Whippet

baka anjing dari United Kingdom

Whippet[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana British daripada jenis anjing pemburu penglihatan yang berkaitan dengan grehaun yang lebih besar dan grehaun Itali yang lebih kecil. Selain perbezaan ketinggian, whippet hampir menyerupai kedua-dua baka ini; ia kadang-kadang telah diperihalkan sebagai "grehaun orang miskin".[4] Ia dibela sebagai anjing teman, untuk penunjukan, untuk perlumbaan amatur, serta lure coursing. Ia mempunyai kelajuan larian tertinggi bagi mana-mana baka dalam julat berat dan saiznya dan mungkin mempunyai pecutan melahu-kepada-berlari terpantas antara mana-mana anjing.[5]

Whippet
Seekor whippet brindle
Nama lainSnap dog (usang)
Negara asalUnited Kingdom
Trait
Tinggi Jantan 47–51 cm (18.5–20 in)
Betina 44–47 cm (17.5–18.5 in)
Bulu halus, padat, pendek
Warna
  • FCI: tidak penting
  • UK: mana-mana kecuali merle[1]
Saiz perinduk 1–10 ekor, purata 6.1[2]
Jangka hayat 12–14 tahun[3]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Nama baka ini, "whippet", diterbitkan daripada perkataan awal abad ketujuh belas (kini lapuk) yang memaksudkan "bergerak laju-laju".[6]

Telah terdapat sedikit kesinambungan dalam pemerihalan jenis grehaun daripada saiz berlainan — besar, sederhana, dan kecil, yang dicatatkan dalam manual perburuan dan karya tentang sejarah semula jadi dari Zaman Pertengahan. Edward dari Norwich, Duke York Ke-2, mengesahkan, dalam terjemahan beliau dari awal abad ke-15 bagi (dan tambahan kepada) sebuah karya asli, Livre de chasse ("Buku Perburuan") Perancis dari lewat abad ke-14, manfaat pengekalan 'saiz besar', 'saiz sederhana', dan 'saiz kecil grehayn' untuk pelbagai jenis buruan.[7] Pakar perubatan dan ahli akademik Inggeris John Caius merujuk, dalam karya beliau dari abad ke-16 De Canibus Britannicus, jenis kecil serta jenis besar bagi Leporarius, Grehounde (grehaun)[8] dan, terutamanya, jenis yang telah dihubungkan dengan whippet, iaitu tumbler, jenis kecil bagi mungrell greyhounde dan anjing pemburu sarang arnab cemerlang untuk menangkap arnab,[9] yang juga dicatatkan oleh kurator dan penyunting awal abad ke-19 Scotland Thomas Brown.[10] Pengarang Inggeris dari era Victoria memerihalkan baka membangun moden whippet, atau snap-dog, yang dibiakbakakan untuk menangkap arnab, pertandingan coursing, straight rag-racing, dan untuk minat baharu terhadap pertunjukan.[11][12] [13]

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: ويڤيت, Sebutan bahasa Melayu: [wipɛt]; bahasa Inggeris: whippet

Rujukan sunting

  1. ^ Beckett-Bradshaw, A., 2019 The merle color pattern in the whippet (Inggeris). Sighthound Review (10) 1 Spring hlm. 108
  2. ^ Borge, K. S.; Tønnessen, R.; Nødtvedt, A.; Indrebø, A. (2011). "Litter size at birth in purebred dogs—A retrospective study of 224 breeds". Theriogenology (dalam bahasa Inggeris). 75 (5): 911–919. doi:10.1016/j.theriogenology.2010.10.034. PMID 21196028.
  3. ^ Cassidy, Kelly (2007). "Breed Longevity Data". Dog Longevity (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
  4. ^ Coile, Caroline (1998). Whippets: A complete pet owner's manual (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: Barron's. m/s. 8. ISBN 0-7641-0312-1. OCLC 38016572. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  5. ^ D. Caroline Coile (1998)."Whippets: Everything about Purchase, Care, Nutrition, Behavior, Training, and Exercising" (Inggeris). hlm. 51. Barron's Educational Series
  6. ^ "whippet facts, information" (dalam bahasa Inggeris). Encyclopedia.com.
  7. ^ Baillie-Grohman, W. A. (1909). The master of game: the oldest English book on hunting. London, United Kingdom.
  8. ^ Caius, J., Of Englishe dogges, the diversities, the names, the natures and the properties. A short treatise written in Latine and newly drawne into Englishe by Abraham Fleming (Inggeris). Terjemahan; Fleming A., 1880 London ed., hlm. 9–10
  9. ^ Caius, J., Of Englishe dogges, the diversities, the names, the natures and the properties. A short treatise written in Latine and newly drawne into Englishe by Abraham Fleming (Inggeris). Terjemahan; Fleming A., 1880 London ed., hlm. 11–12
  10. ^ Brown, T., 1829 Biographical sketches and authentic anecdotes of dogs (Inggeris), 1829, hlm. 416–417.
  11. ^ Dalziel, H., 1879 [ British dogs; their varieties, history, characteristics, breeding, management and exhibition (Inggeris), London, hlm. 45–48.
  12. ^ Shaw, V., 1881, The illustrated book of the dog (Inggeris), London, hlm. 255–258.
  13. ^ [1] (Inggeris)