Wikipedia:Calon rencana pilihan/Jed/arkib1

Jed sunting

Jed (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)

Pencalon: PEACE SEARCHΞR [Bincang] 04:05, 29 September 2021 (UTC)[balas]

Jed atau giok ialah batu permata yang terdiri daripada dua jenis galian silikat yang berlainan, iaitu nefrit dan jadeit. Jed nefrit terdiri daripada galian aktinolit, sejenis amfibol yang kaya dengan kalsium dan magnesium (agregat yang juga membentuk satu bentuk asbestos). Batu yang dikenali sebagai jadeitit pula terdiri hampir sepenuhnya dari jadeit, sejenis mineral piroksen yang kaya dengan natrium dan aluminium. Batu jed banyak menghiasi barang kemas seperti cincin, rantai, gelang, serta alat perhiasan rumah. Batuan jed juga banyak diterapkan dalam pelbagai budaya di seluruh dunia, terutamanya dalam kebudayaan Asia Timur zaman kuno dan pertengahan. Selain itu, pembudayaan batuan jed juga berlaku dalam kebudayaan-kebudayaan seperti peradaban India, Asia Tenggara kuno, Mesoamerika dan etnik Māori.

Kebanyakan sumber jed global kini digali dari kawasan Myanmar yang mengeluarkan kira-kira 70% deposit jed global. Sebilangan besar jadeit Myanmar dieksport ke negara lain, terutama di kawasan Asia untuk digunakan dalam perhiasan serta bahan kesenian. Batuan jed juga dilombong di kawasan-kawasan lain termasuk selatan Australia, pesisir barat laut Amerika Utara, Siberia dan Taiwan.