Wikipedia:Calon rencana pilihan/Februari 2022

Kim di Anugerah Budaya dan Seni Popular Korea pada 24 Oktober 2018.

Kim Seok-jin (Hangul김석진) juga dikenali dengan nama pentas iaitu Jin, ialah seorang penyanyi, penulis lagu serta ahli dalam kumpulan BTS sejak tahun 2013 yang berasal daripada Korea Selatan. Kim Seok-jin telah dilahirkan pada 4 Disember 1992, di Gwacheon, Gyeonggi-do, Korea Selatan. Keluarganya terdiri daripada ibu, bapa dan abangnya. Pada tahun 2007, beliau telah pergi ke kem pengajian di Australia untuk mempelajari bahasa Inggeris. Pada asalnya beliau ingin menjadi seorang wartawan. Tetapi selepas menonton Kim Nam-gil dalam Queen Seondeok, Kim telah memutuskan untuk memilih kerjaya lakonan. Kim pada mulanya berhasrat untuk menjadi seorang pelakon, menghadiri Universiti Konkuk dan menamatkan pengajian dengan ijazah dalam seni dan lakonan pada 22 Februari 2017, dan mendaftar di sekolah siswazah di Universiti Siber Hanyang, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang selain muzik. (Rencana penuh...)