Wikipedia:Jangan menciplak rencana Wikipedia Bahasa Inggeris


Menciplak bermaksud menyalin sesuatu karya ataupun karangan secara bulat-bulat. Pada lazimnya, perbuatan ini lebih dikenali sebagai salin dan tampal cut and paste. Daripada amalan ciplak ini, dua karya yang 100% sama akan muncul dalam dua tempat yang berbeza.

Secara amnya, amalan menterjemah rencana daripada Wikipedia Inggeris amat digalakkan kerana selain daripada kewujudan Wikipedia itu sebagai Wikipedia yang terbesar, Wikipedia itu menjadi sumber utama ilmiah terkini dan amalan terjemahan daripadanya membolehkan manfaat penemuan ilmiah daripada Wikipedia berkenaan dikongsikan bersama penutur Melayu. Akan tetapi, ada kalanya rencana dari sana dimasukkan ke Wikipedia Melayu tanpa diterjemah sama sekali, dan secara langsung mewujudkan penciplakan. Amalan memasukan rencana ciplak dari Wikipedia Inggeris ke dalam Wikipedia bahasa Malayu merupakan satu perbuatan yang merosakkan kerana ia akan menyebabkan Wikipedia bahasa Malayu menjadi klon bagi Wikipedia Inggeris, dan tercemar dengan rencana Inggeris, sekiranya ia dijalankan secara berpanjangan.

Kewujudan dua ensiklopedia yang homogen di internet tidak akan memberi apa-apa manfaat tambahan kepada pembaca. Ia merupakan satu pembaziran ruang internet. Sebaliknya, pengwujudan dua ensiklopedia yang membawa isi yang berbeza sudah tentu akan memberi lebih manfaat kepada pembaca.

Teg terjemahan bahasa sunting

Jika anda menemui suatu rencana yang diciplak daripada Wikipedia Inggeris, anda boleh bertindak memadamkannya atau meletakkan teg berikut di atas rencana berkenaan.

Untuk meletakkan teg, taip {{terjemah|en|"nama rencana asal"}} Rencana tersebut akan dimasukkan ke Kategori:Rencana yang memerlukan kemaskini dalam BM.

Walaupun garis panduan ini merujuk kepada rencana bahasa Inggeris secara khusus, ia masih boleh dikuatkuasakan keatas rencana penciplakan daripada semua bahasa asing lain kecuali bahasa Indonesia dengan menggantikan perkataan "Inggeris" dalam semua tempat diatas dengan nama bahasa berkenaan, dan polisi ini akan berkuatkuasa dalam sifatnya yang sama pada bahasa asing berkenaan.