Wikipedia:Calon rencana pilihan/2018

Uzumaki Naruto sunting

Pencalon: SNN95 (bincang) 14:32, 25 Mei 2018 (UTC)[balas]
 
title=Junko Takeuchi, suara Uzumaki Naruto dalam siri animasi versi Jepun

Uzumaki Naruto merupakan protagonis fiksyen dari siri manga Jepun Naruto, dicipta oleh Masashi Kishimoto. Seorang remaja ninja yang riang, optimis dan suka bersahabat dengan rakan ninja lain, dia bercita-cita untuk menjadi pemimpin kampung fiksyennya, Konohagakure. Dia muncul dalam anime, filem, permainan video dan animasi video original, serta sekual Boruto: Naruto Next Generations, bersama anaknya Boruto Uzumaki sebagai protagonis. Kishimoto pada mulanya bertujuan untuk membiarkan watak Naruto "sederhana dan bodoh", sambil memberi dia banyak sifat-sifat seorang pahlawan yang ideal, dan masa lalu yang tragis. Penulis telah mengubah imej Naruto berkali-kali, memberikan watak dengan pakaian yang berbeza yang bertujuan untuk menarik pembaca Barat dan menjadikannya lebih mudah untuk dilukiskan. Naruto disuarakan oleh Junko Takeuchi (gambar) dalam siri animasi asal dan Maile Flanagan dalam penyesuaian bahasa Inggeris. Perkembangan watak telah dipuji oleh penerbitan anime dan manga, dan telah menarik perhatian ilmiah.

Ini adalah pencalonan ketiga rencana berkaitan anime dan manga daripada saya selepas Itachi Uchiha dan Fairy Tail. Pautan merah sedang dibirukan. Harap dipertimbangkan. SNN95 Talk to me, beybeh! 14:32, 25 Mei 2018 (UTC)[balas]

Munafik sunting

Pencalon: Fandi89 (bincang) 03:15, 27 Ogos 2018 (UTC)[balas]

Munafik merupakan sebuah filem seram ghaib Malaysia 2016 arahan Syamsul Yusof dan menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali. Ia merupakan filem kesembilan arahan Syamsul dan filem seram keduanya selepas filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011). Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Februari 2016 di Malaysia dan pada 5 Oktober 2016 di Indonesia.

Saya harap rencana ini dipilih sebagai rencana pilihan untuk September 2018 kerana tidak lama lagi kesinambungan filem ini akan ditayangkan pada 30 Ogos 2018. – Fandi89 (bincang) 03:15, 27 Ogos 2018 (UTC)[balas]

Hasan al-Kharrat sunting

Pencalon: 26 Ramadan (bincang) 06:37, 7 April 2018 (UTC)[balas]

Hasan al-Kharrat (1861–1925) adalah seorang komander pemberontak di dalam Pemberontakan Syria Besar menentang Mandat Perancis, beroperasi terutamanya di Damsyik dan perkampungan Ghouta. Sebagai seorang qabaday (ketua belia tempatan) bagi kawasan al-Shaghour di Damsyik, beliau mempunyai hubungan dengan Nasib al-Bakri, seorang pejuang kebangsaan daripada keluarga paling berpengaruh di kawasan itu. Dengan undangan al-Bakri, beliau menyertai pemberontkan pada Ogos 1925 dan membentuk sekumpulan pejuang dari dan kawasan sekeliling al-Shaghour. Beliau mengetuai serangan terhadap Damsyik, merampas kediaman Pesuruhjaya Tinggi Perancis Maurice Sarrail, sebelum menarik diri setelah pengeboman dilakukan oleh pihak Perancis. Hubungan di antara al-Kharrat dengan ketua-ketua pemberontak lain semakin tegang terutamanya dengan Sa'id al-'As dan Ramadan al-Shallash. Al-Kharrat terus memimpin serbuan di Ghouta, di mana beliau akhirnya dibunuh oleh serangan hendap daripada pihak Perancis. Pemberontakan tersebut melesap pada 1927, tetapi beliau memperoleh reputasi sebagai seorang syahid penentangan Syria terhadap pemerintahan Perancis.

Tujuan saya mencalonkan rencana ini kerana ia telah dipilih sebagai rencana pilihan di Wikipedia bahasa yang lain. Selain itu, ia juga bagi menambah minat para pengguna Wikipedia untuk membaca rencana berkaitan sejarah. 26 Ramadan (bincang) 06:37, 7 April 2018 (UTC)[balas]

C/1996 B2 (Hyakutake) sunting

Pencalon: 26 Ramadan (bincang) 14:16, 7 Februari 2018 (UTC)[balas]

Komet Hyakutake (Jepun: 百武彗星, Hepburn: Hyakutake suisei, gelaran formal: C/1996 B2) adalah sebuah komet yang ditemui pada 31 Januari 1996, melewati Bumi dengan sangat dekat pada tahun tersebut. Ia digelar sebagai Komet Besar 1996; laluannya yang berhampiran Bumi merupakan salah satu yang terdekat dalam 200 tahun sebelumnya. Hyakutake muncul dengan sangat cerah di langit malam dan boleh dilihat secara meluas di seluruh dunia. Komet itu mencuri tumpuan untuk sementara daripada komet Hale–Bopp, yang mendekati Sistem Suria dalam pada waktu itu.

Saya lihat rencana ini telah dipilih sebagai rencana pilihan di beberapa Wikipedia dalam bahasa lain. Oleh itu, saya harap rencana ini juga dipilih. — 26 Ramadan (bincang) 14:16, 7 Februari 2018 (UTC)[balas]

Katsudō Shashin sunting

Pencalon: SNN95 (bincang) 17:27, 1 Februari 2018 (UTC)[balas]

Katsudō Shashin adalah jalur filem animasi Jepun yang merupakan karya animasi tertua dari Jepun. Berdurasi tiga saat, ia menggambarkan seorang lelaki yang menulis "gambar bergerak" dalam skrip Jepun, menanggalkan topinya, dan melambai. Ditemui dalam koleksi filem dan projektor di Kyoto, penciptanya tidak diketahui. Natsuki Matsumoto, pakar dalam ikonografi di Universiti Seni Osaka, memutuskan bahawa ia kemungkinan besar dibuat sebelum tahun 1912. Ia mungkin telah dipengaruhi oleh filem-filem animasi untuk sinematograf Jerman, peranti yang mula-mula muncul di Jepun pada tahun 1904. Bukti menunjukkan Katsudō Shashin dihasilkan secara besar-besaran untuk dijual kepada pemilik projektor sendiri yang kaya. Kepada Matsumoto, teknik percetakan berkualiti dan berteknologi rendah yang agak buruk menunjukkan ia mungkin dari sebuah syarikat filem yang lebih kecil. Tidak seperti dalam animasi tradisional, bingkai tidak dihasilkan dengan memotret imej-imej, tetapi terkesan langsung ke atas filem. Filem ini distensil bersama dengan warna merah dan hitam dengan menggunakan peranti untuk membuat slaid lantera, dan jalur filem dibentuk menjadi gelung untuk tontonan berterusan.

Saya mahu mencalonkan rencana ini kerana hampir semua bahasa telah memilih rencana ini sebagai rencana pilihan. Lebih-lebih lagi saya suka jadikan ini sebagai pengetahuan tentang bagaimana pencetus anime mungkin bermula. SNN95        Bercuti wiki 17:27, 1 Februari 2018 (UTC)[balas]

Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (Singapura) sunting

Pencalon: Fanatix (bincang) 12:33, 24 Januari 2018 (UTC)[balas]

Sistem Pengangkutan Gerak Cepat atau lebih dikenali sebagai MRT ialah sebuah sistem transit laju yang membentuk komponen utama dalam sistem kereta api di Singapura dan ia menjangkau di seluruh negara kota ini. Bahagian pertama sistem MRT ini iaitu di antara stesen Toa Payoh dan Yio Chu Kang telah dibuka pada 7 November 1987 dan ini menjadikannya sistem metro kedua tertua di Asia Tenggara selepas sistem Transit Aliran Ringan Manila. Rangkaian pengangkutan ini berkembang pesat sebagai hasil daripada tujuan Singapura untuk membangunkan jaringan kereta api menyeluruh sebagai tulang belakang bagi sistem pengangkutan awam di Singapura, dengan purata perjalanan penumpang harian seramai 3.27 juta pada 2016 (termasuklah Sistem Rel Ringan). "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 12:33, 24 Januari 2018 (UTC)[balas]