Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/17 Disember
17 Disember: Hari Kebangsaan di Bhutan (1907)
- 920 – Romanos I Lekapenos menjadi Maharaja Byzantine bersama dengan Constantine VII yang bawah umur.
- 1819 – Republik Gran Colombia di Amerika Selatan diasaskan, dengan Simón Bolívar sebagai presiden pertama.
- 1862 – Perang Saudara Amerika: Jeneral Ulysses S. Grant mengeluarkan Perintah Am No. 11 yang mengusir orang-orang Yahudi dari Tennessee, Mississippi dan Kentucky.
- 1903 – Dengan Wright Flyer (gambar), Orville dan Wilbur Wright berjaya terbang buat pertama kali menggunakan sebuah pesawat kepak kaku berenjin.
- 2010 – Penjual jalanan Mohamed Bouazizi membakar dirinya demi membantah gangguan polis, mencetuskan Revolusi Tunisia.
Hari-hari sebelum: 16 Disember – 15 Disember – 14 Disember