Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/17 September
17 September: Hari Perlembagaan di Amerika Syarikat
- 1176 – Perang Byzantine–Seljuk: Turki Seljuk menghalang pihak Byzantium daripada menawan pedalaman Anatolia dalam Pertempuran Myriokephalon.
- 1809 – Perjanjian Fredrikshamn menamatkan Perang Finland antara Rusia dan Sweden, dengan Finland mendapat autonomi Grand Duchy di bawah Czar Aleksandr I.
- 1916 – Perang Dunia Pertama: Juruterbang handalan Luftstreitkräfte Red Baron memenangi pertarungan udara pertamanya, berhampiran Cambrai, Perancis.
- 1944 – Perang Dunia Kedua: Pihak Berikat memulakan Operasi Market-Garden (gambar).
- 1978 – Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin menandatangani Perjanjian Kem David selepas 12 hari berunding secara rahsia.
Hari-hari sebelum: 16 September – 15 September – 14 September