Wikipedia:Bulan Asia Wikipedia 2018

Laman Wikipedia ini adalah tidak aktif buat masa ini dan ditinggalkan untuk keminatan sejarah.
Sesebuah laman bersejarah biasanya merupakan sesebuah laman yang tidak lagi diuruskan atau tidak lagi relevan, ataupun sesebuah laman yang konsensusnya tidak jelas. Jika anda hendak memulihkan perbincangan mengenai laman ini, anda harus mencari input yang lebih luas melalui sesebuah forum seperti Kedai Kopi.
Bulan Asia Wikipedia 2018

Bulan Asia Wikipedia ialah pertandingan Wikipedia tahunan yang memberi tumpuan kepada promosi kandungan Asia dalam pelbagai bahasa Wikipedia masing-masing. Setiap komuniti yang menyertai pertandingan ini dikehendaki untuk menjalankan penyuntingan secara dalam talian setiap bulan pada bulan November di Wikipedia bahasa masing-masing dan membuat kandungan baru atau memperbaiki rencana sedia ada mengenai topik Asia selain negara mereka sendiri. Penyertaan tidak terhad kepada warga Asia sahaja.

Penganjuran pertama pertandingan ini bermula pada tahun 2015 dan setiap tahun jumlah rencana telah meningkat serta penyertaan oleh para peserta yang pelbagai dan semakin berkembang. Dalam tiga tahun yang lalu, lebih 20,500 rencana bermutu tinggi telah ditambah dalam lebih daripada 50 Wikipedia bahasa khusus oleh lebih daripada 2,000 penyunting Wikipedia.

Sebagai sebahagian daripada matlamat persahabatan dan pertukaran budaya Komuniti Asia Wikipedia, peserta yang membuat sekurang-kurangnya empat rencana akan menerima Poskad Wikipedia khas dari komuniti yang menyertai.

Bersiaplah untuk menerima pelbagai kejutan! Anda tidak pernah tahu komuniti Wiki mana yang akan menghantar poskad kepada anda! Ahli Wikipedia yang membuat rencana paling banyak di setiap Wikipedia akan diberi penghormatan sebagai "Duta Wikipedia Asia".

Unjuran ortografik benua Asia
Unjuran ortografik benua Asia

Peraturan

Secara ringkas: Rencana baru, berkaitan Asia (rakyat, tempat, budaya dan lain-lain), bermutu baik, minimum 3,000 bait dan 300 patah perkataan, dihasilkan pada bulan November 2018 dan bukannya suatu senarai.

  • Rencana baru yang dihasilkan oleh anda (bukannya rencana tunas yang dikembangkan) pada 1 November 2018 0:00 sehingga 30 November 2018 23:59 (UTC).
  • Rencana hendaklah sekurang-kurangnya 3,000 bait dan sekitar 300 patah perkataan panjangnya.
  • Rencana itu memenuhi kriteria kelayakan.
  • Rencana tersebut mempunyai rujukan yang baik, kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan dan kontroversi hendaklah disahkan oleh petikan yang disenaraikan di dalam rencana.
  • Rencana bukan sepenuhnya diterjemahkan dengan menggunakan mesin dan mempunyai gaya bahasa yang memadai.
  • Tiada masalah atau isu (tiada teg) di dalam rencana
  • Rencana yang dihasilkan hendaklah bukan suatu senarai
  • Rencana tersebut bermaklumat.
  • Rencana tersebut mengenai sebarang topik atau tajuk berkaitan negara Asia selain daripada negara anda.
  • Rencana yang dihantar oleh seseorang penganjur perlu diperiksa oleh penganjur-penganjur yang lain.
  • Rencana yang dihasilkan oleh pengguna alamat IP tidak diterima. Sila cipta akaun terlebih dahulu.
  • Catatan: Juri daripada Wikipedia tempatan yang akan menentukan sama ada sesebuah rencana itu layak atau tidak.

Hadiah

  • Apabila anda membuat 4 rencana yang memenuhi peraturan di atas, anda akan menerima kad pos WAM dari salah satu komuniti Asia.
  • Duta-duta Asia Wikipedia akan menerima sijil yang ditandatangani dari Afiliasi Asia, dan poskad tambahan. Kunjungi soal jawab untuk maklumat lanjut.

Daftar

Daftarlah di sini. Penganjur akan menanda (menyemak) jika rencana yang dihasilkan memenuhi kriteria. Anda boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang bulan November.

Senarai peserta


Gunakan format kod ini untuk menyerta Bulan Asia Wikipedia: #{{Pengguna WAM 2018|NAMAPENGGUNA}}. Anda boleh mendaftar pada bila-bila masa.

Kotak pengguna

Sebaik sahaja anda telah menyertai, anda bebas untuk menambah userbox ini ke halaman pengguna anda.

Pengguna ini menyumbang kepada Bulan Asia Wikipedia.
{{Pengguna Bulan Asia 2018}}


Peserta sunting

  1. SNN95 (bincang)
  2. Msy 300177 (bincang)
  3. PeaceSearcher (bincang)
  4. Fandi89 (bincang)
  5. Syadthabigo (bincang)
  6. Greateasterner (bincang)
  7. Rfffchry (bincang)
  8. LaraCintaMerdeka (bincang)
  9. Polar (bincang)
  10. *angys* (bincang)
  11. CyberTroopers (bincang)
  12. Fuseblaster (bincang)
  13. Reyzadren (bincang)
  14. dannium123 (bincang)


Menghantar rencana

  • Rencana anda hendaklah dihantar di pautan ini. Klik "log in" (log masuk) di sudut kanan atas dan ikut petunjuk yang ada. Anda boleh mengganti bahasa halaman di ikon bahasa yang terletak di sudut kanan atas.
  • Setelah anda menghantar rencana anda, alat tersebut akan menambah templat ke rencana anda dan menandainya agar diperiksa oleh para juri. Anda dapat memeriksa kiriman anda di pautan ini.
  • Jika terdapat sebarang kesulitan, anda boleh menghubungi para juri.
  • Jika anda ingin membuat pertanyaan dengan lebih lanjut, sila ke halaman Pertanyaan yang sering ditanyakan atau tanyakan di laman perbincangan ini.

Penganjur

Edisi sebelumnya