Wikipedia:FAQ Pelbagai

Tujuan halaman ini ialah untuk menjawab soalan-soalan yang tidak termasuk dalam kategori lain.

Apakah status logo Wikipedia? sunting

Sila lihat Logo. Sila ingati bahawa logo Wikipedia adalah hakmilik Yayasan Wikimedia dan bukannya sumber umum.

Di manakah saya boleh mendapatkan ikon Wikipedia? sunting

Di sini: favicon.ico

Bagaimanakah membuat pautan ke Wikipedia? sunting

Untuk memautkan ke Wikipedia secara umum, sila gunakan http://www.wikipedia.org/.
Untuk memautkan ke Wikipedia Bahasa Melayu, sila gunakan http://ms.wikipedia.org/wiki/. Gantikan "ms" dengan kod bahasa lain untuk Wikipedia dalam bahasa lain, contohnya "id" untuk Wikipedia Indonesia.
Untuk memautkan ke rencana tertentu, cuma tambahkan nama rencana tersebut di akhir pautan di atas, dan gantikan sebarang ruang (jarak) dengan garis bawah. Contohnya, pautan berikut akan membawa anda ke rencana Malaysia Timur:
<a href="http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Timur">Malaysia Timur</a>

Di manakah saya boleh meminta rencana? sunting

Ada 3 tempat:
  • Meja rujukan bertujuan untuk berfungsi seperti meja bantuan sebenar sesebuah perpustakaan: anda digalakkan untuk bertanya mengenai apa-apa subjek. Jika anda boleh menjawab sebarang soalan di sana, mengapa tidak memulakan rencana baru?
  • Manakala di Memohon rencana anda boleh meminta rencana tertentu dibuat.
  • Rencana paling dikehendaki pula menyenaraikan rencana paling dikehendaki yang belum wujud tetapi telah dipauti dari rencana lain. Untuk senarai penuh, sila lihat Halaman dikehendaki.
Walau bagaimanapun, buat masa ini Wikipedia Bahasa Melayu tidak mempunyai ramai penyumbang tetap, jadi janganlah terlalu berharap.

Adakah terdapat sistem pengesahan ketepatan maklumat? sunting

Kami sentiasa saling mengesahkan ketepatan maklumat yang dimasukkan.

Bilakah templat stub boleh dibuang? sunting

Tidak terdapat satu peraturan khusus untuk ini. Namun satu panduan am ialah jika rencana tersebut belum memiliki satupun "Tajuk tahap 2", janganlah dibuang templat itu. Dan jika anda ragu-ragu, tinggalkan ia.


Rencana ini merupakan sebahagian daripada FAQ Wikipedia
Halaman FAQ...

Umum - Pembaca - Sekolah - Menyumbang - Menyunting - Pentadbiran - Berbual - Teknikal - Masalah - Hakcipta - Lain-lain

Lihat juga...

Halaman bantuan