Wikipedia:Ensiklopedia terbesar

Wikipedia kini merupakan ensiklopedia terbesar di dunia. Kami mempunyai 30 juta rencana dalam pelbagai bidang dan kepakaran, dari 287 judul bahasa berlainan. Wikipedia bahasa Inggeris adalah versi ensiklopedia percuma dan bebas mempunyai jumlah rencana paling banyak lebih daripada 4,300,000 buah rencana. Ia memiliki kedalaman berangka 801. Sehingga 30 Oktober 2006, ia mempunyai lebih 609 juta patah perkataan.

Wikipedia Bahasa Belanda pula merangkul tempat ke-2 dengan jumlah rencana lebih daripada 1,600,000. Terkini, Wikipedia bahasa Melayu pula mencapai jumlah rencana sebanyak 371,878 buah rencana. Tahukah anda, Wikipedia hanya dimulakan pada Januari 2001. Wikipedia mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Kelak ia ingin menjadi salah satu ensiklopedia ternama dan berkaliber tinggi sebaris dengan nama agung ensiklopedia lain antaranya Encyclopædia Britannica, malah ia bercita-cita megah mahu menjadi lebih baik, komprehesif dan lebih terstruktur.

Walaubagaimanapun, ukuran seperti ini tidak boleh bulat-bulat diambil kira sebagai rencana-rencana berkualiti dan berautoriti, perjalanan masih jauh dan dan banyak denai onak dan duri harus ditangani, tanggungjawab harus dipikul bersama dengan penuh amanah dan dedikasi oleh semua pengguna Wikipedia tanpa mengenal bangsa, bahasa, agama waima warna kulit sekalipun.

Sesetengah komentator mencadangkan, disebabkan Wikipedia merupakan sebuah projek usahasama, dan kurangnya etika keformalan dalam penubuhan dan pengembangannya, dan kurang akauntibiliti dalam proses suntingan, namun dala kajian yang lebih mendalam dan serius, pakar berpendapat Wikipedia sesuai dijadikan sumber pertama, berbanding sumber terakhir, (pautan rujukan disertakan dari setiap rencana adalah relevan secara kasarnya). Sesetengah yang lain berpedapat Wikipedia setanding dengan ensiklopedia ulung seperti Encyclopædia Britannica atau lain-lain ensiklopedia berprestij. Namun begitu, kajian oleh jurnal saintifik berprestij Nature yang turut melibatkan beberapa pakar membandingkan Wikipedia dengan rencana-rencana yang terdapat dalam Britannica adalah rencana sains sederhana dalam Wikipedia hanya mempunyai satu purata ketidakakurat berbanding Britannica dengan tiga ketidakakuratan dalam sebuah artikel.

Usah mudah berbangga diri. Kita masih jauh! Beberapa pemerhati dan penyumbang Wikipedia meramalkan kualiti Wikipedia dan kepanjangan artikel mampu diteruskan dan diperbaiki sedikit demi sedikit. Ini pasti membuatkan standard keseluruhan rencana semakin lama semakin baik dan pulih, agendanya kelak menjadi lebih cemerlang. Tambahan lagi, kerja-kerja telah bermula khususnya pada proses suntingan lebih formal untuk Wikipedia. Antara langkah yang sedang dibuat ialah menempatkan lebih ramai staf dan lembaga penyunting dan pakar-pakar dibelakang tabir dimana adanya rencana-rencana yang berpotensi tiggi dan akurat.