Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib1/2006

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Imej licensing

Halo, Saya mencari templat lisensi GFDL untuk digunakan di imej seperti di id dan en, bisakah Anda membuatkannya? (bahasa Melayu saya buruk) :) borgx (bicara) 09:49, 3 Januari 2006 (UTC)[balas]

  Kebenaran diberikan untuk menyalin, mengedar dan/atau mengubah dokumen ini di bawah syarat-syarat Lesen Pendokumenan Bebas GNU, versi 1.2 atau mana-mana versi selepas ini, yang diterbitkan oleh Yayasan Perisian Bebas; tanpa Seksyen yang Tak Berubah, tanpa Teks Kulit Depan dan tanpa Teks Kulit Belakang. Salinan lesen ini boleh didapati dalam seksyen yang bertajuk Lesen Pendokumenan Bebas GNU".

Sudah dibuat seperti di atas.Yosri 10:20, 5 Januari 2006 (UTC)[balas]

Pengkelasan

Di bawah saya lampirkan lakaran pengelasan yang saya cadang.
[[Kategori:Alam semesta]] [[Kategori:Alam semulajadi]] [[Kategori:Kepercayaan]] [[Kategori:Islam]] [[Kategori:Kristian]] [[Kategori:Agama Hindu]] [[Kategori:Bahai]] [[Kategori:Agama Buddha]] [[Kategori:Ilmu alam]] [[Kategori:Geografi]] [[Kategori:]] [[Kategori:]] [[Kategori:Ilmu falak]] [[Kategori:Biologi]] [[Kategori:Manusia]] [[Kategori:Seniman]] [[Kategori:Ulamak]] [[Kategori:Ahli agama]] [[Kategori:Ahli sains]] [[Kategori:Ahli falsafah]] [[Kategori:Ketenteraan]] [[Kategori:Sukan]] [[Kategori:Seni bela diri]] [[Kategori:Haiwan]] [[Kategori:Mamalia]] [[Kategori:Reptilia]] [[Kategori:Amfibia]] [[Kategori:Burung]] [[Kategori:Serangga]] [[Kategori:Ikan]] [[Kategori:Tumbuhan]] [[Kategori:Tumbuhan berbunga]] [[Kategori:Tumbuhan tidak berbunga]] [[Kategori:Kimia]] [[Kategori:Fizik]] [[Kategori:Alam ghaib]] [[Kategori:Sihir]] [[Kategori:Jin]] [[Kategori:Shaitan]]

Yosri 10:20, 5 Januari 2006 (UTC)[balas]

Templat untuk negara, negeri dan daerah

Sebuah templat baru yang sepadu telah dicipta untuk semua rencana negara, negeri dan daerah. Cara penggunaannya dan format yang boleh disalin ke dalam rencana tersebut boleh didapati di sini.
PM Poon 17:25, 7 Januari 2006 (UTC)[balas]

tajuk == Manafaat tumbuhan

Assalamualaikum,saya ingin tahu tentang manafaat tumbuhan cili kepada manusia?

Pindah daripada halaman memerlukan penterjemahan ke halaman biasa

Hai, Saya rasa halaman 'Emas' dan 'Aorta' sudah siap diterjemah tetapi saya kurang pasti bagaimana untuk memindahkannya daripada halaman memerlukan penterjemahan ke halaman biasa. Maka saya ingin meminta pertolongan sesiapa yang mahir dalam bab ini. Terima kasih --Coljames 00:32, 11 Januari 2006 (UTC)[balas]

Anda cuma perlu cari dan buang templat {{terjemahan)) di rencana tersebut. Aurora 01:32, 11 Januari 2006 (UTC)[balas]

Laman untuk terjemahan istilah Inggeris - Melayu

Hai, saya ingin mengetahui sama ada terdapatnya halaman wikipedia untuk terjemahan istilah Inggeris ke Melayu kerana pada pendapat saya, halaman sebegini adalah sangat berguna dan praktikal untuk penterjemah kerana saya mendapati halaman istilah DBP jarang sekali dapat dibuka dan kerap kali 'server down'. Kemungkinan terdapatnya penterjemah terdahulu yang berjaya menemui istilah tepat dalam bahasa melayu dan ini dapat membantu penterjemah akan datang yang mungkin ingin mencari istilah bahasa melayu yang sama. Terima kasih. --Coljames 00:42, 11 Januari 2006 (UTC)[balas]

Selain kamus istilah DBP, anda boleh juga merujuk e-Istilah ini. Hmm... kalau mengikut laman ini,

  • default = lalai
  • double click = klik dua kali
  • tapi tiada terjemahan untuk cookie...

Aurora 01:40, 11 Januari 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih! --87.74.33.87 22:08, 11 Januari 2006 (UTC)[balas]

"nama penyakit"

Saya ingin mengetahui mengenai nama dan symptom satu penyakit yang sering kali berlaku kepada bayi & kanak2 masa sekarang yang mana menyebabkan hati tidak dapat berfungsi, mata menjadi kuning, perut kembung, terlalu kerap membuang air besar yang mana sering kita dengar dan lihat dalam tv sehingga ada yang memerlukan penderma hati dan ada yang telah meninggal dunia kerana tiada penderma. Saya inginkan info mengenai penyakit tersebut. Terima kasih.


membuat salinan kod perintah untuk imej jadual berkala

Hai, Bagaimana untuk membuat salinan kod perintah untuk imej jadual berkala yang terbaru dan jadual ciri-ciri unsur daripada wikipedia inggeris untuk terjemahan selanjutnya? Kerana saya mendapati imej jadual berkala pada halaman sedia ada "besi" tidak lengkap. Terima kasih. --Coljames 20:01, 13 Januari 2006 (UTC)[balas]

Hakcipta (Malaysia)

Ada sesiapa yang tahu akan Undang-undang Hakcipta Malaysia, terutamanya gambar-gambar keluaran Kerajaan? Hak awam, fair use atau hakcipta terpelihara? Masih banyak rencana yang boleh mendapa t manfaat dari gambar-gambar ini. --Matthew A. Lockhart 19:58, 14 Januari 2006 (UTC)[balas]

Jawapan saya

Hai Matthew, sejauh yang saya tahu, kerajaan Malaysia amat berhati-hati serta konservatif berbanding negara-negara Barat. Semua hak kerajaan adalah hak terpelihara. Walau bagaimanapun, bagi pendapat saya, ini cuma merupakan satu perlindungan untuknya supaya boleh mendakwa sesiapa yang menjejaskan kepentingannya sahaja. Saya berasa tujuan kerajaan bukan semata-mata hendak menjadikannya sebagai senjata.

Saya pernah terlibat dalam kes hakcipta sewaktu bertugas dengan sebuah syarikat penerbitan. Jika boleh, saya akan berkongsi peristiwa tersebut, akan tetapi saya berasa ia tidak adil bagi syarikat saya.

Untuk menjawab soalan anda, pendapat saya adalah seperti berikut:

  • Jika nak mengikut undang-undang secara teliti, memang hak kerajaan tetap merupakan hak kerajaan dan tidak boleh dipergunakan.
  • Sebagai pragmatis, kita kena menimbang adakah kepentingan kerajaan Malaysia terjejas sekiranya kita menggunakan gambar-gambarnya. Bagi saya, jawapannya ialah "tidak". Sebaliknya:
    • Kerajaan Malaysia perlu berasa bangga kerana rakyatnya mempunyai inisiatif secara sukarela untuk menyertai sebuah portal ensiklopedia antarabangsa yang mashyur. Tak kan kerajaan kita nak melihat kita ketinggalan sedangkan negara-negara Afrika pun menyertai!!
    • Wikipedia adalah ensiklopedia bebas dan percuma; lain cerita, kalau kita mendapat keuntungan peribadi! Sesiapa pun tak syiok kalau anda menggunakan benda saya untuk keuntungan tetapi tidak membayar saya apa-apa pun. Dengan perkataan lain, saya menjadi orang bodoh kalau saya tidak mengambil tindakan!
    • Jika kita menggunakan gambar-gambar kerajaan, kita juga membantu mempromosikan negara kita.

Atas ketiga-tiga sebab itu, saya telah menggunakan lebih daripada 100 gambar masjid dan tanda tempat, terutamanya gambar-gambar hak kerajaan Melaka dan Pulau Pinang, untuk rencana-rencana di portal ini! Untuk keadilan, saya berasa kita harus membuat pengakuan pemilik hakcipta di bawah gambar yang dipaparkan.

(P/S: Sejauh yang saya tahu, takrif "fair use" di bawah Akta Hakcipta, Pindaan 1987 ialah: "petikan rencana untuk kegunaan ulasan (review) sahaja. Sebagai panduan, ia tidak boleh melebihi 40 perkataan. Walau bagaimanapun, sekiranya 40 perkataan itu merupakan maklumat utama yang didapati daripada kajian yang mahal, ia tidak boleh diguna walaupun ia tidak melebihin 40 perkataan.) — PM Poon 21:18, 14 Januari 2006 (UTC)[balas]

Baiklah. Walaubagaimanapun, adakah MS-Wiki mempunyai tag untuk media-media yang dimiliki Kerajaan? --Matthew A. Lockhart 14:56, 16 Januari 2006 (UTC)[balas]
* * * * *

Hai Matthew, penggunaan tag tidak sesuai kerana penggunaannya bukan secara "rasmi". Tambahan pula:

  • terdapatnya banyak jabatan kerajaan Malaysia; oleh sebab penggunaannya tidak rasmi, adalah baik jikalau kita memberikan pengakuan secara langsung kepada jabatan yang berkenaan.
  • satu sistem yang tekad perlu dipergunakan untuk semua pemilik hakcipta gambar, bukan satu sistem untuk kerajaan Malaysia dan lagi satu sistem untuk pemilik swasta. (Sewaktu menggunakan hakcipta pihak swasta, kena berhati-hati supaya tidak menggunakan hak cipta pesaing Wikipedia serta pihak yang akan berasa terjejas, umpamanya hak cipta ensiklopedia lain dan penjual gambar-gambar. Mesti kena punya, hehehe!)
  • Pengakuan kena dibuat di bawah gambar yang diambil (bukan di halaman gambar sahaja kerana ia tersembunyi) kerana pemilik hakcipta akan mendapat sedikit manfaat melalui kemungkinan pembaca ms:Wikipedia akan melayari web mereka. Oleh sebab bukan senangnya hendak mendapat pelawat pada hari ini kerana terlalu banyak halaman web, kemungkinan pemilik hak cipta membantah penggunaan gambar mereka akan amat kurang.

Untuk contoh menulis pengakuan, sila lihat gambar di: Masjid Acheh dan Melaka. — PM Poon 15:58, 16 Januari 2006 (UTC)[balas]

Templat: Hakcipta Kerajaan Malaysia

Saya telah mengolah Templat:HakciptaKerajaanMalaysia dari. Ini sedikit sebanyak berkaitan dengan topik di atas. Komen dialu-alukan. --Matthew A. Lockhart 16:39, 16 Januari 2006 (UTC)[balas]

Hampir terlupa, ini merupakan salah satu imej yang boleh menggunakan tag di atas. Imej:Tun_Abang_Haji_Openg.jpg. --Matthew A. Lockhart 16:41, 16 Januari 2006 (UTC)[balas]

Memohon pemadaman laman

Hai, saya ingin meminta bantuan penyelia untuk memadam laman bertajuk kecemerlangan dan kecahayaan kerana saya telah mendapati bahawa istilah DBP yang tepat untuk brightness ialah kecerahan dan bukan kecemerlangan, dan juga istilah untuk illuminance ialah pencahayaan bukan kecahayaan. Proses pemindahan laman sudah pun dijalankan, cuma harus memadamkan laman yang terlebih itu. --Coljames 18:08, 17 Januari 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih !! --Coljames 21:46, 17 Januari 2006 (UTC)[balas]

Nyahkekaburan

hai, saya ingin meminta tolong penyelia untuk meletakkan nyahkekaburan kepada halaman Perak kepada Perak (negeri) untuk membezakannya daripada perak (unsur) --Coljames 21:02, 24 Januari 2006 (UTC)[balas]

Hai, Coljames, perbuatan ini tidak perlu bantuan pentadbir. Penciptaan halaman nyahkekaburan sama sahaja dengan penciptaan halaman biasa. — PM Poon 21:30, 24 Januari 2006 (UTC)[balas]

Hai PM Poon. Terima kasih atas bantuan anda dalam membuat halaman nyahkekaburan untuk Perak. Tetapi apa yang saya cuba untuk mencari penyelesaian ialah nama "Perak" itu sendiri sudah digunakan untuk merujuk kepada negeri Perak. Apa yang saya ingin lakukan ialah nama Perak itu sendiri menjadi laman nyahkekaburan dan kemudiannya baru pengguna dibawa ke halaman yang mereka sebenarnya ingin pergi. Ini kerana kemungkinan penulis laman akan datang akan terus menulis link, contohnya [[Perak]] untuk merujuk kepada perak (unsur). Ini akan menimbulkan kekeliruan. Malahan dalam jadual berkala (periodic table) di Wikipedia Melayu sekarang, unsur Perak dihala ke laman negeri Perak. Harap dapat membantu. Terima kasih. --Coljames 21:15, 27 Januari 2006 (UTC)[balas]


Saya sudah alihkan. Tetapi anda masih perlu betulkan setiap pautan kelaman yang tepat. Yosri 06:35, 28 Januari 2006 (UTC)[balas]