Pencalonan rencana pilihan

Januari

Setelah meneliti senarai Wikipedia:Rencana pilihan, saya dapati kategori bahasa masih belum dijadikan rencana pilihan. Oleh itu, memandangkan permulaan tahun 2007, saya cadangkan rencana Bahasa Melayu sebagai rencana pilihan untuk bulan Januari 2007. — Master2841 18:19, 7 Disember 2006 (UTC)[balas]

  Setuju --Hanief 06:29, 29 Disember 2006 (UTC)[balas]
  Setuju che 09:16, 29 Disember 2006 (UTC)[balas]
  Setuju - Didie 09:48, 11 Januari 2007 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Bahasa Melayu. — Master2841 17:21, 31 Mei 2007 (UTC)[balas]

Februari

Kategori teknologi juga belum ada. Saya cadangkan realiti maya. --Hanief 06:29, 29 Disember 2006 (UTC)[balas]

  SetujuAeonimitz 10:31, 5 Januari 2007 (UTC)[balas]
  Setuju - Didie 09:52, 11 Januari 2007 (UTC)[balas]
  SetujuMaster2841 19:30, 25 Januari 2007 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Realiti maya. — Master2841 17:21, 31 Mei 2007 (UTC)[balas]

Mac

Tentang tempat istimewa dan canggih di Malaysia. Saya mahu memilih Kuala Lumpur Sentral sebagai rencana pilihan pada bulan Mac nanti. Ada sesiapa mempunyai cadangan atau bantahan? — Aeonimitz 06:57, 31 Disember 2006 (UTC)[balas]

  Setuju Acs4b 04:46, 5 Januari 2007 (UTC)[balas]

  Setuju lebih-lebih lagi sempena tahun melawat Malaysia dan kegunaan KL Sentral sebagai hab perhubungan awam yang penting di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya. — Polar 08:42, 5 Januari 2007 (UTC)[balas]
  Setuju tempat ini menarik untuk dijadikan tarikan pengguna baru.- Didie 09:52, 11 Januari 2007 (UTC)[balas]
  Setuju tetapi saya rasa rencana ini boleh dipanjangkan lagi supaya lebih berinfomatif sebelum dijadikan dijadikan RENCANA PILIHAN. Masih ada seminggu lagi sebelum rencana ini diletakkan di Laman Utama. Ayuh! --Zack2007 04:17, 20 Februari 2007 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Kuala Lumpur Sentral. — Master2841 17:21, 31 Mei 2007 (UTC)[balas]

April

Saya cadangkan artikel Malaysia kerana kategori tempat dan benua sebelum ini hanya pernah mempunyai satu rencana pilihan iaitu Antartika. --Acs4b 04:58, 5 Januari 2007 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Malaysia. — Master2841 17:21, 31 Mei 2007 (UTC)[balas]

Mei

Saya cadangkan rencana Star Wars sempena ulang tahun ke-30 bermulanya saga tersebut. — Polar 08:42, 5 Januari 2007 (UTC)[balas]

Sudahpun dipilih. — Polar 03:34, 20 Februari 2007 (UTC)[balas]

Perang Vietnam

Saya cadangkan rencana Perang Vietnam sebagai rencana pilihan bulan Mei. Rencana ini adalah salah satu rencana terbaik di Wikipedia Bahasa Melayu bahkan Perang Vietnam tamat secara rasminya pada 30 April 1975 menjadikan ia lebih sesuai dijadikan rencana pilihan pada bulan Mei sebagai peringatan kepada masyarakat tentang kesedihan dan kemusnahan yang dialami sewaktu perang ini berlangsung. — Master2841 07:12, 2 Mac 2007 (UTC)[balas]

Akademi Fantasia Musim 5

Saya mencadangkan rencana ini kerana konsert akhir diadakan pada bulan Mei. Di samping itu, rencana itu dikemaskini selalu dan menarik perhatian ramai dengan rencana itu. Tapi, sayangnya peristiwa konsert ini bertembung dengan rencana Perang Vietnam yang juga ingin diletakkan sebagai rencana pilihan. Sebelum ini, saya mengundi rencana Perang Vietnam sebagai menyetujui rencana itu dijadikan rencana pilihan. Diharap masalah pertembungan kedua-dua rencana dapat diselesaikan dengan baik. Macam mana ni. --Didie 09:57, 22 April 2007 (UTC)[balas]

Oleh kerana terdapatnya konflik kepentingan (saya yang mencalonkan rencana Perang Vietnam) saya tidak akan menolak mahupun menerima rencana ini. Saya biarkan pihak komuniti memilih rencana yang sesuai. — Master2841 18:07, 23 April 2007 (UTC)[balas]
Jika bak kata Didie yang mahukan rencana Akademi Fantasia Musim 5 kerana sambutan ramai dan berlangsungnya kemuncak konsert AF5 pada bulan Mei, mungkin kita boleh bawakan Perang Vietnam ke bulan-bulan akan datang. — Polar 18:28, 23 April 2007 (UTC)[balas]

Saya sudah mendapat idea, boleh tak jika rencana Perang Vietnam dibawa ke bulan Jun manakala rencana KLIA Transit yang dicalonkan Aurora pula dibawa ke bulan Ogos untuk memberi laluan kepada rencana Akademi Fantasia 5. Bulan Julai tidak boleh sebab rencana itu memang ditunggu-tunggu dari tahun lalu dan sudah dipersetujui ramai. Kalau idea saya boleh pakai, setuju tak? Terima kasih kepada Polar kerana membuat saya terfikir idea ini melalui cadangan anda. -Didie 08:59, 24 April 2007 (UTC)[balas]


Setelah meneliti rencana Akademi Fantasia Musim 5, saya dapati konsert terakhir AF5 ini adalah pada 19 Mei 2007 dan alasan yang digunakan untuk membolehkan rencana ini dijadikan rencana pilihan adalah kerana konsert akhir akan diadakan pada 19 Mei. Maka dengan itu maksudnya rencana ini hanya akan habis ditulis dan diletakkan maklumat lengkap seperti pemenang, hadiah dan lain-lain lagi hanya sejurus selepas konsert terakhir tamat pada 19 Mei. Jika demikian maka sekiranya rencana ini dijadikan rencana pilihan, maka ia menjadi rencana tidak lengkap. Takkan anda mahu rencana tidak lengkap dijadikan rencana pilihan? Apa yang hendak ditulis di muka hadapan laman utama kalau begitu? Adakah begini:
Akademi Fantasia Musim 5 diadakan pada tahun 2007 .... dan pemenang hanya akan diketahui 
pada 19 Mei 2007.

Bukankah ayat itu kedengaran seperti tergantung? Jika rencana pilihan diadakan setiap seminggu sekali mungkin tidak akan ada masalah tetapi rencana pilihan diadakan secara bulanan. Adakah ini taraf sebuah rencana pilihan? Anda tentukannya sendiri. Berkenaan dengan cadangan Didie supaya kesemua rencana yang telah dicalonkan dibawa ke hadapan. Saya sangat tidak setuju. Kenapa perlu susah-susah untuk membawa rencana yang telah dicalonkan ke bulan hadapan hanya untuk memberi laluan kepada rencana Akademi Fantasia Musim 5? Cuma calonkan rencana yang ingin anda jadikan rencana pilihan dalam bulan yang anda rasa sesuai (dalam kes ini bulan Mei) dan biarkan pihak komuniti tentukannya. — Master2841 17:30, 24 April 2007 (UTC)[balas]

Bawakkan aje rencana itu ke Bulan Jun. --Zack2007 07:04, 1 Mei 2007 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Perang Vietnam. — Master2841 17:21, 31 Mei 2007 (UTC)[balas]

Jun

Prince of Persia

Saya cadangkan rencana Prince of Persia yang saya cipta sebagai rencana pilihan baru untuk Jun 2007 memandangkan di Wikipedia Melayu tiada lagi rencana berkenaan permainan video ini diletakkan pada Laman Utama. Satu lagi sebab adalah bagi menyambut keluaran francais baru bagi tahun ini iaitu Prince of Persia Next Gen melalui konsol Nintendo wii dan PSP seperti yang saya lihat dalam rencana wiki en. — Aeonimitz 09:20, 5 Januari 2007 (UTC)[balas]

  Tidak setuju.Rencananya tidak cukup panjang. Kurang sesuai dijadikan rencana pilihan namun apabila isi rencana ini dimantapkan lagi, saya rasa saya boleh menyetujui rencana ini dijadikan pilihan.-Didie 09:37, 27 Februari 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju.Setuju dengan Didie. — Polar 09:12, 19 Mac 2007 (UTC)[balas]

KLIA Transit

Saya cadangkan KLIA Transit. ...Aurora... 14:44, 12 April 2007 (UTC)[balas]

  Setuju. Boleh dijadikan rencana pilihan yang berkualiti ini. Isi rencana yang diletakkan menarik perhatian pembaca disusun dengan grafik yang menarik. Tahniah diucapkan kepada Pengguna:Yamahaboy81 ke atas segala usaha yang ditunjukkan untuk menaik taraf rencana tersebut. Syabas!!!! - Didie 12:19, 15 April 2007 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: KLIA Transit. 08:03, 1 Jun 2007 (UTC)

Julai

Petikan Wikipedia:Calon rencana gotong-royong#Julai 2006:

Saya cadangkan Harry Potter kerana pada bulan Julai biasanya novel ini dikeluarkan. — Master2841 17:37, 22 Jun 2006 (UTC)
Kenapa tak tunggu tahun hadapan iaitu ketika kedua-dua filem terbaru dan buku terakhir dilancarkan pada bulan yang sama. Malah, Julai tahun hadapan adalah adalah genap sepuluh tahun Harry Potter diterbitkan dan diperkenalkan kepada dunia. Hehe. Maaf Master2841 kerana selalu menangguhkan cadangan anda. Bukannya apa, save the best for last. Saya mencadangkan rencana Julius Caesar memandangkan nama bulan ini dinamakan sempena namanya. Saya akan cuba memperbaiki isinya sebelum bulan Julai. — Polar 18:09, 22 Jun 2006 (UTC)
Bukan apa saja nak memulakan cadangan. Alistair merungut tak ada calon rencana. Jadi dah tak ada idea nak calon rencana apa. — Master2841 18:11, 22 Jun 2006 (UTC)
Saya sokong cadangan Polar. Alistair 阿力斯特伊儿 04:08, 23 Jun 2006 (UTC) (P/S: Rencana tidak perlu piawai terus kerana ia merupakan rencana untuk perusahaan bersama)

Dengan ini, saya mengusulkan semula rencana cadangan Master2841 untuk meletakkan rencana Harry Potter sempena ulang tahun kesepuluh Harry Potter dan penerbitan filem kelima yang akan muncul di pawagam pada Julai ini serta buku terakhir siri tersebut yang turut dijangka akan diterbitkan pada Julai ini. Dan saya mencadangkannya di sini berbanding di rencana gotong-royong kerana rencana Harry Potter sudah menghampiri bentuk rencana piawai. — Polar 08:42, 5 Januari 2007 (UTC)[balas]

Dah lama tunggu :) ...Aurora... 09:39, 31 Mei 2007 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Harry Potter 03:40, 1 Julai 2007 (UTC)

Ogos

Berdasarkan pendapat saya, cadangan rencana Bahasa Arab sebagai rencana pilihan yang saya cadangkan kerana rencana ini memiliki mutu piawai fakta yang diperlukan.

Rencana pilihan: Bahasa Arab. — Didie 04:43, 1 November 2007 (UTC)[balas]

September

Saya ingin memaklumkan bahawa artikel Perang Enam Hari sudah siap..jadi saya mencadangkan agar artikel ini diletakkan sebagai artikel pilihan..che 09:53, 26 Mei 2007 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Perang Enam Hari. — Didie 04:43, 1 November 2007 (UTC)[balas]

Oktober

Saya ingin mencadangkan supaya rencana Qubbat As-Sakhrah dijadikan rencana pilihan buat bulan Oktober. Saya juga telah berusaha "membirukan" hampir kesemua pautan dalam rencana ini dan menjelang bulan September ini, saya jangkakan yang kesemua pautan dalam rencana ini akan menjadi "biru". Ini adalah salah satu rencana kegemaran saya dan berharap dan menerima sokongan untuk menjadi rencana pilihan bulan Oktober. — Master2841 08:09, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Qubbat As-Sakhrah. — Didie 04:43, 1 November 2007 (UTC)[balas]

November

Saya inginkan rencana masa menjadi rencana pilihan bulan November kerana rencananya amat panjang dan berkualiti tinggi. — Imran Al-Sahih 15:35, 1 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Saya setuju, tetapi rencana ini terlalu banyak pautan "merah". Mungkin perlu diusahakan lagi.. -Yk Yk Yk 08:55, 3 Oktober 2007 (UTC)[balas]
Jika rencana masa terlalu banyak pautan merah, apa kata rencana Indonesia, banyak pautan biru, hehe. — Imran Al-Sahih 09:24, 3 Oktober 2007 (UTC)[balas]
  •   Tidak setuju Jika anda baca ayat demi ayat, masih banyak perkataan yang perlu diterjemahkan dan ada pula ayat yang sukar difahami. Saya pohon untuk tangguhkan dahulu buat sementara waktu hingga selesai diperiksa tatabahasanya. Harap maaf. Polar 11:35, 5 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Indonesia. — Didie 04:43, 1 November 2007 (UTC)[balas]

Disember

Terlalu banyak pilihan menunjukkan tiada tolak ansur dalam ruangan ini. Apa salahnya kalau dicadangkan untuk bulan-bulan mendatang? Generasi pengguna kini kurang bersabar agaknya. :) Tak mengapa, kalau tak berjaya dipilih, boleh digunakan untuk bulan selanjutnya. Polar 06:26, 11 November 2007 (UTC)[balas]

Tak mengapa, dengan cara ini, barulah rencana terbaik dipilih :) ...Aurora... 14:56, 13 November 2007 (UTC)[balas]
  Setuju Membuatkan kita berfikir lebih mendalam tentang rencana yang hendak dipilih.. Tun Dr. Mohd Izzudin 12:10, 20 November 2007 (UTC)[balas]

Undian muktamad

Sudah tiba masa kita memilih rencana untuk bulan Disember. Di sini kita pilih dari tiga rencana yang disenaraikan di bawah, iaitu DVD, Astro (televisyen satelit) dan Gun X Sword. (Rencana Islam dan RMS Queen Mary 2 disingkirkan kerana tidak mendapat sebarang undian.) -Yk Yk Yk 08:30, 16 November 2007 (UTC)[balas]

Mana boleh macam ni! Sepatutnya rencana Astro (televisyen satelit) yang dipilih kerana mendapat dua undian dan satu bantahan sedangkan DVD mendapat tiga undian dan dua bantahan.Dan sepatutnya Gun X Sword tidak termasuk dalam undian kerana tiga setuju dan tiga bantah. Sepatutnya Astro (televisyen satelit) dan DVD sahaja yang patut diundi. Putera Luqman Tunku Andre 15:47, 17 November 2007 (UTC)[balas]

Selagi ada undian setuju bagi rencana yang dicalonkan, kita harus memberi peluang kepada rencana itu. Tengok: saudara Emrrans mengundi untuk rencana DVD, Astro dan juga Gun X Sword. Kita tak patut mengira peratus undian sebelum ini kerana jumlah pengundi tidak sama dan tidak mencerminkan pandangan semua pengguna. Bagi tujuan itu, kita mengadakan undian muktamad ini. -Yk Yk Yk 12:23, 18 November 2007 (UTC)[balas]
Berdasarkan keputusan undian muktamad, pihak komuniti sebulat suara memilih rencana DVD dijadikan rencana pilihan Disember 2007 di samping menewaskan pencabar terdekatnya, rencana Gun X Sword dan Astro (televisyen satelit). Sedihnya rencana pencalonan saya tak berhasil, apa pun saya telah berusaha ke atasnya. hehehe — Didie 13:56, 26 November 2007 (UTC)[balas]
Saya tak pasti bagaimana DVD dikatakan rencana terbaik, lengkap dan berkualiti sedangkan bahasa Inggeris masih merata2, bercampur dengan bahasa Melayu. Pautan merah juga terlalu banyak. ...Aurora... 15:00, 28 November 2007 (UTC)[balas]
Tak apa lah Aurora....yang merah tu marilah kita sama-sama mencari maklumat dan membirukannya...che 02:16, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Saya letak Gun X Sword sebagai rencana pilihan bulan ini sebab saya lihat DVD masih bercampur bahasa Inggeris, dan oleh itu saya kira tidak layak rencana pilihan walaupun lebih banyak undi. Bagaimanapun, sekiranya ada orang menterjemahkan bahagian bahasa Inggeris tersebut dalam masa terdekat saya tak kisah jika anda hendak jadikan DVD rencana pilihan Disember. ...Aurora... 14:39, 1 Disember 2007 (UTC)[balas]

Ok..Aurora..saya sudah terjemah...sila tukarkan kembali...dan kawan-kawan tolong...birukan mana yang merah! Terima kasih...che 01:39, 2 Disember 2007 (UTC)[balas]
Banyak lagi, saya rasa baik pencadang/penyokong rencana ini periksa keseluruhan rencana dan cadangkan semula bulan lain. ...Aurora... 13:52, 3 Disember 2007 (UTC)[balas]
Sy rsa x prlu la ltak DVD,coz cam x prlu jer.Biar lah Gun X Sword duk kat c2. Dh takdir Allah.Selain2 bley la amik ati pmc(amik ati, mati arr.Ngeh x13)
...... - pmc 08:27, 4 Disember 2007 (UTC)[balas]

Peace ;) Andre Arthur 14:02, 3 Disember 2007 (UTC)[balas]

Undian di bawah merupakan undian tahap pertama. Sila lakukan semua undian selepas ini di bahagian "Undian muktamad" di atas. ...Aurora... 09:55, 21 November 2007 (UTC)[balas]

DVD

Saya inginkan rencana DVD menjadi rencana pilihan bulan Disember kerana rencananya berkualiti. — Tun Dr. Mohd Izzudin 17:47, 8 November 2007 (UTC)[balas]

Astro (televisyen satelit)

Saya cadangkan rencana Astro (televisyen satelit) dijadikan rencana pilihan bulan Disember. Lebih menarik dan lengkap. — Didie 01:49, 9 November 2007 (UTC)[balas]

  Setuju. Sokong memandangkan Astro dah mula kena bayar balik ikut pakej. Hehehe. Polar 15:04, 13 November 2007 (UTC)[balas]
  Setuju. Saya sokong kerana di rumah saya, saya menggunakan Astro, dan juga kerana Astro merupakan salah satu rangkaian televisyen bersatelit dan radio yang paling terkenal di Malaysia. — Imran Al-Sahih 05:31, 14 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. Tun Dr. Mohd Izzudin 14:20, 14 November 2007 (UTC)[balas]

Islam

Saya mencadangkan agar rencana Islam dijadikan rencana pilihan bulan Disember. Rencananya amat menarik dan sempurna. Andre Arthur 03:00, 9 November 2007 (UTC)

Memang tak ada harapan.... Putera Luqman Tunku Andre 14:58, 14 November 2007 (UTC)[balas]

  Tidak setuju. — Imran Al-Sahih 05:24, 14 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. Tun Dr. Mohd Izzudin 14:21, 14 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. Polar 14:25, 14 November 2007 (UTC)[balas]

RMS Queen Mary 2

Saya ingin mencadangkan supaya rencana RMS Queen Mary 2 diletakkan sebagai rencana pilihan pada bulan Disember. Kandungan rencana ini lengkap dan padat. — Imran Al-Sahih 06:09, 11 November 2007 (UTC)[balas]

  Tidak setuju. — Tun Dr. Mohd Izzudin 14:22, 14 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. Polar 14:25, 14 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. macam tak 'best' jer......:p Putera Luqman Tunku Andre 14:38, 14 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. — Didie 02:51, 19 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. Tidak ada rujukan. '''ReogWarrior''' 14:49, 28 November 2007 (UTC)[balas]

Gun X Sword

Pencalonan sendiri

Saya mencadangkan supaya rencana Gun X Sword dijadikan rencana pilihan bulan Disember ini. Saya tidak pernah melihat rencana yang berkaitan dengan animasi atau anime Jepun sebagai paparan utama sebelum ini (sila betulkan saya kalau silap). Saya telah melengkapkan sepenuhnya rencana itu, dan hampir setiap pautan wujud (tiada URL-URL merah). Saya rasa rencana ini lengkap (rencana ini juga mengandungi rencana sekunder) dan penggunaan bahasanya dikatakan agak memuaskan. Judul anime ini juga mungkin mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana pernah disiarkan (masih diulang) di Malaysia. Mungkin masanya untuk rencana pilihan anime pertama? - pmc 07:58, 11 November 2007 (UTC)[balas]

  Setuju. ...Aurora... 14:56, 13 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. — Didie 04:24, 14 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. Tun Dr. Mohd Izzudin 14:23, 14 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. Polar 14:25, 14 November 2007 (UTC)[balas]
  Setuju. Imran Al-Sahih 14:28, 14 November 2007 (UTC)[balas]
  Setuju . 'Best' aper rencana nih pasal dia anime :p Putera Luqman Tunku Andre 14:54, 14 November 2007 (UTC)[balas]
  Setuju. Rencana yang baik...che 02:35, 20 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. Rujukan masih kurang


Rencana pilihan: Gun X Sword.