Wikipedia:Calon rencana pilihan/Februari 2023

Safee pada 2010

Mohd Safee bin Mohd Sali (lahir 29 Januari 1984) ialah seorang bekas pemain bola sepak profesional Malaysia. Safee dianggap antara penyerang terbaik di Asia Tenggara ketika beliau di kemuncak prestasinya suatu ketika dahulu.

Pada 27 April 2011, beliau memenangi Anugerah Atlit Lelaki Paling Disukai di dalam satu undian oleh Astro Arena, saluran sukan Malaysia yang pertama.

Safee dikenali sebagai penyerang terbaik Malaysia semasa generasinya dan juga dibandingkan dengan legenda Allahyarham Mokhtar Dahari. Raja Bola Malaysia, Datuk Abdul Gahni Minhat juga menganggap Safee penyerang terbaik di Malaysia di samping bermain secara profesional di luar Malaysia. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini: