari 2015). "Video: GTA stages a 'breeding ground' for K-Pop talent". Metro. Metro International. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-04. Dicapai pada 10 Mac 2015.
  9. ^ Kim Bo-ra (4 September 2016). "레드벨벳 웬디, '문제적남자' 출연..뇌섹녀 매력 발산". Osen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 4 September 2016.
  10. ^ "Cube Entertainment reveals finalists for 2011 Global Auditions". 'Koreaboo'. 23 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ Gupta, Saakshi (21 Mac 2011). "First-year becomes K-pop singing sensation". The Tartan. Carnegie Mellon. Dicapai pada 1 Mac 2016.
  12. ^ a b Hong, Grace Danbi. "'Mimi' Reveals Voice of SM Rookie Wendy in OST". Mwave. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2 Mac 2016.
  13. ^ Kim Dong-Joo. "SM Entertainment to debut a new girl group, 'Red Velvet'". StarN News. Dicapai pada 10 Mac 2015.
  14. ^ "드라마 '미미' (Original Soundtrack)". iTunes. 3 Ogos 2014. Dicapai pada 3 Ogos 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  15. ^ Sohn Ji-young (28 Julai 2014). "SM Entertainment debuts new girl group Red Velvet". The Korea Herald. Dicapai pada 29 Oktober 2016.
  16. ^ Park Ah-reum (8 Jun 2015). "레드벨벳 웬디 육지담 부른 '후아유' OST '리턴' 오늘(8일) 공개". JoongAng Ilbo (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 9 Jun 2015.
  17. ^ Lee Eun-ho (8 Jun 2015). "레드벨벳 웬디-육지담, '후아유-학교2015' OST 대열 합류". 10asia (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 9, 2015.
  18. ^ South Korea's Gaon Singles Chart from June 7–13, 2015 (dalam Bahasa Korea) Originally from Gaon Music Chart (June 2015). Diarkibkan pada 19 Jun 2015. Dicapai 19 Jun 2015.
  19. ^ Lee Eun-jin (15 Oktober 2015). "레드벨벳 웬디, 드라마 '디데이' OST 참여 '16일 낮 12시 음원 공개'". 10asia (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 9 Jun 2015.
  20. ^ Lee Seung-rok. 레드벨벳 웬디, '우결' MC 합류…초아는 하차 My Daily, 9 Januari 2016. Dicapai 10 Januari 2016.
  21. ^ Jang Young-hoon. '복면가왕' 메텔의 정체는 레드벨벳 웬디였다 Insight, 24 Januari 2016. Dicapai 31 Januari 2016.
  22. ^ "Red Velvet's Wendy duets with Eric Nam". Yonhap News. Yonhap News Agency. 4 Mac 2016. Dicapai pada 4 Mac 2016.
  23. ^ Kang Hee-jung. 레드벨벳 아이린·웬디, '트릭 앤 트루' 고정패널 합류 (dalam Bahasa Korea) News 1, 20 Oktober 2016. Dicapai 2 November 2016.
  24. ^ Hwang Ji-young (23 Disember 2016). "레드벨벳 웬디, 재즈도 가능한 '음색깡패'" (dalam bahasa Korea). JTBC. Dicapai pada 23 Disember 2016.
  25. ^ "SM스테이션 신곡 '너의 목소리' MV, 희망 담은 애니메이션으로 제작". Xportnews. 29 Disember 2017. Dicapai pada 6 Januari 2016.
  26. ^ "Red Velvet's Wendy to feature on new single by Ricky Martin". Yonhap. 23 Disember 2016. Dicapai pada 23 Disember 2016.
  27. ^ "레드벨벳 웬디·슬기 '화랑' OST 합류…'너만 보여' 음원 공개". Nate. 2 Januari 2017. Dicapai pada 25 Februari 2017.
  28. ^ Choi, Gu-ri (24 Februari 2017). "레드벨벳 웬디, 디즈니채널의 '아발로 왕국의 엘레나'테마곡 불러". Seoul Kyungje (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 25 Februari 2017.
  29. ^ Lee, So-dam (28 Oktober 2017). "[퇴근길 신곡] "16년만의 '인형'"..강타X웬디X슬기, 이것이 'SM감성'". Korea Daily (dalam bahasa Korea). Osen. Dicapai pada 27 Oktober 2017.
  30. ^ Kim, Young-rok (28 November 2017). ""SM·JYP 음색여신"…백아연X레드벨벳 웬디, '성냥팔이소녀' 1일 공개". chosun. Chosun. Dicapai pada 27 Oktober 2017.
  31. ^ Park, Sae-jin (22 Februari 2018). "Red Velvet's Wendy becomes holographic avatar inside AI assistant speaker". ajudaily. Aju Business Daily. Dicapai pada 26 Februari 2018.

Pautan luar sunting