Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib4/2007

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Rencana yang disalin daripada Wikipedia Indonesia

Saya mendapati bahawa Polar baru-baru ini telah memadamkan banyak rencana yang disalin daripada Wikipedia Indonesia ke portal ini. Perkara ini sekali lagi membuat saya tertanya-tanya. Adakah Bahasa Indonesia suatu kelainan bahasa Melayu atau tidak. Jika ya, rencana-rencana itu patut diterima, sebagaimana dengan Wikipedia bahasa Inggeris yang menerima kedua-dua kelainan bahasa Inggeris Amerika serta bahasa Inggeris Inggeris. Tambahan pula, bahasa Melayu Indonesia dan bahasa Melayu Malaysia juga dapat saling difahami, berbanding dengan contohnya, bahasa Jawa.

Apa yang mungkin boleh dibuat ialah untuk membubuh teg yang sesuai (bukan teg sekarang yang menolak bahasa Indonesia) untuk rencana yang disalin daripada Wikipedia bahasa Indonesia, dengan teg tersebut dihapuskan ketika terdapat pengguna yang menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu Malaysia.

Saya pernah menterjemahkan beberapa rencana bahasa Indonesia ke dalam bahasa Melayu dan mendapati bahawa apa yang perlu diubah biasanya tidak melebihi 10-20% daripada isi kandungan. Terdapat banyak juga perkataan yang jarang digunakan di Malaysia tetapi adalah perkataan Melayu yang sah dan yang telah diterima oleh Dewan Bahasa dalam Kamus Dewan.

Saya berasa bahawa berbanding dengan hanya menolak rencana-rencana yang disalin daripada Wikipedia Indonesia, kita harus mempertimbangkan perkara ini dengan sungguh-sungguh supaya dapat memperkembangkan portal ini dengan lebih pesat. Berdasarkan pengalaman saya di portal ini sejak November 2005, saya berasa Malaysia (atau dunia Melayu sebagaimana yang diterima oleh sesetengah pengguna Wikipedia bahasa Melayu) tidak mempunyai banyak orang yang sudi menulis rencana. Selain daripada sebilangan tahi ayam, yang paling tekal dalam penulisan rencana di kalangan pengguna lama ialah Yosri dan Polar. Aurora serta Master2841 memang rajin menjalankan tugas pentadbiran tetapi mereka jarang menulis.

Jika bahasa Melayu Malaysia sanggup menyerap perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang asing, saya tidak faham mengapa bahasa saudara Indonesia tidak boleh diterima. Kan rencana Bahasa Melayu dalam portal ini menyatakan:

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.

Jika portal ini dipanggil Wikipedia bahasa Malaysia, memang bahasa Indonesia tidak boleh diterima. Akan tetapi portal ini bukannya Wikipedia bahasa Malaysia, tetapi Wikipedia bahasa Melayu. Dengan ini, saya berharap bahawa perkara ini dapat diberikan pertimbangan yang wajar agar matlamat Yosri untuk menambahkan lagi banyak rencana (jika bukan 100,000 buah) dalam portal ini dapat direalisasikan melalui menunggang kuda Wikipedia Indonesia, hehehe. — PM Poon 04:53, 3 April 2007 (UTC)[balas]

(P/S: Saya bukanlah pengguna yang memasukkan rencana bahasa Indonesia yang dipadamkan oleh Polar dan oleh itu, tidak terdapat sebarang konflik kepentingan.)


Sejak kebelakangan ini banyak rencana yang tidak diterjemah dibuat. Bahkan ada rencana-rencana tersebut langsung tidak diterjemah. Seperti saudara PM Poon di atas, saya tiada bantahan terhadap rencana-rencana daripada Wikipedia Indonesia sekiranya penulis rencana berkenaan meletakkan templat {{BM}}. Tetapi sekiranya penulis rencana mengambil rencana daripada Wikipedia Inggeris dan tidak menterjemahnya, apa yang boleh dibuat? Sekat, tegur, atau biarkan sahaja? — Master2841 08:05, 3 April 2007 (UTC)[balas]

Kalau disalin 100%, ia akan dihapuskan. Kalau tidak, (dalam kes ini) akan jadi cermin Wikipedia bahasa Indonesia. ...Aurora... 14:31, 3 April 2007 (UTC)[balas]
Ini adalah wikipedia bahasa melayu dan bukan wikipedia bahasa indonesia/inggeris. Saya sendiri ada tinggalkan banyak "teg" untuk penyelia memadam rencana-rencana berbahasa indonesia/inggeris samada campuran 50% ataupun 100%. Saya setuju sangat untuk rencana-rencana tersebut dipadamkan - buat menyemak dan merosakkan bahasa melayu sahaja. Saya nak usulkan agar para penyelia membuat "undang-undang yang tegas" untuk rencana bahasa campuran dipadamkan. Kenapa kita nak tiru rencana orang lain? Bukankan "plagarism" tidak dibenarkan sama sekali dalam wikipedia? Tambahan pula, tak ke malu kita nak tiru kerja orang lain? Terjemahan boleh diterima tetapi meniru bulat-bulat atau meniru 50% dianggap tidak wajar sama sekali. Kalau kita nak menambahkan rencana dengan meniru Wikipedia Indonesia, lebih baik kita semua berhenti tulis/terjemah rencana tetapi duduk mengadap komputer dengan menekan butang "COPY" dan "PASTE" dari semua rencana indonesia. Lepas itu, tengok muka kita di cermin dan fikirkan.. bangga atau malu? Kalau tak terasa apa-apa, saya tak ada komen. Ulasan saya mungkin dianggap kasar tapi, bagi saya berbaloi untuk berkata begini untuk orang yang suka ceduk kerja orang lain. Saya sokong polar 100% untuk memadam rencana-rencana campuran bahasa, walaupun ianya bahasa indonesia - Jay 14:43, 3 April 2007 (UTC)[balas]


Terima kasih Jay kerana sokongan anda. Dengan ini, saya ingin membawa kembali usul saudara PM Poon yang agak tidak bersetuju akan rencana yang disalin daripada bahasa Indonesia untuk dipadam. Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa rencana yang dipadam (oleh saya) adalah salinan 100% sehingga pautan "imej" masih tertulis "gambar" dan pautan ke bahasa Indonesia masih tiada. Sangat jelas ia salinan 100%. Lagi satu, sebab saya memadamkannya ialah rencana tersebut dilakukan oleh pengguna yang paling jarang menterjemahkan rencana yang dimulakannya. Malah, pengguna ini pernah meletakkan rencana dalam bahasa yang sangat asing (tak tahu sama ada Jerman atau apa, saya tak belajar bahasa tersebut) dan meletakkan templat terjemahan pada rencana yang lebih 60% masih belum diterjemah. Seperti yang kita maklum, dalam templat pernterjemahan, kita meminta orang membantu menterjemahkan bagi seperenggan dua, bukan semuka dua atau lebih. Jika ini dibiarkan, rencana bahasa Melayu akan menjadi cermin atau bahan salinan dari wikipedia lain. Ramai di sini hendak menyunting, bukan menterjemah rencana orang. Saya lakukan ini untuk meningkatkan piawaian Wikipedia Melayu. Saya tak mahu rojak terlalu banyak di sini. Mungkin masih terdapat beratus lagi rencana bahasa Indonesia yang masih belum ditukar dan belum diletakkan templat {{BM}}. Saya harap, penyelia lebih bertegas tentang hal ini sebelum lebih banyak sampah terkumpul. Harap maklum. — Polar 14:54, 3 April 2007 (UTC)[balas]

Respons kepada respons

Sebenarnya, saya tidak mengatakan bahawa perbuatan Polar itu salah. Setakat suatu sepersetujuan tidak tercapai tentang pemasukan rencana bahasa Indonesia, apa yang dibuat Polar itu sememangnya adalah sah dan menepati pendirian semasa.

Apa yang saya cadangkan adalah bahawa penyalinan rencana bahasa diberikan pertimbangan yang wajar. Tentang persoalan plagarisme yang dikemukakan oleh Jay, masalah itu tidak tertimbul kerana semua rencana Wikipedia adalah di bawah lesen GNU yang bebas disalin. Entah adakah Jay tahu bahawa terdapat portal seperti Answers.com yang mencerminkan semua rencana Wikipedia, termasuk Wikipedia Bahasa Melayu. Selain itu, Wikipedia bahasa Inggeris juga menerima semua rencana Ensiklopedia Britannica 1911 yang hak ciptanya telah mati, biasanya tanpa sebarang perubahan pada peringkat awal. Oleh itu, persoalan malu tak malu tidak tertimbul.

Persoalan pokok yang saya kemukakan tidak dijawab oleh sebarang peserta perdebatan ini, iaitu adakah bahasa Indonesia suatu bahasa Melayu. Jika jawapanya ialah bukan, rencana bahasa Melayu yang menyatakan bahawa:

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.

harus dibetulkan. Dengan bahasa Brunei juga mempunyai perbendaharaan kata yang tidak tepat sama dengan bahasa Malaysia pada keseluruhannya, saya berasa bahawa bilangan pengguna bahasa Melayu versi bahasa Malaysia tidak melebihi 25 juta orang, termasuk Singapura. Dengan itu, bahasa Melayu tidak bolehlah menuntut diri sebagai sebuah bahasa utama di dunia. Sebaliknya kedudukan bahasa keempat terbesar di dunia haruslah diberikan kepada bahasa Indonesia, bukannya kepada bahasa Melayu.

Kembali kepada persoalan malu tak malu, bahasa Melayu kini mengandungi melebihi 50% perbendaharaan kata yang berasal daripada bahasa Inggeris (dengan sebilangan besar istilahnya yang tidak atau hanya mengandungi sedikit perubahan ejaan), melalui satu kajian yang saya buat dengan sampel 100 muka surat Kamus Oxford-Fajar Bakti. Adakah ini suatu keadaan yang malu? Bagi saya, tidak. Sebaliknya, kesudian kerajaan Malaysia untuk menunggang kuda bahasa antarabangsa yang terutama di dunia membayangkan suatu sikap terbuka yang dapat membawa bahasa Melayu ke peringkat zaman moden dengan cepat dan cekap. Jika semua penutur bahasa Melayu masih bersikap konservatif, maka apa yang dikatakan oleh Ketua Hakim Negara dalam Persidangan Pegawai-pegawai Kehakiman Ke-6 pada 18 Julai 1979:

Penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah tidak mungkin boleh dijadikan universal untuk beberapa waktu, sudah tentu tidak semasa hayat saya — ada kira-kira 20 tahun lagi bagi saya hidup — dan tidak juga selepas beberapa lama saya mati.

akan menjadi suatu kenyataan. Akan tetapi Yang Arif Ketua Hakim Negara kita ini terbukti salah, "akibat" kepintaran pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka ketika itu (bukan pimpinan DBP sekarang yang bersikap penjual buku; pembezaan ini amat penting) yang ditugasi untuk mengembangkan bahasa Melayu supaya tidak ketinggalan masa.

Penamaan portal ini sebagai "Wikipedia bahasa Melayu" mempunyai keistimewaan tersendiri, berbanding dengan jika ia dinamai "Wikipedia bahasa Melayu" (atau juga "Wikipedia bahasa Indonesia"). Malangnya, keistimewaan itu tidak dimanfaatkan kerana banyaknya pengguna di sini masih bersikap seolah-olah portal ini ialah Wikipedia bahasa Malaysia, walaupun pada nafas yang sama (in the same breath,  hehehe) menafikannya sedemikian.

Sebagaimana yang Aurora tahu, saya pernah menentang penggabungan Wikipedia bahasa Malaysia dan Wikipedia bahasa Indonesia pada sekitar akhir tahun 2005 (atau permulaan tahun 2006) ketika cadangan itu ditimbulkan dan saya masih baru dalam portal ini. Ketika itu, jika terdapat sesiapa yang ingin memasukkan rencana bahasa Indonesia ke dalam portal ini, saya juga akan bersikap serupa dengan para pembangkang konsep ini, hehehe. Namun mengapakah pendirian saya kini berubah? Kan memang ada alasannya?

Persoalan pokok yang harus dihadapi dan tidak boleh dielakkan adalah adakah bahasa Indonesia merupakan suatu subset bahasa Melayu. Jika ya, namun rencana bahasa Indonesia harus diterima. Sebaliknya jika tidak, pendirian para pembangkang adalah sah dan justeranya wajar. — PM Poon 19:20, 3 April 2007 (UTC)[balas]


Untuk memberikan respon kepada respon bagi respon yang telah diberi, saya ingin juga katakan bahawa terdapat juga perbezaan jelas antara bahasa Indonesia piawai dan bahasa Inggeris. Rencana yang diletakkan di wiki Indonesia lazimnya adalah bahasa Indonesia piawai yang amat berbeza sekali kosa kata, ejaan, sebutan dan susunan ayatnya. Sebab itu, saya tidak setuju akan cadangan saudara untuk mepertimbangkan agar diletakkan rencana Indonesia di sini. Malah, bahasa Melayu lebih umum daripada bahasa Indonesia dan boleh diguna pakai di seluruh dunia tetapi tidak bahasa Indonesia. Orang Melayu Thai, orang Melayu Sulu dan Mindanao, malah orang Melayu di Cape TOwn, tidak menggunakan bahasa Indonesia tetapi bahasa Melayu. Orang Brunei juga tidak menggunakan bahasa Indonesia. Ini lebih jelas lagi piawaian bahasa Melayu DBP juga terdapat di Brunei.
Tambahan lagi, untuk membiarkan bahasa Indonesia di sini akan membuatkan keseluruhan piawaian Bahasa Melayu tergugat apabila agensi rasmi kerajaan, universiti dan sekolah mendapati bahasa yang mereka perolehi untuk mencari maklumat adalah bahasa dari negara Indonesia kerana ternyata identiti bahasa Indonesia adalah untuk negara Indonesia. Kita sendiri pun nampak terjemahan jika kita menonton rancangan Indonesia yang ditayang di Malaysia. Saya sendiri turut tertanya, bukan saa tak faham. Saya faham setiap butir kata... tetapi adakah itu bahasa yang saya akan gunakan dalam penulisan peperiksaan? Adakah itu bahasa yang saya akan gunakan dalam persuratan, karangan, esei atau penulisan yang lain. Secara jelas, pengguna wikipedia indonesia (yang saya rasa dah lama) sendiri amat berhati-hati dalam penyuntingan di sini kerana bimbang akan campur aduk bahasa Indonesia dengan bahasa piawai Melayu.
Tentang jumlah pertuturan, itu bukan masalah. Selagi satu bahasa itu ditutur alaupun 100 orang, bahasa itu harus ditegakkan dan digunakan seperti yang sepatutnya. Janganlah kita hilangkan dan serapkan bahasa Melayu ke dalam bahasa lain hanya kerana bahasa yang hampir serupa dan penutur yang terlalu sedikit. Kita tak kejar untuk dapatkan gelaan bahasa paling ramai ditutur. Kita kejar untuk mewujudkan bahasa yang telah ada yang telah dipiawaikan untuk kita.
Bahasa Melayu masih digunakan di Indonesia oleh rakyat Indonesia seperti di Linggi, Riau dan sebahagian tempat di Sumatera (saya tahu kerana bapa saudara saya dari sana) tetapi bahasa Indonesia tidak digunakan di tempat lain oleh rakyat negara lain selain rakyat Indonesia dan pelajar bahasa Indonesia. Jadi, kekalkan identiti yang ada.
Ya, walaupun identiti bahasa Melayu itu dicelup bahasa lain, ia tetap dilabelkan bahasa Melayu. Sedangkan bahasa Inggeris sendiri turut banyak mengimport bahasa lain dengan banyaknya terutama Latin, mencipta dan menggubah perkataan baru setiap tahun tetapi tetap orang mengatakan ia bahasa Inggeris.
Jadi, persoalannya bukan disebabkan penuturan semata-mata. Jika penuturan, saya sangat tidak kisah kerana saya juga kadang-kala bertutur bahasa Indonesia dan saya sendiri berketurunan Jawa tetapi saya tak mahu lihat generasi yang dilabelkan Melayu dan diajar bahasa Melayu (yang diwarisi oleh orang dulu-dulu yang mungkin mereka sendiri tak kenal) menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi hanya kerana mereka membuka laman wikipedia Melayu yang beridentitikan bahasa negara Indonesia. — Polar 22:25, 3 April 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih saudara Polar atas respons anda kepada respons kepada respons saya, hehehe. Macam perdebatan sebenar di dewan.

Jika saya tidak salah menyimpulkan pendirian Polar, bahasa Indonesia bukanlah bahasa Melayu. Polar menghitung bilangan negara yang menggunakan bahasa Melayu Malaysia, tanpa mengira bilangan penutur dalam setiap negara. Jika kita mengira kampung, kan lagi banyak? hehehe. Maka dengan itu, saya berasa kita harus membetulkan rencana Bahasa Melayu supaya membatalkan tuntutannya sebagai bahasa keempat terbesar di dunia. — PM Poon 03:11, 4 April 2007 (UTC)[balas]


Sebenarnya tuntutannya sebagai bahasa keempat terbesar di dunia adalah sebagai rumpun bahasa. Sama seperti bahasa Inggeris yang terbahagi kepada Queen English, Australian, American English, kesemuanya digolongkan sebagai 1 rumpun bahasa. Perbezaannya kini adalah disebabkan bahasa Indonesia menggunakan asas Belanda sebagai ejaannya, sementara bahasa Malaysia menggunakan bahasa Inggeris. Yosri 05:54, 4 April 2007 (UTC)[balas]


Hai Yosri, betul juga, tetapi kesemua Queen English, Australian, American English boleh digunakan dalam Wikipedia bahasa Inggeris. — PM Poon 14:23, 4 April 2007 (UTC)[balas]

Kan canggih?

Wikipedia Bahasa Inggeris
merangkumi bahasa-bahasa
Queen's English Australian English American English
 
Wikipedia Bahasa Melayu
merangkumi bahasa-bahasa
Bahasa Malaysia Bahasa Indonesia Bahasa Melayu Brunei

Sebenarnya Bahasa Melayu Brunei juga mempunyai perbendaharaan kata tersendiri yang kini telah "dicemarkan" oleh pengaruh Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Baku yang meluas. Umpamanya:

  • Abiskita: ganti nama orang ketiga
  • Acai: panggilan untuk bapa saudara atau ibu saudara yang kedua
  • Cacak: cicak
  • Cakuk: curi
  • Cangkir: cawan

dan banyak banyak lagi.

Bahasa Melayu boleh menuntut kedudukan bahasa yang keempat terbesar di dunia hanya kerana bahasa Indonesia. Sebenarnya, bahasa Indonesia pada dirinya adalah bahasa keempat di dunia, tanpa mengira kelainan-kelainan bahasa Melayu yang lain. Ini adalah suatu kenyataan yang tidak dapat dipertikaikan. Dalam hal sedemikian, jika bahasa Indonesia pada dirinya boleh berdiri secara berasingan sebagai bahasa yang keempat terbesar di dunia, kan kesimpulannya adalah bahawa kelainan-kelainan bahasa Melayu hanya merupakan sebahagian yang minor daripada apa yang dipanggil bahasa Melayu dan oleh itu, tidak begitu penting di dunia selain daripada masyarakat yang menuturkannya?

Soalan mungkin dikemukakan tentang kegunaan meluas bahasa Melayu versi Malaysia berbanding dengan versi bahasa Indonesia di seluruh dunia. Bahasa Melayu versi Malaysia adalah versi yang dipengaruhi oleh bahasa Inggeris, manakala bahasa Indonesia ialah versi yang dipengaruhi oleh bahasa Belanda. Penggunaan meluas Bahasa Melayu versi Malaysia di seluruh dunia tidak membayangkan keunggulan versi Malaysia di dunia tetapi sebaliknya hanya membayangkan keunggulan Empayar British atau keunggulan bahasa Inggeris di seluruh dunia. Jika kita memperhatikan negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu versi Malaysia, kita akan mendapati bahawa semua negara ini pernah ditaklukkan oleh Empayar British atau sekurang-kurangnya, pengaruh British di dalam negara-negara itu adalah amat kuat.

Memang sedihnya mendapat kedua-dua kesimpulan ini di Malaysia yang ingin mengatasi negara Indonesia dari segala segi, baik ekonomi mahupun kemajuan teknologi.

Dengan jumlah penduduk sebanyak 220 juta, iaitu hampir 10 kali lagi banyak berbanding dengan jumlah penduduk Malaysia (walaupun Malaysia telah menyerap banyak orang Indonesia sebagai warganegara pada dekad-dekad yang lalu atas alasan politik), kita tidak boleh menafikan bahawa negara Indonesia masih merupakan abang kepada kaum Melayu di dunia. Sememangnya kemajuan Malaysia setakat ini jauh mengatasi kemajuan Indonesia yang dilanda dengan pentadbiran yang kurang cekap. Akan tetapi negara Indonesia adalah seekor naga tidur yang kini mungkin telah terjaga. Serupa dengan negara China sejak akhir abad ke-20, Indonesia juga akan muncul sebagai sebuah negara yang terutama di dunia kalau langkah-langkah pengagihan kuasa pusat yang telah dimulakan berbuah. Ini bukan ramalan saya, tetapi ramalan yang pernah saya baca, hehehe. Berikan mereka 50 tahun dan Indonesia mungkin mengatasi Malaysia dari segala aspek.

Tetapi ini tidak mustahak. Yang mustahak, jika kebanyakan pengguna Wikipedia bahasa Melayu berasa tak nak masukkan rencana bahasa Indonesia, janganlah masukkan, hehehe. — PM Poon 15:42, 4 April 2007 (UTC)[balas]


Sokong ayat terakhir anda. Hehehe. — Polar 15:51, 4 April 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya, saya awal-awal dah tahu saya akan mencapai habuk, hehehe. Saya saje nak cuba "menjelajah" cara-cara untuk mengembangkan portal ini dengan lebih cepat. Mana tahu gagasan itu mungkin dapat diperbaik dan dipergunakan, kan? Sambutan terhadap portal ini masih tidak cukup memuaskan walaupun di alam si buta, yang mempunyai sebiji mata ialah raja. Pada sepanjang sejarah Wikipedia Bahasa Melayu, terdapat sebilangan komet yang pernah bersinar-sinar bak magnesium dalam kegelapan malam tetapi setakat ini, tiga tiang yang paling kukuh dalam portal ini ialah Yosri, Aurora, dan Master2841, dengan Polar hampir boleh dimasukkan ke dalam golongan ini. Kini pula terdapat beberapa cakerawala yang berpromisan (saje nak mencemarkan bahasa Melayu, hehehe), tetapi adakah ini bintang ke komet masih tidak dapat dipastikan. Ini seolah-olah menanyakan saya "Adakah burung di dalam genggaman hidup atau mati? Jika says cakap hidup, kamu mendakapnya sehingga dia mati, hehehe. — PM Poon 18:14, 4 April 2007 (UTC)[balas]


Hummm... Sebenarnya saya lebih cenderung kepada melihat persamaan bukannya kepada perbezaan. Sekiranya anda mencari perbezaan, dalam bahasa yang sama akan ada perbezaannya antara golongan tua dan muda. Bahasa itu dinamik. Waa tak syuk lah hal sempoi bikin gempak sajeee...... Yosri 00:25, 5 April 2007 (UTC)[balas]


Kan saya yang mencari persamaan antara bahasa Malaysia dengan bahasa Indonesia, manakala yang lain mencari perbezaan? hehehe — PM Poon 09:03, 5 April 2007 (UTC)~[balas]


Sebenarnya saya setuju dengan Che Poon kita...dia cuba untuk mengembangkan Wikipedia bahasa melayu...saya juga kadangkala menyalin bahasa Indonesia tetapi tidak banyak....akan tetapi pada saya boleh menyalin..asalkan identiti Wikipedia Bahasa Melayu tidak berubah....che 10:18, 5 April 2007 (UTC)[balas]


Terima kasih kepada Che Det yang sokongannya mungkin merupakan sokongan pertama yang saya terima dalam sejarah saya di Kedai Kopi. Jika bukan yang pertama, ia sekurang-kurangnya merupakan salah satu peristiwa yang jarang saya temui di sini dan oleh itu, harus diraikan dengan seketul Kentucky, hehehe.

Sebenarnya ketika saya melihat banyaknya rencana yang disalin bulat-bulat daripada Wikipedia bahasa Indonesia dipadamkan oleh Polar, saya berasa manyak sayang, hehehe. Sebelum sebarang salah faham tertimbul bahawa saya berasa perbuatan Polar itu adalah salah, saya harus dengan cepatnya berkata tidak. Apa yang dibuat Polar Bear itu adalah menepati pendirian Wikipedia bahasa Melayu semasa. Yang saya bantah bukannya perbuatan Polar tetapi pendirian Wikipedia bahasa Melayu, hehehe.

Setakat penyelidikan telah saya buat dalam perdebatan saya. Umpamanya, saya tidak tahu bahawa bahasa Indonesia adalah bahasa keempat terbesar di dunia pada dirinya. Saya selalu salah menganggap bahawa hanya dengan menggolongkan kesemua kelainan bahasa Melayu bahawa bahasa Melayu baru boleh dapat mencapai tempat keempat itu. Keluarkan bahasa Indonesia daripada rumpun bahasa Melayu dan apakah kedudukan (nombor berapa) bahasa Melayu di dunia? Siapakah yang boleh menjawab? Yosri, bolehkah anda cuba menjawab soalan ini kerana anda tidak bersetuju dengan apa yang saya kemukakan, atau siapakah yang boleh membantu?

Bagaimanapun, tentangan yang kuat terhadap cadangan saya telah melahirkan suatu gagasan yang baru bagi saya, iaitu rencana-rencana Wikipedia bahasa Indonesia mungkin boleh diautomasikan dengan penggunaan ciri Autocorrect dalam Microsoft Word jika perisian spellchecker bahasa Melayu digunakan. Saya belum mencuba lagi kerana kini sibuk menterjemahkan empat klasik terutama dalam kebudayaan Cina.

Penterjemahan rencana daripada rencana-rencana bahasa Inggeris menelan banyak masa dan walaupun cepat berbanding dengan menulis rencana asli, strategi ini pada dirinya tidak amat berkesan untuk mempercepatkan pertumbuhan bilangan rencana dalam portal ini. Jurang antara Wikipedia bahasa Melayu dan Wikipedia bahasa Indonesia semakin meningkat. Saya tidak cemburu akan kemajuan Wikipedia bahasa Indonesia. Sebaliknya, saya berasa kagum terhadap pencapaian mereka, terutamanya apabila saya melihat bahawa mutu portal mereka tidak kalah kepada kita di sini, malahan semakin baik. Yang cuma saya hendak adalah untuk menunggang kuda mereka bagi kepentingan portal ini, sebagaimana yang dapat disimpul oleh Che Det.

Menunggang kuda bukannya suatu perbuatan yang malu, sebagaimana yang dituduh oleh Jay. Negara Jepun dapat mencapai keunggulan teknologi di dunia bukan kerana mereka mencipta semula roda. Oleh sebab kejayaan mereka, maksud simpulan bahasa "barang Jepun" telah bertukar-tukar daripada "barang yang buruk atau bermutu rendah" ketika saya bersekolah pada dekad 70-an kepada "barang yang murah tetapi bermutu" pada sedekad dua yang lalu, dengan kini barang Jepun bukan lagi barang yang murah.

Kita harus bersikap terbuka. Setakat kita hanya hendak mendengar apa yang hendak kita dengar tanpa memeriksa kenyataan yang sebenarnya, malahan menolak sebarang yang didengar tak syok, kita tidak akan amat berjaya. Bahasa Inggeris ada satu peribahasa yang berkata, "Keangkuhan datang sebelum kejatuhan". Negara China pernah melalui suatu zaman kegemilangan sehingga apa yang merupakan benda atau perkara luar negeri dianggap tidak penting, malahan tidak baik. Tengok apa yang terjadi kepada negara yang angkuh itu? Kan melutut kepada kuasa-kuasa asing yang jauh lebih kecil seperti Jepun dan Portugal? Daripada suatu bangsa yang paling bangga di dunia, bangsa Cina kemudian menjadi bangsa yang terhina. Yang menyebabkan pemulihan kebanggaan orang Cina di dunia pada hari ini bukannya Mao Zedong yang mengutamakan ketulenan falsafah komunisme tetapi Deng Xiaoping yang bersikap terbuka, sebagaimana yang dapat dilihat dengan jelas daripada pendirian serta prinsipnya: "Tak mengira kucing itu kucing hitam atau kucing putih, asalkan kucing itu boleh menangkap tikus, ia adalah kucing yang baik". — PM Poon 18:56, 5 April 2007 (UTC)[balas]

Rencana bahasa Indonesia

Saya pada mulanya malas menulis di sini kerana lebih suka menyumbang rencana. Bagaimanapun biar saya jelaskan di sini. Saya tidak bersetuju sekiranya rencana Wikipedia Indonesia di salin bulat ke sini di atas dasar berikut:-

  1. Rencana itu sudah ada, tidak perlu digandakan semata-mata mengejar bilangan rencana. Sesiapa yang hendak mencari maklumat yang tiada dalam Wikipedia Melayu boleh merujuk pula ke Wikipedia Indonesia tanpa halangan.
  2. Penyalinan itu tidak menambah ilmu baru, kerana sudah ada di Wiki Indonesia. Di atas alasan sama saya tidak pernah menyalin maklumat bulat-bulat dari laman peribadi saya ke laman Wikipedia Melayu. Sebaliknya saya tulis semula agar semakin bertambah ilmu dalam bahasa Melayu.
  3. Terdapat perbezaan tatabahasa dan ejaan yang akan mengelirukan pengguna bahasa Melayu. Ini akan menjauhkan golongan pelajar yang mungkin merujuk ke laman ini.

Saya tidak pernah mencemburui Wikipedia Indonesia, kerana saya faham bilangan mereka (penduduk) adalah jauh lebih ramai berbanding penutur Melayu lain (Malaysia, Brunei, Singapura dll. Malah saya mula menulis di Internet kerana menyedari terlalu banyak rencana Indonesia berbanding bahasa Melayu. Ini kerana penutur Melayu yang menulis di Internet lebih senang menulis dalam bahasa Inggeris (lihat blog) berbanding Indonesia yang menulis dalam bahasa Indonesia.

Saya tidak lihat jumlah rencana Indonesia sebagai ancaman, kerana semakin banyak rencana dalam famili bahasa Melayu (termasuk Indonesia) semakin kukuh bahasa Melayu secara keseluruhan. Jadinya saya rasa tak perlulah berbual kosong panjang-panjang, kerana buang karan sajeeeee.... Yosri 00:48, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Petikan:

  1. Terdapat perbezaan tatabahasa dan ejaan yang akan mengelirukan pengguna bahasa Melayu. Ini akan menjauhkan golongan pelajar yang mungkin merujuk ke laman ini.

Adakah pernyataan itu suatu putar balik daripada pendirian baru-baru ini, iaitu "Sebenarnya saya lebih cenderung kepada melihat persamaan bukannya kepada perbezaan"? Cepatnya perubahan pendirian dalam tempoh 24 jam 23 minit, hehehe.

Walaupun demikian, nada perutusan itu bukannya nada seorang yang memberikan pendapat peribadi seperti peserta-perserta lain, antaranya Jay, dan Polar. Nadanya perutusan di atas seolah-olah edik empayar atau perintah Maharaja Wikipedia, hehehe. — PM Poon 04:02, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Dakwaan "berbual kosong panjang-panjang" bukannya suatu ungkapan yang bertanggungjawab. Seseorang yang mahir dalam sesi "brainstorming" tidak akan membuat ungkapan sebegitu kerana ia dianggap sebagai suatu jenayah dalam bidang itu. Tambahan lagi, berbeza dengan dakwaan Jay terhadap "plagiarisme" dan perasaan malu yang dapat ditentang dengan fakta-fakta tertentu, dakwaan "berbual kosong panjang-panjang" merupakan suatu "sweeping statement" yang tidak dapat ditentang kerana ia pada dirinya adalah suatu dakwaan kosong. Inikah halaman Kedai Kopi Wikipedia atau halaman peribadi Yosri?

Yosri berkata: "Saya pada mulanya malas menulis di sini kerana lebih suka menyumbang rencana." Siapakah yang memaksanya menyertai perbincangan ini atau dia sendiri yang memilih untuk berbuat demikian. Kalau malas, janganlah tulis. Habis cerita. Sumbanglah rencana sahaja, hehehe. — PM Poon 01:27, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Alamak ada yang berasa hati ke? Maaflah. Maksud saya, berbual kosong adalah matlamatnya tak jelas. Kalau jelas seperti : Patutkan rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu (Ya/Tidak). Itu ertinya "direct to the point". Masaalahnya apakah matlamat sebenar yang sedang dibincangkan?

Berkenaan "putar balik daripada pendirian", saya bukannya buta mengabaikan secara 100% perbezaannya. Perbezaan itu ada, satu fakta, cuma lebihkan penekanan kepada persamaannya. Yosri 04:26, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Nampaknya hanya Yosri tidak faham akan matlamat perdebatan ini, hehehe. Master2841, Polar, Aurora, Jay, dan Che Det kesemuanya faham, maka mereka tidak mengalami sebarang kekeliruan.

Sememangnya, persoalannya ialah "Patutkah rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu?" Akan tetapi jawapannya tidak semudah seperti Ya atau Tidak. Alasan harus diberikan dan untuk memberikan alasan yang berkait, persoalan "Adakah bahasa Indonesia itu bahasa Melayu?" harus dijawab. Jika ya, bahasa Indonesia harus diterima dengan teg yang sesuai seperti yang dikatakan oleh Master2841. Sebaliknya, jika bahasa Indonesia bukannya bahasa Melayu, bahasa itu tidak bolehlah dimasukkan ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Ini sahaja.

Selain itu, persoalan bolehkah perbendaharaan kata Brunei digunakan di sini harus juga diperiksa. Bolehkah perkataan-perkataan seperti abiskita, acai, cacak, cakuk, cangkir dan sebagainya diterima? Jika tidak, ia hanya bermaksud bahawa bahasa Melayu versi Malaysia hanya dapat diterima dalam portal ini dan dengan itu, membuktikan kenyataan saya dahulu yang mengatakan "banyaknya pengguna di sini masih bersikap seolah-olah portal ini ialah Wikipedia bahasa Malaysia, walaupun pada nafas yang sama (in the same breath, hehehe) menafikannya sedemikian."

Tentang perkara dua, mengapakah kita harus menyalin rencana bahasa Indonesia ke dalam portal ini, sedangkan ia tidak bertambah sebarang ilmu dalam bahasa Melayu. Dengan itu, kita kena tanya Wikipedia bahasa Inggeris kenapa mereka menyalin rencana-rencana Ensiklopedia Britannica 1911 secara bulat-bulat. Kita juga kena menanyakan Answer.com juga, hehehe.

Tetapi sebagaimana yang telah saya katakan sebelum penyertaan Yosri selepas kes ini kelihatan sudah tutup, kesemua "ini tidak mustahak. Yang mustahak, jika kebanyakan pengguna Wikipedia bahasa Melayu berasa tak nak masukkan rencana bahasa Indonesia, jangan masukkanlah". Kan saya tidak mendesak? hehehe. — PM Poon 06:38, 6 April 2007 (UTC)[balas]

Saya percaya kedua2 pihak lebih suka menulis rencana dari di sini. Izinkan saya mencelah sedikit. Selain dari perenggan yang dipetik di atas, laman bahasa Melayu juga mengatakan bahawa bilangan penutur bahasa Melayu ialah seramai 20–30 juta (lihat jadual), berbanding 300+ juta jika bersama bahasa Indonesia. Dalam kes ini, mungkin kita boleh bandingkan dengan Klang: bandar atau daerah? Yang mana yang dimaksudkan, bergantung kepada konteks.
Disebut juga dalam perenggan ketiga bahawa "Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau". Itulah asas kepada Wikipedia ini. MABBIM merupakan penjaga bahasa ini, di bawahnya ada Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan Brunei dan Pusat Bahasa Indonesia. Indonesia telah mempunyai Wikipedianya sendiri, jadi yang tinggal hanyalah Malaysia dan Brunei (serta Singapura). Itulah ruang lingkup bahasa di Wikipedia bahasa Melayu ini.
  • Bolehkah kelainan selain Malaysia digunakan di sini? Boleh.
  • Adakah ia patut digunakan? Sekiranya difahami ramai, ya.
  • Patutkah rencana bahasa Indonesia disalin bulat2? Tidak, bahasa Indonesia ada Wikipedia sendiri. ...Aurora... 12:38, 6 April 2007 (UTC)[balas]

Istilah komputer

Seronok saya baca perdebatan ini. Haha. Minta maaf, ini bukan pasal antara bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia, tetapi berkenaan istilah komputer dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mempunyai istilah yang terhad untuk istilah berkaitan komputer. Maka, daripada menunggu sesuatu istilah itu keluar, saya telah mencipta istilah untuk terjemahan dari bahasa Inggerisnya haha. Adakah perbuatan ini salah?(kalau salah.. habislah.. @_@) Kurniasan 10:44, 5 April 2007 (UTC)[balas]

hmn... mungkin lebih bagus jika istilah komputer yang tidak pasti dibiarkan dalam bahasa Inggeris dengan diitalikkan.--Towaru 06:08, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Jika kita hanya membiarkan istilah dalam bahasa Inggeris, kan perbuatan ini lagi teruk daripada membiarkan istilah bahasa Indonesia dalam portal ini? hehehe. Nampaknya ada sedikit tenaga lagi untuk menyertai persoalan ini.

Sebenarnya, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyediakan Senarai kaedah pengejaan istilah pinjaman bahasa Melayu supaya perkataan bahasa Inggeris dapat ditukarkan menjadi istilah bahasa Melayu yang sah. Malangnya, saya tidak siapkan rencana tersebut kerana malas. Tiada alasan lain yang sebenar, hehehe. Untuk rencana sepenuhnya, sila lihat rencana asli Dewan Bahasa.

Bagaimanapun, jadual itu masih tidak menyeluruh walaupun ia amat baik. Umpamanya, perkataan-perkataan seperti Asterales dan Asteraceae masih menimbulkan setakat kekeliruan kerana Dewan Bahasa tidak mempunyai sebarang istilah tersebut dalam Kamus Karyanet mereka. Patutkah "s" dalam Asterales dikekalkan, dan bolehkah Asteraceae diubah menjadi Asteraseae?

Dewan Bahasa baru-baru sahaja memasukkan istilah untuk cache ke dalam kamus mereka. Sebelum itu, perkataan itu telah menimbulkan banyak masalah, dengan pertikaian dengan Aurora pada awal tahun 2006, hehehe. Bagaimanapun, Dewan Bahasa kini telah memberikan terjemahan sebagai ingatan para dalam Kamus Istilahnya.

Yang mengelirukan adalah bahawa sebilangan perkataan bahasa Inggeris telah diterima secara bulat-bulat oleh Dewan Bahasa walaupun ia boleh diubah supaya menepati jadual yang disediakan (khususnya istilah botani dan zoologi). Selain itu, hukuman D-K juga banyak kali dicabuli dengan perkataan-perkataan seperti "Roman Katolik" dan bukannya "Katolik Rom". Tambahan pula, "Holy Roman Empire" diterjemahkan sebagai "Empayar Rom Holy" dan bukannya "Empayar Rom Suci".

Yang mengelirukan ialah nama khas. Mengapakah China tidak boleh dieja seperti Cina supaya menepati jadual yang disediakan, sedangkan Chimpanzee dieja Cimpanzi. Mengapakah kita harus mengikut bahasa Inggeris untuk nama negara? Jika saya tidak silap, kekeliruan itu ditimbulkan oleh China semasa lawatan Tun Razak ke sana pada tahun 1974. Negara China telah memintanya supaya nama China dikekalkan ejaannya sebagai China dan bukannya Cina. Adakah permintaan itu wajar? Tak hormatkah negara China kepada kedaulatan bahasa Melayu? hehehe. Indonesia memanggil negara China sebagai Tiongkok, bahasa Afrikaan memanggilnya Volksrepubliek van Sjina, dan sebagainya. Namun kenapa nama negara China tidak boleh ditulis sebagai Cina supaya menepati ejaan bahasa Melayu? Bolehkah Malaysia mendesak China supaya menulis nama Malaysia sebagai "Malaysia" atau مليسيا dan bukannya 马来西亚 ? hehehe. — PM Poon 07:37, 6 April 2007 (UTC)[balas]


Ah.. mengambil terus dari bahasa inggeris atau ubah sedikit pada ejaannya adalah salah satu sebab bahasa melayu kurang berkembang.. bahasa melayu mempunyai banyak perkataan yang jarang digunakan.. perkataan-perkataan itu boleh kita jadikan sebagai satu istilah untuk sesuatu bidang.. dengan ini dapatlah bahasa melayu ini berkembang..


Benar cakap anda. Perkara itu juga dirungut, khususnya oleh Maimunah serta ahli-ahli bahasa Melayu yang lain yang mengeluh tentang kehilangan daya cipta para ahli bahasa Melayu. Akan tetapi anda bukannya penganjur bahasa Melayu yang rasmi atau sah, hehehe. Namun kena ikutlah arah aliran utama. Kalau tidak, anda mungkin akan menjadi orang yang tunggal yang menggunakan istilah yang anda cipta dan ini akan ditolak oleh masyarakat Melayu sebagai bukan istilah bahasa Melayu yang sah, hehehe. — PM Poon 10:33, 6 April 2007 (UTC)[balas]

Saya ingat, kalau tak silap, orang China memanggil Malaysia sebagai Malixia atau Malaya. Mungkin juga, kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa lembut (kalau saya tak silap), maka, sebagai contoh sebutan Roman Katolik -- dipilih/digunakan kerana mempunyai irama yang baik, bukan? Bahasa Melayu juga mempunyai mazhab-mazhab tertentu, tapi saya tak pasti tentang hal ini, kalau berminat boleh kaji tentang mazhab-mazhab Bahasa Melayu ini. Mengapa tidak Empayar Suci Rom?--Tearfate 03:15, 8 April 2007 (UTC)[balas]


pada saya ejaan china dan cina satu benda yang berbeza..cina mekambangkan kaum cina manakala china melambangkan negara china.. 60.49.82.136 16:01, 30 April 2007 (UTC)[balas]

Perbezaan antara perdebatan dan pengundian

Saya mendapati bahawa terdapat setakat kekeliruan terhadap pemahaman antara perdebatan dan pengundian apabila Yosri berkata: "Kalau jelas seperti : Patutkah rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu (Ya/Tidak). Itu ertinya "direct to the point"."

Dari segi pengundian, seseorang yang berlayak mengundi hanya diperlukan memberi pendiriannya tanpa mengemukakan sebarang alasan. Mungkin alasan-alasan yang mendasari pendiriannya itu munasabah atau tidak, tetapi itu tidak mustahak. Selain itu, perasaan peribadi serta sikap berat sebelah juga boleh diterima untuk mencapai keputusan.

Sebaliknya, perdebatan juga bertujuan untuk mencapai pemahaman, selain daripada keputusan. Kekadangnya, keputusan tidak sepenting dengan pengundian. Seseorang mungkin membantah sesuatu pendirian pada mula-mulanya kerana pendiriannya berdasarkan fakta-fakta yang salah ataupun tidak lengkap. Maka dengan mendengar alasan-alasan yang dikemukakan oleh para peserta yang lain, seseorang mungkin akan mengubah pendiriannya yang asal. Umpamanya, Jay mengubah pendiriannya terhadap pelucutan jawatan Ychmatematik selepas mendengar alasan-alasan yang saya kemukakan di halaman Wikipedia: Penyelia, walaupun itu merupakan suatu pengundian dan bukannya suatu perdebatan. Kalau dia tidak mengubah pendiriannya selepas menyedari "kesilapan"nya, dia tidak salah juga kerana itu hanya merupakan sebuah pengundian.

Walaupun demikian, saya harus berkata bahawa perubahan pendirian bukannya sesuatu yang dapat dicapai dengan mudah. Ia memerlukan setakat rendah hati yang banyak orang tidak mempunyai. Banyaknya yang akan menekan minyak sahaja walaupun mereka sedar akan kesilapan mereka. Mereka tidak akan mengaku salah kerana keangguhan. Keangguhan adalah sesuatu yang tidak dapat diatasi dengan mudah. Dalam suatu perdebatan di USM, adik Lim Chong Yu (namanya saya terlupa tetapi dia seorang arkitek) dengan angkuhnya berkata: "I agree with you only because you agree with me ".  Mungkin kenyataannya itu bertujuan untuk dijadikan suatu jenaka tetapi jika demikian, dia kelihatan gagal dengan begitu teruk kerana wajahnya mengesahkan keangkuhannya. Tetapi peserta-perserta semacam ini memang licik. Jika dituduh, dia memang akan bercakap bahawa dia hanya berjenaka dan kamu terlalu peka, sebagaimana dengan salah seorang penyelia di portal ini yang kini mungkin akan mengalami takdir yang dialami oleh Ychmatematik. Oleh itu, Jay ialah salah satu spesies yang amat luar biasa.

Berdasarkan pengalaman saya dalam forum-forum internet, saya benar-benar tidak pernah menemui seorang seperti Jay. Ini bukan cakap bohong. Umpamanya, tahukah anda tentang perdebatan yang begitu hebat pada pertengahan tahun 2006 (atau sekitarnya) terhadap hak cipta gambar akhbar yang ditentang dengan begitu hebat oleh John MK Lee dan Yosri. Adakah mereka pernah mengaku kesilapan pendirian mereka setakat ini, walaupun halaman Muat Naik kini nyata merangkumi banyak pilihan, termasuknya "Kegunaan adil" yang membenarkan gambar akhbar digunakan, dan bukannya Perlesenan GNDL sahaja. Saya bukannya cakap bohong kerana adanya Nixon files di Arkib Kedai Kopi yang dapat membuktikan apa yang saya kata.

Selain itu dalam sesuatu perdebatan, perasaan serta sikap berat sebelah tidak boleh ditunaikan. Semua pendirian harus berdasarkan fakta dan alasan. Tanpa fakta atau alasan yang munasabah, sesuatu pendirian akan ditewaskan dengan begitu teruk. Inilah perbezaan yang paling besar antara perdebatan dan pengundian. Oleh sebab itu, tajuk seperti: "Patutkah rencana Wiki Indonesia disalin ke laman Wiki Melayu (Ya/Tidak)" tidak boleh digunakan untuk perdebatan, hanya untuk pengundian.

Tambahan pula, seseorang penganjur yang memulakan sesuatu perdebatan mungkin juga akan mengubah pendiriannya selepas mendengar alasan-alasan dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh para peserta. Kekadang juga, suatu keputusan yang lebih baik akan muncul daripada perdebatan itu yang awal-awal tidak pernah difikir oleh sebarang penyerta, termasuk penganjur pada dirinya. Inilah manfaat perdebatan, bukannya untuk mengukuhkan keangkuhan atau pendirian peribadi. — PM Poon 22:18, 6 April 2007 (UTC)[balas]



Bahaya ni. Saya rasa ini tidak akan ke mana-mana pun. Satu, jika Bahasa Indonesia dimasukkan ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu, mungkinkah lebih bagus kita merge sahaja Wikipedia Bahasa Indonesia ke dalam Wikipedia Bahasa Indonesia. Dua, jika Bahasa Indonesia tidak diterima masuk ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu, Saya bercadang agar Wikipedia Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia (Mengunakan Bahasa Melayu Malaysia). Tiga, kita biarkan saja artikel berbahasa Indonesia dan akan diperbaiki kedalam Bahasa Melayu Malaysia. Empat, kita tak sepatutnya, bertengkar pasal hal ini, kerana boleh diselesaikan dengan mudah. Lima, Bahasa Indonesia mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri, bukankah Bahasa Indonesia diasingkan daripada Bahasa Melayu walaupun Bahasa Indonesia diambil berasaskan Bahasa Melayu?--Tearfate 23:24, 7 April 2007 (UTC)[balas]


Terima kasih Tearfate.

Cadangan pertama, iaitu penggabungan Wikipedia Bahasa Melayu dengan Wikipedia Bahasa Indonesia pernah dicadangkan dahulu dan ditolak. Ketika itu, saya juga tidak bersetuju dengan langkah itu kerana masih tidak banyak faham tentang bahasa Indonesia. Selain itu, komuniti Wikipedia Bahasa Indonesia sekarang mungkin tidak akan bersetuju kerana mereka kini dah kaya, hehehe. Hanya apabila kedua-dua portal serupa hampir mati bahawa cadangan ini boleh direalisasikan. Inilah sifat manusia yang sebenar.

Cadangan kedua, iaitu Wikipedia Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia (atau Bahasa Melayu Malaysia) juga pernah saya cadangkan. Sebenarnya, pertikaian saya amat berkait dengan nama portal ini sebagai "Wikipedia bahasa Melayu". Pada dasarnya, perdebatan saya adalah perdebatan tentang takrif "bahasa Melayu" dan apakah maksud yang sebenarnya. Bagaimanapun, cadangan anda ini juga ditolak kerana ia dikatakan akan "memulaukan" orang-orang Brunei dan Singapura, antara lain jika ada. Walaupun demikian, pada dasarnya kita tidak boleh menafikan bahawa Wikipedia Bahasa Melayu sebenarnya ialah Wikipedia Bahasa Malaysia. Bagi saya, nama ini lebih tepat kerana ia "memanggil penyodok sebagai penyodok" (to call a spade a spade ) dan bukannya "alat pertanian" seolah-olah ia merupakan mesin bajak. Tetapi nama yang paling tepat ialah Wikipedia Bahasa Melayu Inggeris, hehehe. Mungkin nama ini lebih dapat diterima oleh mereka yang pernah dijajah oleh Empayar British.

Cadangan ketiga anda ialah kita biarkan saja artikel berbahasa Indonesia ke dalam portal ini. Kan inilah intipati perdebatan terkini? Tidurkah anda? hehehe. Kan inilah yang saya cuba mendesak, dengan mengemukakan alasan-alasan yang panjang lebar serta membuat setakat penyelidikan? Walaupun demikian, teg yang sesuai harus dibubuh kerana saya tidak menafikan bahawa bahasa Indonesia ada sedikit perbezaan dengan bahasa Melayu Malaysia.

"Cadangan" keempat dan kelima anda bukannya cadangan tetapi pernyataan. Walaupun demikian, kenyataan anda yang kelima ialah Bahasa Indonesia mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan oleh itu diasingkan daripada Bahasa Melayu Malaysia. Bukankah bahasa Brunei juga mempunyai ciri-ciri tersendiri, dengan setiap masyarakat yang menuturkan bahasa Melayu di luar Malaysia mempunyai ciri-ciri masing-masing kecuali orang Melayu Singapura yang pada asalnya sebenarnya adalah orang Melayu Malaysia juga. Sebenarnya, setiap negeri di Malaysia juga mempunyai ciri-ciri tersendiri, termasuk juga golongan tua dan golongan muda, seperti yang dikemukakan oleh Yosri. Selain itu, setiap penulis juga mempunyai ciri-ciri tersendiri, termasuk ejaan tempoh, tempuh, pentakbiran dan sebagainya, walaupun mereka berasal setempat, hehehe.

Dengan ketiga-tiga cadangan anda ternyata telah ditolak lebih dahulu oleh para pengguna portal ini, adakah perkara ini masih boleh diselesaikan dengan mudah, hehehe? Sebenarnya, kita bukan bertengkar. Kita cuma mengemukakan alasan (bukan cakap kosong atau hanya mengajukan cadangan/pendirian tanpa memberikan sebarang asas), akan tetapi sifat perkauman atau nasionalisme (Malaysia lwn Indonesia) terlalu kuat. Walaupun demikian, saya percaya bahawa perdebatan ini telah tutup dengan beres pada 4 April ketika saya menyerah kalah dan perutusan anda kedapatan di luar pintu perdebatan, hehehe. — PM Poon 00:45, 8 April 2007 (UTC)[balas]

Bahasa Melayu Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei lebih kurang sama sahaja. Manakala Bahasa Indonesia berbeza (sangat), bagi saya sekalipun yang telah menggunakan Bahasa Melayu sejak lahir masih lagi kurang memahami Bahasa Indonesia, ini hanyalah pendapat saya! Yang selebinya korang teruskan sahaja.--Tearfate 02:53, 8 April 2007 (UTC)[balas]


Hai Tearfate. Sebenarnya saya dahulu pun berasa begitu dengan Bahasa Indonesia. Saya langsung tidak faham akan apa yang ditulis apabila saya membaca rencana bahasa Indonesia tetapi kemudian, saya tidak lagi berasa sedemikian apabila penguasaan bahasa Melayu menjadi lebih baik. "Lebih baik" tidak bermaksud sudah baik, hehehe. Masih banyak yang kena saya belajar dalam bahasa Melayu. Bagi saya, saya masih tidak faham tentang bahasa Melayu Kelantan. Buat masa ini, saya berasa bahasa Indonesia lebih rapat dengan Bahasa Malaysia, berbanding dengan bahasa Kelantan asli, hehehe. Mungkin pendedahan kepada sesuatu bahasa menyebabkan sikap yang berlainan. Walaupun demikian, ini tidak lagi mustahak. Pintu perdebatan tentang persoalan adakah rencana bahasa Indonesia boleh diterima sebagai salah satu rencana bahasa Melayu telah tutup dan kita kedua-dua kelihatan di luar pintu perdebatan. — PM Poon 20:08, 8 April 2007 (UTC)[balas]

Tolong!! Tolong saya terjemahkan...

Saya seorang pengguna yang agak baru di sini, tetapi telah membuat sebanyak 214 sumbangan di Wikipedia Bahasa Inggeris. Saya pernah memindahkan beberapa rencana dari sana ke sini, tapi mengharapkan anda semua dapat menolong saya. Sila Lihat sini. Terima kasih! --Edmundkh 17:44, 7 April 2007 (UTC)[balas]


Amboiiiiiiii!!! Terlalu banyak sehinggakan kerbau pun mati! hehehe. Pilihlah satu dua yang paling penting bagi anda dan mungkin saya boleh membantu. Kalau nak semua, bukan sahaja kerbau yang mati, saya akan turut mati jika saya membantu anda, hehehe. — PM Poon 21:47, 8 April 2007 (UTC)[balas]

Pusingan kedua dengan Polar Bear

Hi Polar, anda berkata pada 14:54, 3 April 2007 (UTC):

Dengan ini, saya ingin membawa kembali usul saudara PM Poon yang agak tidak bersetuju akan rencana yang disalin daripada bahasa Indonesia untuk dipadam. Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa rencana yang dipadam (oleh saya) adalah salinan 100% sehingga pautan "imej" masih tertulis "gambar" dan pautan ke bahasa Indonesia masih tiada. Sangat jelas ia salinan 100%.

Adakah perkataan "gambar" itu bahasa Melayu atau bahasa Indonesia? hehehe. Bukan nak cari gaduh, tetapi sekarang saya cuba mengalihkan seberapa banyak rencana Wikipedia bahasa Indonesia yang boleh ke portal ini, dan jika sesiapa boleh tolong membenarkan perkataan "gambar" digunakan sebagai lagi satu pilihan kepada "imej" dan "image", ini akan memudahkan kerja saya. Walaupun demikian, saya cuma akan mengalihkan rencana yang berkait dengan negara Indonesia sahaja kerana masih cinta akan menterjemahkan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. — PM Poon 01:32, 8 April 2007 (UTC)[balas]

Semua perkataan yang boleh digunakan dalam peperiksaan SPM, PMR atau Kertas Julai Bahasa Melayu, atau perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah bahasa Melayu, bukan?--Tearfate 02:57, 8 April 2007 (UTC)[balas]

Berkenaan dengan "gambar" dan bkan "imej" tu, tiada kaitan dengan penggunaan bahasa tetapi KEMALASAN pengguna tersebut kerana kalau nak salin pun, jangan la sampai perkara kecil ditinggalkan. Nasib baik kita menggunakan "imej" kerana dengan penggunaan perkataan itu, kita boleh mengetahui pengguna yang mana menyalin sebulat-bulatnya dari Wiki Indonesia. — Polar 04:24, 8 April 2007 (UTC)[balas]

Polar, anda berkata: "Nasib baik kita menggunakan "imej" kerana dengan penggunaan perkataan itu, kita boleh mengetahui pengguna yang mana menyalin sebulat-bulatnya dari Wiki Indonesia."

Kesimpulan daripada kenyataan anda itu ialah jika tiadanya penggunaan istilah "imej", maka tidak tahulah kita bahawa sesuatu rencana itu disalin sebulat-bulatnya dari Wiki Indonesia. Adakah ini juga bermaksud bahawa rencana bahasa Indonesia tidak berbeza daripada rencana bahasa Melayu, kecuali melalui adakah gambarnya dapat dipamerkan? Atau sebaliknya, jika saya menggunakan ciri "replace with" dalam Microsoft Word untuk menggantikan perkataan "gambar" dengan perkataan "imej", maka rencana itu sekarang boleh diterima?

Setakat boleh naik motosikal, kenapa nak menunggang basikal? Adakah penggunaan motosikal membayangkan KEMALASAN? Mengapakah istilah "gambar" tidak boleh digunakan, sedangkan ia adalah istilah bahasa yang tulen, manakala "imej" lebih sesuai digunakan untuk gambar maya. Kini, banyak perkataan bahasa Inggeris telah diutamakan walaupun adanya istilah bahasa Melayu yang asli, umpamanya "organisasi" untuk pertubuhan, "mengaplikasikan" untuk menggunakan dan sebagainya.

Selain itu, saya juga melihat anda baru-baru ini telah menghapuskan banyak rencana berkenaan dengan siri Islam dalam negara kerana penterjemahannya tidak lengkap sehingga ada yang diterjemahkan sehingga 30% juga dihapuskan. Sehingga kita dah kenyang seperti Wikipedia bahasa Inggeris, kita bolehlah berbuat demikian, tetapi setakat kita masih bersusah-susah hendak memperoleh lebih banyak sumbangan, saya berasa rencana-rencana yang melebihi 3 ayat bahasa Melayu harus dikekalkan dengan bahagian dalam bahasa asing disembunyikan dan teg stub dibubuh (jika nak), sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Yosri. Kan ini rencana masyarakat dan bukannya rencana peribadi yang mana seseorang harus menyiapkan sesuatu rencana pada keseluruhannya? (Walaupun begitu, yang dah veteran dan berwibawa seperti Yosri, Aurora, Master2841, Polar, Che Det, dan sebagainya, hak istimewa ini tidak diberikan, hehehe. Nampaknya, sayalah yang bercanggah dengan diri sendiri.) Adakah kerja yang diperlukan untuk menyembunyikan bahagian bahasa asing jauh lebih susah daripada menghapuskannya yang memang senang dan errrrr... merupakan kemalasan, hehehe. (Ini bukannya kutukan. Sebaliknya, saya berasa anda memang banyak rajin menjalankan tugas penyelia pada hari-hari kebelakangan ini dan percanggahan ini hanya merupakan percanggahan pendapat, bukannya lain.) Sememangnya penulis asal harus sendiri menyembunyikannya tetapi terdapat berjenis-jenis orang dalam sebuah masyarakat. Yang harus diutamakan ialah kepentingan portal, dan kepentingan portal sekarang ialah untuk memperoleh seberapa sumbangan yang mungkin. (Nampaknya, saya sekali lagi menembak diri dengan bercanggah dengan diri sendiri, hehehe.)

Saya kelihatan sedang mengejar bilangan rencana, tetapi setakat mencapai beberapa ribu rencana dalam portal ini bagi saya tidak mustahak. Saya memang berasa banyak bosan dan kecewa apabila saya melihat banyak pautan merah dalam portal ini sehingga beberapa rencana baru yang saya menyumbangkan kelihatan hampir tiada pautan biru. Inilah sebabnya mengapa saya mengejarkan bilangan, hehehe. Kedua-dua perkara ini kelihatan saling berkait. — PM Poon 20:41, 8 April 2007 (UTC)[balas]

Berapa amaran lagi?

Ada apa-apa saranan yang perlu dibuat kepada Fantastic4boy yang sering menyalin rancana daripada wikipedia lain (Inggeris, Indonesia, dan Belanda/Jerman) tetapi menukar/menterjemah tidak sampai 10%? — Polar 06:17, 8 April 2007 (UTC)[balas]

Sekat sahaja kalau dia masih meneruskan lagi perlakuannya itu. — Master2841 06:36, 8 April 2007 (UTC)[balas]

Bagi saya, terimalah apa yang diterjemahkan, dan sembunyikan yang lain. Sumbangannya memang tidak sempurna, tetapi adalah jauh lebih baik daripada mereka yang tidak menyumbang. — PM Poon 21:28, 8 April 2007 (UTC)[balas]


Tapi kalau menyumbang seperti itu akan membuatkan wikipedia bahasa melayu menjadi wikipedia bahasa rojak.. haha.. jadi, lebih baik tidak menyumbang.. mahukan kuantiti rencana yang banyak tetapi tidak berkualiti, baikkah kalau macam itu. tentu sekali tidak. kalau mengambil rencana dari bahasa lain, terjemahkannya sampai habis (tetapi tidak bulat-bulat). Kalau tidak dapat, minta bantuan yang lain.. saya lihat wikipedia bahasa melayu ini semacam 'kotor'. Jadi elakkan pencemaran. :) Kurniasan 00:23, 9 April 2007 (UTC)[balas]


Saya terlalu sibuk kebelakangan ini dan terkejut melihat debat bahasa campuran ini semakin hangat :) Saya bersetuju dengan Kurniasan . Bagi saya, biarlah kita tak ada rencana daripada menjadi wikipedia rojak. Apabila saya buat terjemahan, saya menulis dalam Microsoft Word dan meletakkan terjemahan di dalam rencana saya perenggan demi perenggan yang sudah diterjemahkan. Memang kerja macam itu susah dan lambat tetapi ianya adalah lebih baik dari menyalin 100% dan membuat terjemahan di dalam Wiki sendiri. Sementara kerja terjemahan tak siap, rencana itu nampak kelakar. Tetapi saya nampak Fantastic4boy bukan buat 100% terjemahan. Dia menyalin semua dari rencana bahasa asing ke dalam Wiki Melayu dan menukarkan berberapa baris ayat sahaja. Bukan satu rencana, malah terlalu banyak. Saya rasa Fantastic4boy perlu diberitahu agar tidak berbuat sedemikian lagi. Saya yakin beliau membaca apa yang kita tulis di sini. Saya sedar terjemahan saya pun bukanlah amat bagus (bahasa melayu saya ini berkarat sikit) tetapi saya mencuba untuk "memelayukan" apa yang saya terjemahkan kecuali beberapa perkataan "Itali" yang memang tak boleh dimelayukan (Rencana-rencana saya berkisar kepada Opera dan yang berkaitan dengannya). Polar, saya harap anda meneruskan kerja memadam atau sembunyikan bahasa bukan melayu di dalam rencana-rencana di sini. Bila saya ada kelapangan (selain dari menghabiskan terjemahan yang sedang saya buat), saya akan meletakkan teg-teg untuk rencana "separa" Melayu. - Jay 02:04, 9 April 2007 (UTC)[balas]

Pertolongan terjemahan

Saya sedang memberi terjemahan untuk Google berbahasa Melayu. Saya ingin meminta pendapat terjemahan perkataan-perkataan Inggeris berikut. Walaupun ini wikipedia bukan google, tapi perbincangan ini mungkin boleh meleraikan beberapa confusion di dalam penggunaan perkataan.

Chat
Conversation

Perkataan-perkataan ini mungkin biasa didengar jika anda pernah menggunakan Gmail. Chat dan Conversation bukanlah sama. Chat adalah perbualan terus manakalah conversation di dalam Gmail adalah gabungan item yang diterima, iaitu emel dan chat. Bagaimana nak menterjemahkan kedua-dua ini? Bagaimana pula Chat Client diterjemahkan? Pening dibuatkan saya.--Zack2007 15:20, 12 April 2007 (UTC)[balas]

emel dan chat, ergh.. perbualan secara emel? .. chat client.. klien perbualan? conversation ialah perbincangan, kan?--Tearfate 16:21, 12 April 2007 (UTC)[balas]


Pada pendapat saya,

  • Conversation = Perbualan (Satu corak bahasa untuk kegunaan formal)
  • Chat = Lebih kepada perbualan tidak formal atau kasual, Chat ialah dari kata pendek "chit-chat"

Contohnya:

  • Formal letter : Based on our conversation over the phone earlier, I would like to ....

We cant write like this in the formal letter or conversation: "Based on our chit-chat over the phone earlier, I would like to ....

  • Informal/casual conversation: "Hey, I chat with that cute lady over the phone last night" (informal)
  • (Formal and polite) :I had a useful conversation with that beautiful lady, last night

But we can say "I met the girl in the "chatroom"" in the formal discussion/conversation because the "chatroom" refers to the specific place/location such as IRC.

Saya ni bukan pakar bahasa tetapi kebiasaannya "chat" tidak digunakan di dalam buku sekolah atau majalah-majalah akademik, surat rasmi atau mesyuarat formal. - Jay 01:37, 13 April 2007 (UTC)[balas]

-- Chat = berBual
Conversation = berBincang.

Juga:- Cakap, bual, kecek, bincang, berramah-tamah, omong, bicara, berhubung. Yosri 01:44, 13 April 2007 (UTC)[balas]


  • Conversation = perbualan
  • Chat = sembang
  • Chat client = pelayan sembang

Terima kasih atas input-input anda semua. Ini adalah ringkasan

Chat

  • Bear in minds, chat ini selalunya merujuk kepada chatting secara tidak formal, seperti menggunakan IRC, Yahoo Messenger, MSN, Gtalk. Oleh itu, cuba pasangkan dengan perkataan2 yang digunakan bersama chat, seperti Chatroom, Chat client, Chatting tools, Offline Chat, Chatting buddies, dll.
  • Oleh itu,
    • Chat = Bual, borak (kalau merujuk linguamatix (kamus dewan online), bincang, sembang, omong, bicara, berhubung.
    • Chat client = Klien perbualan,pelayan sembang, pelayan perbualan?
    • Bila dilihat semua ini, saya rasa Chat lebih dekat dengan perkataan bual. Perbualan selalunya merujuk kepada percakapan tidak formal. Perkataan Sembang, borak, omong tidak sedap didengar apabila dipasangkan dengan bilik, alat, etc (that is, Alat borak, Alat sembang, Bilik berborak, Bilik sembang Vs. Alat berbual, Bilik perbualan).

Conversation

  • Benar, conversation merujuk kepada percakapan formal dan skopnya lebih luas. Di dalam konteks Gmail, Conversation merupakan percakapan-percakapan yang berlaku di dalam mel, iaitu termasuk Chat dan Emel.
  • Oleh itu,
    • Conversation = perbualan, perbincangan (juga rujukan linguamatix).
    • Saya lebih incline untuk memilih Bincang. Alasan saya, perbincangan adalah lebih luas skopnya. Contoh ayat yang perlu diterjemahkan nanti, The conversation has been labelled "Personal". Oleh itu, terjemahannya adalah Perbincangan ini telah dilabel "Peribadi". Ia tidak sesuai untuk menggunakan perbualan dalam konteks ini, bukan?

Sila beri lebih banyak lagi input atau cadangan lain yang mungkin lebih baik. Terima kasih --Zack2007 04:32, 13 April 2007 (UTC)[balas]

Rujuk karyanet.com.my untuk alternatif lain, dan juga kamus-kamus tertentu.--Tearfate 12:49, 13 April 2007 (UTC)[balas]

Chat~ borak, chit-chat~ borak-borik, chatting~ berborak
Conversation - perbualan
Chat mungkin merujuk kepada perbualan yang ringkas, manakala conversation adalah lebih panjang. Sekadar pendapat. Kurniasan 06:02, 14 April 2007 (UTC)[balas]

Permintaan agak Wiki bahasa Melayu ditukar nama kepada Wiki Bahasa Malaysia

Hari ini hari sabtu, bila saya duduk seorang diri memikirkan perdebatan panjang lebar di atas, saya mula terfikir. Untuk selesaikan masalah, kita mesti melihat kepada "sumber" atau "akar" masalah ini - mengapa masalah ini boleh terjadi. Sebenarnya untuk menyelesaikan masalah "bahasa indonesia di dalam wiki bahasa melayu" adalah mudah. Jikalau semua orang masih ingat, masa saya mula-mula menyertai Wikipedia, soalan saya “Mengapa kita namakan Wiki bahasa Melayu dan bukan Wiki bahasa Malaysia?”

Bahasa Melayu ialah rumpun bahasa bukan milik sesebuah negara. Bahasa melayu boleh juga dianggap bahasa orang melayu singapura, orang melayu thai, orang brunei dan juga bahasa orang Indonesia. Jadi saya tak terkejut dengan perdebatan dan kekeliruan begini. Saya boleh nampak di masa akan datang, kita semua akan berdebat lagi mengenai “mengapa ada bahasa Indonesia dalam wiki kita?” (Sebenarnya saya SALAH kalau saya kata ini Wiki “kita” sebab ini bukan Wiki bahasa Malaysia). Bak kata "omputih", this is a never ending story. Kalau kita nak "end it", kita kena buat sesuatu.

Cuba fikir, orang Indonesia memanggil Wiki mereka sebagai Wiki bahasa Indonesia, sebab pemikiran dan pandangan mereka tepat apabila mereka mahu hanya “bahasa” mereka di dalam Wiki bahasa Indonesia. Jadi mengapa kita mesti memanggil wiki kita sebagai Wiki bahasa Melayu? Bahasa mereka pun di dalam rumpun melayu juga.

Dan kita adalah SALAH, kalau kita mahu bahasa kebangsaan kita diletakkan di dalam Wiki bahasa melayu sebab Wiki bahasa Melayu bukan Wiki Bahasa Malaysia.

Sebagai seorang dewasa dan juga seorang rakyat Malaysia, saya mahu kita bincangkan isu ini dan buat keputusan, sebab saya rasa, sudah sampai masa untuk kita putuskan nama betul untuk Wiki “kita” ini. Bahasa yang saya gunakan untuk komen ini ialah BAHASA MALAYSIA dan ianya bukanlah 100% bahasa melayu sebab saya tidak menggunakan rumpun bahasa melayu yang lain – maksudnya, saya tidak gunakan dialek jawa atau Indonesia dll.

Saya ulang sekali lagi jikalau orang Indonesia boleh menamakan Wiki mereka sebagai Wiki Bahasa Indonesia walaupun bahasa mereka tergolong dalam rumpun melayu, mengapa kita tak boleh panggil wiki “kita” sebagai Wiki Bahasa Malaysia?

PS- Terpulanglah kepada semua orang untuk fikirkan, tetapi jikalau anda semua fikir secara logik… ini Wiki Melayu bukan Wiki bahasa Malaysia. Dari segi undang-undang, adalah tidak salah untuk menulis menggunakan dialek rumpun melayu. Jadi apakah kesudahannya nanti, kalau ada bahasa jawa, Indonesia, selatan thai dll dalam Wiki ini? Saya TIDAK mahu Wiki Melayu menjadi Wikipedia Rojak sebab buat masa ini, itu adalah nama yang tepat sebenarnya - Wiki Bahasa Rojak melayu!

Bagi menyelesaikan masalah ini untuk masa-masa akan datang (once and for all), sekali lagi saya buat rayuan dan permintaan, tolong tukarkan nama Wiki ini kepada Wiki Bahasa Malaysia. Saya boleh bagi jaminan, dengan pertukaran nama, tak ada siapa yang boleh berdebat mengapa kita PADAM bahasa Indonesia dari Wiki ini. Terima Kasih. -Jay 10:21, 14 April 2007 (UTC)[balas]


Tambahan : Saya harus katakan bahawa saya tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah orang untuk mengejar “ranking” tanpa pedulikan kualiti atau bahasa rojak. Bukannya kita akan dapat “award” kalau kita di tempat nombor satu pun dan apa ertinya di tempat pertama kalau sebenarnya kerja-kerja itu semuanya rojak? Apa yang baik ialah rencana berkualiti, walaupun hanya sedikit. Tolonglah hentikan kerja “mencedok” rencana orang lain. Ramai orang di sini puji rencana dalam Wiki bahasa Indonesia, jadi saya buatlah sedikit “inspection”. Saya dapati, kebanyakan rencana mereka adalah “rencana pendek” berbanding dengan rencana di dalam Wiki kita. Jadi walaupun rencana mereka lebih banyak, dari segi kualiti dan kerja keras, saya lebih menghormati penulis-penulis kita (kecuali penulis yang cedok tanpa terjemahan atau sedikit saja terjemahan). - Jay 10:39, 14 April 2007 (UTC)[balas]

Saya sudah beberapa hari mengikuti pembicaraan yang dilakukan pada halaman ini dan saya anggap pembicaraan ini sungguh menarik. Saya tidak akan bicara panjang lebar dan hanya mau menyatakan bahwa gagasan yang dikemukakan oleh Jay ini sebenarnya patut untuk dipertimbangkan atau paling tidak dipikirkan. Sebab memang bahasa Melayu itu luas cakupannya. Bahasa Indonesia juga bahasa Melayu, tapi juga bahasa Betawi, bahasa Melayu Ambon, bahasa Melayu Manado dan sebagainya. Bahkan ada yang memasukkan bahasa Minangkabau sebagai sejenis bahasa Melayu pula. Di sisi lain bahasa Jawa bukanlah bahasa Melayu ataupun dialek bahasa Melayu meskipun masih berkerabat.

Saya juga setuju dengan pendapat Jay bahwa kualitinya ms: dalam banyak rencana memang lebih baik daripada dalam Wikipedia bahasa Indonesia, terutama tulisan Yosri, Dekoelie, Aurora, Poon dan lain-lain yang saya lupa. Tahniah untuk hal ini! Namun Wikipedia bahasa Indonesia dalam banyak artikel lainnya juga tidak buruk kualitinya. Mungkin jika Wikipedia Melayu yang sekarang ini diubah menjadi Wikipedia bahasa Malaysia seiring dengan bahasa Indonesia siapa tahu di masa depan ada Wikipedia "Payung" yang berada di atas Melayu dan Indonesia. Kira-kira idenya mirip dengan Wikipedia bahasa Serbo-Kroasia di samping Wikipedia bahasa Bosnia, Kroasia dan Serbia. Baiklah sekian saja dan terima kasih banyak atas perhatiannya. Salam. Meursault2004 13:02, 14 April 2007 (UTC)[balas]

pada pendapat diatas (hasil perbincangan sebelum ini), Kalau wiki bahasa Melayu ditukarkan kepada bahasa Malaysia, hal ini tidak adil kepada orang Brunei dan orang Singapura kerana mereka juga mengunakan bahasa Melayu. Untuk pengetahuan, Bahasa Melayu digunakan sangat luas di nusantara dan seluruh dunia, tetapi lebih berfokus di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Selatan Thailand, Timur leste, Kemboja dan Vietnam (dalam pelajaran Agama Islam) dan adakalanya Selatan Filipina.

Untuk tidak merumitkan keadaan, lebih baik kita membuat satu polici iaitu, wikipedia bahasa Melayu hanya menggunakan piawaian Bahasa Melayu Malaysia, bukan untuk mengetepi pengguna bahasa Melayu lain, kerana lebih ramai pengguna dan penulis wikipedia Bahasa Melayu berasal daripada Malaysia, walaupun begitu pengguna wikipedia Bahasa Melayu tidak perlu rasa terpinggir kerana semua piawai yang telah ditentukan oleh dewan bahasa boleh diterima masuk.

namun, terdapat lagi persoalan adakah bahasa Melayu Kelantan dan Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh dimasukan di sini?.... perbincangan ini tidak mempunyai pengakhiran, lebih baik kita memfokuskan dalam penulisan artikel.--Tearfate 13:18, 14 April 2007 (UTC)[balas]

Firstly, kita kena terima hakikat bahawa Bahasa Indonesia bukanlah di bawah bahasa Melayu. Tanyalah, org Indonesia, mereka takkan inginkan bahasa mereka dipanggil bahasa Melayu. Sesungguhnya, bahasa Melayu yang skarang ini adalah bahasa Melayu moden, manakala bahasa Melayu serumpun yang mana bahasa melayu sekarang ni berkongsi akarnya bersama bahasa Indonesia. Ini adalah imej yang menggambarkan perkaitannya. (Cuba lihat peta direktori di Malay Language Wiki English
 
Kalau dilihat bahasa Melayu di Malaysia, Singapura, Brunei, dll, adalah sekadar dialek, dan tidak memesong sangat dari segi sukukata, susunan ayat, tatabahasa dll. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan bahasa Indonesia, sukukata, penggunaan perkataan adalah banyak berlainan. Bahasa Melayu di Singapura, Malaysia, Brunei, dll, boleh dikatakan seperti American English, UK English, dan Australian English. Lain halnya dengan Bahasa Indonesia.
Mengapa tidak Bahasa Malaysia? Benar kata Tearfate, ia adalah seperti satu diskriminasi untuk memanggilnya Bahasa Malaysia semata-mata. Tambahan pula, di Malaysia sendiri, perkataan bahasa Melayu lebih banyak digunakan daripada Bahasa Malaysia (cthnya, peperiksaan, akhbar). Agak janggal kalau hanya wikipedia sahaja mengamalkan sedangkan di negara sendiri tidak. Ingat ya, apabila saya kata Bahasa Melayu di sini, saya maksudkan Bahasa Melayu (moden) (BUKAN yang serumpun).
Itu sahaja yang saya nak sampaikan kat sini. Saya tidak bersetuju untuk menamakan wiki ini Bahasa Malaysia --Zack2007 13:48, 14 April 2007 (UTC)[balas]

Saya tahu ada yang akan membangkang. Saya tak kisah apa pun Wiki ini dipanggil, tetapi saya harap kita ada penyelesaian lain supaya di masa akan datang, kita tidak lagi ada perdebatan mengenai bahasa indonesia di dalam wiki melayu. Setengah penulis di sini tak kisah kalau ada orang yang mencedok rencana Indonesia - ini yang cuba kita dielakkan. - Jay 14:36, 14 April 2007 (UTC)[balas]


Saya tidak setuju dengan kewujudan wiki Bahasa Malaysia diadakan. Pernah suatu ketika, Bahasa Malaysia dipanggil di Malaysia atas sebab politik dan ditulis di judul buku sekolah. Namun, lama-kelamaan perkataan itu menjadi semakin terasing pula disebabkan Perkataan Bahasa Melayu yang sekarang kembali digunakan. Memang Bahasa Melayu banyak cabangnya, dialeknya, dan dituturkan di mana. Walau bagaimanapun, seperti yang dikatakan saudara Zack2007 bahawa wiki ini dirujuk kepada bahasa yang moden. Bahasa Indonesia sememangnya berbeza daripada bahasa Melayu yang moden. Tapi, rakyat Malaysia kini menjadi semakin selesa untuk mengguna pakai bahasa Indonesia secara mendadak. Entah kenapa? Sambung dengan topik ini, Bahasa Melayu yang moden digunakan oleh ramai penutur di dunia berbanding bahasa Indonesia di Indonesia sahaja. Perkataan Bahasa Melayu moden ini masih dapat diterima oleh Kamus Dewan. Berapakah bilangan penutur yang menutur di luar negara Indonesia menuturkan bahasa Indonesia berbanding Wikipedia Bahasa Melayu yang moden itu? Teknik penulisan yang piawai mestilah mengikut bahasa yang piawai itu moden bukannya bahasa Terengganu ke. Entah bahasa itu membuat pembaca di negeri lain sukar nak baca. Penutur di United Kingdom kebanyakannya mungkin penuntut universiti dari Malaysia dan disebarkan kepada rakan2 mereka.

Satu lagi, kedengaran suara yang mengatakan ada pengguna yang mementingkan ranking. OK. Kalaulah susah sangat nak mementingkan kedudukan yang sebenar. Nak buat macam mana! Memang kualiti dititikberatkan sangat dengan hasil yang cukup bagus tapi perlulah kita membiarkan kuantiti rencana dibiarkan macam itu saja. Memang benar, jika id.wiki mempunyai rencana stub yang banyak sehingga melonjakkan wiki mereka ke kedudukan yang teratas dengan jumlah rencana yang mencecah 56 000 rencana. Tapi, kualiti mereka tidak dipentingkan sangat. Jadi, ms.wiki harus mempunyai pakej yang lengkap iaitu kualiti dan kuantiti. Bagaimana perkara ini dapat dilakukan? Caranya ialah menghasilkan rencana yang bermutu selepas itu barulah kita menjinak-jinakkan ms.wiki ini ke arah peningkatan kuantiti. Mohon maaf kepada sesiapa yang membangkang saya mementingkan ranking. Saya menerima kritikan itu dengan hati yang terbuka. Janganlah mencedok rencana wiki yang lain untuk mengelak daripada digelar wiki rojak. -Didie 14:45, 14 April 2007 (UTC)[balas]


Didie, janganlah kecil hati. Saya bersetuju dengan penulis yang mementingkan ranking dan kualiti. Cuma saya tak bersetuju dengan penulis yang “tak kisah” copy rencana Indonesia untuk meninggikan ranking, itu saja.

Seperkara lagi, saya rasa perbincangan ni dah melencong sedikit. Saya cadangkan pertukaran nama untuk mengelakkan perdebatan mengenai “campur bahasa” Indonesia di Wiki Melayu. Sekiranya kita tak nak tukar nama pun boleh juga, tetapi kita mesti ada polisi atau undang2 atau syarat2 supaya perkara begitu atau perdebatan bahasa seperti di atas tidak berulang lagi. Saya bersetuju bila Polar memadam rencana Indonesia tetapi saya lihat ada yang tidak bersetuju dengan beliau. Ini yang saya maksudkan bila saya membuka cadangan ini. - Jay 14:54, 14 April 2007 (UTC)[balas]


Ya, saya faham dengan pernyataan kamu dan yang memulakan perkara itu mengenai ranking, Jay. Anda yang kata pentingkan ranking mempunyai kesan ke atas wiki ini. Jadi, saya menjelaskanlah walaupun ia tak berkaitan dengan perdebatan yang panjang berjela dan tak tahu macam mana boleh diselesaikan dengan beres. -Didie 02:03, 15 April 2007 (UTC)[balas]

Eh, bukan kita dah ada pun rencana polisi menciplak WP:ID, mungkin boleh diextend dari situ. --Zack2007 15:46, 14 April 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih Zack. Saya minta maaflah, saya tak tahu kita dah ada polisi itu. Kalau kita dah ada polisi itu dari dulu lagi, mengapa masih timbul perdebatan di atas? - Jay 15:58, 14 April 2007 (UTC)[balas]


Saya bersetuju dengan Didie bahawa kita memerlukan ranking kerana ia salah satu daripada cara untuk menaikkan martabat wiki bahasa kita ini. Apapun, jangan dilupa, ranking semata tidak cukup sekadar kuantiti kerana kualiti turut penting. Masalahnya, untuk mempunyai kuantiti yang banyak bagi rencana yang berkualiti tidak dengan sekadar menaip rencana stub mahupun mencedok rencana wiki asing sebulat-bulatnya. Keseimbangan ini harus dititik beratkan dalam ranking agar kita bukan sekadar mempunyai ranking tetapi bersama rating yang baik.

Kenapa timbul perkara yang panjang berjela ni? Agak-agak siapa yang timbulkan? Hehe. Tak perlu diungkit. Yang penting, kita jaga tahap piawai dan majukan bersama wiki dengan sebaik mungkin. Dengan itu, ranking yang diperolehi kita bukanlah sekadar habuk di jendela. &mdashl Polar 16:19, 14 April 2007 (UTC)[balas]


Ranking Wiki Melayu sekarang 42 kan? Memang ranking yang rendah. Tapi kalau menyalin sebulat-bulatnya sesebuah rencana lain kemudian mendapat rankin yang lebih baik rasa-rasanya ranking itu bukan unutk wiki ini, tapi untuk wiki yang rencananya di ciplak. Tapi tidak kisahlah, buat apa yang kalian rasa patut. Saya percaya yang ada golongan setia dengan pendirian membangunkan wiki Melayu dengan usaha sendiri.

p/s: "Sekiranya orang lain mencuri untuk kaya, patutkah kita ikut mencuri?" -Sekadar pendapat. ~~ Kurniasan 19:32, 14 April 2007 (UTC)[balas]


Kembali ke pemerian dialek bahasa Melayu moden, bahasa Melayu Indonesia, bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Singapura serta Brunei sama saja asasnya, yaitu bahasa Melayu dialek Riau. Perbedaannya ialah bahwa bahasa Indonesia banyak mendapat pengaruh bahasa daerah seperti bahasa Jawa dan bahasa Belanda. Manakala bahasa Malaysia mendapat pengaruh bahasa Inggris. Jadi tidaklah benar jika bahasa Malaysia bisa disejajarkan dengan bahasa Campa, bahasa Melayu Afrika Selatan, bahasa Melayu Sri Langka dsb. Sebab sejarahnya berbeda. Orang Indonesia awam mungkin tidak mau bahasa mereka dipanggil bahasa Melayu, tetapi memang ini hal sebenarnya. Kalangan akademik di Indonesia tidak ada yang mau menyangkal. Untuk yang lain2 ya itu terserah komuniti Wikipedia ms: ini. Meursault2004 23:16, 14 April 2007 (UTC)[balas]

Istilah "Bahasa Malaysia" tidak baku dan tidak digunakan secara luas, lain halnya dengan "Bahasa Indonesia". Sejak kemerdekaan Indonesia 1945, bahasa resmi di Indonesia adalah bahasa Indonesia, dan bahasa ini diajarkan dengan nama itu dari SD sampai perguruan tinggi. Sementara di Malaysia, bahasa yang digunakan selalu disebut bahasa Melayu, dan tidak pernah bahasa Malaysia. Tatabahasa keduanya adalah sama persis, perbedaannya hanya dalam kosa kata. Sementara ini tidak ada kebutuhan untuk penggabungan Wikipedia bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, tapi kalau memang mau digabungkan, salah satu cara yang pernah dibicarakan adalah untuk menambahkan suatu program dalam MediaWiki untuk secara otomatis menerjemahkan kata-kata yang berbeda dalam kedua bahasa. Jadi basis datanya satu, tapi bila diakses dari ms.wikipedia.org kosa kata yang digunakan adalah kosa kata bahasa Melayu, dan bila diakses dari id.wikipedia.org bahasa Indonesia. Contohnya bila diakses dari id, kata "fikir" diubah menjadi "pikir". Tapi sistem ini juga tidak sempurna, karena banyak kata bahasa Melayu dapat diterjemahkan menjadi lebih dari satu kata bahasa Indonesia. Contohnya kata "rencana" dapat diterjemahkan sebagai "rencana" atau "artikel". --Andri.h 23:52, 14 April 2007 (UTC)[balas]

Zack, awak tulis "kita kena terima hakikat bahawa Bahasa Indonesia bukanlah di bawah bahasa Melayu.".

Tetapi mengapa rencana Bahasa Melayu dimulakan dengan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Indonesia (dikenali sebagai Bahasa Indonesia).... Saya jadi keliru sekarang sebab dengan definasi begitu, bukankan ia "cuba" berkata bahawa Wiki Bahasa Melayu menggunakan bahasa kebangsaan Indonesia ataupun disebaliknya. Malay language dari Wiki.en agak berbeza penjelasannya. Ada sesiapa yang boleh membantu menjelaskan, sebab saya dah jadi makin tak faham :) - Jay 01:25, 15 April 2007 (UTC)[balas]


Tidak pun saya quote and dasarkan penyataan saya dari rencana bahasa Melayu Bahasa Melayu, tetapi saya dasarkan dari wiki bahasa Inggeris. Ternyata, rencana bahasa Melayu di wiki Melayu tidak berapa tepat.

Mengenai pandangan Mersault dan Andri, ternyata anda menggunakan bahasa Indonesia. Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia bukan hanya sekadar menukar beberapa perkataan sahaja terus jadi sama. Tatabahasa, susunan ayat dan banyak lagi adalah berlainan. Saya hampir tidak memahami ayat2 yang anda gunakan. Dengan hanya menggunakan mesen automatik untuk mengalihkan kedua-dua wiki tidak akan menyelesaikan masalah.

Pasal ranking, saya tak nak komen apa-apa. Saya pentingkan kualiti bahasa. --Zack2007 03:30, 15 April 2007 (UTC)[balas]

(Sorry I wrote this in English, it seems that you have some difficulties understanding my Indonesian, so perhaps by using an international language, we'll communicate better) I never really have any problems understanding written Bahasa Melayu, as long as I understand the meaning of every single word in it. The grammar seems to be very similar, so I assumed that it was identical. Having said that, I'm not a language expert, and you might be right about the grammatical differences between Indonesian and Melayu. If this is the case, then the merging of both Wikipedias is far more difficult than I envisioned. It seems that for the time being and the foreseeable future, we should just keep them separate. --Andri.h 16:49, 28 April 2007 (UTC)[balas]

Perbandingan panjang purata rencana antara Wikipedia bahasa Melayu dengan Wikipedia bahasa Indonesia

UNTUK MAKLUMAT SAHAJA:


Panjang rencana Pewajaran Bahasa Melayu Bahasa Indonesia
Bil. Markah Bil. Markah
3 garis atau kurang  0% 40%  0 59%  0
4 - 10 garis 10% 28% 2.8 21% 2.1
11 garis - 1 skrin 45% 14% 6.3  9% 4.1
1 - 2 skrin 65%  9% 5.9  8% 5.2
Melebihi 2 skrin 100%  9% 9.0  3% 3.0
Jumlah 100% 24.0 100% 14.4


Menurut arkib Kedai Kopi, panjang rencana purata antara Wikipedia bahasa Melayu dan Wikipedia bahasa Indonesia adalah tepat sama pada 15 Jun 2006. Bagaimanapun, perbandingan terkini menunjukkan bahawa panjang purata rencana Wikipedia bahasa Indonesia telah merosot dengan ketara dan kini hanya merupakan 60% daripada panjang purata rencana Wikipedia bahasa Melayu.

Berdasarkan panjang setara rencana, bilangan rencana Wikipedia bahasa Indonesia adalah 92% lebih banyak daripada Wikipedia bahasa Melayu pada 15 Jun 2006, tetapi jurang ini kini telah dikurangkan kepada 70% (walaupun jurang bilangan mutlak rencana Wikipedia bahasa Indonesia dengan Wikipedia bahasa Melayu kini kelihatan jauh lebih besar, berbanding dengan jurang bilangan pada 15 Jun 2006). — PM Poon 16:09, 15 April 2007 (UTC)[balas]

Tahniah jika kualiti rencana ms: lebih baik daripada id:. Jadi bingung saya yang diributkan apa kalau begitu di sini? Jadi ms: berarti tiada perlu mengambil rencana dari id:, malah sebaliknya id: harus mengambil rencana kualiti tinggi dari ms:. Meursault2004 06:06, 16 April 2007 (UTC)[balas]

Yang diributkan bukan panjang, tapi ini dan ini. ...Aurora... 13:28, 16 April 2007 (UTC)[balas]

Hai Meursault, pada jumlah mutlaknya, Wikipedia bahasa Indonesia masih mempunyai lebih banyak rencana panjang berbanding dengan Wikipedia bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat rencana-rencana panjang yang berbeza antara satu sama lain. Maka peluang untuk saling mengambil rencana panjang antara kedua-dua Wikipedia masih wujud.

Saya membuat analisis di atas kerana hendak tahu adakah tuntutan Didie seperti yang berikut betul atau tidak:

"Memang benar, jika id.wiki mempunyai rencana stub yang banyak sehingga melonjakkan wiki mereka ke kedudukan yang teratas dengan jumlah rencana yang mencecah 56 000 rencana."

Bagi saya, tuntutan yang tidak disokong dengan data tidaklah sempurna. Tambahan pula, analisis yang saya buat pada 15 Jun 2006 menunjukkan bahawa peratusan stub Wikipedia bahasa Indonesia adalah kurang daripada stub Wikipedia bahasa Melayu. Sebenarnya, saya hendak membuktikan bahawa anggapan Didie adalah salah. Terkejut saya ketika mendapati bahawa jumlah stub Wikipedia bahasa Indonesia telah naik secara hebat, iaitu dari 40% ke 60% dalam tempoh 10 bulan yang lalu. Ini adalah suatu kenyataan yang tidak dapat dipertikaikan kerana sesiapa pun boleh buat analisis tersebut. Walaupun demikian, Wikipedia bahasa Melayu memang tidak dapat mengatasi Wikipedia Indonesia kerana bilangan penutur bahasa Indonesia adalah hampir 10 kali lebih banyak daripada penutur bahasa Melayu (versi Malaysia).

Bagi saya, kedua-dua Wikipedia adalah paling rapat antara semua Wikipedia (dalam tanggapan saya, saya masih berasa bahawa bahasa Indonesia adalah bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada dua cabang utama, iaitu bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia/Brunei) dan oleh itu, kerjasama harus digalakkan demi kemajuan kedua-dua Wikipedia ini. — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:38, 19 April 2007 (UTC)[balas]

Tolong:Terjemahan, Terima Kasih

Inggeris:All human beings are born free and equal in dignity and rights. They are endowed with reason and conscience and should act towards one another in a spirit of brotherhood.

Melayu:Semua manusia dilahirkan merdeka dan sama dari segi maruah dan hak-hak. Mereka dikurniai halatuju (hidup) dan hati yang murni dan tindakan yang patut terhadap satu sama lain dalam semangat persaudaraan.

Rasanya ada yang tersilap penggunaan kata? terima kasih.--60.52.53.210 15:15, 15 April 2007 (UTC)[balas]

--- Semua manusia dilahirkan bebas dan sama dari segi darjat dan hak. Mereka dikurniakan tujuan hidup dan kata hati serta tindakan yang berpatutan terhadap satu sama lain dalam semangat persaudaraan.Polar 15:41, 15 April 2007 (UTC)[balas]

terima kasih.--Tearfate 16:05, 15 April 2007 (UTC)[balas]


Hai Tearfate, jika nak terjemahkan ayat, biar terjemahkan ayat yang lengkap. Umpamanya, "All human beings are born free and equal in dignity and rights".

Ayat ini memberikan tanggapan bahawa "free" dan "equal" adalah mutlak, sedangkan "free" dan "equal" sebenarnya adalah relatif. Dengan kata yang lain, adanya 10% free, 20% free, 5% equal, 50% equal, almost equal, dan sebagainya.

Takrif yang paling tepat telah diberikan oleh George Orwell dalam novelnya Ladang Binatang, iaitu "All human beings are born free and equal in dignity and rights, but some human being are born more free and more equal", hehehe. PM Poon 16:46, 15 April 2007 (UTC)[balas]

hmn yang berasaskan deklarasi hak-hak asasi manusia PBB, ergh tapi peliknya terjemahan mereka adalah "Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan." sama saja lah ni.--Tearfate 01:51, 16 April 2007 (UTC)[balas]

Namespace?

Saya ternampak ini melalui halaman rawak - adakah ini patut pergi ke "namespace" baru? Saya rasa ini tidak patut dinampak melalui halaman rawak - dan halaman rawak hanya cari rencana dalam "mainspace". x42bn6 Bual en 03:25, 16 April 2007 (UTC)[balas]

Ya. Sepatutnya portal ada ruangnama sendiri, tapi ia belum diaktifkan di sini. Jadi buat masa ini semua laman portal berada dalam ruangnama utama (rencana). ...Aurora... 13:28, 16 April 2007 (UTC)[balas]

Gambar 20, 000 rencana

Diharap gambar berkenaan dengan 20 000 rencana dapat diletakkan bersama logo Wikipedia di sebelah kanan komputer apabila mencapai angka keramat itu. Ia adalah sebagai bukti dan tanda ms.wiki berada di aras yang mana. Saudara Yosri mungkin lebih arif mengenai di mana sudut gambar itu diletakkan dengan mengubah perisian ms.wikipedia. Terima kasih... --- Didie 09:19, 16 April 2007 (UTC)[balas]

Boleh dilakukan sekiranya ada orang yang mahir mengedit gambar di sini. — Master2841 12:50, 22 April 2007 (UTC)[balas]

Kita kini dah mencapai 19,838 rencana. Tanpa sebarang galakan dan usaha, sasaran 20,000 boleh dicapai dengan mudah tidak lama lagi. Cadangan Didie itu pernah juga diamalkan oleh Wikipedia Indonesia tetapi kini tidak lagi diamalkan mereka.

Sebenarnya, bilangan 20,000 tidak memberikan sebarang keistimewaan. Saya berasa bahawa jika kita dah mencapai 99,000 buah rencana, cadangan tersebut bolehlah dicuba kerana kita hampir mendekati lagi satu peringkat yang lebih tinggi. — Syarikat Pemunggahan Rencana 09:30, 23 April 2007 (UTC)[balas]

Tapi, tempoh untuk mencapai angka 99,000 rasanya memang lama untuk dicipta dan memakan masa yang panjang. Jadi, saya rasa biarlah kita meletakkan angka sebagai 20,000 rencana sebagai tanda permulaan semangat membangunkan ms.wiki secara beramai-ramai sambil bercita-cita untuk mencapai angka yang tinggi itu. Ayuh! Tolonglah bagi siapa yang mahir dalam bab-bab setting ini. - Didie 14:52, 27 April 2007 (UTC)[balas]

Buat lawak saje, kekeke

 
frames

Mengapa saya mengejar bilangan: satu sudut pandangan peribadi

Setiap pengguna mempunyai tujuan masing-masing. Ada yang mengejar bilangan tanpa mengendahkan kualiti, ada yang mengejar kualiti tanpa mengendahkan bilangan, dan ada pula yang hanya ingin mencapai kedudukan yang baik di kalangan Wikipedia berbilang bahasa. Bagi saya, saya berasa terlalu peka terhadap pautan merah. Ini sahaja, hehehe. Biar mereka mengejar yang mereka suka kerana itu hak mereka. Apabila saya mengarang rencana berdarah, saya hendak muntah darah, hehehe. Untuk apa yang saya maksudkan, sila lihat rencana Minyak jarak yang baru saya tulis. Rencana itu mengandungi 84% pautan merah.

Sememangnya, Wikipedia bahasa Melayu tidak mempunyai banyak penulis, walaupun bahasa Melayu dialu-alukan sebagai bahasa digunakan di banyak negara di seluruh dunia. Setakat ini, habuk pun tak nampak selain daripada sebilangan kecil pengguna Malaysia, Brunei, dan Singapura. Mananya orang Afrika Selatan dan negara-negara lain yang berbahasa Melayu? Sebaliknya, yang banyak membantu ialah orang Indonesia. Sumbangan mereka terhadap Wikipedia ini tidak dapat dinafikan kerana kesan-kesan mereka masih ketara walaupun mereka telah lama meninggalkan portal ini untuk mengukuhkan Wikipedia mereka. — Syarikat Pemunggahan Rencana 06:48, 21 April 2007 (UTC)[balas]


Hmmmm, nampak macam ada yang tak kena nih. Janganlah salah faham dengan perkara biasa ini. Sebenarnya banyak wikipedia yang telah meletakkan angka keramat mereka di sudut logo Wikipedia yang diletakkan di atas perisian pandu arah ini(seakan-akan sebuah glob). Sebagai contoh; Wikipedia bahasa Greek kini sedang meletakkan angka 20,000 di sudut yang dinyatakan sebelum ini. Logo bernombor itu diletakkan untuk menaikkan semangat ahli wikipedia mereka supaya bergiat aktif untuk menyumbang juga sebagai tanda wiki mereka sudah mencapai angka yang diinginkan itu. Untuk menambah lagi bukti pernyataan saya lihat ini. Sebarang gerak balas dengan jawapan ini hendaklah disambung ke tajuk permintaan yang diminta sayaitu iaitu gambar 20,000 rencana selepas ini. OK -Didie 10:42, 21 April 2007 (UTC)[balas]


Hai Didie, memang tak kena kerana perutusan saya itu merupakan perutusan baru dan tidak bertujuan untuk menjawab perutusan anda. Sebenarnya, saya langsung tidak berasa hairan melihat perutusan anda terbiar. Inilah apa yang biasa berlaku di sini, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:09, 21 April 2007 (UTC)[balas]

Permintaan bantuan istilah

Grandson = Cucu ; Inlaw= ipar ; Grandson-in law = Cucu ipar.

Brother-in-law = abang ipar; Father-in-law = bapa mertua; Son-in-law = menantu
Grandson-in-law = anak menantu?
Grandmother = nenek; Great grandmother = ibu nenek atau bapa nenek?
Maka, "Sanjaya ialah pewaris sah daripada jurai keturunan bapa nenek kepada takhta Kalingga, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 12:41, 27 April 2007 (UTC)[balas]

Cucu ipar bererti cucu kepada besan ibubapa pasangan anak, (grandson to the in-law other child.) Menantu merujuk kepada yang berkahwin dengan anak sendiri, anak kepada menantu adalah cucu. Yosri 13:12, 27 April 2007 (UTC)[balas]

Tarusbawa --> Putera Mahkota (nama tidak diketahui, putera kepada Tarusbawa) --> Tejakencana (puteri kepada Putera Mahkota)
Sanjaya ialah suami kepada Tejakencana, namun Tarusbawa ialah siapa kepada Sanjaya? — Syarikat Pemunggahan Rencana 17:04, 27 April 2007 (UTC)[balas]


Great-grandmother: moyang — Polar 15:27, 27 April 2007 (UTC)[balas]

Ya, tapi apabila hendak menterjemahkan ayat di atas, ia tidak dapat membayangkan maklumat yang dimaksudkan dalam bahasa Inggeris. "Moyang" merujuk kepada ancestor, kan? Tapi ayat itu memerlukan jurai keturunan daripada ayah neneknya, bukan ayah datuknya. Itulah yang pening. Moyang sebelah nenek, boleh? hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 17:04, 27 April 2007 (UTC)[balas]
Boleh... — Polar 17:13, 27 April 2007 (UTC)[balas]