Wikipedia:Kategori

(Dilencongkan dari Wikipedia:CAT)

Ralat petik: 'Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa nama mestilah mempunyai kandungan== Kepada pembaca baru ==

Kategori merupakan halaman senarai untuk mengelaskan topik-topik; umpamanya, kategori:sains bermaksud untuk mengandungi topik-topik seperti biologi dan geografi. Sekiranya anda masih baru di Wikipedia dan andainya, anda memilihkan kategori:sains, anda mungkin akan terperanjat melihat dua senarai:

  1. Subkategori bagi kategori:sains, seperti kategori:astronomi; dan
  2. Rencana-rencana seperti rencana Wikipedia mengenai astronomi.
  • Senarai pertama mengandungi kategori-kategori yang lebih khusus dan mengandungi rencana-rencana terperinci yang tidak terdapat di kategori peringkat tinggi. Umpamanya, kategori:astronomi mengandungi rencana-rencana astrofizik dan bintang-bintang perduaan. Sering kali juga terdapatnya banyak peringkat kategori dan subkategori.
  • Sekiranya anda minat akan rencana am, sila lihat senarai kedua (#2 di atas) untuk tajuk-tajuk rencana. Jika anda tidak dapat menemui rencana yang diminati, sering kalinya ia berada dalam subkategori.

Sekiranya anda hendak menjelajah kategori amnya sewaktu membaca sebuah rencana, sila lihat petak "Kategori" di bawah rencana itu yang menyenaraikan semua kategori yang mempunyai kaitan dengan rencana tersebut.

Pautan-pautan Kategori: juga didapati di halaman-halaman kategori bagi membolehkan anda melayari senarai-senarai untuk mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki.

Cara memasukkan pautan kategori dan pautan subkategori ke dalam halaman rencana sunting

Bahagian-bahagian kecil yang berikut menunjukkan penggunaan pautan-pautan kategori melalui contoh kategori botani.

Bagaimana melayari senarai kategori sunting

Bagi melayari senarai-senarai kategori, anda boleh menggunakan pautan-pautan Kategori TOC yang ada pada halaman kategori:botani. Cuma klik pada huruf yang sama dengan huruf pertama rencana atau subkategori yang dikehendaki. Sebagai alternatif, anda juga boleh klik pada pautan-pautan "selepas 200" ataupun "sebelum 200" pada halaman kategori.

Cara memasukkan kategori ke dalam rencana botani sunting

Anda boleh memasukkan kategori-kategori yang berkaitan ke dalam rencana anda supaya mengisikan senarai-senarai subkategori. Untuk membuat demikian, masukkan teks seperti berikut di bahagian bawah rencana anda (sila lihat bahagian di bawah untuk subkategori Botani}:
       [[Kategori:Masukkan subkategori botani di sini.]]

Untuk menguji suntingan anda sebelum menyimpan, tekan butang "Tunjuk Paparan" untuk memastikan bahawa subkategori yang dipilih berjaya.

Dengan menyimpan suntingan anda, anda akan menghasilkan pautan ke subkategori botani.

Sila lihat teks sumber (klik pada "sunting" di bahagian atas) untuk contoh bagaimana memaksakan pengabjadan pada jujukan kategori bagi setiap butir.

Bagaimana membubuh subkategori botani pada kategori sunting

Untuk memasukkan subkategori kepada kategori botani, sila lihat dahulu laman subkategori botani melalui pautan dari mana-mana satu rencana botani dalam subkategori. Semasa melihat laman subkategori botani, klik pada "sunting" dan memasukkan teks:
       [[Kategori:Botani]]
pada bahagian bawah laman subkategori botani sebelum, iaitu di atas pautan interwiki.

(Perisian kategori kini memperuntukkan 200 pautan bagi setiap laman kategori, tanpa mengira subkategori ataupun pautan rencana.)

Bagaimana memastikan tajuk rencana tersusun dengan betul dalam laman kategori sunting

Contoh: Andai kata anda memerlukan rencana, "Pokok Durian Paya" disenaraikan dalam laman kategori, "Kategori:Tumbuhan".

Sekiranya, anda cuma menulis [[Kategori:Tumbuhan]], rencana "Pokok Durian Paya" akan disusun di bawah "P" dan bukannya dibawah "D". Untuk memastikan bahawa laman tersebut disusun di bawah "D", sila tulis: [[Kategori:Tumbuhan|Durian Paya]].

Begitu juga sekiranya anda hendak menyusun laman subkategori di dalam laman kategori.

Bagaimana mengaitkan dengan kategori sunting

Tanda titik bertindih (":") sebelum "tag kategori" (umpamanya, [[:Kategori:NamaKategori]]) akan membolehkan anda memasukkan pautan yang mengaitkannya dengan halaman kategori tanpa memasukkan rencana tersebut ke dalam kategori itu.

Sebagai kebiasaan, tag-tag kategori dibubuh sebelum pautan interwiki yang biasanya merupakan tag-tag terakhir bagi setiap rencana.

Berkenaan dengan senarai dan kategori sunting

Wikipedia mengandungi beberapa senarai, akan tetapi amat payahnya untuk mengemaskinikan senarai-senarai ini, dan memeliharakan kaitan-kaitan antara butir-butir senarai dan rencana-rencana yang berkenaan dengan butir-butir itu. Tambahan pula, aspek-aspek ensiklopedia seperti peninjauan, senarai-senarai pantau, dan "pertukaran terkini" boleh juga diperbaiki melalui pengaitan rencana dengan kategori.

Sebuah sistem kategori telahpun dibina untuk perisian MediaWiki yang boleh menghasilkan sebahagian daripada senarai-senarai dan membuat pengelasan tersebut secara automatik . Senarai kategori-kategori boleh didapati di Istimewa:Kategori walaupun ataupun Wikipedia:Tinjau mungkin lebih sesuai untuk peninjauan.

Sistem alternatif sunting

Sistem-sistem alternatif termasuk Wikipedia:Siri rencana, Wikipedia:Siri wajib dan Wikipedia:Topik. Sila lihat Wikipedia:Kategori, senarai dan petak siri.

Bagi perbincangan tentang bagaimana menggunakan kategori dan menentukan mana-mana satu kategori yang perlu wujud, sila lihat Wikipedia:Pengelasan.

Lihat juga sunting

  • Wikipedia:Tinjau: Laman navigasi yang mengandungi pautan ke kategori-kategori peringkat tinggi.
  • Istimewa:Kategori: Senarai berabjad berkenaan dengan semua kategori serta subkategori ataupun rencana terkategori.
  • Bantuan:Kategori
  • m:Pengelasan
  • Wikipedia:Senarai: Boleh memberi struktur yang lebih baik serta maklumat yang lebih banyak dalam satu halaman bila dibandingkan dengan kategori.
  • Wikipedia:Templat navigasi: Biasanya terdiri daripada satu senarai yang kecil untuk kegunaan pelbagai rencana yang berkaitan, tanpa keburukan yang biasa disebabkan oleh duplikasi; umpamanya, sebuah rencana berkenaan dengan daerah dan rencana-rencana berkenaan dengan bandar-bandar di daerah itu boleh mempunyai senarai bandar-bandar yang sama. Berbeza daripada kategori, ia juga boleh menunjukkan bandar-bandar yang mana rencana belum dikarang dan menyempurnakan pautan untuk berbuat demikian. Oleh sebab itu, kumpulan-kumpulan rencana boleh dicipta melalui atas-bawah.
  • Wikipedia:Apa yang mengaitkan dengan sini: sebagai contoh, sekiranya sebuah rencana mengenai daerah tidak menyenaraikan bandar-bandar di dalamnya, pautan ini boleh membantu mencari rencana-rencana yang telah dikarang kerana rencana-rencana itu mungkin mengandungi pautan yang mengaitkannya kepada rencana daerah.