Wikipedia:Gambar pilihan/2019
Sila potong/salin dan tampal entri baru ke bawah halaman ini, buat arkib bulanan baru (dengan tarikh penutupan) apabila perlu.
|
Sumbangan Pilihan
Alatan gambar pilihan: |
Minggu 1 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 2 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 3 2019Sunting
Garden at Sainte-Adresse merupakan sebuah lukisan minyak oleh seorang pelukis impresionis Perancis, Claude Monet. Ia dilukiskan pada tahun 1867 di bandar peranginan Perancis, Sainte-Adresse, di mana Monet menghabiskan musim panas. Model-model dalam lukisan itu mungkin bapa Monet Adolphe, sepupunya Jeanne Marguerite Lecadre, bapanya Adolphe Lecadre, dan mungkin anak perempuan lain Lecadre, Sophie, wanita-wanita itu duduk membelakangi penonton. Lukisan itu terdiri daripada kumpulan warna rata mendatar, yang mengingatkan warna pencetakan blok kayu Jepun. Garden at Sainte-Adresse kini berada di Metropolitan Museum of Art di Bandar Raya New York.Lukisan: Claude Monet
Minggu 4 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 5 2019Sunting
Imej mozaik warna realistik bulan Jupiter iaitu Europa diambil oleh pengorbit Jupiter NASA Galileo pada tahun 1995 dan 1998. Pandangan hemisfera anti-Jovian bulan ini menunjukkan lineae yang banyak, ciri linier yang dihasilkan melalui proses tektonik di mana plat kerak ais air terapung di lautan bawah permukaan (dipanaskan oleh peregangan pasang surut) dalam kedudukan relatif. Kawasan kemerah-merahan adalah kawasan di mana ais mempunyai kandungan mineral yang lebih tinggi. Wilayah kutub utara dibahagian kanan. (Ciri-ciri geologik diberi penjelasan dalam Commons.)Kredit gambar: NASA/JPL
Minggu 6 2019Sunting
Pentas Ais Larsen adalah pentas ais yang panjang dan memanjang sepanjang pantai timur Semenanjung Antartika di Laut Weddell. Ia dinamakan selepas penjelajah Norway Carl Anton Larsen, yang berlayar di sepanjang kawasan ais pada tahun 1893. Terdiri daripada beberapa rak di sepanjang pantai, yang dinamakan dengan huruf dari A hingga G, sejak pertengahan tahun 1990-an Pentas Ais Larsen semakin hancur, dengan keruntuhan yang dramatik di Larsen B pada tahun 2002. Sebahagian besar pentas Larsen C berpisah pada Julai 2017 untuk membentuk sebuah aisberg yang dikenali sebagai A-68. Kawasan Pentas Ais Larsen adalah dahulunya 33,000 batu persegi (85,000 km2), tetapi kini hanya 26,000 batu persegi (67,000 km2) sahaja.Gambar: NASA/John Sonntag
Minggu 7 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 8 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 9 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 10 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 11 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 12 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 13 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 14 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 15 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 16 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 17 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 18 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 19 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 20 2019Sunting
- Belum dicalonkan
Minggu 21 2019Sunting
Pangkalan Esperanza yang diasaskan pada tahun 1953, merupakan sebuah daripada 13 buah pangkalan-pangkalan penyelidikan Antartik, yang terletak di Teluk Hope Semenanjung Trinity. Ia terdiri daripada 43 buah bangunan dengan keluasan 3,744 meter per segi. Pada tahun 1978, seorang wanita telah diterbangkan ke sini untuk melahirkan anak beliau yang bernama Emilio Palma. Palma merupakan bayi pertama yang lahir di Antartika.Godot13
Minggu 22 2019Sunting
Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah. Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.Mircea Madau; sentuhan semula : Diego pmc
Minggu 23 2019Sunting
Amphitheatre El Jem, merupakan sebuah tapak arkeologi yang terletak di bandar El Djem, Tunisia. Amphitheatre ini, salah sebuah daripada runtuhan empayar Rom dan juga Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1979 telah dijaga dengan baik. Ia telah dibina sekitar tahun 238 AD, apabila negara moden Tunisia berada di bawah pentadbiran Rom di Afrika. Ia juga merupakan amphitheatre ketiga terbesar di dunia dengan ukuran 148 m (486 ka) dan 122 m (400 ka) dan mempunyai tempat duduk seramai 35,000, orang.Poco a poco
lihat - sunting - Versi dilindungi
Minggu 24 2019Sunting
Samanea saman, juga dikenali sebagai Pokok Hujan-hujan atau Albizia saman, adalah satu spesies pokok berbunga dalam keluarga kacang, Fabaceae. Ia berasal daripada Amerika Tengah dan Selatan. Ia adalah sejenis pokok dengan kanopi lebar serta berbentuk payung, dan biasanya mencapai ketinggian sekitar 15–25 m (49–82 ka) dengan diameter 30 m (98 ka). Pokok ini mempunyai bunga berwarna merah jambu dan stamen berwarna merah dan putih, yang terletak di dalam jambak dengan sekitar 12–25 bunga bagi setiap jambak.
Gambar pilihan sebelum ini:
|