Wikipedia:Calon rencana pilihan/2019

Orang utan sunting

 

Orang utan merupakan tiga spesis mawas ekstan yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Orang utan kini terdapat di hutan hujan Borneo dan Sumatera. Tergolong dalam genus Pongo, orang utan pada mulanya satu spesies. Sejak 1996 ia terbahagi kepada dua spesies, iaitu orang utan Borneo (P. pygmaeus, dengan 3 subspesies) dan orang utan Sumatera (P. abelii). Pada November 2017 dilaporkan bahawa spesies ketiga orang utan telah dikenal pasti, iaitu orang utan Tapanuli (P. tapanuliensis).

Apa kata kita raikan dekad baharu dengan mengetengahkan rencana mengenai spesies haiwan tempatan yang terancam disebabkan kemusnahan alam? Saya sendiri pernah mengusahakan penambahbaikan rencana ini dan rasanya sudah tiba masanya saya mencalonkannya sebagai rencana pilihan Januari 2020. — Malurian123 05:32, 16 Disember 2019 (UTC)[balas]

Poedjangga Baroe sunting

Pencalon:Rachun Dunia (bincang) 17:57, 23 November 2019 (UTC)[balas]
 

Poedjangga Baroe ([puˈdʒaŋɡa baˈru]; Ejaan Sempurna: Pujangga Baru), ialah majalah sastera avant-garde Indonesia yang diterbitkan antara Julai 1933 hingga Februari 1942. Majalah ini diasaskan bersama oleh Armijn Pane, Amir Hamzah, dan Sutan Takdir Alisjahbana. Semenjak awal kurun ke-20, orang tempatan Hindia Timur Belanda mula berpegang pada perasaan kebangsaan. Ini dibuktikan dengan kemunculan beberapa penerbitan kebangsaan atau nasionalis. Armijn, Amir, dan Takdir, tiga orang penulis yang berasal dari Sumatera, mula mengasaskan majalah mereka pada September 1932. Mereka mengirim surat kepada para penyumbang bahagian sastera surat khabar Pandji Poestaka memohon sumbangan penulisan, dan juga memohon bantuan daripada 10 kesultanan. Apabila persetujuan dengan syarikat penerbitan kepunyaan Belanda, Kolff & Co., gagal, mereka membuat keputusan untuk menerbit majalah sendiri. Majalah yang dimaksudkan, Poedjangga Baroe, pertama kalinya diterbitkan pada Julai 1933. Dalam tempoh penerbitannya, majalah ini melebarkan skopnya dan melibatkan penulisan penyumbang yang lebih aktif dari segi politik. Majalah berhenti menerbit selepas Indonesia ditakluki Jepun pada tahun 1942. Sebuah majalah lain di bawah sepanduk Pudjangga Baru diterbitkan antara tahun 1948 dan 1954.

Karya yang sangat sempurna, saya salute kepada penyumbangnya. Rencana ini adalah pencalonan kali pertama. Diharap dapat dipertimbangkan bersama. Terima kasih. Rachun Dunia (bincang) 17:57, 23 November 2019 (UTC)[balas]

Singa sunting

Pencalon: Malurian123 (bincang) 03:45, 2 September 2019 (UTC)[balas]
 

Singa (Panthera leo) merupakan salah satu ahli genus Panthera, yakni sejenis kucing besar dalam keluarga Felidae (rumpun kucing). Singa tergolong sebagai spesies terjejas di Senarai Merah IUCN sejak tahun 1996 kerana populasi taburan Afrika merosot sebanyak 43% sejak 1990-an. Populasi singa sukar dipelihara di luar kawasan perlindungan. Biarpun punca kemerosotan tidak dipastikan sepenuhnya tetapi kehilangan habitat dan pertembungan dengan manusia paling merisaukan. Populasi singa Afrika Barat digolongkan sebagai spesies terancam genting sejak 2016. Satu-satunya populasi singa liar di Asia terdapat di India sekitar Taman Negara Hutan Gir dan digolongkan sebagai spesies terancam sejak 1986.

Sudah lama saya tidak mencalonkan sebarang rencana kerana dapati cara pencalonan baharu ini agak rumit. Tetapi setelah faham caranya, saya mengambil keputusan untuk mencalonkan rencana yang lengkap ini. — Malurian123 03:45, 2 September 2019 (UTC)[balas]

@Malurian123: Maaf kerana cara ini agak rumit bagi anda. tetapi dengan cara ini, pencalonan tidak akan terkait dengan bulan seperti yang dilakukan oleh pencalonan-pencalonan lepas. Jika tiada apa-apa bantahan dari pengguna lain:

Dipilih oleh kerana tiada undian bantahan. SNN95 Talk to me, beybeh! 12:47, 4 Oktober 2019 (UTC)[balas]

Balai Poestaka sunting

Pencalon: Rachun Dunia (bincang) 04:40, 8 Julai 2019 (UTC)[balas]
 
Kiosk van Balai Poestaka

Balai Pustaka (juga dieja Balai Poestaka) ialah penerbit milik negara Indonesia dan penerbit utama kesusasteraan Indonesia seperti Salah Asuhan, Sitti Nurbaya dan Layar Terkembang. Ibu pejabatnya berada di Jakarta. Ditubuhkan pada tahun 1917 sebagai Kantoor voor de Volkslectuur, Balai Pustaka digunakan oleh kerajaan penjajah Belanda sebagai alat untuk mengawal capaian pengetahuan orang Indonesia. Selepas menukar tangan dua kali semasa perang kemerdekaan Indonesia, Balai Pustaka secara rasmi jatuh di bawah pemilikan kerajaan Indonesia. Sehingga 2011, ia menghadapi pembubaran.

Pada 14 September 1908, kerajaan penjajah Belanda menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan dan Pembacaan Rakyat (Belanda: Commissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur), kemudian dipendekkan kepada Suruhanjaya Pembacaan Rakyat (Belanda: Commissie voor de Volkslectuur). Bersama-sama dengan Boedi Oetomo, ia berkhidmat untuk membawa pendidikan formal kepada penduduk asli Indonesia.

Pada masa itu, terdapat banyak penerbitan percuma yang menerbitkan karya sama ada dalam bahasa Melayu pasar atau bahasa Melayu Cina. Kerja-kerja ini berada di luar kawalan kerajaan penjajah dan dianggap membahayakan moral masyarakat. Untuk memberikan "bacaan yang sesuai untuk orang asli Indonesia, "Suruhanjaya telah dirasmikan sebagai Pejabat untuk Pembacaan Rakyat (Belanda: Kantoor voor de Volklectuur) pada tahun 1917. Pada tahun 1918 ia dinamakan Balai Pustaka.

Saudara SNN95, ini adalah pencalonan kali pertama. Saya amat tertarik dengan usaha daripada Saudara Fandi89 mengusahakan laman tersebut. Harap dapat dipertimbangkan. Terima kasih. Rachun Dunia (bincang) 04:40, 8 Julai 2019 (UTC)[balas]

Dipilih untuk bulan Ogos! SNN95 Talk to me, beybeh! 03:06, 16 Julai 2019 (UTC)[balas]

Charles, Putera Wales sunting

Pencalon: Rachun Dunia (bincang) 01:39, 28 Januari 2019 (UTC)[balas]
 
title=Duli Yang Teramat Mulia Charles, Putera Wales

Duli Yang Teramat Mulia Charles, Putera Wales (Tulisan Jawi: چرلس، ڤوترا ويلس; Charles Philip Arthur George Mountbatten-Windsor; lahir 14 November 1948), adalah anak sulung kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Duke Edinburgh. Baginda adalah pewaris takhta United Kingdom dan 15 lagi negara di dalam Kerajaan Komanwel. Baginda telah memegang gelaran "Putera Wales" sejak 1958 dan digayakan dengan Duli Yang Teramat Mulia Putera Wales, dan di Scotland, Duli Yang Teramat Mulia Putera Charles, Duke Rothesay. Menurut perlembagaan UK, baginda berada dalam barisan pertama untuk menaiki takhta, tetapi berada di tempat ketiga dalam susunan keutamaan, selepas Ratu dan Duke Edinburgh. Putera Charles terkenal dengan kerja-kerja kebajikannya terutama sekali dengan badan kebajikannya sendiri iaitu The Prince's Trust. Jadual beliau dipenuhi dengan tugas-tugas diraja yang diambil alih dari kedua ibu bapanya yang semakin lanjut usia. Beliau juga terkenal dengan perkahwinannya dengan mendiang Yang Mulia Lady Diana Spencer dan kemudiannya dengan Duli Yang Teramat Mulia Camilla, Duchess Cornwall.

Ini adalah pencalonan kali kedua. Kali pertama pada bulan November 2006. Harap dapat dipertimbangkan. Terima kasih. Rachun Dunia (bincang) 01:42, 28 Januari 2019 (UTC)[balas]