Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/12 September
12 September: Hari Kebangsaan di Tanjung Verde
- 490 SM – Orang Athens dan sekutunya Plataea menghentikan pencerobohan Parsi dalam Pertempuran Marathon.
- 1683 – Perang Turki Agung: Tentera Poland yang diketuai John III Sobieski bergabung dengan tentera Habsburg untuk menewaskan tentera Uthmaniyyah dalam Pertempuran Vienna.
- 1942 – Peristiwa Laconia: Sebuah U-boot menenggelamkan kapal RMS Laconia berhampiran pesisir pantai Afrika Barat dan cuba menyelamatkan penumpangnya, yang termasuk orang awam, askar Poland dan British serta tawanan perang Itali.
- 1977 – Aktivis anti-aparteid Afrika Selatan Steve Biko (gambar) terbunuh semasa dalam jagaan polis di Pretoria.
- 2007 – Bekas Presiden Filipina Joseph Estrada disabitkan menggelapkan wang dan dihukum reclusión perpetua.
Hari-hari sebelum: 11 September – 10 September – 9 September