Wikipedia:Calon rencana gotong-royong

Sumbangan Pilihan

Kandungan pilihan:

Alatan rencana gotong-royong:

Sebelum mencalon:

Laman ini digunakan untuk meletakkan calon rencana gotong-royong. Di sini, kita menentukan yang mana satu rencana akan digelar sebagai rencana gotong-royong. Rencana gotong-royong mesti merupakan karya Wikipedia yang dikenal pasti berpotensi untuk menjadi karya Wikipedia terbaik, bukan yang sudah menjadi terbaik. Bagi pencalonan jenis kedua ini, sila lihat: Wikipedia:Calon rencana pilihan. Sila lihat: Wikipedia: Apakah itu rencana gotong-royong? untuk kriterianya.

Jika anda mencalonkan rencana, anda dijangka akan menjawab segala bantahan yang dikemukakan. Jika anda mencalonkan rencana yang anda telah mula mengerjakanya, sila catatkannya sebagai pencalonan diri. Jangan kemukakan lebih daripada satu calon pada sesuatu masa — ini akan menyusahkan pemberian ulasan yang wajar. Jika anda hendak menerima maklum balas sebelum mencalonnya, sila senaraikan cadangan anda dalam Wikipedia:Ulasan sebaya.

Jika masa yang agak panjang berlalu tanpa penyelesaian bantahan, pencalonan itu akan dialihkan daripada senarai calon dan diarkibkan.

Archive Arkib
  1. 2006
  2. 2007
  3. 2008
  4. 2013
  5. 2015–2017

Pencalonan rencana gotong-royong sunting

Proton Iriz sunting

Sudah lama juga rencana gotong-royong tidak dicalonkan. Oleh itu, saya ingin mencalonkan rencana Proton Iriz dengan tujuan membirukan pautan merah yang wujud, serta memeperbaiki ejaan atau kesalahan tatabahasa (sekiranya wujud). Saya juga mengharap bantuan para penyunting dengan memperbaiki dan menambah fakta rencana berdasarkan Wikipedia bahasa Inggeris. -- محمد حكيمي (bincang!) @ (sumbangan?) 10:11, 22 Januari 2015 (UTC)Balas[balas]

Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) sunting

Salam sejahtera. Saya ingin mencalonkan rencana Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) kerana rencana ini layak untuk dijadikan sebagai Wikipedia:Rencana pilihan pada masa akan datang. Rencana ini juga telah dijadikan sebagai rencana pilihan di Wikipedia bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Keseluruhan laman rencana tersebut telah saya kemas kini berdasarkan kepada sumber berita dan pemerintah dari Singapura sendiri terutamanya dari segi istilah. Harap para ahli Wikipedia dapat membirukan pautan merah, memperbaiki ejaan dan tatabahasa, menyemak pautan mati serta membaca pruf rencana itu. Sekian, terima kasih. – 26 Ramadan (b-s)   19:10, 6 Julai 2017 (UTC)Balas[balas]

Telah dipilih sebagai rencana pilihan bagi bulan Februari 2018. 26 Ramadan (bincang) 16:00, 5 Februari 2018 (UTC)Balas[balas]

Singa dan Lembu sunting

Saya ingin mencalonkan kedua-dua rencana berkenaan binatang ini kerana layaknya menjadi rencana pilihan di masa yang akan datang. Diharap ahli-ahli WBM dapat membirukan pautan merah dan menambah sebanyak mana yang boleh secara menterjemah dari rencana bahasa Inggeris/lain mahupun memberikan input asli tempatan di samping membetulkan kesilapan ejaan dan tatabahasa. "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 12:59, 24 Disember 2017 (UTC)Balas[balas]

C/1996 B2 (Hyakutake) dan Hasan al-Kharrat sunting

Salam sejahtera. Saya ingin mencalonkan rencana C/1996 B2 (Hyakutake) dan Hasan al-Kharrat kerana kedua-dua rencana berpotensi untuk menjadi rencana pilihan pada masa akan datang. Oleh itu, saya harap para Wikipediawan dapat membantu dengan membirukan pautan merah serta memperbaiki tatabahasa dan susunan ayat (jika ada) pada rencana-rencana itu. Anda boleh rujuk rencana pilihan dalam bahasa lain di bawah. Sekian, terima kasih. 26 Ramadan (bincang) 16:11, 5 Februari 2018 (UTC)Balas[balas]