Datin Dr Wendy Wong merupakan seorang pelakon, penerbit TV dan ahli perniagaan. Dia fasih berbahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin.


Wendy Wong
Kelahiran1966 (umur 57–58)
WarganegaraMalaysia
Nama lainWani Wendy Wong binti Abdullah
PekerjaanPenerbit
Pelakon
Ahli Perniagaan
Tahun aktif1986–kini
PasanganYBhg. Dato’ Yacob Chik (DIMP)
Anak-anak1

Perkahwinan sunting

Wendy Wong telah berkahwin dengan seorang Ahli Perniagaan iaitu Dato’ Yacob Chik[1]. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan. Nama islam Wendy Wong ialah Wani Wendy Wong Abdullah.

Penghasilan Karya sunting

Wendy Wong menjalankan perniagaan penerbitan bersama bersama rakan kongsinya, Dato’ Nancie Foo, di bawah syarikat Produksi Seni 2020 Sdn . Bhd yang telah ditubuhkan sejak 1997[2]. Antara Karya yang pernah dikeluarkan oleh Produksi Seni 2020 Sdn. Bhd ialah Moonlight Saigon[3], Kisah Benar[4], Red Haired Tumbler di Malaya[5] dan Karya movie terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi ialah Sumpahan Jerunei[6][7].

Penglibatan dalam persatuan sunting

Wendy Wong mula aktif dalam persatuan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah ;

  • Bendahari Kehormat Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang menjawat jawatan berikut Selama 2 penggal (2017 - kini)[8][9].
  • Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) (2010 - 2012).
  • Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Karwayan Filem Malaysia (GAFIM) (2013 - 2015)
  • Juruaudit Persatuan Filem Malaysia (PFM)(2005 - 2010).

Sumbangan sunting

Wendy Wong merupakan Pengerusi Penaja bagi Festival Filem Malaysia Ke 24 pada tahun 2011 dan melakukan kerja amal bagi mengumpul dana sebanyak 1 Juta untuk University Tun Abdul Rahman ( UTAR ). Sumbangan Wendy Wong diperingkat luar negara pula berjaya mengumpul dana bagi pembinaan masjid di Cambodia.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

1. Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) daripada University of Peace (UPEACE)[10] (2019)

2. Anugerah Malaysia Book of record Mengumpul dana 1 Juta untuk University Tunku Abdul Rahman (2004)

3. Anugerah Khas Juri - Usaha penggarapan masyarakat majmuk , Festival Filem Malaysia - Red Haired Tumbler di Malaya Movie[11] (1995)

Rujukan sunting

  1. ^ "Keikhlasan yacob tawan hati wani wendy wong". www.mstar.com.my.
  2. ^ "Pertukaran karya seni menerusi Produksi Seni 2020". www.mstar.com.my.
  3. ^ "Moonlight saigon kisah cinta Malaysia Vietnam". www.utusanborneo.com.my.
  4. ^ "Produksi seni dua puluh dua puluh Sdn.Bhd". cinando.com.
  5. ^ "Red Haired Tumbler di Malaya". ms.m.wikipedia.org.
  6. ^ "Filem Jerunei bakal tampilkan sejarah silam mukah". suarasarawak.my.
  7. ^ "Malaysian horror film 'Sumpahan Jerunei' attracts international buyers at Cannes". www.thestar.com.my.
  8. ^ "Produser Perlu Sepakat Banteras Rasuah Stesen TV". www.mstar.com.my.
  9. ^ "Pegang pada janji belum dengar rtm tiada duit beli konten ptvm". www.kosmo.com.my.
  10. ^ "Wendy dapat PHD". www.pressreader.com.
  11. ^ "Pemenang Festival Filem Malaysia" (PDF). www.finas.gov.my.