Wikipedia:Calon rencana pilihan/2012

Januari 2012Sunting

JepunSunting

Salam. Saya ingin cadangkan rencana tersebut kerana rencana ini cukup berisi dan menyeluruh. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pautan merah yang akan saya cuba birukan. Harap ada yang sudi untuk membantu saya. Sekian - "26 Ramadan (B · S · L) 04:38, 9 Disember 2011 (UTC)"

  Setuju, Rencana sudah cukup berisi, saya akan cuba birukan seberapa pautan merah --Adikhebat (Bual) 14:22, 13 Disember 2011 (UTC)
Pada dasarnya setuju, tetapi kotak maklumat tu dah ketinggalan zaman, perlu dikemaskini dahulu. ...Aurora... (b) 06:38, 14 Disember 2011 (UTC)

Naga CinaSunting

Sempena menyambut bintang zodiak yang paling disanjung dalam masyarakat Cina, saya calonkan rencana ini pula. Tak mengapakah kalau jumlah petikan sekadar 20-an sahaja? – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 12:04, 18 Disember 2011 (UTC)

Setuju juga. ...Aurora... (b) 08:36, 22 Disember 2011 (UTC)
Keputusan
Ada dua pencalonan, Jepun dipilih kerana mendapat lebih sokongan. ...Aurora... (b) 05:21, 2 Januari 2012 (UTC)

FebruariSunting

Naga CinaSunting

Saya calonkan rencana ini sekali lagi (walaupun TBC tahun ini jatuh pada bulan Januari, tetapi sambutannya tetap menjangkau hingga Cap Goh Mei pada awal Februari). – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 07:35, 11 Januari 2012 (UTC)

Setuju lagi. ...Aurora... (b) 14:18, 13 Januari 2012 (UTC)
Setuju. - 26 Ramadan (B · S · L) 02:40, 17 Januari 2012 (UTC)

MacSunting

Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011Sunting

Saya sedang berusaha gigih untuk meningkatkan mutu supaya rencana ini sempat dicalonkan pada ulang tahun pertama subjeknya berlaku, bukan setakat membirukan pautan merah, malah memadatkan lagi isi kandungannya. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 16:08, 14 Februari 2012 (UTC)

  • Setuju. - 26 Ramadan (B · S · L) 05:02, 16 Februari 2012 (UTC)
  • Pada dasarnya saya setuju, boleh membantu memberikan kesedaran terhadap sesuatu peristiwa besar yang berlaku di serata dunia, cuma saya ada masalah untuk mencapai laman tersebut, tidak pasti mengapa --baguznet 10:22, 24 Februari 2012 (UTC)
  •   Setuju Pemilihan rencana ini sememangnya tepat pada masanya. - Hezery99 (bincang) 04:07, 26 Februari 2012 (UTC)

AprilSunting

Honda CubSunting

Beberapa tahun dahulu rencana ini pernah dicalonkan tetapi tidak berjaya kerana tidak memenuhi kriteria-kriteria utama seperti sumber rujukan, panjang rencana, membirukan pautan merah dsb. Kini saya sudah berjaya menyempurnakan rencana tersebut setelah rencana dalam Wikipedia BI sudah berjaya disempurnakan, cuma masih dalam proses membirukan pautan merah. Diharap ahli Wikipedia BM terutamanya yang arif dalam bidang automotif dapat membantu saya membirukan pautan merah terutamanya pautan berkaitan sistem dan bahagian automotif. Terima kasih. - Hezery99 (bincang) 04:13, 26 Februari 2012 (UTC)

  •   Setuju 'Operasi' pembiruan pautan merah (dan sedikit pemperkemasan pada rencana) hampir siap. Pada takat ini, boleh saya undi setuju. "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 08:06, 15 Mac 2012 (UTC)
  • Saya juga setuju. ...Aurora... (b) 08:16, 20 Mac 2012 (UTC)


MeiSunting

Geng: Pengembaraan BermulaSunting

Saya pernah mencalonkan rencana ini tidak lama dahulu, tetapi diketepikan kerana 'tidak cukup gambar'. Saya telah meletakkan beberapa tampilan skrin dari filem tersebut untuk menyerikan lagi rencana tersebut. Harap ini berjaya menjadi rencana pilihan. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 10:42, 1 April 2012 (UTC)

  • Setuju - 26 Ramadan (B · S · L) 13:29, 1 April 2012 (UTC)
  •   Setuju Bagaimanapun diperlukan bantuan untuk gambar Nur Fathiah Diaz yang telah dihapuskan agar artikel menjadi lebih sempurna --baguznet 03:44, 3 April 2012 (UTC)
  • Sokong. ...Aurora... (b) 14:53, 10 April 2012 (UTC)

JunSunting

Kupu-kupuSunting

Saya rasa WBM tak pernah ada rencana pilihan tentang serangga. Saya akui bahawa ada sesetengah pautan yang masih merah tapi saya akan birukan sebanyak-banyaknya sebelum akhir bulan ini. "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 16:47, 18 Mei 2012 (UTC)

Rencana itu ada 103 pautan merah, tidak penatkah? --Kurnia [ bual ] 18:39, 18 Mei 2012 (UTC)
Kalau membilang secara manual dalam isi rencana (tak termasuk rujukan dan nota kaki), cuma tinggal belasan. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 15:18, 24 Mei 2012 (UTC)
  • Saya mempunyai masalah dengan Templat:ButterflyScaleMicroscopy. Ada ruang besar antara gambar2 pembesaran x50 dan x200. ...Aurora... (b) 04:50, 28 Mei 2012 (UTC)
Keputusan
Ada satu pencalonan, namun tidak mendapat sokongan. Rencana lama (Shin Megami Tensei: Persona 3) dikitar semula. ...Aurora... (b) 02:36, 1 Jun 2012 (UTC)

JulaiSunting

Kupu-kupuSunting

Saya sekali lagi mencalonkan rencana ini. Templat:ButterflyScaleMicroscopy sudah dibaiki dan pautan merah dah berkurangan dan semuanya boleh dibirukan sebelum akhir bulan ini. Jadi saya yakin, kali ini pasti dicalonkan. – 08:23, 1 Jun 2012 (UTC)

OgosSunting

Nota: Rencana lama (Islam) dikitar semula kerana tiada pencalonan baru. ...Aurora... (b) 14:47, 31 Julai 2012 (UTC)

SeptemberSunting

Nota: Rencana lama (Serangan 11 September 2001) dikitar semula kerana tiada pencalonan baru. ...Aurora... (b) 16:09, 30 Ogos 2012 (UTC)

OktoberSunting

Saya inginkan rencana Sistem Suria menjadi sebagai featured article. Memandangkan this article has already won in the english wikipedia, salinan rencana ini dalam bahasa melayu dari bahasa inggeris pun sama. Tolong2, please2, saya nakkan rencana ini terpilih dalam bulan Oktober. Thank you. :) - Filiosus's Saga (bincang) 13:09, 16 September 2012 (UTC)

Secara jujurnya saya rasa tak sempat bulan depan. Sukar memenuhi semua kriteria Wikipedia:Apakah itu rencana pilihan? jika sekadar menterjemah. ...Aurora... (b) 15:04, 19 September 2012 (UTC)

Nota: Rencana lama (Rancangan Malaysia Kedua) dikitar semula kerana calon tunggal belum memenuhi syarat. ...Aurora... (b) 15:01, 2 Oktober 2012 (UTC)

NovemberSunting

Pasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSunting

Saya fikir Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia layak, kerana lengkap, padat dan berisi. SpartacksCompatriot (bincang) 14:17, 12 Oktober 2012 (UTC)

Saya tak fikir rencana ini lengkap atau terkini. ...Aurora... (b) 03:18, 16 Oktober 2012 (UTC)

Mercedes Grand PrixSunting

Saya sudah membaiki bahagian rujukan. Harap2 boleh dicalonkan satu hari nanti.

Bagaimana dengan rencana ini? --JerichoNation (bincang) 14:33, 28 November 2012 (UTC)

Sebastian VettelSunting

Saya nak rencana Mercedes Grand Prix dan Sebastian Vettel sebagai Rencana Pilihan. Kedua-dua rencana ini padat dan mempunyai bahasa dan ejaan yang sempurna. Saya bekerja keras untuk kedua-dua rencana ini. – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh 124.13.188.171

Pertama sekali, hanya satu rencana boleh dipaparkan pada satu masa. Kedua, kedua2 rencana itu tidak stabil, lebih baik anda tunggu sehingga musim sekarang tamat. Ketiga, bahagian rujukan perlu diperbaiki, sila gunakan templat petikan yg bersesuaian. Cukuplah setakat itu dahulu. ...Aurora... (b) 04:20, 22 Oktober 2012 (UTC)

Baiklah jika begitu, selepas berakhirnya musim dan info dikemaskini, saya akan mencalonkan ia semula. Terima kasih. – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh 60.48.48.1

Jangan lupa baca kriteria rencana pilihan. Saya cuma sebut sebahagian syarat sahaja. ...Aurora... (b) 06:59, 29 Oktober 2012 (UTC)

Nota: Rencana lama (Universiti Sains Malaysia) dikitar semula kerana semua calon belum memenuhi syarat. ...Aurora... (b) 14:16, 4 November 2012 (UTC)

DisemberSunting

Kazuki NakajimaSunting

Saya ingin mencalonkan juara Formula Nippon bagi musim 2012. Rencana kurang maklumat namun rencana ini dapat disebarkan. – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh 124.13.188.134

Saya tak fikir rencana kurang maklumat patut jadi rencana pilihan. ...Aurora... (b) 04:36, 8 November 2012 (UTC)

Sekurang-kurangnya saya cuba, thanks ;)

Sebastian VettelSunting

Saya sudah membaiki bahagian rujukan dan bahasa dalam rencana ini. Dengan musim Formula Satu 2012 akan tamat pada 25 November, saya harap rencana ini dapat dijadikan rencana pilihan. Vettel dan Alonso adalah pesaing utama dalam kejuaraan 2012 jadi jika Vettel mendapat naib juara pun, sekurang-kurangnya ia dapat dibaca orang ramai ;) --118.101.201.188

Saya ingin mencalonkan semula rencana ini. Beliau memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia yang ketiga beliau semalam. Saya telah bekerja keras dengan rencana ini.--JerichoNation (bincang) 14:53, 26 November 2012 (UTC)

Saya berpendapat rencana ini cukup baik untuk dijadikan rencana pilihan. Satu-satunya kecacatan ialah terdapat beberapa rencana penting berkaitan yg belum wujud (telah saya merahkan). ...Aurora... (b) 14:02, 28 November 2012 (UTC)

Terima kasih. Saya, seorang yang bukan Melayu, bagaimanakah gaya sunting saya? Saya guna google translate tapi x skalu accurate jadi saya kena sunting dan lihat kesemua baris sebelum saya simpan sunting. Jadi bahasa saya baik? Bagaimanapun saya akan membaiki cacat cela rencana dan tolong lihat semula untuk dijadikan rencana pilihan.--JerichoNation (bincang) 14:08, 28 November 2012 (UTC)

Thank you Aurora!! :D --JerichoNation (bincang) 05:45, 1 Disember 2012 (UTC)

Cuma perlu kemasan sikit2. Sekiranya anda birukan pautan2 tersebut, sempat lagi nak terpilih. Saya sokong. ...Aurora... (b) 14:18, 28 November 2012 (UTC)

Saya sudah mencipta laman2 tersebut. Sekarang sah sebagai rencana pilihan? ;) --JerichoNation (bincang) 03:45, 29 November 2012 (UTC)

Sistem SuriaSunting

Saya berharap rencana sama ini yang saya calonkan bulan lepas akan dicalonkan sebagai rencana pilihan bulan Disember.

P/S: Kepada pengguna beberapa IP-IP yang selalu tukar alamat IP ini, saya tahu anda suka menyunting tentang rencana sukan automobil, saya juga tahu anda suka tukar alamat IP untuk elak dari dikesan. Kerana beberapa alamat IP anda semuanya dikongsi oleh hanya dari 1 orang, iaitu orang yang sama. Juga tolong jangan nak copycat ayat saya ye, saya tak suka. Try to be yourself. - Filiosus's Saga (bincang) 00:01, 10 November 2012 (UTC)

  •   Setuju Untuk mengatasi krisis rencana pilihan, untuk mengelakkan suatu rencana terus menerus dikitar semula. SpartacksCompatriot (bincang) 01:49, 10 November 2012 (UTC)
  •   Pada dasarnya, saya setuju dengan pencalonan rencana ini. Tetapi sila lihat kembali Wikipedia:Apakah itu rencana pilihan?, saya dapati ia tidak menepati peraturan no. 6 dan ia mengandungi beberapa ejaan yang salah dan belum diterjemahkan seperti aphelion (sepatutnya afelion) dan paksi separa-major (paksi semimajor) dan lain-lain. Maaf. - 26 Ramadan (Bincang) 04:40, 10 November 2012 (UTC)
Kepada 26 Ramadan (termasuk Aurora):
Oooookk.... cuba anda birukan pautan rencana sistem suria..... boleh ke tidak sampai pecah kepala saya.... awak senang cakap bolehlah... cuba buat kalau boleh? atau anda akan pecah kepala macam saya? tahukah anda betapa susahnya saya nak buat rencana tu panjang dan membirukan pautan itu, semuanya saya sorang je yang buat, orang lain tak tolong pun, kalau beberapa orang lain tolong buatkan rencana panjang saya ni takpe jugak.... cuba ye... Sorry banyak2 ye... tulah masalah orang melayu, malas malas malas, nak tau apa melayu malas dalam wikipedia bahasa melayu ni? Malas nak buat rencana panjang dan berkualiti dan penyelia pulak sibuk bercuti. Cuba tgk wikipedia Arab, Inggeris dan Ibrani tu, diorang rajin buat rencana panjang dan bermutu. Satu lagi, cuba lihat Wikipedia:Depth serta Link 1:Depth dan Link 2:Depth, btw kedalaman wiki ms cuma 12 jerh, sungguh mengecewakan. Btw kita juga kena tingkatkan kualiti dan kuantiti rencana, kita ni masalahnya pentingkan kuantiti, bukannya kualiti. Nak tau kenapa kedalaman (Depth) penting? Sebab kedalaman (depth) adalah indicator untuk kualiti rencana, cth rencana yang berkualiti, panjang, banyak rujukan dan banyak kategori. Kesimpulannya, saya buang masa kat sini tanpa dapat manfaat apapun...
Last word:-
Saya kena patuh dalam peraturan wikipedia untuk tidak mencemuh secara peribadi, persoalannya:
Dan kalau saya enggan?

- Filiosus's Saga (bincang) 06:29, 10 November 2012 (UTC)

Hmm, a bit of maturity is sorely needed here I reckon. Filiosus, janganlah ambil penolakan ini secara peribadi. Wiki MS agak kecil, betul, dan mutu sebilangan rencana tidak memuaskan, juga betul. Dan walaupun ramai orang yang mendaftar setiap hari, tidak ramai yang suka menyumbang. Mengapa demikian? Kita boleh bincang 'social construct' penutur bahasa Melayu dan bandingkan dengan penutur bahasa Arab atau Vietnam tapi sini bukan tempatnya. Lagipun jika anda lihat statistik, nisbah rencana per kapita B Melayu berbanding bahasa-bahasa serumpun (id dan tl) tidaklah berapa teruk.
Terjemahan anda berkaitan Sistem Suria amat dialukan dan saya pasti anda telah menghabiskan banyak masa dalam usaha anda itu. Saya sudah membaca terjemahan anda dan mahupun ia satu usaha yang agak 'heroic' (>= 20,000 perkataan), malangnya, seperti yang dikatakan beberapa orang, rencana anda belum sesuai untuk dipilih sebagai rencana pilihan. The operative words are 'belum sesuai', not 'tidak sesuai'. There is a subtle difference. Namun, tidak ada pilih kasih di sini. Jika rencana itu menepati syarat, ia akan dipertimbangkan, dan sebaliknya. Lagi, hakikat yang ada orang memberi komen menunjukkan cadangan atau rencana anda mendapat perhatian.
Saya tidak tahu, tapi berkemungkinan besar kehampaan anda telah mendorong anda untuk mencemuh para penyelia dan penyumbang lain. Berkemungkinan besar anda hanya melepaskan geram— sesuatu yang tidak asing di mana-mana wiki, forum perbincangan internet atau jaringan sosial maya. Jika itulah halnya, saya berharap anda akan lakukan apa yang wajar. Saya fikir tidak ramai orang yang sanggup menyumbang kepada Wiki MS hampir setiap hari buat tempoh lebih *sepuluh* tahun seperti yang dilakukan Aurora dan Yosri. Seperti anda dan saya, mereka juga mempunyai kehidupan di dalam alam nyata. Mereka juga perlu pergi kerja, jawab telefon, layan keluarga, pergi pasar, siram bunga, dan sebagainya. Mereka tidak perlu menyumbangkan sebahagian besar kehidupan mereka kepada wiki ini. Not that I think they need defending, and please don't take this as my being servile, akan tetapi kita perlu menghormati hakikat itu dan menghargai dedikasi mereka.
Walau apapun, saya berharap anda tidak akan patah semangat dan akan terus memperbaiki rencana terjemahan anda. Ia suatu topik yang penting. Sudah tentu, kadang kala kita berasa keseorangan apabila bergelut dengan ayat-ayat yang sukar diterjemahkan—terutamanya apabila penggunaan bahasa dalam teks sumber sendiri tidak betul—dan tidak ada sesiapa yang membantu, tetapi inilah hakikatnya apabila wiki tidak mempunyai ramai penyunting, tapi kita tidak seharusnya berputus asa. So keep on plugging Filiosus, and you'll get my vote when the time comes. Salut Algazel (bincang) 01:13, 11 November 2012 (UTC)
Filiosus's Saga, di sini saya senaraikan 9 rencana pilihan terakhir: kupu-kupu, Geng: Pengembaraan Bermula, Honda Cub, gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011, Naga Cina, Jepun, Walt Disney, Serangan 11 September 2001 dan Islam. Lebih separuh daripadanya dibuat oleh satu orang sahaja. Apa kata anda bersikap seperti dia? ...Aurora... (b) 07:35, 12 November 2012 (UTC)

Jangan lupe org yg buat laman permotoran tu ;P

Kepada Aurora: Memang saya pun patut jadi seperti dia. Tapi disebabkan saya merasa sungguh berat untuk menyumbang disebabkan saya sibuk dengan hal lain. Maka saya tinggalkan wiki ini dan tidak mungkin kembali lagi.
Kepada 60.48.48.237 dan beberapa IP sebelum ini, iaitu dari orang sama: Saya dah trace IP anda dan anda berada berdekatan Chow Kit, Kuala Lumpur. Cubalah anda tukar alamat IP lagi sekali lepas ini. Saya tetap boleh trace ianya dari orang yang sama. Lebih baik anda buat akaun dan jangan berlagak pandai. Sebab e-mel pun saya boleh trace, apatah lagi alamat IP. Kamu memang patut buka akaun supaya tiada kekeliruan dengan pengguna tanpa nama lain.

- Filiosus's Saga (bincang) 09:42, 12 November 2012 (UTC)

Berbalik kepada tajuk awal. Saya fikir kita sudah terlalu keras menentukan rencana pilihan. Lihatlah beberapa rencana yang harus dikitar semula untuk ditampilkan di Laman Utama. Sekiranya ada rencana yang memang sudah layak menjadi Rencana Pilihan, mengapa kita mesti menghambatnya? SpartacksCompatriot (bincang) 11:56, 12 November 2012 (UTC)
Filiosus's Saga, Wikipedia ini kerja sukarela, tiada siapa boleh paksa anda menyumbang.
SpartacksCompatriot, macam mana anda tahu "ada rencana yang memang sudah layak menjadi Rencana Pilihan"? Sekiranya anda fikir kriteria sedia ada "terlalu keras", sila usulkan cadangan perubahan di laman perbincangan Wikipedia:Apakah itu rencana pilihan?. ...Aurora... (b) 03:51, 14 November 2012 (UTC)

Jam airSunting

Maaf kerana dah lama tak cuba calonkan rencana sebab sibuk dengan kerja cari rezeki, apalagi dapat pergi cuti-cuti dengan duit gaji yang lumayan sebagai penterjemah bebas. :) Saya pernah memperkemas dan melengkapkan terjemahan rencana ini suatu ketika dahulu. Kini, saya turut mengisi pautan merah dengan rencana-rencana baru, masih ada pautan merah yang boleh siap dibirukan dalam masa dua tiga hari. Rujukan pun memadai dan memuaskan, jadi bolehlah saya calonkan rencana Jam air sebagai rencana pilihan bulan depan. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 16:49, 21 November 2012 (UTC)

Wah, boleh cerita berapa bayaran satu episod/karya yg lumayan itu? :) Rencana nampak bagus, cuma tinggal pautan merah. ...Aurora... (b) 14:02, 28 November 2012 (UTC)
Eh, ada [sumber tidak boleh dipercayai?] ...Aurora... (b) 14:18, 28 November 2012 (UTC)
Keputusan
Ada empat pencalonan, namun hanya satu yang memnuhi syarat dan mendapat sokongan. Sebastian Vettel terpilih. ...Aurora... (b) 15:39, 30 November 2012 (UTC)