Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib7/2008

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi.

Rencana tahun

Hai semua, saya inginkan seseorang pengguna di sini untuk menyunting rencana tahun. Jika tiada siapa yang hendak menyunting rencana tahun, saya akan buatkannya, tetapi jika ada sumbangan dari orang lain, anda amat dialukan-alukan. Ini kerana rencana tahun penting bagi orang yang hendak lihat peristiwa dari tahun ke tahun, juga kerana rencana tahun di wiki en amatlah lengkap, saya amat kagum. — Imran Al-Sahih 11:26, 4 Julai 2008 (UTC)[balas]

Pentingnya kedalaman dalam setiap bahasa wiki

Kedalaman sesebuah setiap edisi bahasa wiki amat perlu. Contohnya kategori, perincian dan pengemaskinian rencana dikira. Kalau boleh setiap rencana perlulah padat dan lengkap. Ini kerana ini menambahkan kedalaman setiap bahasa wiki, sekarang kedalaman wiki ms ialah 30, perlu 100 ke atas kalau boleh. :) — Imran Al-Sahih 13:27, 4 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya masih baru. Maka saya kurang faham apa maksud saudara Imran tentang kedalaman. Tolong perjelaskan. --Tikar aurum 19:48, 4 Julai 2008 (UTC)[balas]
Apa yang dimaksudkan saudara Imran di sini, seperti yang boleh saya fahamkan, boleh disamakan dengan tindakan "thorough editing", ataupun "pengemaskinian/penciptaan rencana lengkap. Seperti yang telah sebutkan dalam bahagian "Etika menyunting" pada laman pengguna saya, ini merupakan salah satu daripada aspek di Wikipedia BM yang saya lihat... kekurangan. Ini bukan sahaja ditujukan kepada rencana sahaja, tetapi termasuklah hal-hal Wiki yang lain. - p.m.c. 20:58, 4 Julai 2008 (UTC)[balas]
Apa yang dimaksudkan oleh 30 atau 100..adakah ia baris..Che 03:46, 5 Julai 2008 (UTC)[balas]
Lihat Senarai Wikipedia untuk penjelasan sebenar saya. — Imran Al-Sahih 04:31, 5 Julai 2008 (UTC)[balas]
Untuk membuat rencara yang padat, kita memerlukan ilmu. Untuk mendalami ilmu, kita memerlukan bahan kajian dan juga masa. Apa boleh buat, perlulah berusaha. --Kekacang 12:10, 6 Julai 2008 (UTC)[balas]
Google adalah sahabat baik anda. Mengenai masa, buatlah rencana sedikit demi sedikit. Tapi masalahnya, kita akan ketinggalan dalam jumlah rencana. Buat pilihan, jumlah rencana atau kedalaman rencana? — kurnia[binc|sumb] 01:19, 7 Julai 2008 (UTC)[balas]
Camnilah saya akan berikan kebaikan dan keburukan kedalaman rencana dan jumlah rencana, sila lihat bawah:
a1) Kebaikan kedalaman rencana:
1) Rencana lebih terperinci
2) Rencana lebih bermaklumat
3) Rujukan banyak
4) Pautan luar banyak
5) Kategori banyak
a2 ) Keburukan kedalaman rencana:
1) Buang masa
2) Ketinggalan jumlah rencana
3) Tiada jumlah rencana yang penting dibuat
4) Tumpuan tidak diberikan kepada jumlah ciptaan rencana
5) Pengunjung tidak dapat melihat jumlah rencana yang penting
b1) Kebaikan jumlah rencana:
1) Tiada masa yang dibuang
2) Jumlah rencana banyak dicipta
3) Boleh mengatasi jumlah rencana bahasa wiki lain
4) Pengunjung dapat melihat rencana kegemaran mereka
5) Tumpuan lebih menekankan kepada ciptaan jumlah rencana
b2) Keburukan jumlah rencana:
1) Banyak rencana tunas
2) Maklumat rencana sedikit
3) Sedikit atau tiada rujukan
4) Pautan luar penting sedikit atau tiada
5) Sedikit atau tiada kategori penting
Jadi, jika boleh, saya ingin cadangkan bahawa bahawa setiap pengguna di wiki ms ini harus ikut contoh saya (Emrrans) yang mencipta rencana yang penting dan menghabiskan semua terjemahan kandungan dari wiki en dan/atau wiki id. Atau mengemaskini rencana yang penting dan menghabiskan semua terjemahan kandungan dari wiki en dan/atau wiki id. Ini penting kerana jika semua rencana maklumat panjang yang penting dihabiskan semua terjemahannya, ianya boleh dijadikan rencana pilihan. Saya harap anda semua faham maksud saya. Jika anda mahu faham maksud saya mengenai rencana terperinci, lihat rencana Masa dan Islam. — Imran Al-Sahih 07:56, 7 Julai 2008 (UTC)[balas]
Saya memang setuju dengan Emmrans .. sebab rencana yang berkualiti memang penting dan ia akan menjadi rujukan kepada para pencari maklumat di laman sesawang...pada saya setiap orang perlu membuat sasaran atau 'target' supaya kita dapat 'melihat' dan 'memberikan' apa yang mereka mahu bagi kita 'orang lama'..tetapi dalam masa yang sama orang-orang yang 'baru' secara automatiknya akan memberikan banyak rencana yang ringkas menjadikan wikipedia bahasa melayu akan menjadi rujukan mereka. InsyaAllah..! Che 16:06, 7 Julai 2008 (UTC)[balas]

Pilih dua2. Kualiti dan kuantiti. Caranya kosongkan kategori ini. Laman yang tidak mengandungi pautan dalaman tidak dikira dalam jumlah rencana. ...Aurora... 16:10, 7 Julai 2008 (UTC)[balas]


Pilih kedua-dua. Laman yang pendek tetapi mempunyai pautan kepada sumber lain juga mempunyai kegunaannya. Laman yang panjang adalah lebih baik, tetapi memakan masa untuk menghasilkannya. Laman pendek boleh dikembangkan kepada laman panjang apabila mempunyai masa. Yosri 04:41, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kugiran lwn Pancaragam

Antara dua perkataan ini, mana yang lebih sesuai digunakan untuk menterjemahkan perkataan Inggeris band? Kumpulan adalah istilah yang sering digunakan. Tapi masalah penggunaan pekataan 'kumpulan' ialah kumpulan adalah terlalu general. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan pancaragam/kugiran pada tajuk band-band. Sebagai contoh "The Times (kugiran)" atau "The Times (pancaragam)" memandangkan wujud akhbar The Times. — kurnia[binc|sumb] 18:01, 5 Julai 2008 (UTC)[balas]

Pancaragam=brassband. Main ramai-ramai kat tengah padang dengan formasi dengan uniform. 121.120.164.46 00:27, 6 Julai 2008 (UTC)[balas]
Walaupun kedua-dua perkataan tersebut diterjemahkan kepada "band" dalam Bahasa Inggeris tetapi "kugiran" bermaksud kumpulan pemuzik yang terdiri daripada pemain gitar dan dram tetapi "pancaragam" terdiri daripada pemain alat-alat pancaragam seperti trompet dsb. dan dimainkan di tengah padang dengan formasi tertentu serta pakaian seragam tersendiri. Oleh itu kugiran tidak sama dengan pancaragam. Hezery99 03:06, 6 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kugiran sememangnya tidak sama dengan Pancaragam. The Times lebih kepada kugiran.--Kekacang 12:01, 6 Julai 2008 (UTC)[balas]

Menurut kamus dewan, pancaragam adalah 1. sl bermacam-macam ragam; 2. muzik, bunyi-bunyian; 3. pasukan (kumpulan) pemain muzik: sebuah ~ mengikuti perarakan itu. Kugiran: kumpulan gitar rancak, pancaragam moden yg popular.
Saya bukan cuma terhadkan kepada The Times, saya mahukan satu istilah yang piawai untuk menggantikan perkataan band untuk digunakan pada rencana berkaitan. Contohnya "Coldplay adalah sebuah kugiran/pancaragam britpop dari...". Atau pada tajuk rencana bagi dua kumpulan yang mempunyai nama yang sama tapi berasal dari negara yang berbeza. Contohnya, "Butterfingers (kugiran/pancaragam Malaysia)" dan "Butterfingers (kugiran Australia)". Patutkah diadakan satu undian untuk memilih satu istilah yang piawai, Kugiran atau pancaragam? — kurnia[binc|sumb] 01:16, 7 Julai 2008 (UTC)[balas]
Jika ada sebarang pendapat atau perbincangan yang berterusan mengenai kugiran vs pancaragam, lihat Wikipedia:Permohonan pendapat/Kugiran vs Pancaragam. — Didie (bincang) 14:55, 7 Julai 2008 (UTC)[balas]

Istilah tersebut berasal:

KUGIRAN = Kumpulan Gitar Rancak
PANCARAGAM = Panca + Ragam
Panca = lima (5) cheguman 04:52, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]

Betawiki update

PENYELIA sila ambil perhatian

Sejak saya menyertai Wikipedia Bahasa Melayu ini pada Mac 2007, selama ini saya nampak sebenarnya terdapat beberapa orang penyelia telah menyalahgunakan satu alat. Alat itu sejenis alat menyunting yang berupakan "[undurkan]" kini. Kini alat ini akan menghasilkan ringkasan suntingan yang bertulis "Membalikkan suntingan oleh X (perbincangan) kepada versi Y". Kita harus faham bahawa alat ini adalah untuk penyelia sahaja dan hanya untuk memerangi vandalisme, terutamanya vandalisme berturut-turut oleh pengguna yang sama. Oleh itu, saya berharap agar semua penyelia berhati-hati dengan alat ini, kalau bukan vandalisme maka tolong jangan guna alat ini, gunakan butang "(batalkan)" yang adalah untuk semua pengguna. Terutamanya kalau anda cuma membatalkan sesuatu suntingan yang hanya seperti kesalahan fakta yang tidak sengaja, dan sebagainya. Dan sila tambah perjelasan anda. Saya rasa kalau anda menggunakan [undurkan] pada suntingan yang bukan berbentuk vandalisme, anda mungkin menyakitkan hati penyunting yang berkenaan kerana dia mungkin rasa difitnah. Lagipun pada pendapat saya ini juga dikira sebagai salahguna kuasa penyelia. Saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi dan harap semua penyelia akan berhati-hati dengan kuasa sendiri kelak. Terima kasih. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:14, 7 Julai 2008 (UTC)[balas]


bin dan binti

Apabila saya menyunting, saya terfikir, ada atau tiada cara perletakkan nama secara standard untuk artikel wikipedia, contohnya Bung Mokhtar Radin dan Bung Mokhtar bin Radin. Sekejap ada 'bin', sekejap tidak. Ini akan menyukarkan kerja pencarian. Ada sebarang idea?--Kekacang 03:49, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]

Sila guna laman lencongan. Yosri 04:19, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]

Jika dari segi lencongan memang tiada masalah. Maksud saya, cara artikel ditulis. Tidak adakah standard, di mana artikel tersebut ditulis? Jika saya membuat artikel baru, contohnya:

Kes: saya ingin membuka artikel mengenai Jamaluddin bin Mohd Jarjis.

  1. Perlukah saya membuka artikel Jamaluddin bin Mohd Jarjis, dan pautkan dengan Jamaluddin Jarjis, Jamaluddin Mohd Jarjis, Jamaludin Dato' Mohd Jarjis‎. Atau,
  2. Perlukah saya membuka artikel Jamaluddin Mohd Jarjis, dan pautkan dengan Jamaluddin Jarjis, Jamaluddin bin Mohd Jarjis, Jamaludin Dato' Mohd Jarjis‎. Atau,
  3. Perlukah saya membuka artikel Jamaludin Dato' Mohd Jarjis, dan pautkan dengan Jamaluddin Jarjis, Jamaluddin bin Mohd Jarjis, Jamaluddin Mohd Jarjis

Bagaimana?--Kekacang 08:07, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]

Ikut sumber anda. Jika sememangnya ada bin letakkan. Jika tiada bin, tak perlu letak. Yosri 09:04, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]
Seperti kata Yosri, ikut andalah nak letak atau tidak. Tetapi jika letak, bin/ti itu mestilah huruf kecil. Lihat juga perbincangan lama. ...Aurora... 14:34, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]
Setuju dengan Yosri dan Aurora..Che 14:44, 8 Julai 2008 (UTC)[balas]

Pengemaskinian Polisi (Bhg. II)

Daripada Arkib Kedai Kopi bulan Jun;

Sila tambah rencana yang anda cipta/bantu sunting yang terdapat pada Templat:Polisi dan garis panduan Wikipedia yang telah lengkap disunting secara dasar. Terima kasih.

Garis panduan di WP:POINT telahpun saya siap sunting, namun pada versi 1.0 sahaja (yang mana penting diambil, selebihnya...). Didie, sila uruskan kalau boleh. - Pp.Mm.Cc. 01:45, 12 Julai 2008 (UTC)[balas]

Senarai

~ Kali akhir dikemaskini oleh Pp.Mm.Cc. pada 00:16, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Sekarang laman unified login sudah siap terjemah selepas dipadam dua kali

Help:Unified login/ms  Y

Imran Al-Sahih 04:12, 13 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya telah lakukan sedikit perubahan pada laman tersebut, lebih tepat lagi pada subbahagian "Apakah". Saya telah tukarkan tajuknya kepada "Apakah ia" supaya ia tidak kedengaran tergantung. Saya juga telah menukarkan sesetengah perkataan agar idea dapat disampaikan dengan lebih jelas (saya rasa). — kurnia[binc|sumb] 17:30, 12 Julai 2008 (UTC)[balas]
Terima kasih banyak2 kurnia kerana perbetulkan ayat pada laman "unified login/ms". — Imran Al-Sahih 17:48, 12 Julai 2008 (UTC)[balas]

Sebagai pembetulan, terjemahan bagi "unified login" ialah "akaun bersatu", manakala "conflict resolution" ialah "penyelesaian percanggahan".—Aviator, 01:53, 13 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya rasa terjemahan yang sesuai bagi 'unified login' adalah 'penyatuan akaun'. Macammana aviator..?..apapun..Tahniah pada semua yang terlibat.. - Che 04:18, 13 Julai 2008 (UTC)[balas]
Log masuk tunggal? — kurnia[binc|sumb] 04:37, 13 Julai 2008 (UTC)[balas]
Saya fikir log masuk akaun tunggal..Che 05:21, 13 Julai 2008 (UTC)[balas]
"Log masuk tunggal" itu untuk "single sign-on". "Penyatuan akaun" itu untuk "login unification".—Aviator, 11:06, 13 Julai 2008 (UTC)[balas]

Bagaimana dengan "akaun gabungan"?--Kekacang 03:20, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]

Hmm. OK juga. Tapi saya beri "bersatu" sebab lebih dekat dengan maksud "unification". Perkataan itu merupakan morfologi daripada kata Latin "uno", yang bermaksud "satu". Jadi, kalau kita ikuti beberapa morfologi bagi perkataan tersebut:

  • uno: satu
  • union: kesatuan
  • united: bersatu
  • unify: menyatukan
  • unification: penyatuan
  • unified: bersatu

Manakala perkataan "gabung" pula lebih dekat dengan maksud "combine" atau "merge". Terpulang kepada hasil perbincangan. Kalau anda rasa "gabungan" lebih sesuai dan tidak mengelirukan, saya boleh pertimbangkan dan ubah terjemahannya. Anda boleh lihat hasil terjemahan saya di laman SUL: Khas:MergeAccount.—Aviator, 08:04, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya berasa kita gunakan sahaja bahasa yang mudah difahami, bagaimana aviator?--Kekacang 15:59, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kalau anda bertegas, tak apalah.—Aviator, 17:58, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]
Terima Kasih!--Kekacang 23:18, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]

Wikiquote Malay

Siapa tahu alamat Wikiquote Malay. Apa statusnya sekarang? Yosri 10:56, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]

Sini. Tiada perkembangan rasanya. Kali terakhir ialah suntingan saya, entah bila. Polar 11:04, 14 Julai 2008 (UTC)
Saya sudah minta pihak Langcom buat penilaian semula terhadap permintaan untuk membuka wiki itu, tetapi masih belum dijawab. meta:Talk:Language subcommittee#Malay Wikisource and WikiquoteAviator, 11:37, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]
Mungkin mereka tunggu lebih banyak isi. ...Aurora... 14:52, 14 Julai 2008 (UTC)[balas]

Apa fungsi Wikiqoute ni? Saya kurang pasti... Kurosagi7 22:46, 17 Julai 2008 (UTC)[balas]

Wq ialah himpunan kata-kata bidalan, kata-kata yang dipetik daripada tokoh dsb.—Aviator, 01:53, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]
Jikalau quote yang asalnya dalam bahasa Inggeris tetapi diterjemah ke bahasa Melayu, Wikiquote MS terima atau tidak? - Pp.Mm.Cc. 14:00, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]
Tiada masalah.—Aviator, 16:42, 18 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya terjumpa laman-laman seperti Peribahasa Bermula Dengan Huruf "B" dan banyak lagi di Kategori:Bahasa Melayu. Adalah bagus jika laman-laman ini dipindahkan ke projek WikiquoteMs. Selamat berwiki.—Aviator, 11:52, 28 Julai 2008 (UTC)[balas]


WikiquoteMs ini kurang aktif, terdapat risiko ditutup. Mungkin boleh dipindahkan sekiranya stabil (masih ada dalam setahun dua.). Buat sementara saya cadangkan dikekalkan secara seiring. Yosri 11:55, 28 Julai 2008 (UTC)[balas]

SAYA BANTAH,TUTUP JER hehe, kidding, lebih baik sdr. Aviator lihat btul2, susunannya tersilaplah, nnt sy nk nyumbang kat sna gak, lps PMR, huhu. PuteraLuqman Tunku Andre 13:52, 28 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kunci atau anak kunci

Apa maksud key dalam Bahasa Melayu? Maksud saya anak kunci atau kunci sahaja (merujuk kepada kunci rumah). Kedua, apa penjodoh bilangan bagi kunci? -- Tebu.an 13:20, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

"Key" untuk membuka mangga ialah "anak kunci", manakala untuk maksud lain ialah "kunci" (seperti "kata kunci", "gelang kunci" dsb.).—Aviator, 14:23, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]
Penjodoh bilangan bagi kunci: kalau banyak, gugus, jambak, berkas. Kalau satu, saya tak pasti. ...Aurora... 15:01, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]
Bukankah "batang"? —Aviator, 16:27, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]
Satu kunci disebut sebagai sebentuk kunci. Yang banyak telah disebut oleh Aurora. - Pp.Mm.Cc. 16:33, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Key ada banyak maksud. Key, bermaksud anak kunci, kata kunci, jawapan, penyelesaian, penerangan dan maksud. Kunci yang dimaksudkan ialah anak kunci, sebatang anak kunci, atau seberkas anak kunci (satu ikat anak kunci). Sebentuk biasanya digunakan untuk objek yang kecil dan bengkok/bulat. Contoh, sebentuk cincin dan sebentuk mata kail.--kekacang 18:04, 21 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya ambil rujukan di sini. Cari untuk sebentuk. http://www.geocities.com/dganum/musim9/W04/E16.html - Pp.Mm.Cc. 03:45, 22 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya telah melihat laman web DBP. Dimana, beberapa soalan tentang kunci telah diajukan sebelum ini:

Pergi ke sini dan taipkan "kunci".

Soalan 1: Apakah penjodoh bilangan bagi 1 unit kunci dan lebih dari satu unit kunci
Jawapan 1: 1 kunci - sebentuk kunci.lebih daripada 1 kunci - segugus kunci.
Soalan 7: penjodoh bilangan bagi anak kunci
Jawapan 7: jika bilangan kunci tersebut satu dipanggil sebatang kunci, namun jika dalam kuantiti yang banyak disebut segugus kunci.

Apa pandangan anda semua?--kekacang 05:31, 22 Julai 2008 (UTC)[balas]

Seperti yang saya rasa (namun tidak saya tekankan) satu anak kunci adalah lebih baik dikaitkan (dan lebih logik dari suatu sudut) dengan penjodoh bilangan sebentuk. Kunci dan cincin... macam ada kaitan, bukan? - Pp.Mm.Cc. 05:58, 22 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kunci (alat) adalah sebuah alat yang terdiri daripada dua; ibu kunci (mangga, tombol pintu dsb) dan anak kunci (pembuka mangga). Jadi, mangga adalah kunci, anak kunci juga adalah kunci. Pasal penjodoh bilangan pula, kedua-dua sebentuk dan sebatang digunakan. Cuma bagi anak kunci, sebatang lebih kerap digunakan. (melalui kajian google.. Haha) — クルニア[binc|sumb] 10:08, 22 Julai 2008 (UTC)[balas]

contoh budaya-budaya barat

tolong transelate dalam bahasa inggeris

Terjemah dalam bahasa Inggeris ataupun ke bahasa Inggeris?

--> Examples of Western cultures Pp.Mm.Cc. 10:00, 22 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kilat

Apa maksud lighning leader dalam Bahasa Melayu? Dalam Wikipedia Bahasa Inggeris, lightning leader merujuk kepada kilat tunggal yang turun dari langit dan bukannya beberapa cabang yang terbentuk ketika kilat berlaku, jadi apa cadangan terbaik saudara/saudari tentang maksud bagi lightning leader? Kalau maksudnya ketua kilat, memang tak sesuai sebab setahu saya, "ketua" merujuk kepada manusia sahaja. Terima kasih atas kerjasama anda -- Tebu.an 09:32, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Hmm agak rumit juga hendak mencari istilah yang benar-benar sesuai untuk lightning leader, sama macam istilah overhaul. Apa yang boleh saya katakan, lightning leader bermaksud "laluan kilat" yang terbentuk daripada aliran cas elektrik sebaik cas yang terkumpul di dalam awan melepasi had dielektrik udara (sebab udara adalah penebat). Harap ia dapat membantu saudara. Hezery99 10:13, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]
Saya tidak dapat mencari istilah rasmi untuk anda, jadi berikut merupakan beberapa cadangan menerusi akal fikiran dan terjemahan dalam talian:

Err.. pemandu? pendahulu? ...Aurora... 14:27, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya tak pernah dengar nama-nama kilat yang pelik ini, petir tunggal biasalah saya dengar.--kekacang 02:13, 24 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kilat pemandu. Sebelum kilat berlaku, ada satu proses yang dipanggil leader. Dalam proses ini, leader channel mencari tempat untuk dipanah. (sumber: http://plaza.ufl.edu/rakov/FAQ.html) — クルニア[binc|sumb] 03:01, 24 Julai 2008 (UTC)[balas]

Bible bahasa Melayu [sensitif]

Maaf ya, kalian. Topik ini tidak ada kena mengena dengan WikipediaMs, sebaliknya WikisourceMs. Hari itu saya muat naik al-Quran berserta terjemahan dalam bahasa Melayu di Wikisource. Orang di sana kata bagus, kemudian tanya pula jika terdapat terjemahan Bible dalam bahasa Melayu. Saya sudah puas mencari menggunakan khidmat pakcik Google, tapi tak berjaya mendapatkan teks yang berkenaan.

Oleh itu, saya ingin menanyakan di sini: ada siapa-siapa yang memiliki naskah Bible bahasa Melayu yang berusia lebih daripada 50 tahun? Ya, 50 tahun itu penting sebab itu menandakan bahawa hak ciptanya telah tamat. Kalau ada, saya memohon bantuan anda (si pemilik naskah) untuk mendigitalkan naskah tersebut dan abadikannya di Wikisource.

Berdasarkan http://www.bible.org.my/updates/body.php?id=57, terjemahan penuh yang pertama ialah "Elkitab, Ija itu segala Surat Perdjandjian Lama dan Baharuw" oleh Melchior Leijdecker pada tahun 1733. Kemudian terdapat terjemahan penuh baru oleh Hillebrandus Cornelius Klinkert pada tahun 1879. Kemudian usaha ini diperbaharui oleh William Girdlestone Shellabear pada tahun 1912. (Selepas itu banyak terjemahan dalam bahasa Indonesia pula, sebab bahasa Indonesia ketika itu pesat berkembang.) Ketiga-tiga versi ini layak untuk dimasukkan dalam Wikisouce, tapi saya tak tahu adakah ia masih dicetak atau pernah dipindahkan kepada bentuk digital. Oleh itu, kepada para ahli Wikipedia beragama Kristian, sila cari naskah-naskah tersebut jika ada dalam simpanan anda. Atau jika anda ada menyimpan naskah lain yang sudah tamat hak ciptanya, itu sudah dikira baik. Atau, jika tiada, anda boleh meminjam daripada gereja atau perpustakaan berdekatan. Paling malas pun, anda boleh scan setiap helaian daripada naskah tersebut dan muat naik di Commons, lepas itu orang lain boleh tolong taipkan.

P/S: Setahu saya, pengedaran Bible bahasa Melayu disekat di Malaysia atas sebab-sebab sensitiviti. Saya rasa sebelum ini pernah ada perbincangan yang sama, tapi tak ingat di mana. Perhatian: Saya bukan menyokong pengedaran Bible atau Kristianisasi di Malaysia mahupun secara umum, tapi saya menganggap bahawa itu satu khazanah penting dalam sejarah persuratan Melayu. Maaf didahulukan kalau saya ada tersentuh sensitiviti mana-mana pihak.

P/S: Kalau ada naskah tua lain seperti "Hikayat Hang Tuah" atau "Hikayat Merong Mahawangsa" pun saya alu-alukan!

Aviator, 13:19, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Rujuk http://books.google.com.my/books?id=-EqbeRzdDrsC&pg=PA106&lpg=PA106&dq=abdullah+munsi+bible&source=web&ots=LPdNvMWyKF&sig=jzrfX5Cg9wC9hnAMfaEJ1SvxQb4&hl=en&sa=X&oi=book_result&resnum=7&ct=result Yosri 13:25, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Yosri, menurut sumber rujukan itu, para mubaligh Kristianlah yang mempelopori kegiatan percetakan di Alam Melayu. Saya terperanjat ketika membaca makalah tersebut. Betulkah Abdullah Munsyi (yang terkenal dengan Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa) terlibat juga dalam usaha penterjemahan Bible ketika itu?—Aviator, 14:58, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Tetapi macam mana nak tau adakah Bible Bahasa Melayu itu >50 tahun? Maksud anda, diterbit lebih daripada 50 tahun? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 14:13, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Lihat tarikh penerbitan naskah tersebut dan bezakan dengan tahun ini. 2008 - 50 = 1958.—Aviator, 14:21, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Apa kalau Bible itu diterbitkan cuma beberapa tahun yang lalu, tetapi hakcipta tertulis 1958 atau lebih lama? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 14:44, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kamu cuba mengenalinya melalui ejaan, maksud saya, sebelum pihak DBP membuat perubahan dalam b.Melayu tu, apa ntah,spt khabar dieja habar and so on lah.Tapi saya risau ini akan membuatkan kemarahan umat Islam di Malaysia lah Edmund???. PuteraLuqman Tunku Andre 14:50, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]
Kalau edisi percetakan itu baru, tapi tarikh penerbitan lebih awal daripada 1958, tak mengapa, asalkan tiada tulisan yang diubah di dalamnya.—Aviator, 14:58, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Maksudnya, ejaan pun mestilah yang 50 tahun yang lalu itu? (e.g. "chempaka" daripada "cempaka", "puloh" daripada "puluh") Dan tentang pasal kemarahan Ummah Islam pula, sebenarnya tak kira apa agama pun, kitab adalah khas untuk penganut sendiri sahaja dan kalau kita nak memujuk orang lain supaya memasuki agama sendiri, kita biasanya tidak mengeluarkan kitab sendiri, kerana orang itu bukan saja tak faham, malah mungkin terasa tidak selesa. Jadi saya rasa Bible Bahasa Melayu tidak sepatutnya memarahkan Ummah Islam. Lagipun kami tidak bercadang menyebarkan agama Kristian kepada Orang Melayu dan Ummah Islam yang lain di Malaysia. Kami cuma guna dengan Orang Asli. Memang ada Orang Asli yang beragama Kristian. Setakat ini tiada Bahasa Asli yang mempunyai tulisan. Mereka sendiri tidak bercadang menulis bahasa sendiri. Jadi? Terpaksa guna Bahasa Melayu lah! Ini barulah tujuan Bible Bahasa Melayu pada masa kini. Lagipun, kami sendiri pun sepatutnya ada hak membaca kitab sendiri dalam apa-apa bahasa, termasuk mereka yang begitu cintakan negara sampai menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama sendiri, walaupun mereka bukan Orang Melayu. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 16:08, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Berkenaan Bible, kalau nak Bible dalam Bahasa Melayu boleh. Tapi, sepatutnya Bible tak ditulis dalam Bahasa Melayu kerana majoriti orang Melayu beragama Islam, kecuali untuk kajian untuk pelajari Kristian oleh penutur Melayu yang beragama Islam, asalkan orang bertutur bahasa Melayu yang beragama tidak terpesong dari agama Islam. Kalau nak sebarkan pun sebarkanlah kepada kaum lain di Malaysia, ataupun sebarkan mengikut bahasa kaum lain tersebut yang majoritinya beragama Kristian. Sudah semestinya tidak boleh diterima sama sekali jika Bible dalam Bahasa Melayu melainkan untuk dibaca oleh kaum lain seperti Iban di Sarawak. Berkenaan kaum Iban di Sarawak, saya berasa ingin tahu, yang peliknya, mengapa Bible ditulis dalam Bahasa Melayu?? Kan kaum Iban kan ada bahasa sendiri yang begitu berbeza dengan Bahasa Melayu. Kalau boleh, bagi kaum Iban yang majoritinya beragama Kristian, buat Bible dalam bahasa Iban lah. — Imran Al-Sahih 16:29, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Memang ada Bible Bahasa Iban (saya nampak satu di gereja saya) tapi Orang Asli yang saya maksudkan adalah yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Saya pernah melawat kampung Orang Asli pada tengah jalan dari Ipoh ke Tanah Tinggi Cameron. Di tempat sebegini memang Bible Bahasa Melayu berguna. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:27, 23 Julai 2008 (UTC)[balas]

Kalaulah Bible Bahasa Melayu berguna sangat. Misalnya, kat Kuala Lumpur mahupun tempat lain di Malaysia (Semenanjung Malaysia), apasal Bible Bahasa Melayu susah nak cari?? Kat sini memang semua buku di sini (Malaysia) dari semua bahasa boleh diterbitkan dan dipasarkan di sini (Malaysia) dengan senang tanpa sebarang pengharaman. Malaysia ni dah cukup bebas dalam segala-galanya, asalkan negara ni tak jadi huru-hara sudah. Hmm, satu lagi, Bible Bahasa Melayu bukanlah tepat sangat isinya, maaf ye, bukan saya nak kutuk Bible. Tetapi, bahasa Melayu tu sendiri, bahasa Melayu tak tepat. Contohnya, bahasa Melayu takde past tense, present tense dan future tense. Serta, takde gender. Jadi lebih baik ditulis dalam Bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris lebih lengkap dari bahasa Melayu. Mungkin lebih baik jika Bible yang diajar kepada mereka (Orang Asli) adalah dalam bahasa mereka sendiri atau dalam bahasa Inggeris (itupun kalaulah mereka tahu Bahasa Inggeris). Setakat ni saya pergi ke mana-mana tempat di Kuala Lumpur, saya tak jumpa pun Bible bahasa Melayu buat masa ni. Arh Tidakkk! — Imran Al-Sahih 04:24, 24 Julai 2008 (UTC)[balas]
Rujuk pautan ini. Ini merupakan pautan mengenai rekod audio dan video yang menceritakan Bible dalam 798 bahasa. (Bahasa Melayu pun ada sekali [harap maaf jika rekod Bible audio dan video di pautan ini dalam bahasa Melayu mengganggu sensitiviti umat Islam Malaysia]). — Imran Al-Sahih 04:34, 24 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya tak hairan kalau susah nak cari Bible BM. Kalau sesuatu kurang "pasaran"nya, maka susah nak cari. Tak kira apa pun, barang agama ke, barang tak agama ke, mestilah permintaannya tinggi barulah dibuat banyak-banyak. Kalau ada banyak Orang Melayu mahukan Bible, biarpun haram pun senang nak dapat dalam pasaran haram, sama seperti VCD dan DVD cetak rompak, dan juga video lucah (ini kena minta begini: "Bos, ada video lucah/hamtai tak?"). Kenapa kurang pasaran? Senang saja - berapa bilangan Orang Asli di M'sia? Lagipun bukannya senang nak pergi ke kampung mereka, kalau tak tau apa-apa maka perlu cari perlahan-lahan, kampung mereka "sembunyi" sekurang-kurangnya 10 meter daripada lebuh raya. Saya pernah melawat Orang Asli cuma kerana mengikut rombongan gereja saya yang memang melakukan kerja Orang Asli (Orang Asli missionary). Kerja ini dimulakan oleh paderi saya, Ng Moon Hing. Sebenarnya tidak banyak orang sudi menyebarkan agama Kristian kepada Orang Asli - bayangkan macam mana nak pergi, dan juga persekitaran tempat tinggal mereka... Oleh itu permintaan Bible BM kurang. Saya sudah kata Orang Asli tidak bercadang menulis bahasa sendiri, jadi belum ada Bible bahasa mereka lah.--אדמוןד ואודס自分の投稿記録 06:07, 24 Julai 2008 (UTC)[balas]

Pasal tatabahasa pula, sebenarnya ini bukan masalah besar. Kalau past tense, gunalah perkataan seperti "pernah". Kalau future tense, guna seperti "akan". Gender pun bukan isu, Bahasa Inggeris sebenarnya kurang gender. Bahasa Cina pun tiada semua ini, tapi masih ada begitu banyak Bible Bahasa Cina! Tentang ketepatan terjemahan, sebenarnya Bible Bahasa Inggeris pun ada masalah ini, terutamanya King James Version yang selepas itu "ditepatkan" menjadi Revised Standard Version. Pokoknya, terjemahan takkan sempurna! Alangkah baik kalau saya dapat belajar Bahasa Ibrani dan Bahasa Aramia untuk membaca Old Testament dan belajar Bahasa Yunani Kuno untuk membaca New Testament. By the way saya pun tak begitu suka terjemahan Bible Bahasa Melayu. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 06:07, 24 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya rasa tak perlulah Edmund, risau kerajaan Malaysia akan menutup laman Wikisource MS ini, knapa tak sama terjemahan sedangkan al-Qur'an boleh. P/S:Terjemahan ialah sama tetapi tafsiran saja berlainan. PuteraLuqman Tunku Andre 06:52, 24 Julai 2008 (UTC)[balas]

Sebenarnya isu ini agak rumit. Kerajaan kita tak mungkin dapat tutup Wikisource Bahasa Melayu, kerana server itu ada di Amerika Syarikat (inilah sebab kita perlu mematuhi undang-undang Amerika Syarikat semasa menyunting di sini). Namun kalau Bible Bahasa Melayu memang haram, kerajaan kita boleh mengesan semua penyunting yang terlibat lalu menangkap mereka. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 10:04, 24 Julai 2008 (UTC)[balas]

Saya harap kita boleh tutup topik ini kerana ia tidak berkenaan Wikipedia Bahasa Melayu dan mengelak pertelingkahan (konflik). Bagi menjawap Aviator pula.
  1. Mubaligh Kristian hanya mencetak Bible pertama, tetapi cetakan di Alam Melayu telah dilakukan lama sebelum itu tetapi menggunakan cap batu (lebih sesuai bagi huruf jawi. Satu muka, sekeping batu. Orang Barat hanya membawa cetakan atur huruf (huruf berasingan disusun satu halaman.)
  2. Sememangnya Abdullah Munsyi membantu proses penterjemahan kerana menurut firasatnya, membaca tidak menjadi kufur jika hati tidak berkeinginan kearah itu. Saya tidak mahu ulas mengenainya.
  3. Bible Iban lihat http://www.google.com.my/search?hl=en&q=bible+iban&btnG=Google+Search&meta= Yosri 10:51, 24 Julai 2008 (UTC)[balas]

-DITUTUP- —Aviator, 11:01, 24 Julai 2008 (UTC)[balas]

saya mahu memasukkan gambar

tetuan penyelia

saya mahu memasukkan gambar Ustaz Mat Saman Kati ke dalam halaman wikipedia. gambar itu dirakamkan oleh saya dengan kebenaran dari tuan guru, untuk digunakan oleh semua.

bagaimanakah caranya untuk saya memasukkan gambar tersebut?

sekian terima kasih

mohamed

Klik di pautan "Muat naik pintar" di sebelah kiri.—Aviator, 08:16, 25 Julai 2008 (UTC)[balas]

Jangan lupa baca laman-laman berikut:

PPSMI

Beberapa hari lalu saya membuka rencana baru berjudul Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang membincangkan antara dasar paling kontroversi yang pernah dilancarkan kerajaan kita. Orang ramai dialu-alukan memperkaya rencana ini dengan mengisi fakta-fakta (termasuk pendapat dan pandangan orang-orang terkenal) tapi bukan pendapat sendiri. – Fanatix 12:47, 25 Julai 2008 (UTC)[balas]

Satu rencana yang bagus dari saudara. Tapi saya rasa elok juga kalau anda cipta satu rencana mengenai isu-isu kontroversi dalam sistem pendidikan Malaysia secara umum, seperti mana di dalam rencana Bahasa Inggeris ini. Menurut rencana tersebut, terdapat lima isu kontroversi utama iaitu isu jantina, isu bahasa, isu kuota mengikut kaum, isu polarisasi kaum serta fenomena kelas tambahan. - Hezery99 (bincang) 04:13, 5 Ogos 2008 (UTC)[balas]