Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/14 September
- 786 – Harun al-Rasyid menjadi khalifah Abbasiyah selepas kematian abangnya al-Hadi.
- 1752 – Dengan menerima takwim Gregorius, Empayar British melangkau sebelas hari (2 September diikuti oleh 14 September).
- 1901 – Di Buffalo, New York, Theodore Roosevelt menjadi Presiden Amerika Syarikat termuda, pada umur 42 tahun, apabila William McKinley meninggal dunia.
- 1959 – Kapal angkasa lepas Soviet Luna 2 (gambar) terhempas dan menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke Bulan.
- 1960 – Di satu persidangan di Baghdad, Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait dan Venezuela mengasaskan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum.
- 2017 – Kejadian kebakaran di madrasah Darul Quran Ittifaqiyah, di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang menyebabkan 23 orang penghuni yang terdiri daripada 21 orang pelajar dan dua orang guru terbunuh.
Hari-hari sebelum: 13 September – 12 September – 11 September