Wikipedia:Elakkan pengucapan menunjuk-nunjuk


Pengucapan menunjuk-nunjuk (bahasa Inggeris: Peacock term) merujuk kepada ucapan-ucapan bermaksud memuji-puji sesuatu, ataupun membesar-besarkan sesuatu. Pengucapan seperti ini mungkin dapat menarik perhatian pembaca terhadap sesuatu pernyataan, tetapi ia tidak pernah memberi informasi yang berguna kepada pembaca. Oleh itu, ahli Wikipedia seharusnya mengelakkan diri daripada pengucapan menunjuk-nunjuk.

Antara pengucapan yang boleh dianggap sebagai pengucapan menunjuk-tunjuk adalah seperti berikut:

  • "...antara yang terbaik"
  • "...yang paling berpengaruh"
  • "...adalah perkara yang tidak harus diabaikan"
  • "...yang paling hebat"
  • "...mengagumi ramai"
  • "...teknologi canggih"

"Kehebatan" atau "kepentingan" adalah sesuatu yang subjektif. Biarlah fakta sendiri yang berucap dan anda tidak perlu memberi penekanan yang berlebihan kepada sesuatu perkara. Sekirannya anda asyik memasukkan pelbagai pemujian ke dalam rencana anda, maka rencana akan menjadi sebuah rencana yang lemah.

Contoh sunting

Cuba bandingkan dua potong tulisan di bawah. Pada pendapat anda, manakah yang lebih menarik?

  • Tun Dr Mahathir bin Mohamad (dilahirkan pada 10 Julai, 1925; juga digelar sebagai "Dr. M") ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Beliau adalah ahli politik yang paling berpengaruh dalam sejarah Malaysia dan merupakan seorang negarawan yang disanjung tinggi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
  • Tun Dr Mahathir bin Mohamad (dilahirkan pada 10 Julai, 1925; juga digelar sebagai "Dr. M") ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai, 1981 sehingga 31 Oktober, 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan membentuk kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya untuk mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu.

Potongan tulisan pertama memberitahu pembaca bahawa Tun Dr Mahatir bin Mohammad seorang tokoh yang penting. Tetapi Potongan tulisan yang kedua menerangkan pembaca bahawa mengapa beliau itu penting. Daripada itu cuba yakinkan pembaca dengan bukti, dan bukan dengan pujukan.

Wikipedia Bukan Tempat untuk pengiklanan sunting

Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia. Ia bukanlah tempat pengiklanan dan tidak berfungsi untuk mempromosikan kepentingan individu selain daripada mempromosikan ilmu pengetahuan. Sebarang rencana yang telah dikenalpasti sebagai "iklan" tidak akan bertahan lama di Wikipedia dan kemungkinan disunting oleh pengguna lain.

Menanda rencana dengan pengucapan menunjuk-nunjuk sunting

Jika anda terserempak dengan rencana yang menggunakan pengucapan menunjuk-nunjuk tetapi anda tidak mahu memperbetulkannya, anda boleh menambah templat {{peacock}} pada awal rencana, pada bahagian rencana, ataupun pada laman perbincangan bagi rencana tersebut untuk perhatian para penyunting yang lain. Anda juga boleh menambah {{Peacock term}} pada frasa khusus di dalam rencana.
Contohnya - "Mahathir Mohamad adalah ahli politik terhebat [menunjuk-nunjuk] dan paling berpengaruh[menunjuk-nunjuk] yang pernah hidup."