Westheer ("Tentera Darat Markas Barat") ialah Tentera Darat Jerman yang berperang di Barat Eropah semasa Perang Dunia II. Nama Oberbefehlshaber West merupakan struktur pemerintah bagi Westheer.

Sejarah sunting

Ia mengandungi Kumpulan Tentera Darat H, yang berpengkalan di negara Belanda, dan Kumpulan Tentera Darat B dibawah Fil Marsyal Erwin Rommel. Ia juga meliputi Kumpulan Tentera Darat G, yang berpengkalan di selatan Perancis. Westheer telah diperintah oleh Gerd von Rundstedt sewaktu Operasi Overlord. Keengganan Hitler meletakkan pasukan simpanan untuk serangan pantas terhadap pengkalan hadapan tentera Bersekutu di Normandy merupakan langkah pertama kemerosotannya, yang mana telah dimulakan oleh kemusnahan kepungan Falaise, yang membabitkan Kumpulan Tentera Darat B.