Wikipedia:WikiProjek Bandar raya

(Dilencongkan dari Wikipedia:BANDARAYA)

WikiProjek ini bertujuan utama menyediakan maklumat yang padat dalam format yang konsisten tentang bandaraya-bandaraya di dunia. Selain bandaraya, projek ini juga meliputi bandar (pekan), kampung, desa, perbandaran, kawasan perumahan dan lain-lain jenis penempatan.

Garis panduan sunting

  • Rencana Bandaraya harus bermula dengan Kotak Info yang merangkumi maklumat-maklumat penting
    • Gambar pemandangan
    • Bendera dan lambang bandar
    • Negara terletaknya bandar
    • Taraf bandar dalam negara (ibu negara, pusat pentadbiran dsb.)
    • Kedudukan (koordinat, tanda dalam peta)
    • Keluasan dan ketinggian
    • Bilangan penduduk, kepadatan dan taraf kependudukan di negara dan dunia
    • Badan pentadbiran bandar (dan pautan kepada laman sesawang rasminya)
    • Tarikh penubuhan
    • Perihal ekonomi (KDNK, HDI, mata wang dsb.)
    • Zon waktu
    • Poskod
    • Kod ISO 3166-2
  • Isi kandungan rencana bandar haruslah terdiri daripada perihal-perihal berikut, dengan padat dan ringkas:
    • Pendahuluan (ringkasan dari seluruh isi rencana bandaraya di atas sekali rencana selepas kotak info)
    • Asal-usul nama bandar
    • Sejarah
    • Geografi dan iklim
    • Ekonomi
    • Pentadbiran dan Politik
    • Pengangkutan
    • Demografi
    • Budaya
    • Media
    • Pendidikan
    • Sukan
    • Bandar saudara
  • Isi kandungan mestilah disokong oleh petikan rujukan yang dinyatakan dalam format
    <ref>[<URL> <Tajuk>], <Sumber>, <Penerbit> <Tarikh terbitan>. Dicapai pada <Tarikh petikan>.</ref>
    atau templat-templat khusus {{cite}} dan sebagainya. Rujukan-rujukan ini dipaparkan dengan menginput {{Reflist}} di bawah pengepala Rujukan.
  • Rencana bandaraya harus ditutup dengan Pautan Luar, templat-templat pandu arah yang berkenaan dan kategori yang berkenaan (termasuk kategori bandar itu sendiri).

Contoh kotak info sunting

Antara kotak info yang berguna

  • {{Infobox settlement}} - Templat kotak info untuk kebanyakan jenis penempatan seperti bandaraya, bandar, kampung, dsb. Untuk menggunakannya, salin format yang terletak di Templat:Infobox settlement dan gantikan maklumat penempatan dalam bahagian parameter mengikut arahan laman templat.
  • {{Infobox Weather}} - untuk membentangkan maklumat suhu dan kerpasan dalam format yang terselaras

Penilaian sunting

Rujuk bahagian Penilaian.