Wikipedia:Calon rencana pilihan/2008

Pencalonan rencana pilihan sunting

Januari sunting

Olimpik Beijing 2008 sunting

Saya cadangkan rencana Olimpik Beijing 2008. Ia mempunyai banyak rencana pautan, serta cukup panjang dan relevan kerana acara itu akan diadakan pada 2008. -Yk Yk Yk 08:30, 16 November 2007 (UTC)[balas]

  Setuju Sangat sesuai. Putera Luqman Tunku Andre 15:49, 17 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju Tunggu lah bulan Ogos 2008 kerana acara itu akan diadakan dalam bulan Ogos sahaja iaitu 8 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008. Tun Dr. Mohd Izzudin 16:14, 18 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. Lebih baik bulan Ogos. Baru lebih berprestij. Lagipun, mungkin akan ada perubahan isi kandungan yang mungkin ditambah sebelum Sukan Olimpik diadakan. — Didie 02:46, 19 November 2007 (UTC)[balas]
  Tidak setuju. Setuju dengan Didie..

Baiklah. Saya menarik balik pencalonan saya. -Yk Yk Yk 08:26, 21 November 2007 (UTC)[balas]

Bahasa Aramia sunting

Saya ingin cadangkan agar rencana Bahasa Aramia menjadi rencana pilihan pada bulan Januari. Kerana ianya rencana yang padat dan lengkap. Jadi rencana salinan dari wiki en ke wiki ms adalah sama dan "bahasa Aramia" dari wiki en telah mendapat anugerah "rencana pilihan". Oleh itu memang patutlah rencana ini dipilih sebagai rencana pilihan kerana isinya yang sama dengan wiki en, cuma yang bezanya, diterjemahkan ke BM sahaja. — Imran Al-Sahih 05:29, 20 November 2007 (UTC)[balas]

Australia sunting

26 Januari merupakan Hari Kebangsaan Komanwel Australia. Apa kata jadikan rencana ini sebagai rencana pilihan? — Tun Dr. Mohd Izzudin 12:05, 20 November 2007 (UTC)[balas]

  •   Tidak setuju. Sekiranya Wikipedia Bahasa Melayu memilih rencana pilihan secara mingguan mungkin rencana ini layak. Tetapi, persaingan rencana-rencana begitu hebat untuk dipilih menjadi rencana pilihan dan kualiti rencana serta isi kandungan rencana yang membezakan masing-masing rencana. Saya merasakan rencana ini juga patut diperbaiki dengan lebih teliti terlebih dahulu. — Didie 13:40, 26 November 2007 (UTC)[balas]
Jadi mungkin sudah tiba masanya untuk memilih rencana pilihan mingguan kerana saya dapati sudah banyak artikel dicalonkan sehingga Februari 2008. Sekadar cadangan. Tun Dr. Mohd Izzudin 09:30, 27 November 2007 (UTC)[balas]


Fine, tak payah lah... Tun Dr. Mohd Izzudin 09:25, 5 Disember 2007 (UTC)[balas]

Claymore (manga) sunting

pencalonan sendiri

Di atas pencalonan saya yang tidak berjaya pada bulan Disember, saya telah mengubahsuai aspek pemilihan rencana pilihan untuk Wikipedia MS dari segi yang berbeza namun masih kekal dalam genre yang sama. Saya mencalonkan rencana Claymore (manga) sebagai rencana pilihan bulan Januari 2008. Sila berikan saya ruang untuk mejelaskan beberapa sebab mengapa saya memilih rencana ini:

  • Rencana ini, seperti yang lepas, Gun X Sword, merupakan rencana anime. Sebenarnya saya ingin meletakkan rencana Bleach di sini tetapi disebabkan Bleach diketahui ramai dan rencana utama agak kecil, saya berputus untuk mengasingkannya terlebih dahulu. Bagi saya, rencana Claymore ini adalah lebih sesuai disebabkan penggunaan istilah yang saya gunakan adalah lebih khusus kepada bahasa Melayu.
  • Rencana ini lebih besar daripada mana-mana rencana yang telah saya cipta (ada yang hampir sama).
  • Rencana ini telah saya siapkan dengan penuh setiap pautan dalam dan luar, termasuklah setiap syarikat yang menerbitkan manganya, pengarangnya, majalah yang merupakan hos kepada manganya, studio animasi yang mencipta siri animenya, saluran televisyen yang menyiarkannya, bilangan episodnya dan termasuk juga bilangan bab-bab manganya (masih dikemaskinikan).
  • Rencana ini saya anggap cukup padat, bermaklumat tentang subjeknya dan terperinci. Daripada screenshot anime hingga ke watak-watak, saya telah lengkapkan.
  • Terdapat tiga buah rencana tambahan yang berkaitan dengan rencana Claymore yang utama. Ini termasuklah rencana watak-wataknya, setiap rumusan episod siri animenya serta setiap bab dalam jilid yang telah dikeluarkan dalam manganya.
  • Rencana ini mungkin menjadi rencana anime yang menjadi rencana pilihan kita yang pertama. Saya rasa rencana ini berpotensi menjadi role model kepda rencana anime yang lain.
  • Claymore dapat juga menerangkan tentang pedang Claymore dan Periuk api Claymore yang merupakan antara kata-kata kunci yang dapat memeberi para pembaca lebih maklumat, bukan sekadar anime sahaja.
  • Rencana ini telah saya kemaskini lebih daripda tiga hingga empat bulan (mungkin lebih, tak ingat).

Saya pasti saudara-saudari dapat meninjau pendapat saya dan memberi pendapat tentang rencana ini. Dengan kekalahan Gun X Sword yang tipis, objektif saya adalah untuk menaikkan rencana pilihan yang bertemakan anime pertama kali. Hehe. Terima kasih. - pmc 16:01, 26 November 2007 (UTC)[balas]

  Tidak setuju Sebab-sebabnya?
  1. Anime yang tidak terkenal
  2. Masih Anime yang tidak terkenal
  3. Tidak terkenal pun di Malaysia.

Tun Dr. Mohd Izzudin 09:26, 27 November 2007 (UTC)[balas]

  1.   Setuju. Maksud saya , saya bersetuju dengan Tun Dr. Mohd Izzudin. Saya ingat saya seorang saja yang tak tahu dengan Anime ini, rupanya bukan saya seorang.Baik Gun X Sword lagi terkenal.

Putera Luqman Tunku Andre 00:18, 28 November 2007 (UTC)[balas]

Ditujukan kepada Tun Dr. Mohd Izzudin: Saudara, saya rasa sebab-sebab yang diberikan saudara tidak begitu tepat untuk digunakan sebagai sebab-sebab bantahan. Mengapa?
  • Jika saudara telah membaca dengan teliti kriteria-kriteria untuk pemilihan rencana pilihan, saudara semestinya faham bahawa sebab-sebab yang saudara berikan tidak tertakluk pada kriteria yang ditulis. Sila lihat kembali halaman ini. Saya tidak dapat melihat pun penyataan-penyataan yang mengatakan apa-apa tentang populariti sebuah judul atau rencanaadalah perlu untuk dijadikan pilihan.
  • Jika saudara lihat, banyak rencana pilihan yang diletakkan di wikipedia bahasa lain bukannya daripada golongan yang tekenal pun. Saya akan berikan contoh pada masa akan datang.
  • Jika saya tidak silap, objektif rencana pilihan (sekurang-kurangnya daripada Wikipedia Inggeris) adalah untuk menimbulkan perasaan ingin tahu kepada pelayar-pelayar yang melihatnya. Buka halaman utama wikipedia Inggeris hari ini dan lihat. Bukannya kita harus mengikut mereka, dan saya faham wikipedia kita kekurangan rencana berbanding mereka, namun diatas kriteria yang tertulis seperti berikut: Ia merupakan contoh karya yang terbaik di portal ini dan Ia dikarang dengan baik secara menyeluruh, tepat dari segi fakta, berkecuali dan stabil, saya telah mencalonkan rencana saya itu. Saya rasa rencana pilihan dapat menambah populariti sesebuah rencana itu, tak semestinya yang dipilih itu harus popular. Saya rasa ini tanggapan yang salah.
Saya meminta maaf jika terkasar kata. Saya cuma rasa kurang "sedap hati" dengan sebab-sebab yang saudara berikan. Dan jika saudara Putera Luqman Tunku Andre bersetuju, saya rasa sebab-sebab yang diberikan ditujukan juga kepada saudara. -- pmc 04:01, 28 November 2007 (UTC)[balas]
Maaflah, saya memahami bahawa saudara seorang penggemar anime/manga, namun rencana/anime tersebut tidak berapa menarik bagi saya dan mungkin ramai lagi pengguna Wikipedia yang lain. Banyak anime menarik yang pernah/sedang ditayangkan dan terkenal di kalangan orang Melayu di mana-mana. Apa kata cuba usahakan artikel-artikel itu. Bukankah lebih bagus menjadikan rencana tentang benda yang dikenali kerana ianya membuatkan pengguna mahu lebih mengenali tentang ia.. Izzudin 14:11, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Maaf saudara, tetapi rujukannya cukup lengkap. Rencana itu sendiri diterjemahkan oleh saya daripada rencana bahasa Inggeris (sila lihatnya di sini) dan setiap satu rujukannya telah diterjemahkan (setiap rencananya di setiap wiki lain tidak mempunyai rujukan langsung)... Takpe, masih banyak masa untuk saya mendapat feedback. Hehe. - pmc 01:48, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Maaf, kalau saya terkasar bahasa. Tapi bagi pendapat saya, lebih baik meletakkan rencana yang lebih terkenal ataupun mempunyai informasi yang menarik. Ini kerana ia akan diletak di laman utama. Sebagus mana artikel yang ditulis, tak ada makna kalau hati tak tertarik. Andre Arthur 14:22, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Aah jikalau begitu sebelum pencalonan ini berpanjangan eloklah saya menarik balik pencalonan ini. Mungkin lain kali sajalah... :P - pmc 16:27, 29 November 2007 (UTC)[balas]

2 rujukan tidak cukup ReogWarrior | bicara 06:21, 3 Disember 2007 (UTC)[balas]
Asyik-asyik tak cukup rujukan.. asyik-asyik tak cukup rujukan....

Donald Duck sunting

ReogWarrior yang mencadangkan saya memilih rencana ini. Saya hanya wakil. Tapi tak kisahlah, saya pun suka juga walaupun pernah mengundi untuk Bahasa Aramia. ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 13:47, 8 Disember 2007 (UTC)[balas]

Komen: Mana la aku tau, ni sume keje ReogWarrior. Dia yang pilih.(Terfikir sejenak, naper dier x ltak sniri arr). Pape pun aquw rasa pautan merah tu hanya watak yang tak perlu. Nak marah, tanya dia. ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 04:35, 10 Disember 2007 (UTC)[balas]
Banyak Giler Pautan Merah. Nantilah suruh dia calon sendiri lepas dia baiki pautan tidak wujud. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 23:52, 16 Disember 2007 (UTC)[balas]
ape ni... asyik tak jadi calon je... ditulis oleh: IzZ pada: 15:14, 17 Disember 2007 (UTC)[balas]
Tu menunjukkan wikipedia Melayu masih tak mampu mebuat rencana mingguan. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 23:06, 17 Disember 2007 (UTC)[balas]
Jadi marilah kita sama-sama mengusahakan rencana-rencana di wikipedia bm nih... ditulis oleh IzZ undilah permohonan ku untuk menjadi penyelia ini... 07:13, 19 Disember 2007 (UTC)[balas]

Honda Cub sunting

Saya ingin mencadangkan agar rencana Honda Cub dijadikan rencana pilihan bagi bulan Januari 2008 kerana motosikal ini boleh dikatakan sinonim dengan kehidupan di Asia Tenggara khususnya Malaysia. Lagipun, motor ini sudah pun berada dalam pasaran Malaysia sejak tahun 1958 lagi dan seiring dengan sejarah pasca merdeka Malaysia. Dari segi isi pun, ianya padat dan lengkap termasuklah dengan info spesifikasi teknikal sekali. Harap dipertimbangkan, terima kasih. Hezery99 23:18, 13 Disember 2007 (UTC)[balas]

  Tidak setuju..Terlalu pendek + tak lengkap + takda langsung rujukan..→Izzudin 12:12, 14 Disember 2007 (UTC)[balas]
huhu... jangan amalkan dah la..→Izzudin 17:19, 14 Disember 2007 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Bahasa Aramia. — Didie (bincang) 15:05, 30 Disember 2007 (UTC)[balas]

Februari sunting

Astro (televisyen satelit) sunting

Saya cadangkan rencana Astro (televisyen satelit) (pencalonan kedua) dijadikan rencana pilihan bulan Februari 2008. Lebih menarik dan lengkap. Harap anda dapat menyokongnya. Terima kasih. — Didie 03:59, 27 November 2007 (UTC)[balas]

cepatnya nak buat pencalonan bulan Februari. Tun Dr. Mohd Izzudin 09:22, 27 November 2007 (UTC)[balas]
  1.   Setuju-Yk Yk Yk 05:49, 27 November 2007 (UTC)[balas]
  2.   Setuju - Saudara telah mencuba... =) pmc 16:31, 29 November 2007 (UTC)[balas]
  3.   Tidak setuju - tidak ada rujukan ReogWarrior | bicara 06:22, 3 Disember 2007 (UTC)[balas]
  4.   Setuju ...Aurora... 15:18, 22 Januari 2008 (UTC)[balas]

Tunku Abdul Rahman sunting

Sebelum itu, boleh saya tanya, rencana tokoh boleh tak dijadikan rencana pilihan. Bagi saya, kira ok lah rencana ni. Andre Arthur 14:35, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Rencana tokoh boleh dijadikan rencana piawai jika fakta tentang tokoh itu amat memuaskan.
  1.   Setuju - Imran Al-Sahih 08:26, 30 November 2007 (UTC)[balas]
  2.   Tidak setuju - Tidak ada rujukan ReogWarrior | bicara 06:22, 3 Disember 2007 (UTC)[balas]
  3.   Setuju.. rujukan buku Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra sudah cukup lengkap dan boleh dipercayai. →Izzudin 15:36, 10 Disember 2007 (UTC)tak jadilah... bulan ogos lagi sesuai ..  Setuju undi balik...[balas]
Buat pengetahuan Encik Izzudin, dia lahir bulan Feb. Bukannya bulan Ogos. DaniAsh| Nak Kritik, Klik Sini 02:53, 23 Disember 2007 (UTC)[balas]
buat pengetahuan encik danial ashraf, rencana bapa kemerdekaan ini lebih sesuai diisi di bulan kemerdekaan (ogos)... tapi bulan februari sesuai gak.. namun demikian, pencalonan ini adalah untuk bulan januari bukannya februari(masa time gwa cancel..).. kalau bulan februari setuju lah.. fikir2 bulan ogos nanti sukan olimpik beijing plak... huhu..
IzZuDin
 
 
 
 

07:56, 23 Disember 2007 (UTC)


Silalah membuat pencalonan untuk bulan Januari 2008 dahulu.. Tun Dr. Mohd Izzudin 09:28, 5 Disember 2007 (UTC)[balas]
Look foward la.......Saya rasa kita patut buat rencana pilihan mingguan macam yg dikata-kata.....sekarang wikipedia Melayu dah onward.Andre Arthurdiskus 14:15, 5 Disember 2007 (UTC)[balas]
Tau takpe... →Tun Dr. Mohd Izzudin 18:40, 9 Disember 2007 (UTC)[balas]
Saya rasa macam nak tarik balik kata-kata saya pasal banyak rencana pilihan yang tak dipilih pun.ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 07:28, 10 Disember 2007 (UTC)[balas]

Linkin Park sunting

Saya calonkan rencana Linkin Park sebagai rencana pilihan. Harap dikomentari. Saya juga bakal membuatkan templatnya. Tambahan: maaf kalau saya tidak lancar berbahasa Melayu. Saya lebih lancar berbahasa Indonesia. Terima kasih. --- cs n' d hdfw 12:38, 7 Disember 2007 (UTC)[balas]

  1.   Setuju - Rencana yang boleh tahan la. Tapi, boleh dipertingkatkan lagi kualitinya. pmc 17:19, 7 Disember 2007 (UTC)[balas]
  2.   Tidak setuju - isinya saja tentang Linkin Park, berarti isinya harus lebih membahas tentang grup band, bukan album.. saray saya, paragraf pembuka membahas tentang siapa grup musik , darimana , siapa aja anggotanya (sedikit sejarah berdirinya) dan sedikit siapa saja pendukung (orang dibalik nama grup musik itu), struktur artikel harus diperbaiki (contoh (sejarah-anggota-mantan anggota-album) ReogWarrior | bicara 03:37, 9 Disember 2007 (UTC)[balas]
gunalah bahasa melayu, ini wikipedia bahasa melayu. saya susah nak faham bahasa indonesia nih. →Tun Dr. Mohd Izzudin 18:42, 9 Disember 2007 (UTC)[balas]
Nak buat canner, bukannyer dier reti sangat.(Sronoknya bangkang orang,Hahaha)ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 04:37, 10 Disember 2007 (UTC)[balas]
Kalau tak tau sangat ape susah.. guna saja wikipedia indonesia yang sudah tersedia... inikan wikipedia bahasa melayu, tak tau bahasa melayu tak boleh lah.... (takde lah seronok mana membangkang nih.. dibangkang je sronok sikit) →Izzudin 14:34, 10 Disember 2007 (UTC)[balas]


Calonkanlah untuk bulan Januari dahulu..! Calon rencana pilihan bulan Januari cuma ada 2 saja.. 3 yang lain dah ditarik balik...... →Tun Dr. Mohd Izzudin 18:51, 9 Disember 2007 (UTC)[balas]
Kali ni tak bangkang, saya rasa baik artikel pilihan bulan Feb. masuk ke pencalonan artikel pilihan bulan Jan.ڤوترا لقمان تونكو اندري|Komen 04:40, 10 Disember 2007 (UTC)[balas]
Sepatutnya diharamkan untuk membuat pencalonan untuk bulan selain 1 bulan seterusnya. Maknanya, selagi artikel pilihan bulan Januari tidak dipilih lagi, selagi itu tak boleh buat pencalonan untuk bulan februari.. →Izzudin 14:39, 10 Disember 2007 (UTC)[balas]
Saya siap mengundurkan jadwal pencalonannya. Chocolate Starfish balas 08:41, 15 Disember 2007 (UTC)[balas]
SILA BINCANG MASALAH DI BAHAGIAN PERBINCANGAN!!! Che 08:41, 23 Disember 2007 (UTC)[balas]
oo... sori sori..
IzZuDin
 
 
 
 

09:00, 23 Disember 2007 (UTC)

Jangan marah. Sori.Putera 14:48, 23 Disember 2007 (UTC)[balas]

Sudah jadi rencana pilihankah Linkin Park? 222.124.31.20 11:41, 22 Februari 2008 (UTC) (Chocolate Starfish)[balas]

Tidak ...Aurora... 14:08, 25 Februari 2008 (UTC)[balas]

Tahun Baru Cina sunting

Saya hendak mencalonkan rencana Tahun Baru Cina sebagai rencana pilihan bulan Februari 2008 kerana selain perayaan ini tiba pada bulan itu kelak, saya mendapati rencana ini sudah agak padat dengan maklumat yang berkenaan dengan perayaan tersebut. Terima kasih Fanatix 08:22, 17 Januari 2008 (UTC)[balas]

  1.   Setuju - Sangat setuju sesuai dengan bulan.di mana tahun baru cina berlangsung..Che 09:18, 17 Januari 2008 (UTC)[balas]
  2.   Setuju - Sesuai sangat, memang tepat pada masanya. Hezery99 08:49, 20 Januari 2008 (UTC)[balas]
  3.   Setuju ...Aurora... 15:18, 22 Januari 2008 (UTC)[balas]
  4.   Setuju - Tiba masanya. pmc 14:01, 23 Januari 2008 (UTC)[balas]
  5.   Setuju
 
~~PoLaR~~

07:26, 23 Januari 2008 (UTC)

  1.   Setuju izzudin 11:27, 27 Januari 2008 (UTC)[balas]
  2.   Setuju Amat setuju ReogWarrior | bicara 04:08, 31 Januari 2008 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Tahun Baru Cina. — Didie (bincang) 13:17, 1 Februari 2008 (UTC)[balas]

Mac sunting

Senario Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 sunting

Rencana ini sangat bagus. Liputan penuh. Saya rasa kita sempat lagi memperkemaskannya sehingga bulan Mac nanti.—Aviator, 03:47, 8 Februari 2008 (UTC)[balas]

  1. Tak setuju Rencana ini memang bagus, tetapi saya rasa ia tidak begitu sesuai untuk dijadikan rencana pilihan. Rencana pilihan perlulah merupakan rencana mengenai isu yang lebih kukuh. Rencana yang dicalonkan ini tidak lengkap lagi, kerana perlu diubah dari semasa ke semasa mengikut senario terkini. Oleh itu, saya rasa rencan ini tidak cukup stabil untuk dijadikan rencana pilihan. Tengoklah rencana pilihan lain, semuanya lengkap dan mengenai isu yang lebih lama, supaya cukup masa untuk dikaji dari semua aspek dan dituliskan maklumat. -Yk Yk Yk 15:22, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]
  2.   Tidak setuju - 'ketidakadaan' gambar menyebabkan rencana ini kurang menarik.  izzudin 08:27, 13 Februari 2008 (UTC)[balas]
  3.   Tidak setuju - Maklumat mengenai keadaan semasa seperti pilihan raya adalah terlalu dinamik, maka tidak sesuai dijadikan rencana pilihan kerana maklumatnya boleh berubah-ubah. Hezery99 03:05, 15 Februari 2008 (UTC)[balas]
  4.   Tidak setuju- Tak payah kot. Tak sesuai langsung. Sedikit sebanyak akan jadi Malay wikinews plak. PuteraLuqman Tunku Andre 04:55, 15 Februari 2008 (UTC)[balas]

Cicak-Man sunting

Takda rencana filem Melayu pernah dijadikan rencana pilihan sebelum ni kan? Apa kata sekarang? —izzudin 09:32, 8 Februari 2008 (UTC)[balas]

  1. Rencana ini baik. -Yk Yk Yk 15:23, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]
  2. Tak setuju Rencana ini pendek. Maaf ye. — Imran Al-Sahih 15:26, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]
  3.   Tidak setuju- Sumpah, langsung tak best. PuteraLuqman Tunku Andre 04:54, 15 Februari 2008 (UTC)[balas]
  4.   Setuju OK jugak. Fanatix 09:58, 23 Februari 2008 (UTC)[balas]
  5.   Setuju Paling bagus antara 3. ...Aurora... 14:52, 29 Februari 2008 (UTC)[balas]

Donald Duck sunting

Memang isi kandungannya sungguh menarik kerana ianya panjang dan ada rujukan. Betul tak? — Imran Al-Sahih 15:55, 11 Februari 2008 (UTC)[balas]

  1.   Tidak setuju - Pautan tak wujud (merah) teramat banyak, dan kerana rencana ini panjang, saya lihat 10 rujukan saja tak cukup. Kalau rencana sependek Duyung (filem) pun mempunyai 8 rujukan, rencana sepanjang ini perlu ada rujukan yang lebih. Tidak gitu?  izzudin 08:25, 13 Februari 2008 (UTC)[balas]
  2.   Tidak setuju Banyak sangat watak2 sampingan, dan ianya berwarna MERAH(tak wujud)! Reog juga pernah mempunyai fikrah seperti anda. Memanglah ia watak sampingan tapi ia menyakitkan mata jerk sbb kaler dier merah.huhu. PuteraLuqman Tunku Andre 04:53, 15 Februari 2008 (UTC)[balas]
  3.   Tidak setuju Bagi saya, masih kurang memuaskan. Rencana dia sendiri dah okey, tapi kalau nak calonkan lebih baik saudara kemaskinikan pendahuluannya dan birukan mana-mana pautan merah dalam wiki. Rujukannya saya tak kisah, kalau kita banyak sangat complain tentang rujukan, lebih baik perbaiki terlebih dahulu rencananya. Bukannya orang periksa sangatpun rujukan tu. - pmc 08:21, 29 Februari 2008 (UTC)[balas]
Macam mana nak tahu kesahihan rencana itu tanpa rujukan? Rujukanlah yang paling penting demi menentukan rencana pilihan. izzudin 14:44, 1 Mac 2008 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Cicak-Man. — Didie (bincang) 05:54, 1 Mac 2008 (UTC)[balas]

April sunting

Final Fantasy VII sunting

Saya mencalonkan rencana permainan video Final Fantasy VII sebagai rencana pilihan bulan April, 2008. Pencalonan ini saya lakukan bagi pihak Hazery99 yang telah bekerja bersama saya, menyusun dan mengemaskinikan kembali data-data dan sumber terkini judul Final Fantasy ini berdasarkan Wikipedia Bahasa Inggeris. Terima kasih saya ucapkan kepadanya. Disebabkan ini, terdapat beberapa pautan merah yang tidak sempat saya "birukan". Sebab-sebabnya akan saya catatkan kemudian.

Saya rasa kita patut lengkapkan pencalonan dengan sebab-sebab kita yang tertentu. Sebab-sebab saya calonkan rencana ini sebenarnya agak jelas, sila rujuk di bawah, saudara-saudari sekalian:

  • Final Fantasy VII merupakan di antara judul permainan video yang terkenal di dunia.
  • Tidak pernah dicalonkan lagi... meskipun sangat popular.
  • Rencana yang padat (meskipun tidak mempunyai pautan biru yang lengkap), terkini dan mempunyai rujukan.
  • Memenuhi kriteria-kriteria yang diletakkan pada kriteria untuk rencana pilihan.
  • Dikenali ramai. Mudah diperkenalkan.
  • Telahpun dijadikan Rencana Pilihan dalam edisi Wikipedia-wikipedia yang lain, termasuklah edisi Bahasa Inggeris (sila rujuk halamannya).
  • Kekerapan rencana pilihan dalam portal permainan video adalah rendah.

Saya rasa terdapat beberapa sebab lain namun saya dah terlupa...

Berikut merupakan sebab-sebab mengapa rencana ini tidak mempunyai pautan biru (satu-satunya kelemahan rencana ini):

  • Saya tidak akan aktif dalam beberapa hari sahaja lagi (rujuk laman pengguna), dan tidak mempunyai masa menciptanya.
  • Hazery tidak lagi aktif menyunting rencana ini, lalu saya kurang bantuan menyunting.

Jikalau saudara-saudari sudi membantu, rencana ini adalah amat sesuai setelah selesainya pilihan raya yang mungkin sekali mengganggu aliran-aliran rencana dalam portal lain-lain (namun, saya lihat Rencana Pilihan bulan ini tiada kena-mengena dengan politik...).

Silalah memberi komen saudara-saudari tidak mengira pilihannya.

Dengan ini saya mengundur diri dahulu buat seketika. Sebabnya agak jelaslah... Saya akan kembali. Sekian. - pmc 20:49, 14 Mac 2008 (UTC)[balas]

  1.   Setuju - Rencana Final Fantasy VII telah pun dipilih sebagai rencana pilihan bagi Wikipedia versi bahasa-bahasa lain terutamanya versi Bahasa Inggeris yang menjadi sumber utama rencana versi Bahasa Melayu ini berikutan maklumat yang menyeluruh serta rujukan yang banyak. Oleh itu tidak ada sebab kenapa rencana versi Bahasa Melayu tidak terpilih sebagai rencana pilihan sebagaimana versi bahasa lain, betul tak? (Kepada pmc: Maaflah sebab tak dapat bantu anda kebelakangan ini sebab saya sekarang sibuk dengan tugasan saya, harap kita dapat bekerjasama lagi ;) ) - Hezery99 06:25, 18 Mac 2008 (UTC)[balas]
  2.   Setujuizzudin 13:43, 20 Mac 2008 (UTC)[balas]
  3.   Setuju ...Aurora... 14:35, 25 Mac 2008 (UTC)[balas]

Soalan: Kenapa bahagian "Pembangunan" tiada isi? Kalau memang tak berhasrat menulis baik buang saja. ...Aurora... 15:21, 19 Mac 2008 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Final Fantasy VII. — Didie (bincang) 02:31, 1 April 2008 (UTC)[balas]


Mei sunting

RapidPenang sunting

Saya mencalonkan rencana RapidPenang sebagai rencana pilihan pada bulan Mei. — Didie (bincang) 01:30, 31 Mac 2008 (UTC)[balas]

Astro (televisyen satelit) sunting

Saya mencalonkan rencana Astro (televisyen satelit) sebagai alternatif kepada pencalonan rencana RapidPenang. Lagipun, rencana ini telah saya calonkan sebelum ini. Namun, hasilnya tak menepati sasaran yang saya kehendaki. Saya rasa mungkin ini merupakan kali terakhir rencana Astro (televisyen satelit) dicalonkan oleh saya sebagai pencalonan rencana pilihan dan selepas itu saya akan mengemukakan pencalonan rencana lain pula. — Didie (bincang) 01:30, 31 Mac 2008 (UTC)[balas]

Formula Satu musim 2008 sunting

Saya mencalonkan rencana Formula Satu musim 2008 sebagai rencana pilihan pada bulan Mei. Kelly Ho 08:43, 1 Mei 2008 (UTC)[balas]

Maaf, anda terlambat. Mungkin boleh cuba untuk Jun. ...Aurora... 15:58, 5 Mei 2008 (UTC)[balas]

Rencana pilihan: Astro (televisyen satelit). — Didie (bincang) 16:51, 24 Mei 2008 (UTC)[balas]


Jun sunting

Manchester United F.C. sunting

Bulan Mei nak berakhir, apasal sampai hari ni tiada calon bulan seterusnya? Baiklah, saya cadangkan MU memandangkan kejayaan pasukan ni menjulang Piala Juara-Juara UEFA. - Fanatix 16:31, 24 Mei 2008 (UTC)[balas]

  •   Tidak setuju - Rencana yang baik tetapi masih boleh diperbaiki, contohnya seperti templat-templat yang rosak pada laman tersebut, serta pautan-pautan merah yang dilihat pada perenggan pertama. Panjang rencananya pun cukup bagus, tetapi agak semak... kan? Cuba perbaiki dalam masa singkat ini, kalau terdapat sedikit perubahan pun sudah memadai. Rencana ini boleh disokong. - pmc 04:49, 27 Mei 2008 (UTC)[balas]
  •   Setuju - Rencana ni cukup panjang dan sempurna. Boleh dijadikan rencana pilihan. — Imran Al-Sahih 07:53, 30 Mei 2008 (UTC)[balas]
  •   Tidak setuju - Sempurna ke? Ada templat tak wujud diletakkan. Senarai 'lihat juga' merah jer.. nak lihat ape? Rencana utama ada tulis tapi tak wujud pun. Saya dapat kesan juga perkataan bahasa inggeris tak diterjemahkan.. Wikipedia MS takde rencana lain yang lagi berkualiti ke? Kalau rencana macam ni je pun dah kata rencana terbaik Wikipedia MS... ~matiler kene condemn izzudin 12:26, 31 Mei 2008 (UTC)[balas]
  •   Tidak setuju-Walaupun aku suka kelab ni, rencananya langsung tak best. Ader ker patut kelab yang aku suka, rencananya camni jer! Tengah marah ni!! PuteraLuqman Tunku Andre 02:58, 1 Jun 2008 (UTC)[balas]

Universiti Sains Malaysia sunting

Saya mencalonkan rencana Universiti Sains Malaysia sebagai pencalonan bagi rencana pilihan pada bulan Jun 2008. Sekian. — Didie (bincang) 16:45, 24 Mei 2008 (UTC)[balas]


Kedua2 cadangan ditolak, nampaknya kena kitar semula tahun rencana tahun lepas.. ...Aurora... 16:10, 2 Jun 2008 (UTC)[balas]

Julai sunting

Perancis sunting

Saya nak pastikan bulan depan mesti ada rencana pilihan baru agar memastikan gambaran baik Wikipedia BM kepada pelayar web. Saya rasa rencana Perancis cukup berisi. Cuma bahagian Budaya tu akan dikembangkan tak lama lagi. – Fanatix 01:10, 10 Jun 2008 (UTC)[balas]

  Tidak setuju - Rencana yang kurang menarik perhatian/tidak menarik. Kebanyakan pelayar web pun lebih gemar membaca tentang sesuatu yang bermaklumat tetapi tidak memeningkan kepala dari segi sejarah, geografi, dan sebagainya. Selain daripada ini, rencana yang baik, walaupun terdapat banyak pautan merah. Kalau boleh tukar undian, saya mungkin akan bersetuju kalau rencana ini dibaiki. Kita lihat dulu pencalonan lain untuk bulan ini. - p.m.c. 02:54, 10 Jun 2008 (UTC)[balas]

  Tidak setuju - Sangat memeningkan kepala (macam yang p.m.c. beritahu). Rujukan pun tak cukup bagi rencana berkaitan negara ini. Kalau boleh tambah lagi rujukan, mungkin saya akan tarik balik bantahan dan menyokong pula. - Hezery99 03:08, 10 Jun 2008 (UTC)[balas]

Need for Speed: Most Wanted sunting

Saya ingin mencadangkan rencana Need for Speed: Most Wanted bagi bulan Julai ini. Ia padat dan lengkap disertai rujukan penting, cuma saya akui masih terdapat banyak pautan merah disebabkan kekurangan rencana bagi model-model kereta, penyanyi serta lagu-lagu yang digunakan di dalam permainan ini. Terima kasih. - Hezery99 03:08, 10 Jun 2008 (UTC)[balas]

  • Bahagian EA Kanada sudah dibirukan, tapi rencana mengenai beberapa konsol di dalam perenggan pendahuluan masih lagi merah. Gandingan saya dan p.m.c. yang sememangnya "kaki game" pun tak mencukupi - para ahli Wikipedia Bahasa Melayu, kami perlukan bantuan anda semua! - Hezery99 03:55, 11 Jun 2008 (UTC)[balas]
Saya akan cuba membantu menaiktaraf rencana ini. Salah satu templat telahpun saya cipta. Saya cadang jika nak adakan perbincangan, baik dialihkan ahaja ke halaman perbincangan rencana tersebut. - p.m.c. 04:35, 11 Jun 2008 (UTC)[balas]

Ogos sunting

Olimpik Beijing 2008 sunting

Saya inginkan rencana Olimpik Beijing 2008 sebagai rencana pilihan bulan Ogos, iaitu sebelum ini dicadangkan oleh Yk Yk Yk. Ini kerana sudah tiba masanya rencana ini dijadikan rencana pilihan bulan Ogos bagi memeriahkan sukan Olimpik Beijing 2008. — Imran Al-Sahih 12:03, 1 Julai 2008 (UTC)[balas]

Setuju sunting
Bantah sunting
  •   Tidak setuju - Banyak perkara baru perlu ditambah ke dalam rencana ini terutamanya semasa temasya berlangsung dan selepasnya. Selain itu, rencana ini tidak dikarang mahupun disunting dengan baik. Terdapat pengolahan ayat yang mirip bahasa Indonesia mahupun yang diterjemah secara langsung daripada bahasa Inggeris yang akhirnya menjejaskan intipati yang cuba disampaikan. Terdapat beberapa pernyataan yang kurang jelas dan memerlukan petikan sumbernya. Saya kurang pasti samada rencana ini layak mendapat A dalam karangan BM SPM. Harap rakan2 yang bersetuju dapat menimbangkan alasan saya ini. Lihat: Perbincangan:Olimpik Beijing 2008 --Tikar aurum 20:38, 13 Julai 2008 (UTC)[balas]
Maaflah, saya sekadar berkarang rencana berkenaan mengikut piawaian PMR saje. Piawaian SPM sungguh terjangkau bagi saya yang sedang belajar di tahap menengah rendah. Apapun, apa salahnya jika saya cuba belajar sesuatu yang lebih tinggi untuk mencemerlangkan tahap keupayaan mengarang saya. Satu lagi, adakah Wikipedia Bahasa Melayu hanya membolehkan karangan rencana bertaraf SPM & Universiti saje? — Didie (bincang) 01:31, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]
Mengapa anda bantah, Mr Tikar aurum? Kan rencana ini dah sempurna. Saya lihat rencana itu sendiri pun sempurna. Buat apa nak bantah? Lagipun tak payahlah ikut sangat nak mutu rencana ini seperti piawai SPM. Tambahan pula, apa kata anda sokong rencana ini dijadi rencana pilihan daripada hanya membantah semata-mata. — Imran Al-Sahih 10:37, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]
Saya bukan tahu sangat apa yang dipanggil piawai SPM ini. Tikar Aurum, lebih baik anda tolong bantu dan buatkan rencana seperti yang dikatakan tahap SPM itu. Taipkan sahaja apa yang boleh, jika salah batalkan sahaja.--Kekacang 11:00, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]
Amboi, senang je tau membantah! Kenapa anda kata rencana tak stabil? Berikan 10 sebab dan bukti mengapa anda membantah jika anda boleh. Satu perkara, maaf untuk mengatakan ni, yang saya tak suka kepada anda, Ms Aurora, anda suka ikut perasaan. Itu yang saya amat tak suka dan geram. — Imran Al-Sahih 16:35, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]
Tak stabil? Adakah dari segi komen pencalonan rencana ataupun kualiti dan isi kandungan rencana? — Didie (bincang) 12:11, 15 Julai 2008 (UTC)[balas]
Tidak stabil dari segi isi. Isi rencana ini akan banyak berubah apabila Sukan Olimpik bermula pada 8 Ogos. Ingat tak pencalonan AF5 tahun lepas? Dari segi bahasa bolehlah, tapi tak sempurna. ...Aurora... 14:14, 15 Julai 2008 (UTC)[balas]

Tumpang tanya. Bagaimana dengan perkembangan sukan itu sendiri? Adakah rencana 'pilihan' ini akan dikemaskini sepanjang acara itu berlangsung atau perkembangan terkini tentang sukan itu dibuat di rencana lain? Sebab saya ingat hujah yang dipersoalkan ketika pemilihan rencana pilihan yang dicadangkan oleh Didie berkenaan iaitu pencalonan rencana Akademi Fantasia Musim 5 ialah hanya kerana peristiwa tersebut belum berlaku (walaupun berlaku pada bulan ia terpilih sebagai renacan pilihan). Saya rasa, dapat diperjelaskan hal ini. Hal yang lain, saya tidak merasakan apa-apa masalah. Polar 16:32, 15 Julai 2008 (UTC)

Sememangnya akan dikemaskini sepanjang temasya ini berlangsung secara giat. — Didie (bincang) 14:19, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Masih banyak lagi pautan merah, biru-birukanlah ya. ...Aurora... 14:36, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Adakah jika banyak pautan rencana mengenai sukan masih berwarna merah akan menyebabkan rencana berkaitan sukan tidak dapat dijadikan sebagai rencana pilihan? — Didie (bincang) 14:58, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Mengikut Wikipedia:Apakah itu rencana pilihan? tidak, cuma tidak sedap mata memandang. Dan memandangkan anda bertanya, kriteria nombor 2 menyatakan: "dikarang dengan baik secara menyeluruh, tepat dari segi fakta, berkecuali dan stabil". ...Aurora... 15:14, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]
Dari segi fakta memang tepat. Jadi? Pautan merah mempunyai faktor utama kah? Rencana ini dicalonkan untuk pencalonan rencana pilihan bukannya rencana yang sempurna ye. — Didie (bincang) 15:37, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]
Saya kata pautan merah tak sedap mata memandang. Kriteria nombor dua itu mengenai sebab bantahan saya iaitu kestabilan rencana. ...Aurora... 15:41, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]
  •   Tidak setuju - rencana ni lah yang paling tak sesuai untuk bulan 8. Bukan palinglah maybe... antara... Kalau nak sesuaikan sempena acara olimpik, gunalah rencana olimpik yang dah lepas. Rencana ni sememangnya belum lengkap! Sebab takda result segala bagai... Takkan rencana tak lengkap nak jadi rencana pilihan kot? Bijak.. bijak.. izzudin 07:51, 25 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kereta api Maglev sunting

Memandangkan saya telah membantah untuk memilih Olimpik Beijing 2008 sebagai rencna pilihan, saya ingin mencadangkan pula rencana Kereta api Maglev sebagai alternatif. Saya mencadangkannya kerana rencana ini pada hemat saya telah memenuhi kesemua kriteria yang ditetapkan bagi memilih rencana pilihan. Terdapat beberapa pautan merah yang pada hemat saya kurang penting. Isi-isi penting yang dibincangkan adalah menyeluruh dan tidaklah terlalu terperinci sehingga boleh dibuat rencana yang lain. Namun, terdapat beberapa fakta kecil yang perlu dikemaskini yang pada hemat saya tidaklah mengganggu kestabilan rencana ini. Kemaskini dan suntingan kecil akan saya lakukan selanjutnya setelah fakta yang disampaikan boleh disahkan. --Tikar aurum 11:34, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]

Setuju sunting
Bantah sunting
  1.   Tidak setuju'-Terlalu banyak pautan merah PuteraLuqman Tunku Andre 14:31, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]
  2.   Tidak setuju - Banyak pautan merah, kurang rujukan. Rencana memang cukup panjang, tapi kekurangan rujukan untuk menyokong rencana tersebut. Cuba perbaiki kesemua kelemahan tersebut. Hezery99 01:46, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]
  3.   Tidak setuju - Bila saya nampak rencana ini saya memang gembira. Tapi, mengapalah saudara, banyak sangat rencana yang belum dicipta? Pautan merah terlalu banyak. Kita dah 21 Julai dah, sempat ke nak betulkan semua untuk ogos? IMO, rencana yang menarik, secara jujur lebih menarik daripada rencana Olimpik Beijing 2008, tapi it's a no for this time. Cuba perbetul sedikit. Setiap kali saya bagi cadangan ianya diendahkan. Biru-birukan pautan merah, dan nudge kami bila dah siap. Saya akan terus sokong. — Pp.Mm.Cc. 14:51, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]
  4.   Tidak setuju Saya telah meneliti rencana ini dan saya dapati bahawa ada kekurangan agak mustahak.
Inductrack dan EDS Pengalir Lampau merupakan teknologi keapungan sahaja. Kedua-dua sistem ini memerlukan teknologi perejangan yang berasingan. Antara teknologi yang dipertimbangkan ialah enjin jet dan motor linear.
Ruang antara keretapi dan landasan perlu sentiasa dipantau dan dibetulkan oleh sistem komputer untuk mengelakkan pelanggaran disebabkan sifat tarikan elektromagnetik yang tidak stabil; pek "stator" di sepanjang landasan meningkatkan kos.
Sistem ampaian pasti selamat - tidak memerlukan kuasa untuk mengaktifkan magnet; mampu menjana medan magnet untuk mengapungkan kereta api walaupun dalam kelajuan rendah (kira-kira 5 km/j); semasa terputus bekalan kuasa, kereta api berhenti secara selamat, mantap dan boleh ramal.

Enjin jet, motor linear, pek "stator" dan Sistem ampaian pasti selamat. Elemen yang penting seperti ini masih dalam keadaan merah. ----kekacang 15:15, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]

  1.   Tidak setuju Banyak pautan merah dan kelemahan rencana ini pun banyak, camaner nak jadikan rencana ini rencana pilihan? — Imran Al-Sahih 16:55, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]


Saya akui bahawa rencana ini banyak kelemahan dan perlu diperbaiki. Tetapi haruslah kita menilai secara objektif seperti yang dihuraikan oleh Kekacang. Di dalam kriteria langsung tidak ditekankan pautan merah atau biru. Maka, bagi saya hujah daripada pmc dan PuteraLuqman tidak mempunyai weight dalam menilai samada rencana ini wajar dipilih sebagai rencana pilihan. Perlu juga diingat, saya tidak terlibat secara langsung dalam rencana ini kecuali bermula pada hari ini. Sebab itu, saya cuba menyampaikan pandangan tanpa bias dalam hal ini. Walau apapun saya akan cuba juga untuk membirukan pautan tersebut. --Tikar aurum 16:15, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]
Saya faham maksud anda. Tetapi ingat, meskipun anda nilai komen saya secara weightless, orang lain akan menilai rencana yang anda calonkan beradasarkan bahagian pengenalan awal dan isu kandungan. Kriteria rencana pilihan tidak menyatakan ini kerana tiada preference terhadap kandungan rencana yang dicalonkan. Ini boleh disamakan dengan kriteria yang tidak wujud tetapi penting, iaitu daya tarikan rencana. Best ke tak best? Kriteria rencana pilihan tidak menyatakan ini. Saya dah pernah mencalon rencana pada masa lampau, dan ditolak sama sekali kerana rencana yang saya calonkan "tidak best". Memang pahit nak telan sebab bagi saya rencana itu memang sesuatu yang menarik bagi mereka yang berkongsi minat saya. Namun, tidak bagi orang lain. Disebabkan ketidakaktifan pencalonan di sini, kita kurang memberi komen terlampau (atau terperinci dalam kes ini) seperti pengguna kekacang. Namun, komen saya kali ini agak panjang. No hard feelings, right? Lebih baik daripada komen one-liner. - Pp.Mm.Cc. 16:53, 20 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya betul-betul rasa memilih rencana Olimpik 2008 satu tindakan bodoh. Ulasan di muka depan saja pun perlu diubah dari masa ke semasa. Apatah lagi kandungannya. Rencana mengenai acara, filem, aktiviti, buku, dsbg yang akan datang seharusnya tidak menjadi rencana pilihan. Rencana pilihan ialah rencana yang telah betul-betul mantap. izzudin 09:50, 2 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Pendapat aku lain, artikel bagi keputusan haruslah dicreate pada laman baru dan dilinkkan ke rencana ini, biar kepada pengguna bahasa Melayu yang nak tau result sangat, bley refer ke sini, tapi bla dipikirkan ada ker org nk wut nnt, harap ada volunteer, klu tada, tukau je rencana len. PuteraLuqman Tunku Andre 09:57, 2 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Saya fikir2 balik, sebenarnya betullah apa yang Mr Izzudin cakap. Ini kerana tindakan saya memilih rencana Olimpik 2008 bulan Ogos merupakan satu tindakan yang bodoh. Kerana seperti Mr Izzudin cakap, ulasan muka depan perlu diubah dari masa ke semasa. Kandungan pun sama, kerana calon rencana Olimpik 2008 perlu dicalonkan selepas Olimpik 2008 tamat. Apa kata saya letak rencana Islam sebagai rencana pilihan bulan Ogos. Nanti saya akan memberitahu Ms Aurora untuk menukar rencana pilihan bulan Ogos. — Imran Al-Sahih 13:15, 5 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Rencana pilihan; bukankah ianya muktamad? Pp.Mm.Cc. 13:33, 5 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Sepatutnya. Pengecualian hanya jika kualiti jatuh merudum. ...Aurora... (bincang) 13:51, 5 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Olimpik dah mula. Tak reti-reti nak update ke kat muka depan tu? Menyusahkan ke ape? Muka depan je dah bagi maklumat salah. Olimpik dah mula bukan akan mula. izzudin 06:51, 10 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Tengok ya. 8 Ogos sepatutnya tukar dari akan jadi sedang. Pastu 25 Ogos kena tukar dari sedang jadi telah. Nampak sangat rencana ni tak patut jadi rencana pilihan. ~emo ~emo izzudin 06:53, 10 Ogos 2008 (UTC)[balas]


September sunting

Islam sunting

Lihat juga Perbincangan:Islam

Saya ingin cadangkan untuk jadikan rencana Islam sebagai rencana pilihan pada bulan September. Iaitu sebelum ini dicadangkan oleh Putera Luqman Tunku Andre. Saya telahpun mengemaskini dan menterjemahkan rencana ini dari wiki en dan rencana ini sudahpun cukup padat dan sempurna. Rencana ini telahpun dijadikan sebagai rencana pilihan di wiki en. Tibalah masa untuk memeriahkan keagungan Islam melalui rencana ini kerana bulan September merupakan bulan umat Islam berpuasa. Juga kerana ianya masa yang paling sesuai untuk para pengguna ms mengetahui lebih mengenai Islam di bulan Ramadhan (September 2008). — Imran Al-Sahih 07:08, 1 Ogos 2008 (UTC)[balas]

saya rasa lebih baik fokuskan kepada tajuk puasa...lebih baik..Che (bincang) 06:23, 2 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Klu nak ikutkan kesesuaian, lebih baik Ramadhan. Arghh, dah nak puasa ker, bkn takut posa tp takut raya, lps sminggu trus PMR PuteraLuqman Tunku Andre 10:02, 2 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Suka hati koranglah! Mungkin korang kan lebih arif dari saya. Saya dah korbankan banyak masa dan tenaga saya untuk bantu wiki ms. Saya dah penat-penat kemaskinikan dan terjemahkan rencana Islam dari wiki en. Walau bagaimanapun, kalau nak tukar calon rencana pilihan ini kepada calon rencana pilihan lain, saya alu-alukan. — Imran Al-Sahih 06:15, 3 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Oklah, maafkan saya banyak2 kerana terkasar bahasa. Apa kata kalau saya kemaskinikan rencana Sistem Suria untuk bulan ini? Ini adalah sebagai gantian kepada calon rencana pilihan iaitu Islam. Moga idea saya ini untuk calon rencana pilihan gantian adalah berkesan dan diundi setuju oleh ramai pengguna ms. — Imran Al-Sahih 08:34, 3 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Tak sesuai, banyak sangat pautan merah, birukan dulu, selain itu, kurang sangat, lebih baik buku teks masa saya darjah 6. PuteraLuqman Tunku Andre 10:54, 3 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Setuju sunting
  1.   Setuju - Rencana Islam versi Bahasa Melayu kali ini jauh lebih baik daripada sebelumnya, dengan kesemua pautan pada beberapa perenggan terawal sudah dibirukan. Rujukan pun cukup banyak bagi rencana yang panjang sebegini, maka pada pendapat saya rencana ini sememangnya lengkap dan bermaklumat, tambahan pula sesuai sangat sempena bulan Ramadan yang hampir menjelang nanti. Oleh itu saya tak nampak sebarang sebab kenapa rencana ini tidak layak dijadikan rencana pilihan kali ini. Versi Bahasa Inggeris (yang menjadi asas penulisan semula ini) dan versi Indonesia sudah pun menjadi rencana pilihan, versi Bahasa Melayu pula bila lagi, ya tak...? - Hezery99 (bincang) 07:06, 10 Ogos 2008 (UTC)[balas]
  2.   Setuju setuju dengan Hezery99 --Adikhebat (bincang) 07:42, 10 Ogos 2008 (UTC)[balas]
  3.   Setuju Whoa... whoa... mengatakannya teruk agak extreme pada tahap itu, bukankah begitu? Apa salahnya meletakkan rencana yang lengkap dan penuh elaboration seperti rencana ini untuk bulan Puasa... I cannot agree more. Maaf sebab tidak mempunyai spare time untuk melanjutkan penerangan. - Pp.Mm.Cc. 12:11, 10 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Bantah sunting
  1.   Tidak setuju Masih banyak perlu diperbaiki. Sepintas lalu pun saya nampak pautan mengenai malaikat, ibadat puasa, Dunia Islam, perkahwinan menurut Islam, dua Hari Raya dll masih merah, padahal semua rencana itu wujud. ...Aurora... (bincang) 13:56, 5 Ogos 2008 (UTC)[balas]
    Anda memang sudah melampaui batas, Ms Aurora. Ini kerana rencana Islam ini sudahpun dimenangi di wiki en. Anda membantah bukan kerana rencana, tapi kerana membenci saya atas kesalahan saya yang lalu. Kalau anda tak suka rencana yang saya buat. Pergi balik KAMPUNG!! — Imran Al-Sahih 15:37, 5 Ogos 2008 (UTC)[balas]
    Salam Emrrans..janganlah marah...kami berikan cadangan..kalau nampak ada kesesuaian dengan bulan dan artikel ini ok sebenarnya..cuma kalau nampak merah kita buatlah bersama-sama..bergotong-royong..Che (bincang) 08:25, 6 Ogos 2008 (UTC)[balas]
    Maafkanlah saya banyak2 sekali lagi, beribu-ribu maaf. Sebenarnya saya cuma nak kebanyakan rencana wiki ms berkualiti tinggi. Tambahan lagi, untuk dapat buat rencana pilihan banyak2. Itu sahaja. Harap maklum. — Imran Al-Sahih 09:49, 6 Ogos 2008 (UTC)[balas]
  2.   Tidak setuju Teruk. Terlalu banyak literal translation. Lain kali jangan terjemah daripada WpEn. Lagipun rencana-rencana mengenai Islam di sana harus diboikot kerana ditulis oleh orang-orang Barat yang langsung tak faham Islam.—Aviator, 11:23, 10 Ogos 2008 (UTC)[balas]
    Tiada yang ekstrem. Saya mengkritik isi rencana, bukan subjek. Bahasa yang terrrlalu obscure, banyak penyalahgunaan istilah dan laras bahasa: tafsir -> interpretasi, Allah -> Tuhan, ayat -> versa, puasa -> saum, adab -> etiket, Aidilfitri -> Eidulfitri, fiqh -> jurisprudens, bidaah -> inovasi keagamaan (macam mana istilah-istilah yang mudah pun boleh bertukar?!), banyak pautan merah dsb. Ini rencana agama, tapi rasa macam baca buku teks sains saja... wow, tahniah. Maaf, sila cuba lagi.—Aviator, 13:56, 10 Ogos 2008 (UTC)[balas]
    Kepada Mr Aviator: Sebenarnya ayat yang mungkin saya terjemahkan secara salah pun masih sama maksudnya walaupun ayat itu bahasa Inggeris. Mr Aviator, sebenarnya terjemahan anda iaitu yang anda senaraikan pun bukanlah ayat bahasa Melayu, itu bahasa Arab. Jadi, sebenarnya bahasa Melayu takde ayat asli untuk ayat tersebut. Lagipun, apa salahnya terjemahan yang saya buat? Oklah pasni saya akan tukar ayat saya yang dianggap salah itu untuk anda. — Imran Al-Sahih 15:02, 10 Ogos 2008 (UTC)[balas]
  3.   Tidak setuju Ini penilaian saya ikut kriteria rencana pilihan:
    • Berdasarkan kriteria 2(a), rencana ini tidak dikarang dengan baik. Banyak kesalahan tatabahasa, ejaan, tanda bacaan malah penggunaan istilah. Ada imbuhan di yang dijarakkan atau didekatkan tanpa mengikut tatabahasa yang betul. (Kepada orang yang mencalonkan dan orang yang bersetuju, tolonglah baca rencana ini dengan betul-betul dan lihat sendiri banyak kesalahan tatabahasa. Dengan bersetuju saya merasakan anda seolah-olah tidak membaca rencana ini dengan teliti.)
    • Berdasarkan kriteria 3, terdapat banyak penggunaan istilah yang tiada di dalam bahasa Melayu. 5 daripadanya sebagai contoh adalah seperti berikut:
      • "akar triliteral" yang diterjemah daripada frasa triliteral root (yang sebenarnya bermaksud kata akar tiga konsonan dalam istilah linguistik)
      • "Pradestinasi" yang diterjemah daripada Predestination (yang sebenarnya bermaksud takdir dalam istilah keagamaan termasuk dalam Islam)
      • "Mahkamah ratapan" yang diterjemah daripada Grievance court (yang sebenarnya bermaksud mahkamah pengaduan/rungutan atau lebih tepat mahkamah timbang cara dalam istilah undang-undang)
      • "... yang dibentuk oleh biasiswa tradisi Islam" yang diterjemah daripada "...formed by traditional Islamic scholarship." "Scholarship" di sini sepatutnya bermaksud kesarjanaan mahupun ilmiah/ilmuwan.
      • "Krused" yang diterjemah sewenang-wenangnya daripada Crusade. Hatta bahasa Indonesia pun tidak menggunakan istilah ini. Istilah yang sebenarnya ialah Perang Salib. --Tikar aurum (bincang) 16:48, 11 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Rencana tu je bagus tapi banyak pautan tak wujud. izzudin 15:10, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Pautan biru dan sesuai mengikut musim bukanlah kriteria utama untuk memilih rencana pilihan. Kalaupun rencana ini dalam bahasa lain sudah dijadikan rencana pilihan, itu bukanlah motif utama untuk memberikan status RP kepada sesebuah rencana. Malah dalam wikipedia Arab pun belum dijadikan rencana pilihan.--Tikar aurum (bincang) 16:48, 11 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Islam.  Y Sudah diperbaiki. Kali ini memang sudah sempurna. Tapi buat masa ini, saya nak berikan laluan kepada calon rencana pilihan Kereta api Maglev dahulu. Saya memang mahukan rencana pilihan bulan Oktober iaitu Islam dipilih walaupun akan dicalonkan buat kali ketiga. — Imran Al-Sahih 16:22, 13 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Saya ulangi, kelihatan banyak pautan merah kerana Emrrans menterjemah bulat2 dari wiki-en, padahal rencana (merah) berkenaan sebenarnya telah wujud. Anda juga mungkin mahu melihat laman perbincangan rencana ini. ...Aurora... (bincang) 14:06, 11 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Baiklah, saya beralah. Maafkan saya banyak2 atas ketidaksedaran dan kebodohan saya. Saya akan batalkan pencalonan rencana pilihan ini dan berkuatkuasa segera. — Imran Al-Sahih 01:25, 12 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Kereta api Maglev sunting

Berikutan ketidakbolehfahaman rencana Islam yang saya sunting ini. Saya cadangkan rencana Kereta api Maglev yang sebelum ini dicadangkan oleh Mr Tikar aurum menjadi pencalonan rencana pilihan untuk bulan September. — Imran Al-Sahih 01:28, 12 Ogos 2008 (UTC)[balas]

  1.   Setuju izzudin 08:54, 13 Ogos 2008 (UTC)[balas]
  2.   Tidak setuju. — Didie (bincang) 11:17, 25 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Sejarah Tibet sunting

Saya ingin rencana Sejarah Tibet sebagai rencana pilihan bulan September selepas 2 calon rencana pilihan saya dibantah. Kalau boleh, tolong jangan bantah tanpa sebab munasabah. Terima kasih. — Imran Al-Sahih 11:53, 25 Ogos 2008 (UTC)[balas]


Kereta api Maglev dipilih kerana Sejarah Tibet masih mempunyai banyak pautan merah termasuk di perenggan pengenalannya. ...Aurora... (bincang) 09:46, 1 September 2008 (UTC)[balas]

Oktober sunting

Rancangan Malaysia Kedua sunting

Sekali lagi, tanpa rasa segan silu, saya ingin mencadangkan rencana Rancangan Malaysia Kedua sebagai rencana pilihan bagi bulan Oktober. Alasan saya ialah, rencana ini agak stabil (RMK2 dah lama pun tamat), menyeluruh (hampir semua aspek berkaitan RMK2 telah disentuh) dan berkecuali (ini pandangan saya). Samada fakta yang diketengahkan tepat, bergantung kepada penilaian pengguna dan penyunting lain. Lagi satu berhubung gaya penulisan, saya serahkan kepada umum untuk menilai.

Oh ya, ada beberapa pautan merah di dalam rencana ini yang saya anggap sebagai penting (rencana asas?). Kalau ada rakan-rakan yang rajin, silalah bantu birukan. Saya akan cuba sedaya yang mampu sebelum akhir bulan ini --Tikar aurum (bincang) 14:01, 2 September 2008 (UTC)[balas]

Sila utarakan hal-hal berbangkit di laman perbincangan rencana ini. Di sini hanya untuk mengundi.

Rencana pilihan: Rancangan Malaysia Kedua. — Didie (bincang) 05:58, 2 Oktober 2008 (UTC)[balas]

November sunting

Sejarah Tibet sunting

Saya ingin memulihkan pencalonan Sejarah Tibet yang dikemukakan saudara Imran al-Sahih dari bulan September untuk rencana pilihan bulan November. Saya tengok sewaktu dicalonkan ketika itu ada lebih tanda "setuju" berbanding Kereta api Maglev (walaupun ada rungutan pautan merah) tapi tak jadi pilihan. Fanatix (bincang) 06:17, 22 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Universiti Sains Malaysia sunting

Saya mencalonkan buat kali kedua bagi rencana Universiti Sains Malaysia sebagai pencalonan bagi rencana pilihan pada bulan November 2008. Sekian. — Didie (bincang) 08:46, 28 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Disember sunting

Albus Dumbledore sunting

OK, bulan Disember kian tiba, apa kata rencana watak siri Harry Potter ni pulak? Sikit-sikit je pautan merah, rasanya sempat nak isikan kalau kita bekerjasama. Fanatix (bincang) 12:53, 19 November 2008 (UTC)[balas]

Boleh sokong rasanya. Nampak lengkap ditulis. Tapi silalah birukan mana yg merah ya. ...Aurora... (bincang) 14:26, 20 November 2008 (UTC)[balas]
Jangan risau. Bab Harry Potter, saya boleh saja tolong birukan. Hehe... :) Polar 02:59, 27 November 2008 (UTC)
  1.   Setuju. Apapun, birukanlah mana yang patut. — Didie (bincang) 11:51, 26 November 2008 (UTC)[balas]
  2.   Setuju ^_^ 05:17, 30 November 2008 (UTC)[balas]
  3.   Setuju-Haha, watak paling utama pun belum jadi artikel pilihan.....tapi tak apalah.... PuteraLuqman Tunku Andre 11:08, 30 November 2008 (UTC)[balas]