Wikipedia:Bicara penyelia

Selamat datang ke laman Bicara Penyelia! Laman ini bertujuan sebagai tapak perbincangan antara penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu.

Berikut adalah senarai yang anda boleh lakukan di sini:

  • Penyelia baru meminta nasihat penyelia lama,
  • Teguran atau nasihat berkaitan kepenyeliaan seseorang penyelia.

Peraturan ringkas:

  • Maki hamun tidak dibenarkan
  • Perkataan semasa membuat pernyataan haruslah berdasarkan bahasa Melayu piawai, slanga tidak dibenarkan
  • Elakkan menggunakan singkatan kecuali 'kpd', 'dpd/drpd', 'dr', 'yg', 'shj' dan 'tlh'
  • Pernyataan seharusnya bersifat sopan agar menjaga hati semua pihak
  • Tidak ada 'aku', 'kau' dan 'engkau'.
  • Kesimpulan peraturan: segalanya di sini adalah formal.


Topik-topik

Pemadaman laman

Baru-baru ini saya dapati saudara Hezery dan Didie telah memadam laman secara buta-tuli (pada pendapat saya) atau tanpa usul periksa. Saudara Hezery telah memadam laman Hailat kerana menganggapnya kelakuan tidak sopan, walhal kandungan rencana tersebut bersifat ensiklopedia cuma tidak diwikikan dan kurang sumber, namun mempunyai ciri-ciri yang cukup pada saya untuk dikategorikan sebagai sebuah tunas. Beliau bahkan menyekat penyumbang rencana tersebut. Jadi, saya anggap ini sebagai buta tuli. Bagi saudara Didie pula, beliau telah memadam rencana Azmil Mustapha dan tidak menyatakan sebab. Saya telah membaca rencana tersebut semasa meronda sebelum dipadamkan dan tidak sempat mewikikannya kerana masalah sambungan, namun mendapati ianya telah dipadam selepas sambungan kembali pulih. Sebab pemadaman, kalau saya tidak tersilap pandang, tidak dinyatakan. Saya anggap ini sebagai tugas sambil lewa. Sekiranya tanggapan saya salah, kedua pihak silalah jelaskan. Sekiranya anda memang melakukan kecuaian, saya nasihatkan anda supaya rujuk kembali polisi pemadaman rencana. Maaf sekiranya terkasar bahasa, sekian. kurkur 20:18, 15 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Kesilapan saya amat saya kesali. — Didie (bincang) 03:05, 16 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Mengenai rencana Hailat itu, saya memadamnya kerana gaya bahasa penulisan yang digunakan adalah tidak sopan pada pendapat saya. Memang benar kita ada rencana seperti "Kongkek" atau "Pukimak" tetapi rencana sedemikian ditulis dengan gaya penulisan ilmiah dan ensiklopedik, tidak seperti tulisan asal Hailat di mana gaya penulisannya adalah tidak sopan, tidak ensiklopedik dan kelihatan seolah-olah seperti ujian suntingan atas tujuan melepaskan geram sahaja. Sebab itulah saya padam rencana itu. Tetapi tidak lama kemudian laman itu dipulihkan oleh saudara Kurniasan dan beliau menulis semula rencana tersebut dengan gaya yang sepatutnya. Oleh itu, pada saya ia bukanlah tugas sambil lewa tetapi lebih kepada pandangan yang berbeza mengenai rencana tersebut. Maka dengan ini saya anggap isu rencana Hailat ini sudah selesai. Kepada saudara Kurniasan, maafkan saya kerana berbeza pandangan mengenai rencana ini dan terima kasih kerana memulihkannya semula dengan gaya penulisan yang sepatutnya. Sekian. - Hezery99 (bincang) 03:23, 16 Oktober 2008 (UTC)[balas]


Pemadaman laman kerana Pelanggaran hak cipta: kandungan diambil dari internet

Saya cadangkan bagi laman yang disalin dari laman lain tidak dipadamkan sepenuhnya. Sebaliknya, ia diringkaskan kepada 3 ayat utama dan diletakkan pautan kepada rencana asal. Tujuannya adalah memberi peluang kepada mereka yang mencari maklumat di Wikipedia mendapatkan maklumat penuh di laman asal, dan bukannya terputus begitu sahaja. Yosri (bincang) 03:28, 16 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Rasa-rasanya ianya patut dipadam serta-merta. Sekiranya ingin ambil 3 ayat yang pertama, seboleh-bolehnya tukarkan struktur ayatnya agar tidak dianggap plagiat. Para penyelia diharap ringankan tulang sedikit untuk menyuting rencana itu. Tidak pun, letakkan tag {{hapus}} dan letakkan sebab serta beri makluman untuk tukarkan struktur ayat supaya ianya tidak dipadam. Jika tidak padamkan dalam masa tiga hari (berbanding 5 hari bagi rencana yang kurang sahih). kurkur 06:02, 16 Oktober 2008 (UTC)[balas]
3 ayat utama bererti ringkasan, dan bukannya 3 ayat pertama. Harap maklum. Yosri (bincang) 06:15, 16 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Cara terbaik ialah membuat ringkasan, itu pun kalau rajin. - Hezery99 (bincang) 13:18, 16 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Sebenarnya hal ini juga tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kalau laman yang berkaitan dengan topik tersebut sudah wujud, kandungan itu perlu diteliti sekali lagi untuk digabungkan dan diwikikan sebelum salah satu laman dipadam. Diagramma Della Verita (bincang) 15:25, 16 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Saya pun rasa penyelia tak patut terus padam laman yang salin terus drp laman web. Kadang-kadang topik itu penting. Tugas penyelia atau sesiapa sahaja hanya perlu menyunting sedikit, mengubah struktur ayat dan sebagainya. Saya tengok laman Mudarabah adalah sangat baik tetapi terus dipadam begitu sahaja begitu juga ada satu entri mengenai Siri TV yang juga dipadam. Tajuk-tajuk ini boleh disunting untuk conform kepada gaya penulisan Wikipedia. Ini mungkin berkaitan, saya juga ada menghidupkan kembali tajuk Wikipedia yang dipadam sebelumnya kerana orang yang membuatnya sama ada sebenarnya ingin bertanya (jadi isinya terdapat sampah seperti aasdasd), dalam bahasa Inggeris dan tidak diterjemahkan dan sebagainya. Saya rasa kalau jumpa begini jangan terus dihapuskan tetapi disunting dan dielokkan menjadi tajuk baru di Wikipedia. Kamalzack (bincang) 23:33, 16 Oktober 2008 (UTC)[balas]


Kritikan am terhadap penyelia

Saya merasa kurang senang dengan tindakan beberapa Penyelia yang cuba memaksa pandangan mereka ke atas orang lain. Penyelia hanyalah penyumbang biasa dan perlu bekerjasama dan bukannya berlagak sebagai ketua. Untuk memahami apa tugas Penyelia dan apa yang bukan, semua Penyelia sila baca dan hayati apa yang bukan tugas Penyelia.

An admin is just a normal user with a mop and a bucket. It certainly does not give you any Sergeant-like authority. Yosri (bincang) 14:19, 27 November 2008 (UTC)[balas]
Encik Yosri maksudkan saya. Saya sedar hakikat penyelia bukan ketua, saya sekadar memberi pendapat dan saya mempertahankan pendapat saya sehingga ia dapat disanggah. Adakah itu dianggap sebagai seorang ketua? Kalau saya bukan penyelia pun saya akan lakukan begitu. Tiada salah saya berpendapat dan mempertahankannya bukan? kurkur 16:27, 27 November 2008 (UTC)[balas]
Encik Yosri juga mempertahankan pendapat sendiri. Ia sangat jelas. Adakah Encik Yosri berlagak seperti ketua di sini? Itu sememangnya hak kita untuk mempertahankan pendapat. Jadi tak patut kenyataan Encik Yosri timbul. ^_^ 16:45, 27 November 2008 (UTC)[balas]

Bagi perspektif saya, pendapat dapat dilontarkan oleh sesiapa jua dan wajar mempertahankan pendapat itu agar mesej dapat disampaikan dengan jelas. Namun, berpada-padalah ye. Terlajak kereta breknya ditekan, tapi terlaser mulut impaknya dalam. Akhir kata, perbincangan sebegini mungkin sedikit sebanyak meningkatkan aras ketamadunanan komuniti Wikipedia Bahasa Melayu yang membolehkan tegur-menegur dilakukan. Tingkatkan aras penyumbangan anda di WBM! Sekian. — Didie (bincang) 17:44, 27 November 2008 (UTC)[balas]