Wikipedia:Calon rencana pilihan/2021

Lembu sunting

Pencalon: Malurian123 (bincang · sumbangan · log) 08:46, 3 Januari 2021 (UTC)[balas]

@SNN95:, @Yosri:, @Fandi89:, @Ricky250:, @Kupi2:, @NikoUMS:, @Mrpresidentfaris:, @CyberTroopers:, @Polar:, @Rachun Dunia:, @Syman51:, @26 Ramadan:

 

Lembu merupakan jenis mamalia ungulat bela jinak yang umum sekali. Ia merupakan anggota moden yang terutama dalam subfamili Bovinae, dan spesies yang paling banyak bilangan dalam genus Bos, dan umum sekali dikelaskan sama sekali sebagai Taurus. Lembu di Indonesia disebut sapi dan sering dijadikan haiwan ternakan untuk masyarakat Indonesia kerana keperluan daging lembu sangat tinggi untuk penggunaan masyarakat sehari-hari.

Lembu dipelihara sebagai ternakan untuk daging, susu dan hasil tenusu, dan sebagai penarik (lembu kasi yang menarik kereta, bajak dan alat-alat sebagainya). Hasil keluaran lembu yang lain termasuklah kulit dan tahi untuk baja asli atau bahan api. Di sesetengah negara seperti India, lembu membawa erti keagamaan yang penting.

Sekitar 10,500 tahun dahulu, lembu dibela jinak daripada sekurang 80 progenitor di Turki tenggara. Menurut anggaran 2011, terdapat 1.4 bilion ekor lembu di dunia. Pada 2009, lembu menjadi antara haiwan ternakan pertama yang mendapat genom yang dipetakan sepenuhnya. Lembu dianggap harta kekayaan yang terlama, maka mencuri lembu dikira satu bentuk kecurian yang terawal.


Saya ingin mencalonkan rencana mengenai lembu bertepatan dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menyambut kedatangan tahun lembu dalam zodiak Cina Februari depan. Pada pendapat saya, lembu merupakan salah satu haiwan yang penting dalam kehidupan golongan pembaca yang disasarkan oleh WBM. Tidak kurang antara kita yang makan daging lembu atau bersarapan dengan susu lembu, malah ada juga yang sendiri membela lembu, maka tidak salahnya pengunjung WBM mengenali lembu dengan lebih dekat menerusi rencana yang lengkap. Saya akan berusaha untuk 'membirukan' sebarang pautan merah yang tinggal serta membuat penambahbaikan yang sewajarnya, tetapi anda semua juga dialu-alukan untuk menolong. Sekian, terima kasih. — Malurian123 08:46, 3 Januari 2021 (UTC)[balas]

MissingNo. sunting

Pencalon: 26 Ramadan (bincang · sumbangan · log) 03:22, 5 Februari 2021 (UTC)[balas]

MissingNo. (Jepun: けつばん, Hepburn: Ketsuban) atau kadang-kala dieja sebagai MissingNO. ialah spesies Pokémon yang dijumpai dalam permainan video Pokémon Red, Blue dan Yellow. Merupakan singkatan kepada Missing Number (Nombor yang Hilang), MissingNo. digunakan sebagai pengendali ralat oleh pembangun permainan Game Freak, di mana mereka muncul apabila permainan cuba mencapai data untuk spesies Pokémon yang tidak wujud. Disebabkan oleh pengaturcaraan bagi beberapa peristiwa dalam permainan, pemain boleh bertembung dengan MissingNo. melalui glic. Spesies ini pertama kali didokumenkan oleh Nintendo di dalam majalah Nintendo Power bagi isu Mei 1999.

Bertembung dengan MissingNo. boleh menyebabkan anomali grafik dan replikasi besar-besaran barang keenam dalam menu inventori pemain, di mana kesan tersebut mendapat liputan glic oleh panduan strategi dan majalah permainan. IGN menyebut kemunculan MissingNo. dalam Pokémon Red dan Blue sebagai salah satu daripada glic permainan video yang terkenal. Para peminat siri Pokémon cuba mewajarkan MissingNo. sebagai satu kanon permainan, yang menimbulkan perbincangan dalam kajian sosiologi mengenai impak permainan video terhadap masyarakat.

Makam Xu Guangqi sunting

Pencalon: 26 Ramadan (bincang · sumbangan · log) 15:34, 3 Februari 2021 (UTC)[balas]

Makam Xu Guangqi (Cina Ringkas: 徐光启墓, Cina Tradisional: 徐光啟墓, Pinyin: Xú Guāngqǐ mù) ialah makam milik Xu Guangqi, seorang pegawai pada masa wangsa Ming akhir di China, penyelidik, serta pemimpin dan penganut agama Katolik. Makam ini terletak di Taman Guangqi, daerah Xujiahui, Shanghai, China. Makam tersebut mempunyai keluasan sekitar sekitar 3,000 meter persegi (0.74 ekar), ketinggian 2.2 meter (7.2 ka) dan berbentuk bujur.

Dikelilingi dengan tembok granit, diatasnya ditumbuhi dengan rumput hijau dan di bahagian hadapan makam terdapat pokok-pokok cendana, sedar dan suduayah. Di hadapan makam juga terdapat nisan yang bertulis lima aksara Han (徐光启之墓) yang bererti "Makam Xu Guangqi", di mana ia ditulis oleh Su Buqing. Di kiri dan kanan makam terdapat bangku batu, di depannya terdapat dua ekor patung kuda batu dari wangsa Qing serta biri-biri, gajah dan anjing yang masing-masing berpasangan serta satu salib besar. Di bahagian timur makam terdapat teres untuk beristirahat, di mana dalamnya terdapat prasasti berbentuk 12 buah buku yang berisi dengan gambar-gambar Xu Guangqi, koleksi catatan sejarah dari zaman akhir wangsa Ming dan awal wangsa Qing, "Catatan Xu Guangqi", manuskrip yang ditulis sendiri oleh Xu iaitu "Menyelidik Elemen Karya Euclid", serta tulisan peribadi dan surat-surat serta puisi dari wangsa Tang oleh Li Qi. 26 Ramadan (bincang) 15:34, 3 Februari 2021 (UTC)[balas]

Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019 sunting

Pencalon: Hanamanteo (bincang · sumbangan · log) 08:46, 5 Februari 2021 (UTC)[balas]

Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019 ialah kejadian pencemaran air yang berlaku pada 7 Mac 2019, berpunca daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Beberapa pelajar dan pekerja kantin dari dua sekolah berhampiran sungai mula jatuh sakit dan mengadu kesukaran bernafas, sehingga mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail (gambar). Gelombang keracunan air kedua berkuat kuasa pada 11 Mac dengan 106–207 lagi mangsa telah dimasukkan ke hospital sebelum meningkat kepada lebih daripada 1,000 mangsa. Pembuangan secara haram itu mengeluarkan asap toksik, menjejaskan 6,000 orang dan 2,775 menerima rawatan. Kebanyakan mangsa ialah pelajar sekolah—110 sekolah kemudian ditutup di sepanjang sungai.

Melalui penyiasatan, sebuah lori tangki dipercayai telah membuang sisa kimia ke Sungai Kim Kim pada awal pagi sebelum mangsa jatuh sakit. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah menangkap seorang pemilik kilang kimia di Kulai pada 10 Mac lalu diikuti dengan penangkapan lain yang melibatkan pemilik kilang sisa dan salah seorang pekerja di Taman Pasir Puteh pada hari berikutnya selepas beberapa siri penyiasatan. Pasukan penyiasat juga telah mengenal pasti bahan kimia yang dilupus secara haram sebagai minyak marin yang mengeluarkan gas metana yang mudah terbakar dan asap benzena. Beberapa gas toksik lain dikenal pasti terbebas berikutan interaksi bahan kimia yang bertindak balas dengan air dan udara termasuk akrolein, akrilonitril, etilbenzena, hidrogen klorida, D-limonena, toluena dan xilena yang boleh menyebabkan sakit kepala, loya, pengsan dan kesukaran bernafas jika disedut.

Sembilan orang lagi ditangkap oleh polis berkaitan dengan kes itu, dengan dua ditangkap di Johor Bahru manakala tujuh ditahan di luar kawasan Johor Bahru pada 17 Mac. Dua suspek utama yang dipercayai berperanan dalam mengatur pengangkutan bahan toksik telah ditangkap pada 19 Mac, menjadikan jumlah itu seramai 11 orang. Satu suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas terbukti tidak berkaitan dengan kes itu. Dua pemilik syarikat dan seorang pekerja yang berusia antara 40 hingga 50 tahun telah ditangkap kerana disyaki menjadi dalang kepada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim. Polis juga telah meminta bantuan Interpol bagi menjejaki seorang lelaki warga Singapura dalam lingkungan usia 30-an yang disyaki terlibat dengan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Boleh ditampilkan pada bulan Mac nanti. Hanamanteo (bincang) 08:46, 5 Februari 2021 (UTC)[balas]