Wikipedia:Campur tangan penyelia terhadap vandalisme

Latest comment: 21 jam lalu by Ultron90 in topic Mohon sekatan pelakumusnah tersembunyi

Panduan bagi penyelia

Campur tangan penyelia terhadap vandalisme

Halaman ini berisi senarai laporan vandalisme dan spammer kritikal. Sebelum melaporkan, baca dulu polisi dan garis panduan mengenai spam dan vandalisme, serta polisi campur tangan penyelia terhadap vandalisme. Ingat, sekatan bukanlah satu-satunya penyelesaian; jika ada langkah yang tidak begitu restriktif untuk mengatasi masalah tersebut, ayuh cari penyelesaian yang lebih baik. Untuk menghantar laporan, klik "Bahagian baru", dan ikuti arahan pada halaman penyuntingannya. Untuk masalah lain yang memerlukan campur tangan penyelia, anda boleh melaporkannya ke halaman papan kenyataan penyelia.

PENTING! Baca petunjuk berikut:
  1. Hasil suntingan pengguna yang dilaporkan mestilah vandalisme atau spam yang jelas.
  2. Kecuali untuk kes yang berterusan, pengguna mestilah diberi cukup amaran untuk menghentikan tingkah laku mengganggu mereka.
  3. Amaran terkini mesti diberikan dan mesti ada alasan yang munasabah untuk mempercayai pengguna akan mengganggu laman tersebut dalam masa terdekat.
  4. Templat laku musnah yang sesuai di bawah harus digunakan jika anda memutuskan bahawa laporan harus diajukan:
    • Untuk melaporkan pengguna atau akaun pengguna yang log masuk, gunakan templat berikut: * {{vandal|Nama pengguna}} Alasan ringkas anda (contoh; laku musnah setelah amaran ke-4 diberikan). ~~~~
    • Untuk melaporkan pengguna awanama atau alamat IP tanpa nama, gunakan templat berikut: * {{IPvandal|192.0.2.16}} Alasan ringkas anda (contoh; laku musnah setelah amaran ke-4 diberikan). ~~~~
  5. Permintaan untuk sekatan selanjutnya terhadap pengguna yang disekat (mis., Halaman bicara, sekatan e-mel) harus dibuat di Wikipedia:Administrators' noticeboard/Incidents, kerana bot secara automatik akan membuang laporan yang dibuat di sini mengenai akaun yang telah disekat.
  6. Laporan pengguna boneka harus dibuat di Wikipedia:Penyiasatan pengguna bonkea kecuali ada hubungan antara akaun jelas dan gangguan berlaku dan berterusan.
Permintaan perhatian pengurus ini terkadang harus dihapus setelah kes selesai. Polisi di atas dilakukan agar penyelia hanya menangani kes yang mendesak (urgent) sahaja. Ini biasanya kerana penyelia akan bergerak pantas untuk menangani vandalisme tulen/terang-terang. Laporan lapuk boleh dipadam tanpa notis lanjut.

Kemaskini terakhir: 23 April 2024 jam 13.20 (UTC). Segarkan jika ia belum dikemas kini.


Laporan sunting

Mohon sekatan pelakumusnah tersembunyi sunting

Selamat sejahtera @PeaceSeekers @Wiki Farazi @CyberTroopers @SNN95 @Tofeiku,

Untuk pengetahuan semua, pengguna Heather Fix mempunyai sejarah menyunting rencana-rencana diraja dan orang-orang berkaitan secara kecil-kecilan, namun ada suntingan yang agak mencurigakan. Pengguna tersebut juga menunjukkan sifat agresif apabila ditegur, iaitu akan membuat spam di laman pengguna atau di ruang perbincangan seperti contoh berikut: Contoh 1, Contoh 2. Seperti saudara semua sudah maklum, kami telah mendapat aduan dalaman mengenai rencana Sophia atas sebab keselamatan diri mengikut Dasar Perlindungan dan tindakan telah dilakukan untuk menjaga maklumat peribadinya. Saya sudah tegur Heather Fix dengan cara baik mengenai rencana tersebut, namun tidak dibalas malah telah dicabar dengan perang suntingan. Tambahan pula, pengguna tersebut telah mengaku diri sebagai pekerja istana tanpa bukti. Oleh sebab itu, saya mohon dengan rendah diri supaya pengguna tersebut disekat. Terima kasih. Ultron90 (bincang) 00:06, 18 April 2024 (UTC)Balas

Selamat sejahtera, saya setuju untuk sekatan. Saya telah menerima banyak aduan tentang pengguna tersebut. Merujuk kepada penyataan sifat pengguna yang agresif, tidak dapat dinafikan lagi. Beberapa orang telah menjadi mangsa. Ia merupakan sejenis gangguan. Saya tunggu pendapat penyelia lain, salam hormat Wiki Farazi bincang 08:13, 22 April 2024 (UTC)Balas
Tambahan maklumat, mungkin juga pengguna XavierRichardson juga orang yang sama menggunakan akaun boneka. Sejarah suntingan menunjukkan suntingan dilakukan di laman-laman berkaitan hal-hal diraja & gelaran nama. Kini juga menyambung perang sunting di rencana Sophia. Harap dapat menyekat pelakumusnah halus sebegini. Ultron90 (bincang) 07:49, 23 April 2024 (UTC)Balas