Pencalonan rencana pilihan

Julai

Piala Dunia FIFA 2006. ...Aurora... 05:21, 11 Jun 2006 (UTC)[balas]

Saya cuma ada sedikit cadangan. Apa kata kita letak sahaja rencana Cleopatra menggantikan Piala Dunia 2006 terus sekarang ini sahaja kerana dengan penghidupan semula Wikipedia:Rencana bulan ini, rencana Piala Dunia itu lebih sesuai dijadikan rencana disana. Beza rencana bulan ini dan rencana pilihan adalah bahawa bagi yang pertama ia berkait rencana yang dikenalpasti boleh diusahakan bersama untuk menjadi rencana piawai, maka ia masih belum piawai lagi. Rencana pilihan pula adalah untuk rencana yang telahpun piawai, jadi berlainan. Jika lihat rencana Piala Dunia FIFA 2006 ia memang lebih sesuai sebagai rencana bulan ini sahaja kerana ia masih belum boleh dianggap piawai. Alistair 阿力斯特伊儿 06:36, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]

Oh ya, dan jika hendak, letakkan sahaja Lihat juga:Rencana bulan ini dibawah templat rencana pilihan laman utama supaya pembaca dapat melihat terus kedua-duanya. Alistair 阿力斯特伊儿

Sebenarnya rencana Cleopatra sudah diletakkan dahulu. Lihat ini untuk senarai rencana-rencana yang pernah diletakkan di laman utama. — Master2841 07:03, 14 Jun 2006 (UTC)[balas]
Rencana bulan ini ialah Piala Dunia FIFA 2006 iaitu cadangan saya sebagai rencana pilihan 1 Julai. Pada masa itu sepatutnya ia telah piawai. Rencana pilihan sekarang ialah Piala Dunia FIFA. ...Aurora... 05:15, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]
Maaf, ia sesuatu yang overlooked bagi saya. Kini saya mengerti, hehe. Jika pada masa itu rencana FIFA 2006 piawai, saya bersetuju. Saya lihat rencana bulan ini mendapat sambutan panas - baguslah tetapi mungkin kerana semua orang pun minat Piala Dunia, hehe. Alistair 阿力斯特伊儿 08:21, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]
Kawan2....bagus....hidup England...! che 12:56, 22 Jun 2006 (UTC)[balas]

Ogos

Saya menghampuskan pesanan-pesanan yang tertinggal di sini kerana mereka merupakan pesanan bulan Mac. Saya kira mereka merupakan pesanan lama yang tidak terbuang. Ruangan ini masih buka untuk pencalonan. Silalah calon. Alistair 阿力斯特伊儿 10:15, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Saya sengaja tidak hapuskan sebab pencalonan tersebut ditangguhkan. Tak kisahlah sebab Polar dah calonkan kembali di bawah. Sokong tapi saya tukar tarikh, kalau tidak rencana ini akan ditampilkan sehari saja :) ...Aurora... 02:58, 16 Jun 2006 (UTC)[balas]

Oleh kerana rencana sebelum ini ditukar setiap 10 hari (atau hari yang ada angka 1 dibelakang), saya minta rencana pilihan untuk turut ditukar pada hari ini dan saya kembalikan usul yang dicadangkan oleh Master2841 pada Mac lalu yang mencadangkan rencana J. K. Rowling untuk dijadikan rencana pilihan memandangkan 31 Julai ialah tarikh kelahiran beliau (dan watak ciptaannya, Harry Potter). — Polar 14:26, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Maaflah. Saya tidak mengetahui. Saya sokong. Alistair 阿力斯特伊儿 03:31, 16 Jun 2006 (UTC)[balas]

Saya dengan ini mencadangkan satu rencana pilihan khas sempena merdeka, iaitu rencana Merdeka bermula hari ini (29 Ogos) selama semingguAlistaire 16:21, 28 Ogos 2006 (UTC)[balas]


September

Kerajaan dunia. Pencalonan ini merupakan pencalonan diri. Saya rasa semua orang harus mengetahui akan konsep kerajaan begini. Alistair 阿力斯特伊儿 08:34, 15 Jun 2006 (UTC)[balas]

Wah, beratnya konsep ini, tapi dalam filem memang banyak digunakan. Sokong. ...Aurora... 02:58, 16 Jun 2006 (UTC)[balas]

Perna ada dalam filem? Filem yang mana tu ya? Ia turut membuatkan saya berkeinginan untuk baca walaupun kata Aurora betul, konsepnya agak berat sebab penggunaan kata yang berat. Apa-apa pun, saya sokong. Polar 21:40, 17 Jun 2006 (UTC)[balas]

sokong...menambah makanan minda kita hehhee...che 12:55, 22 Jun 2006 (UTC)[balas]

Oktober

Saya mencadangkan rencana Obesiti. Didie 13:58, 21 Jun 2006 (UTC) (Nota: Rencana ini adalah pencalonan diri)[balas]

Rencana pilihan berkait kesihatan kurang, dan sudah tibanya masanya kita pelbagaikan jenis rencana. Sokong. Alistair 阿力斯特伊儿 13:03, 22 Jun 2006 (UTC)[balas]
Sokong. — Emrrans 13:07, 22 Jun 2006 (UTC)[balas]
Sokong Yosri 11:55, 4 September 2006 (UTC)[balas]

Boleh tak pada 24 - 31 Oktober 2006(seminggu) diletakkan rencana khas iaitu Hari Raya Aidilfitri bersempena Hari Raya Aidilfitri disambut. Rencana Merdeka juga pernah diletakkan sebagai rencana pilihan khas selama seminggu bersempena Hari Kemerdekaan di Malaysia disambut. - Didie 02:03, 1 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Sudah tentu boleh. Saya sokong. — Alistaire 08:09, 1 Oktober 2006 (UTC)[balas]

November

Saya rasa rencana Charles, Putera Wales dicalonkan kerana hari lahirnya ialah bulan November. Amat bertepatan sangat. - ...Didie!!!... 04:41, 9 Julai 2006 (UTC)[balas]

Disember

Donoghue lwn Stevenson

Di samping menjadi satu rencana berkenaan undang-undang (yang masih belum ada rencana pilihannya), dan satu kes undang-undang pula itu, ia juga adalah satu cerita yang menarik :) — Alistaire 10:44, 4 September 2006 (UTC)[balas]

Setuju. — Master2841 11:45, 4 September 2006 (UTC)[balas]
Sokong Yosri 11:55, 4 September 2006 (UTC)[balas]

Tidak membantah. Bagaimanapun, saya berasa risau tentang adakah suatu rencana yang begitu khusus patut dipaparkan sebagai rencana pilihan selama sebulan, sedangkan terdapat banyak lagi rencana lain, khususnya rencana Dunia Timur, yang boleh dikerjakan untuk dilayakkan. Selain itu, saya memang keliru tentang syarat-syarat untuk memilih rencana pilihan. Pada bulan Julai, rencana Julius Caesar telah dicadangkan tetapi kemudian digugurkan. Ketika dipilih, rencana itu bukannya sebuah rencana yang cukup baik.

Tidak boleh dinafikan bahawa Alistaire adalah seorang penulis yang baik. Bagaimanapun, tidak terdapat suatu rencana, baik ditulis oleh seorang pakar mahupun bukan, yang boleh dikatakan benar-benar sempurna (perfect) dalam dunia ini. Setiap rencana yang baik masih dapat diperbaiki. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pakar-pakar adalah bahawa mereka cukup mengetahui bidangnya, maka mereka menganggap bahawa pembaca juga tahu apa yang diketahui oleh mereka. Akibatnya, mereka kekadang menterjemah dengan tidak sengaja pada peringkat yang tidak dapat difahami oleh pembaca.

Tujuan saya untuk mengemukakan hal ini adalah supaya semua penyokong akan membantu memperbaik semua cadangan rencana pilihan, bukan setakat cakap sokong saja. Sememangnya, saya berasa amat kecewa dengan semangat portal bahasa Melayu ini yang tidak banyak menampilkan sikap portal masyarakat. — PM Poon 13:32, 4 September 2006 (UTC)[balas]

Hmm, saya tidak jangkakan komen sebanyak dan sedalam ini terhadap cadangan saya :D Apapun saya cuba untuk berikan balasan yang patut.
Pertama, mengenai "kekeliruan" PM Poon tentang syarat-syarat yang perlu untuk rencana pilihan, saya mungkin silap, tetapi ia kelihatan pada saya yang PM Poon juga, seperti Polar dan Master2841 dahulunya, keliru akan beza peranan Wikipedia:Rencana bulan ini dan Wikipedia:Rencana pilihan. Saya berasa terkejut dan kecewa mengetahui perkara ini kerana saya sangkakan PM Poonlah salah satu penyumbang, selain saya dan Aurora, akan mengetahui peranan "Rencana bulan ini" yang sebenarnya.
"Rencana bulan ini" adalah sudut "Rencana minggu ini" Portal:Masyarakat yang telah dihidupkan semula. Tujuan sudut ini adalah untuk memilih satu rencana yang dapat dikerjakan bersama oleh masyarakat Wikipedia 'supaya menjadi rencana pilihan. Maka jelas bahawa rencana yang dipilih dibawah sudut ini bukanlah merujuk kepada rencana yang memang telah piawai, tetapi pada satu rencana yang diusahakan bersama menjadi piawai (ini berlainan dengan Rencana pilihan, yang wujud untuk memaparkan hasil karangan terbaik Wikipedia Melayu di Laman Utama kepada dunia). Pada masa itu, sudut mingguan ini telah terbiar lebih setahun dengan rencana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu masih kekal sebagai "Rencana minggu ini" miskipun telah lama dipiawaikan oleh PM Poon. Benar, sudut ini tidak mendapat sambutan besar-besaran komuniti Wikipedia, tetapi sekurang-kurangnya seorang, iaitu PM Poon, telah menyahut seruan komuniti ini. Dia kemudiannya di Kedai Kopi (lihat arkib berkaitan) telah menyatakan rasa hampanya oleh sebab ketiadaan ahli komuniti lain membantunya mengusahakan rencana tersebut. Saya mesti menyatakan di sini bahawa ini bahawa tindakannya mengubah persepsi saya terhadapnya, sebab pada awalnya komennya di laman perbualan rencana Negara membuatkan saya marah (tetapi tidak secara beremosi!) - kerana pendiriannya semacam seorang yang hanya pentingkan diri sendiri (saya juga mendapat tanggapan ini semasa membaca sejarah pertikaiannya dengan seorang Johnleemk). Tetapi ini dan subsequent actions (ingat bahawa saya tekankan actions bukan words di sini) oleh beliau seolah menunjukkan dia tidak berlaku seperti yang dikatakan pendiriannya, sekurang-kurangnya bukan seratus peratus. Saya terasa aneh - lazimnya orang akan menyatakan yang baik, dan kemudiannya berbuat tidak serupa bikin, tetapi ini seorang yang menyatakan pendirian yang cukup tidak baik, tetapi berbuat "tidak serupa bikin" (iaitu berbuat baik) pula. Saya masih tidak percaya yang PM Poon seorang yang benar-benar percaya akan konsep seperti doing something worthwhile for the greater good berbanding hanya melakukan sesuatu kerana suka-suka, tetapi kini saya sedar bahawa ia bukannya semudah putih atau hitam (black or white) apabila menilai seseorang. Satu lagi pengajaran hidup, hehe.
Apapun, disebabkan apa yang ditujukkan oleh PM Poon ini, saya telah menghidupkan semula sudut ini dan, untuk tujuan praktikal (kerana bilangan pengguna aktif di sini kurang), saya telah menamakannya semula sebagai Rencana bulan ini. Meskipun begini, peranan asalnya tidak pernah berubah, iaitu untuk mengajak masyarakat Wikipedia bersatu mengusahakan satu rencana. Rencana bulan ini pertama pada bulan Jun, Piala Dunia FIFA 2006 menjadi rencana pilihan pada bulan seterusnya, iaitu bulan Julai. Pada bulan itu, Rencana bulan ini merupakan Julius Caesar atas cadangan Polar, kerana bulan Julai dinamakan mengikut tokoh ini. Pada masa itu saya takut pengguna tidak akan bersatu menyumbang ke arah rencana ini, kerana Rencana bulan ini pada bulan Jun, Piala Dunia, diusahakan bersama hanya kerana demam bola sahaja, dan bukan kerana semua orang menyahut seruan komuniti :P. Tetapi nyata kebimbangan saya tidak berasas apabila saya melihat bukan sahaja rencana Julius sendiri telah diusahakan, tetapi beberapa rencana mengenai rencana pokok itu juga dicipta. Sudut Rencana bulan ini akhirnya mencapai matlamatnya. Saya amat gembira, dan mengikut lunas yang ditunjukkan oleh Polar, meletakkan rencana Augustus sebagai rencana bulan Ogos, dengan sebab sama, iaitu Ogos telah dinamakan sempena Augustus. Namun, kali ini, apa yang berlaku kepada rencana Julius tidak berlaku kepada rencana Augustus. Saya berasa pilu, terkeliru dan kecewa - mana perginya semangat komuniti yang begitu kuat hanya satu bulan sebelumnya?
Rencana bulan ini pada bulan September adalah rencana Wang yang dicadang Aurora. Apapun, saya rasa saya akan mulakan proses penukaran nama Wikipedia:Rencana bulan ini kepada Wikipedia:Rencana gotong-royong. Adalah diharap tindakan ini akan menghapuskan, once and for all, kekeliruan peranan sudut Rencana ini dengan Rencana pilihan Laman Utama.
Mengenai rencana pilihan cadangan saya pula, saya ingin menjamin PM Poon dan kesemua pengguna aktif lain di sini, rencana ini merupakan suatu rencana undang-undang yang layak menjadi rencana pilihan, hanya disebabkan kemasyhurannya. Tiada peguam negara komenwel malah pelajar undang-undang pun, yang tidak tahu akan kes Donoghue versus Stevenson, dengan semua cerita menariknya. Jika tidak kerana tindakan berani May McAlister, pada hari ini sekiranya kita termakan atau terminum yang basi atau yang mempunyai apa-apa elemen asing seperti lipas dll, sekiranya bukan kita sendiri yang membeli makanan/minuman itu, kita tidak boleh mendakwa penjual! Pada zaman dahulukala, anda hanya boleh mendakwa orang yang membuat kontrak secara langsung dengan anda sahaja, dengan kata lain, jika anda sendiri telah perolehi barangan yang rosak daripada penjual. Pemberian barangan itu kepada mana-mana orang lain tidak melindungi orang lain tersebut sekiranya dia tercedera, dan ini memang merugikan pengguna produk. Disebabkan Puan Donoghuelah, kita sebagai pengguna selamat terlindung oleh tindakan mana-mana penjual tidak bertanggungjawab pada hari ini. Kes ini juga adalah kes pertama yang diajarkan kepada pelajar undang-undang dalam kelas Tort tahun pertama semester pertama. Hujah Lord Atkin dan formulasi neighbour principlenya juga amat mengagumkan dan menonjolkan kesatuan undang-undang dengan agama. Sebelumnya di satu ucapan di King's College, Lord Atkin sendiri pun telah memberikan satu hujah bahawa "Meskipun undang-undang dan moraliti tidak serupa, undang-undang British sentiasa termasuk pengajaran moraliti..." dan berakhir dengan frasa "Tidak mustahil untuk mengatakan bahawa undang-undang itu sendiri berdasarkan kata bahawa anda seharusnya menyayangi jiran anda (love your neighbour)". Prinsip ini yang lahir hasil ucapan Lord yang sama semasa mengadili kes Donoghue pada tahun 1932, tidak berupah dalam bentuknya yang asas sehinggakan hari ini! :) — Alistair 18:20, 4 September 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih kepada Alistair atas penerangan yang begitu panjang. Mungkin anda hendak menjelaskan mengapa anda telah menukarkan perutusan anda di laman Kedai Kopi seperti berikut:

Saya rasa tidak perlu kerana Wikipedia Inggeris pun tidak buat begitu. Pautan ke Portal lazimnya diletakkan di rencana berkenaan topik Portal. Misalnya pautan ke Portal:Undang-undang akan diletakkan di rencana Undang-undang. — Alistaire 00:56, 3 September 2006 (UTC)[balas]

menjadi:

Boleh juga kerana Wikipedia Inggeris pun buat begitu. Pautan ke Portal juga lazimnya diletakkan di rencana berkenaan topik Portal. Misalnya pautan ke Portal:Undang-undang akan diletakkan di rencana Undang-undang. — Alistaire 01:10, 3 September 2006 (UTC)[balas]

selepas saya mengemukakan kesilapan anda dua minit sebelumnya, iaitu pada pukul 01:08, 3 September 2006 . Penjelasan ini bukan untuk saya tetapi sebaliknya, adalah untuk diri anda sendiri kerana ini akan menghapuskan segala kesangsian dan tuduhan terhadap integriti anda.

Ketika rencana Julius Caesar dicadangkan untuk dijadikan rencana pilihan, pelawaan telah dibuat untuk usaha kerja sama. Dengan permintaan itu, Naisi dan saya telahpun menghabiskan banyak masa untuk memperbaik rencana itu serta menyumbang rencana-rencana pautan merah. Malangnya, pengumuman itu kemudian tidak ditunaikan tanpa sebarang penjelasan. Adakah sesiapa yang akan mengambil berat tentang pengumuman orang ini pada masa hadapan, atau sebaliknya menganggapnya sebagai satu kentut yang harus dibiarkan?

Selain itu, yang membuat sahutan kelihatan tidak memberi sebarang sumbangan kepada pengumumannya. Cuma pakai mulut saje. Adakah seorang pengelola yang cuma pakai mulut dan mencadangkan rencana sendiri untuk rencana pilihan merupakan seorang yang kurang mementingkan diri berbanding dengan seorang yang tidak pernah mencadangkan rencana ciptaan sendiri, tetapi sebaliknya telah menyumbang kepada rencana yang ditandai sebagai rencana kerja sama?

Tentang perdebatan dengan Johnleemk, tahukan anda bahawa dia telah membuat beberapa kesilapan, termasuk mengatakan bahawa gambar surat khabar tidak boleh dimasukkan ke dalam rencana Wikipedia, serta bahawa HANYA gambar yang mempunyai GFDL boleh dimasukkan? Kan persoalan ini kini telah amat jelas, jika kita melihat laman muat naik yang memberikan banyak pilihan, termasuk gambar berhak cipta bersyarat?

(P/S: Alistair, mari kita membandingkan bilangan rencana pengguna lain yang saya telah memperbaiki, berbanding anda. Ikut perkadaran sudah, kalau bilangan tak adil.) — PM Poon 19:47, 4 September 2006 (UTC)[balas]


Saya teringat Alistair mengatakan dengan penuh keyakinan: "Saya (Alistair) akan ambil alih tanggungjawab Hari ulang tahun pilihan/Peristiwa hari ini pada Laman Utama selepas perletakan tanggungjawab ini oleh PM Poon menjelang 1 Ogos bulan depan."

Seorang yang mementingkan diri telah menyumbang 96 daripada 366 rencana itu, iaitu 26%. Kini kena tengok orang yang tidak mementingkan diri dan yang telah berjanji mengambil alih tanggung jawab itu. Harap ini bukan merupakan lagi satu kentut. — PM Poon 20:21, 4 September 2006 (UTC)[balas]


Hai Alistair, memandangkan ketidakpuasan anda, saya telah membuat keputusan tidak lagi menyertai portal ini. Selamat tinggal. — PM Poon 21:08, 4 September 2006 (UTC)[balas]


Sila lihat tulisan saya di WP:KK berkenaan masalah yang PM Poon timbulkan.

Sebagai tambahan kepada perkara ini, nampaknya PM Poon masih kurang mengerti akan tujuan Rencana bulan ini berbanding Rencana pilihan. Kedua-dua sudut ini adalah berbeza, dan untuk satu rencana dipamirkan di mana-mana, perlukan cadangan yang berbeza juga. Bukannya satu rencana yang telah dipiawaikan bawah Rencana bulan ini secara automatik akan menjadi Rencana pilihan. Sejak bila ada tertulis begitu? Rencana bulan ini pertama, iaitu Piala Dunia FIFA 2006 menjadi Rencana bulan ini atas calonan saya, dan menjadi Rencana pilihan kemudiannya atas calonan Aurora. Rencana Julius Caesar pula masih belum mendapat calonnya lagi, sebab itu ia tidak dipilih sebagai Rencana pilihan, jika itu yang PM Poon maksudkan.

Dan sejak bila mencalonkan rencana perusahaan sendiri menjadi satu jenayah. Untuk pengetahuan semua, walaupun pencalonan rencana Donoghue lwn Stevenson saya merupakan pencalonan diri saya yang kedua, saya telah mengambil kira faktor lain, seperti kepelbagaian Rencana pilihan yang pernah terpilih, mengikut arkibnya, tiada kepelbagaian dengan rencana orang kenamaan dan sukan telah dicalon buat beberapa kali, tetapi bidang lain seperti psikologi dan undang-undang masih belum ada lagi. Dengan mengambil kira ini, saya telah calonkan satu rencana undang-undang. Ia tidak salah saya yang kebetulan saya telah menterjemahkannya, bukankah saya memang merupakan penyumbang rencana undang-undang?

Didie pun pernah mencalonkan rencana sendirinya dua kali, berturut-turut pula itu, tetapi tiada yang membantah pula. Lagipun saya pernah juga calonkan rencana orang lain, Coca-Cola, iaitu hasil orang sama yang kemukakan bantahan ini di sini.

Jika masalahnya adalah saya pentingkan diri dengan mencalonkan rencana sendiri, baik! Mulai sekarang, saya tidak akan calonkan mana-mana rencana hasil sendiri lagi. Dan sebagai permulaan, izinkan saya tarik calonan saya Donoghue lwn Stevenson dan gantikannya dengan rencana Julius Caesar, mengikut permintaan terakhir PM Poon sebelum dia pergi. — Alistaire 08:34, 5 September 2006 (UTC)[balas]

Makluman kepada semua pengguna, sebarang prbincangan yang tidak berkaitan dengan WIkipedia:Calon rencana pilihan sila ke laman Wikipedia:Kedai Kopi. Sekian, terima kasih. — Master2841 11:23, 5 September 2006 (UTC)[balas]

Julius Caesar

Pada bulan Disember, rencana Julius Caesar dijadikan rencana pilihan atas permintaan terakhir PM Poon yang dikemukakan oleh Alistair. Rencana Donoghue lwn Stevenson ditarik balik daripada pencalonan berdasarkan perbincangan yang panjang lebar ke atasnya. - Didie 08:26, 1 Oktober 2006 (UTC)[balas]


Untuk ulasan mengenai "Dan sejak bila mencalonkan rencana perusahaan sendiri menjadi satu jenayah...", sila lihat halaman perbualanPM Poon 08:09, 2 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Jawapan saya terhadap tuduhan Alistaire di halaman utama ini telah dipindah ke halaman perbualanPM Poon 10:44, 2 Oktober 2006 (UTC)[balas]