Buka menu utama

Setiap karya pada umumnya dituntut hak cipta oleh pengarang ataupun syarikat penerbitannya. Soalan yang disenaraikan di bawah adalah berkenaan dengan soal hak cipta.Untuk maklumat lanjut anda boleh melihat wikipedia: Hakcipta:

Kenapakah wikipedia tidak menerima sebarang karya hak cipta orang lain sebelum mendapat kebenaran?Sunting

Kerana ini adalah melanggar undang-undang.

Bolehkah saya memasukkan karya yang tidak mempunyai butiran mengenai status hak cipta ke dalam wikipedia?Sunting

Tidak boleh. Karya yang tidak diletakkan butiran hak cipta tidak bermaksud bahawa karya ini tidak mempunyai pemilik hak cipta. Ketidakhadiran butiran hak cipta dalam sebuah bahan terbitan mungkin menandakan bahan terbitan ini merupakan bahan terbitan ciplak, yakni bahan yang diterbitkan tanpa mendapat keizinan daripada pemilik hak cipta.

Setiap karya pada dasarnya mempunyai pengarangnya, dan pengarang itu adalah pemilik hak ciptanya. Maka anda harus berhati-hati apabila anda ingin memasukkan sesuatu yang bukan hasil daripada tangan anda.

Bagaimanakah saya dapat menggelakkan daripada melanggar hak cipta orang lain?Sunting

Cara yang paling baik ialah, hanya masukkan tulisan/karya anda sendiri sahaja ke dalam wikipedia dan jangan menggunakan fungsi cut and paste. Semasa menulis anda masih boleh merujuk kepada bahan rujukan yang lain, tetapi anda tidak boleh menyalin secara bulat-bulat.


Rencana ini merupakan sebahagian daripada FAQ Wikipedia
Halaman FAQ...

Umum - Pembaca - Sekolah - Menyumbang - Menyunting - Pentadbiran - Berbual - Teknikal - Masalah - Hakcipta - Lain-lain

Lihat juga...

Halaman bantuan