Wikipedia:Calon rencana pilihan/2020

Zubir SaidSunting

Pencalon:Rachun Dunia (bincang) 16:37, 25 Julai 2020 (UTC)

Yang Berbahagia Tuan Haji Zubir Said B.B.M. (22 Julai 1907–16 November 1987) ialah seorang penggubah muzik untuk filem dan juga pencipta lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura". Seorang pemuzik yang diajar sendiri, Zubir juga bekerja sebagai penggubah skor dan penulis lagu untuk Cathay-Keris Film Productions selama 12 tahun, mengarang beberapa lagu untuk filem-filem Melayu terbitan syarikat itu. Beliau dipercayai telah menggubah lebih kurang 1,500 buah lagu, dengan sekurang-kurangnya 10% daripada mereka pernah dirakamkan. Karya Zubir telah dipandang sebagai lagu Melayu yang sebenarnya kerana lagu-lagunya berkaitan dengan sejarah dan nilai-nilai Melayu dan, bersama-sama orang Minang sezamannnya, membangkitkan semangat kebangsaan pada tahun 1950-an. Selain "Majulah Singapura", Zubir menggubah lagu patriotik Semoga Bahagia yang dijadikan lagu tema Hari Kanak-Kanak Singapura. Beliau menerima sejumlah penghargaan sehingga akhir hayatnya dan secara anumerta atas sumbangan beliau dalam bidang muzik dan kebudayaan Melayu di Singapura.

  • Komen: Pencalonan kali pertama. Ia juga merupakan sebuah rencana baik. Wajar diangkat. Terima kasih. Rachun Dunia (bincang) 16:42, 25 Julai 2020 (UTC)
  • Setuju - SNN95 Talk to me, beybeh! 11:06, 28 Julai 2020 (UTC)
  • Setuju meow -Ricky250 14:56, 28 Julai 2020 (UTC)
  • Sepakat untuk mengangkat Pak Zubir menjadi rencana pilihan untuk bulan yang akan datang walaupun, ternyata, perlu ada kemaskini kecil-kecilan. Azmi1995 23:41, 29 Julai 2020 (UTC)
  • Komen: @Rachun Dunia: Saya baru perasan gambar yang digunakan tidak berlesen bebas. Buat masa ni, saya tidak membubuh dahulu gambar tu di paparan rencana pilihan. SNN95 Talk to me, beybeh! 14:54, 31 Julai 2020 (UTC)

Air Mata IboeSunting

Pencalon: Rachun Dunia (bincang) 00:39, 4 Jun 2020 (UTC)

Air Mata Iboe (Ejaan yang Disempurnakan: Air Mata Ibu) ialah sebuah filem 1941 dari Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) diarahkan dan ditulis oleh Njoo Cheong Seng. Dibintangi Fifi Young, Rd Ismail, Ali Sarosa, dan Ali Joego, ia mengisahkan seorang ibu yang membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang tetapi akhirnya dikhianati oleh anak sulungnya apabila dia jatuh pada waktu sukar. Filem, yang dikatakan sebagai ekstravaganza muzik, menapilkan runut bunyi oleh R. Koesbini, dan tajuk lagu eponim ditulis oleh Njoo. Merupakan penerbitan terakhir oleh Majestic Film, Air Mata Iboe dikeluarkan pada bulan Disember 1941, sejurus sebelum pendudukan Jepun di Hindia Belanda. Pembikinan semula Air Mata Iboe telah dihasilkan pada tahun 1957, selepas Indonesia mencapai kemerdekaan. Diarahkan oleh Fred Young, filem itu menyaksikan Fifi Young mengambil semula peranannya sebagai Sugiati, manakala Rd Ismail mengambil peranan Subagio. Pelakon pembikinan semula yang lain tidak muncul dalam filem asal. Anak-anak Achmad, Idris, dan Soemadi telah dilakonkan oleh Sukarno M. Noor, Boes Boestami dan Kamsul, masing-masing. Anak perempuan pasangan itu, dinamakan semula Atikah, dimainkan oleh Farida Arriany.

  • Komen: Pencalanon kali pertama. Tiada pautan merah di dalam rencana dan sudah di pilih sebagai rencana pilihan di Wikipedia Bahasa Inggeris dan Wikipedia Bahasa Indonesia. Tk 00:58, 4 Jun 2020 (UTC)
  • Setuju Pendek dan padat SNN95 Talk to me, beybeh! 13:35, 8 Jun 2020 (UTC)
  • Sokong NikoUMS (bincang) 15:21, 9 Jun 2020 (UTC)

Jika tiada apa-apa bantahan, rencana ini dijadikan RP untuk bulan Julai 2020. SNN95 Talk to me, beybeh! 07:46, 13 Jun 2020 (UTC)

William S. SadlerSunting

Pencalon: CyberTroopers (bincang · sumbangan · log)16:51, 26 Mei 2020 (UTC)

Cristiano RonaldoSunting

Pencalon: NikoUMS (bincang · sumbangan · log) 07:54, 29 Mei 2020 (UTC)
 
Ronaldo bersama pasukan bola sepak kebangsaan Portugal ketika dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2018

Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro (lahir 5 Februari 1985) merupakan seorang pemain bola sepak profesional dari Portugal yang bermain di posisi penyerang untuk kelab bola sepak Juventus yang berpangkalan di Itali dan untuk pasukan kebangsaan Portugal. Selalu disebut-sebut sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, Ronaldo telah dianugerahkan FIFA Ballon d'Or sebanyak lima kali, pemain terbanyak yang memenangi anugerah ini dan juga pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang memenangi anugerah Kasut Emas Eropah sebanyak empat kali. Sepanjang kariernya, beliau telah memenangi 29 buah trofi kejuaraan utama, termasuklah enam kejuaraan liga domestik, lima kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA, satu untuk trofi kejuaraan Piala Eropah UEFA dan satu trofi untuk kejohanan Liga Negara-Negara UEFA. Sebagai penjaring gol yang produktif, Ronaldo menyimpan rekod untuk gol terbanyak yang dijaringkan di Liga Juara-Juara UEFA (128) dan gol terbanyak bersama dalam Kejuaraan Eropah UEFA (9). Beliau juga merupakan salah satu daripada beberapa pemain yang dicatatkan membuat lebih dari 1,000 penampilan kerjaya profesional dan telah menjaringkan lebih dari 700 gol kerjaya senior untuk kelab dan negara. Saya rasa rencana ini boleh dijadikan sebagai rencana pilihan (pilihan). NikoUMS (bincang) 07:54, 29 Mei 2020 (UTC)

A. B. IbrahimSunting

Pencalon: Johhnyfrankie13 (bincang) 07:50, 13 April 2020 (UTC)

Menurut kriteria rencana pilihan, artikel ini mungkin sudah layak untuk menjadikan sebagai Rencana pilihan. Johhnyfrankie13 (bincang) 21:33, 12 April 2020 (UTC)

Ya, saya sudah memuatnaikkan gambar A. B. Ibrahim tetapi disebabkan copyright dan mungkin cara saya memuat naik salah namun gambar itu sudah diblok. Juga, kawalan kewibawaan itu macam mana ya maaf saya tidak tahu. Johhnyfrankie13 (bincang) 13:45, 13 April 2020 (UTC)
Saya sudah meletakkan template tersebut di bawah page A.B. Ibrahim namun beliau tidak didaftarkan di mana - mana Kawalan kewibawaan. Johhnyfrankie13 (bincang) 15:47, 14 April 2020 (UTC)
@Johhnyfrankie13: Gambar dari blogspot agak tak kukuh berbanding gambar daripada laman berita atau akhbar (gambar tu mestik public domain, kalau sumbernya dari BERNAMA, juga tidak sah); atau gambar yang ditangkap sendiri. Mungkin gambar lukisannya boleh jadi hiasan pada Rencana Pilihan awak tu. Tapi masalah pula bila setiap lukisannya selepas tahun 1923. (boleh baca berkenaan lukisan mana yang boleh dimuatnaik di sini. SNN95 Talk to me, beybeh! 23:16, 15 April 2020 (UTC)
@Johhnyfrankie13: Saya ada terbaca lebih lanjut berkenaan hakcipta ni. Saya rasa boleh upload lukisan-lukisannya berdasarkan undang-undang hakcipta A.S. Boleh baca dengan lebih lanjut di sini. SNN95 Talk to me, beybeh! 23:25, 15 April 2020 (UTC)
  • Sokong Kalau boleh tambah gambar lagi yang berkaitan dengan pelukis tersebut. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 12:36, 15 April 2020 (UTC)
NikoUMS dan SNN9! saya sudah meletakkan gambar pelukis tersebut  . Johhnyfrankie13 (bincang) 21:41, 15 April 2020 (UTC)
@Johhnyfrankie13: Okay bagus. Dengan ini saya menyokong rencana ini menjadi rencana pilihan pada bulan Mei. NikoUMS (bincang) 01:39, 16 April 2020 (UTC)
  • Sambungan komen: @Johhnyfrankie13: Gambar yang dibubuh anda baru sahaja dibuang. Kita perlu cari alternatif lain untuk gambar tersebut. Kalauikutkan boleh saja tidak membubuh gambar tetapi tidak manis dipandang atau "melanggar tradisi" jika tidak membubuh gambar. Mahunya saya tolong untuk mendapatkkan perlesenan gambar itu di muzium jika ada dan menjadikaknnya domain awam. Tetapi dengan keadaan sekarang yang agak darurat ni, terbantut niat saya. SNN95 Talk to me, beybeh! 17:26, 17 April 2020 (UTC)
Ya, saya faham apapun saya sangat menghargai niat dan jasa kamu untuk sehingga pergi ke muzium untuk mendapat kebenaran gambar beliau. Johhnyfrankie13 (bincang) 06:25, 20 April 2020 (UTC)
Okay, Sebenarnya semua ayat yang ditulis di dalam halaman itu adalah sepenuhnya berdasarkan petikan yang ditulis di buku yang bertajuk Pameran Lukisan A.B. Ibrahim tetapi tidak apa disebabkan bantahan ini saya akan mencari lebih banyak lagi rujukan untuk dimasukkan ke halaman tersebut.
Sokong selepas dibaiki. ----Mrpresidentfaris (bincang) 02:00, 26 April 2020 (UTC) Johhnyfrankie13 (bincang) 06:25, 20 April 2020 (UTC)

Mrpresidentfaris, NikoUMS, dan SNN9! saya sudah meletakkan gambar pelukis tersebut dan menambahkan sedikit rujukan, hal ini kerana kebanyakkan isi rujukan beliau yang lain adalah lebih kurang sama seperti yang rujukan sedia ada  . Johhnyfrankie13 (bincang) 16:13, 25 April 2020 (UTC)

@Johhnyfrankie13: Harap tak kena buang la gambar tu. SNN95 Talk to me, beybeh! 16:28, 25 April 2020 (UTC)
@Johhnyfrankie13: Pasal lukisan minyak beliau tu, ada nama asalnya tak? Kalau ada, sila mohon kat admin di Commons untuk pindahkan/tukar nama fail. Tekan butang "move" (pada butang Lain atau Other) pada atas kanan skrin awak kat laman fail tu di Commons. SNN95 Talk to me, beybeh! 16:41, 25 April 2020 (UTC)
@Johhnyfrankie13: Laman rencana pilihan telah dicipta untuk paparan bulan Mei 2020. SNN95 Talk to me, beybeh! 17:28, 25 April 2020 (UTC)
Ya, kerana nama gambar itu lemah juga karya terakhir beliau ialah tentang gambaran pantai pasair hitam, Langkawi tetapi tidak menjumpa nama yang tepat tetapi saya akan menukarkan nama itu dari File:Lukisan Terakhir kepada File:Lukisan Terakhir A. B. Ibrahim Pantai Pasir Hitam, Langkawi. Johhnyfrankie13 (bincang) 21:06, 25 April 2020 (UTC)
  • Sokong ::@Johhnyfrankie13: Terima kasih atas usaha saudara. Usaha saudara amat dihargai dan layak dijadikan rencana pilihan untuk bulan Mei 2020. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 01:11, 26 April 2020 (UTC)

Wabak virus Nipah Malaysia 1998–1999Sunting

Pencalon: Ricky250 (bincang · sumbangan · log) 16:23, 16 Mac 2020 (UTC)
 
Peta taburan taburan wabak virus Nipah. Tempat pertama virus di Ipoh pada tahun 1998 dan kemudian berlanjutan ke tempat-tempat lain dengan jangkitan virus dalam warna biru sementara virus Hendra dalam warna merah, kedua-duanya milik keluarga Paramyxoviridae.

Wabak virus Nipah Malaysia 1998–1999 ialah wabak virus Nipah berlaku dari September 1998 hingga Mei 1999 di negeri Perak, Negeri Sembilan dan Selangor di Malaysia. Sejumlah 265 kes ensefalitis akut dengan 105 kematian yang disebabkan oleh virus itu dilaporkan di tiga negeri sepanjang wabak itu.

Rencana ini sangat selaras dengan apa yang berlaku sekarang demi peringatan kepada semua berkenaan wabak COVID-19. SNN95 Talk to me, beybeh! 16:23, 16 Mac 2020 (UTC)

  • Sokong Keadaan situasi sekarang ini amat sesuai dijadikan rencana ini sebagai rencana pilihan pada bulan Mac 2020. Yang Ikhlas NikoUMS (bincang) 01:37, 17 Mac 2020 (UTC)
  • Sokong Jika tiada apa-apa bantahan, rencana ini dijadikan RP untuk bulan Mac 2020. SNN95 Talk to me, beybeh! 01:46, 17 Mac 2020 (UTC)

TamparuliSunting

Pencalon: NikoUMS 06:39, 15 Mac 2020 (UTC)
 
Jambatan Tamparuli merupakan mercu tanda serta sinonim dengan Tamparuli

Tamparuli merupakan sebuah pekan dan daerah kecil yang terletak di daerah Tuaran, Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia. ADUN bagi pekan ini adalah Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim. Jarak pekan Tamparuli ke bandar Kota Kinabalu adalah lebih kurang 36 kilometer dan majoriti etnik kaum di Tamparuli adalah Kadazan-dusun (Kebanyakkannya adalah Suku Kaum Dusun Lotud). Pekan Tamparuli terkenal dengan lagunya jambatan tamparuli yang kini menjadi kesukaan masyarakat kaum kadazan dusun. Lagu tersebut dicipta oleh artis tempatan terkenal di Sabah iaitu Justin Lusah dan juga mendiang John Gaisah. Artis seperti Marsha Milan Londoh yang berasal dari Tamparuli juga turut mempopularkan lagu tersebut kepada masyarakat di Sabah mahupun seluruh dunia semasa beliau berada di pentas Akademi Fantasi Musim Ke-3. Pekan ini juga mengisahkan cerita rakyat sendiri dan juga sejarah asal-usul nama Tamparuli. Cerita rakyat ini turut dijadikan sebagai teater kebudayaan dipentaskan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah. Terdapat juga tarikan baru seperti Rumah Terbalik pertama di Malaysia dan menjadi tarikan utama pelancong untuk datang ke Rumah Terbalik. Rencana ini sesuai untuk pembaca ingin mengetahui Pekan Tamparuli dan berpotensi untuk dijadikan rencana pilihan. NikoUMS (bincang) 06:39, 15 Mac 2020 (UTC)