Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Wikipedia telah dicalonkan untuk memenangi Webby Award di dalam dua kategori: Best Practices dan Community. Undian telah pun ditutup dan Wikipdia telah memenangi Webby Award di dalam kategori Community!


Mengapa Ada Pautan yang Salah?

Secontoh pautan ini didapati pada Malaysia. Kata pautan ini, "Kembali ke Daftar Negara". Apa maksud ini? Saya tidak datang daripada halaman Daftar Negara. Walaupun ada guna untuk ini, ianya akan mengelirukan pengguna baru. --Johnleemk 14:38, 17 Mac 2004 (UTC)[balas]

Maaf jika lambat menjawap. "Kembali ke Daftar Negara" = "Return to Country Index." Ia untuk membenarkan pengguna kembali kepada Index Negara, walau dari negara manapun mereka masuk ke Wikipedia.Yosri 10:48, 14 Apr 2004 (UTC)


Siapa Administrator/sysop?

Siapa sysop untuk Wikipedia Bahasa Melayu? Contohnya, kalau ada halaman yg perlu dipadam, siapa mempunyai "sysop rights" untuk memadamnya? -- Zaim 02:37, 30 Jun 2004 (UTC)[balas]

Lihat Halaman Istimewa senarai pengguna ataupun Istimewa:Listadmins. Yosri 03:15, 30 Jun 2004 (UTC)[balas]


Latest To Do

Based on the above discussions, I'm proposing some new tasks (or re-listing old ones) for the Main Page. In no particular order:

So let's discuss as much as possible and implement as soon as possible.

-- Zaim 02:30, 30 Jun 2004 (UTC)[balas]


  1. Teks pengenalan / mukadimah - Perlukan seseorang mengolah kembali. Perlu diingatkan bahawa pengguna Melayu kurang mahir Wiki, oleh itu sedikit asas peraturan Wiki perlu di kekalkan dimukadimah. Pada pendapat saya, mereka kurang bersedia membaca laman peraturan dan persetujuan.
  2. Untuk template, memerlukan seseorang untuk mengemas kini secara berkala untuk hal semasa. Ini disebabkan pengemaskini dilakukan secara manual.
  3. Untuk rencana pilihan, mungkin boleh kita undi.

Yosri 03:43, 30 Jun 2004 (UTC)[balas]


Cadangan teks pengenalan baru

Sunting dengan menambah atau padam dengan menggunakan tag <strike>...</strike>

Selamat Datang! Ini adalah Laman Utama Wikipedia versi Bahasa Melayu. Wikipedia adalah projek pelbagai bahasa untuk menghasilkan ensaiklopedia kandungan terbuka yang lengkap dan tepat.
Versi Inggeris bermula pada Januari 2001 dan telah menghasilkan 217000+ rencana dalam bahasa Inggeris. Versi Bahasa Melayu pula telah bermula pada 28 Jan 2003 dan telah menghasilkan 372,624 rencana di dalam Bahasa Melayu.
Sumbangan anda dialu-alukan! Halaman ini diusahakan oleh penutur Bahasa Melayu tanpa mengira negara asal, dan anda semua digalakkan untuk turut serta. Anda boleh menyumbang apa jua rencana yang anda ingini jika pada pandangan anda ia dapat memberi manfaat kepada pembaca, terutama sekali rencana berbentuk akademik. Setiap rencana didalam Wikipedia ini mempunyai pautan sunting di bahagian atas, anda hanya perlu tekan pautan tersebut untuk membuat perubahan terhadap rencana tersebut. Anda digalakkan membuat percubaan di kotak pasir untuk mempelajari bagaimana anda boleh menyunting sebarang rencana sekarang.

Saya amat gembira dengan sambutan yang meggalakkan di Wikipedia bahasa Melayu ini. Semoga kita akan lebih berbincang lebih mesra di kedai kopi ini sebagaimana rakan-rakan di Indonesia. Selain ini saya juga ingin mendapatkan pendapat rakan-rakan Wiki tentang terjemahan nama-nama saintifik haiwan/tumbuhan pada aras filum, Kelas/Division, Order, Famili, Genus, Spesies. Apakah perlu diterjemahkan atau mengekalkan ejaan Inggeris. Saya cenderung untuk mengekalkan ejaan Inggeris. Yosri 10:05, 1 Jul 2004 (UTC)


Kalau tak silap saya, nama nama spesies, order, dan sebagainya memang dikekalkan dalam bahasa Latin. Jika nama nama haiwan atau tumbuhan ini mempunyai nama dalam bahasa Melayu, saya cadang gunakan nama dalam bahasa Melayu dan dan Latin, dengan nama dalam bahasa Latin diformatkan dalam bentuk Italik. khairul khalid 14:09, 1 Jul 2004 (UTC)

Cadangan templat isi kandungan

Alam dan Sains Tulen

Alam Semulajadi - Astronomi - Biologi - Ekologi - Fizik - Geografi - Kimia - Sains bumi - Sains Tulen

Teknologi, Kejuteraan, Matematik

Aeroangkasa - Elektronik - Pertanian - Seni Bina - Automobil - Sains Komputer - Kejuruteraan - Internet - Logik - Matematik - Teknologi - Pengangkutan - Statistik

Manusia, Kesihatan, dan Falsafah

Antropologi - Arkeologi - Pendidikan - Keluarga - Makanan - Kesihatan - Tempat Tinggal - Kemanusian - Linguistik - Perubatan - Psikologi - Falsafah - Lakukan Sendiri (DIY)

Masyarakat, Sains Sosial, dan Negara

Niaga - Komunikasi - Ekonomi - Sejarah - Kerajaan - Undang-Undang - Media - Politik - Hal Ehwal Awam - Masyarakat - Sains Sosial - Sosiologi - Negara - Perdagangan - Pertahanan

Budaya, Agama, Hiburan

Budaya - Tarian - Hiburan - Seni - Muzik - Agama - Seni Reka Visual - Permainan - Hobi - Lawak - Rekreasi - Sukan - Puisi - Wayang - Artis - Pelancongan - Teater

Lain Lain

Berdasarkan disiplin akademik - Berdasarkan kategori - Berdasarkan tahun -Berdasarkan tajuk - Biografi - Jadual rujukan - Daftar negara


Hasil terjemahan yang tak dapat difahami

Saya cuba buka semula rencana rencana dahulu tetapi malang sekali saya terpaksa membaca dua tiga kali untuk memahaminya. Jadi apa kata di samping kita menambah laman laman baru, kita lihat semula laman laman dahulu supaya menjadi lebih berkualiti dan mudah difahami oleh semua peringkat pendidikan. Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai ejaan, saya menjumpai satu fail/laman di DBP mengenai ejaan dalam Bahasa Melayu. Fail pdf ini amat menarik, dan kita dapat melihat bagaimana perkataan dalam bahasa Inggeris dimelayukan. http://dbp.gov.my/ejaan.pdf Ini sekadar cadangan. Harap maklum. Khairul Khalid 18:47, 8 Jul 2004 (UTC)


Alihbahasa

Saya bersetuju bahawa rencana terjemahan agak canggung dan pelik bunyinya. Ini adalah kerana tatabahasanya agak bercelaru dan perlu diperbetulkan. Bagaimanapun saya tidak ingin penggunaan perkataan Inggeris yang dieja Melayu. Peraturan bahasa Inggeris diMelayukan hanya untuk yang tiada perkataan Melayu seumpamanya, bukannya untuk kesemua perkataan Inggeris. Bahasa Melayu bukan hanya di Malaysia tetapi diseluruh alam Melayu. Adakah orang Melayu di Kemboja, Sri Langka akan faham apa pertuturan orang Melayu Malaysia 5 tahun nanti? Jangan sampai bahasa Melayu menjadi bahasa yang berpecah kepada bahasa terpelajar - globalisasi, efektif, dependens fizikal dan bahasa rakyat sejagat, berkesan, pergantungan secara fizikal.

  • Effective globalisation of economy
    • Keberkesanan globalisasi ekonomi
    • Ekonomi sejagat yang berkesan.

Yosri 01:08, 9 Jul 2004 (UTC)

Saya bersetuju yang bukan semua perkataan bukan Melayu (Bukan sahaja Inggeris) boleh dimelayukan. Bagi saya yang daif dari segi bahasa ini, selagi perkataan itu diterima oleh oleh DBP Malaysia dan Brunei, perkataan itu patut diterima pakai. Walaupun ada perkataan yang sudah wujud dalam bahasa Melayu (yang juga berasal daripada bahasa lain spt. Sanskrit dsb. ), kita perlu menambah kosa kata bahasa Melayu supaya semua orang dapat memahaminya. Dalam kes Malaysia dan Brunei, kosa kata bahasa kita sememangnya banyak dipinjam daripada Inggeris dan Arab. Tugas yang menentukan boleh atau tidak digunakan itu, kita serahkan apa yang berhak dan mampu (iaitu DBP). Memandangkan Bahasa Inggeris merupakan lingua franca Asia buat masa ini, insyallah penutur bahasa Melayu di Asia boleh memahaminya.

Saya petik rencana ini daripada Dewan Budaya.

"Apakah kekurangan bahasa Melayu hingga tidak diperlukan lagi dalam mata pelajaran Sains dan Matematik? Kesemua laporan dan cadangan yang dinyatakan di atas banyak manfaatnya sekiranya seseorang ingin melihat langkah menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik secara intelektual serta rasional dan bukannya tenggelam dalam lautan emosi. Pastinya, laporan dan cadangan tersebut boleh dibahaskan, dan perbahasan intelektual amat perlu jika kita benar-benar serius untuk melahirkan masyarakat ilmu dan bukannya masyarakat beremosi. Bagi pejuang bahasa pula, mereka tidak perlu bernostalgia dengan zaman kegemilangan bahasa Melayu ketika kerajaan Sriwijaya dan kesultanan Melayu Melaka kerana kita hidup pada abad ke-21. Bernostalgia tentang bahasa Melayu pada zaman silam seakan-akan memberikan gambaran bahawa bahasa ini amat daif dalam era teknologi maklumat dan komunikasi."

Wallahua'alam Khairul Khalid 14:16, 9 Jul 2004 (UTC)


Saya tidak menolak istilah ciptaan DBP secara total, cuma sekiranya terdapat padanan Melayu asli, saya akan terus menggunakan yang asal.

Berkenaan dakwaan bahawa bahasa Inggeris merupakan lingua franca Asia buat masa ini, itu bukan masalahnya, tetapi keaslian bahasa Melayu yang perlu diperkekalkan.

Kenyataan mengenai Bagi pejuang bahasa pula, mereka tidak perlu bernostalgia dengan zaman kegemilangan bahasa Melayu ketika kerajaan Sriwijaya dan kesultanan Melayu Melaka kerana kita hidup pada abad ke-21. Bernostalgia tentang bahasa Melayu pada zaman silam seakan-akan memberikan gambaran bahawa bahasa ini amat daif dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. perlu dilihat dari beberapa segi.

  1. Bahasa Melayu adalah milik semua, dan pejuang bahasa Melayu juga berhak menyuarakan pendapat mereka.
  2. Pejuang bahasa Melayu tidak perlu malu mengakui kegemilangan bahasa Melayu kerana itu kenyataan. Perkataan pejuang membawa erti mereka yang berusaha melakukan sesuatu untuk mengekalkan kemertabatan bahasa Melayu dan bukannya tidur sambil berangan-angan. Menyamakan perasaan bernostalgia dengan gambaran bahasa akan menjadi daif menunjukkan ketidakfahaman sebab dan akibat ( cause and effect ).
  3. Berbanggalah dengan kegemilangan bahasa Melayu dan teruskan perjuangan (bukannya tidur), untuk memertabatkan bahasa Melayu. Jangan tukar bahasa Melayu menjadi bahasa rojak, sekerat ular sekerat belut kerana ini merendahkan mutu bahasa Melayu kepada bahasa pidgin, creole. Kalau sudah ada istilah Melayu jati, apa perlunya diganti.

Ini adalah pendapat saya semata-mata, dan bukannya polisi Wikipedia. Setiap penyumbang boleh menyumbang menurut pendapat masing-masing.

Wassalam dari saya. Yosri 06:20, 10 Jul 2004 (UTC)

Nama Greece

Saya terbaca satu rencana dalam DBP, dan rencana itu menggunakan nama Greece. Nama Yunani selalunya dikaitkan dengan yunani kuno, dan Bahasa Melayu sudah jarang (mungkin juga sudah tidak lagi) menggunakan nama Yunani. Kini, Bahasa Melayu menggunakan nama Greece dan Indonesia menggunakan nama Yunani. Saya cuba bertanya pada DBP tapi masih belum mendapat balasan. Saya akan beritahu jawapan emel itu nanti. http://dbp.gov.my/majalah/dbhs1art1.html Jika benarlah nama Greece dipanggil Greece, saya cadangkan kita tukarkannya. Tak ramai yang tahu bila disebut nama Yunani. Khairul Khalid 11:51, 9 Jul 2004 (UTC)


Saya juga telah lama bercadang menggunakan nama Greece bagi menggantikan Yunani. Bagaimanapun agak keliru samada penggunaan Greece atau Greek. Mungkin ada sesiapa yang lain ingin memberi ulasan.Yosri 05:50, 10 Jul 2004 (UTC)

Sebarang cadangan samada untuk menggunakan perkataan Aztec atau Aztek? Sebarang ulasan dialu-alukan.Yosri

Kalau tak silap, dalam kamus, Aztek. Khairul Khalid 12:27, 13 Jul 2004 (UTC)

Cadangan Subtopik

Ini cadangan untuk menyeragamkan sub topik rencana rencana berkenaan negara, bandar dll. Jika anda ada cadangan subtopik untuk apa apa tajuk, masukkan disini.

Pilihan Bahasa Asing di Laman Utama

Jika boleh, kita pindahkan semua pilihan bahasa bahasa lain ke bahagian tepi memandangkan kedudukannya tidak strategik, ia tak berapa penting, dan tak semua orang ingin membuka laman bahasa bahasa lain. Khairul Khalid 21:36, 14 Jul 2004 (UTC)

Kedudukan pautan bahasa asing terdapat dalam tatarajah perisian Wikipedia. Saya kurang pasti samaada boleh ditukar. Dahulunya versi Wikipedia sudah ditukar menjadikan senarai pautan bahasa asing ke tepi, tetapi versi tersebut dikembalikan. Mungkin ada masalahnya, sehingga sekarang. Lihat Wikipedia Indonesia untuk versi dahulu.Yosri 00:55, 15 Jul 2004 (UTC) ____

Kesilapan Hukum DM

Sebenarnya sudah lama saya perasan tentang hal ini. Berbeza dengan bahasa Inggeris, dalam bahasa Melayu, perkataan pertama ialah perkataan yang ingin diterangkan, manakala perkataan yang kedua menerangkan perkataan yang pertama. Kita ambil Editing Help sebagai contoh. Ada dua alternatif terjemahan.

1) Bantuan Menyunting 2) Sedang menyunting bantuan.

Cara yang terbaik untuk mengetahui perkataan yang mana yang kita mahu, cuba jadikannya sebagai soalan. Jika kita bertanya, "Bantuan apa?", jawapan yang sepatutnya ialah "bantuan menyunting". Jika kita bertanya "menyunting apa?", jawapannya ialah "sedang menyunting bantuan".

Untuk memudahkan kita memahami istilah menyunting bantuan, kita ambil senario ini. Kita masuk ke dalam bilik rakan dan dapati dia sedang menaip sesuatu. Kita bertanyakan rakan kita apa yang sedang dia lakukan, dan dia menjawab "saya sedang menyunting bantuan".

Pendek cerita, saya rasa, menyunting bantuan perlu ditukar kepada bantuan menyunting. Terima kasih. Khairul Khalid 00:11, 16 Jul 2004 (UTC)


Pengkelasan

Apakah kita perlu meletakkan nama pengkelasan di hadapan sesuatu nama khas? Sebagai contoh nama-nama pokok. Perlukah meletakkan pokok Jati, pokok Kapur atau hanya letakkan Jati, Kapur?

Saya lebih cenderung kepada menggunakan pokok Jati, pokok Kapur kerana ia akan membezakan antara kata Jati, atau Kapur dengan nama pokok. Juga seperti (pokok) Ipoh, (pokok) Melaka. dll.

Perkara yang sama juga untuk penyakit. Ada sesiapa ingin membuat teguran lain?Yosri 14:50, 24 Jul 2004 (UTC)

isu napster dan kazaa

saya nak tanya,apakah pengajaran yang dapat kita mbil dari isu napster dan kazaa:apa yang kita patut ambil dari kes ini???

219.95.94.207 02:17, 7 Aug 2004 (UTC)

PERKATAAN SENI DALAM BAHASA ARAB

Lihat Seni Yosri

Dutch Wikipedia

Selamat, an anonymous user just changed the image on the Malaysia page and made a link to the image used on the Malaysian wikipedia. Although we do appreciate any help, we do not use "external" pictures (even from an another wikipedia) the usual procedure is to upload it. Thanks and greetings from Bangkok Waerth 11:05, 10 Sep 2004 (UTC)

If possible I would also like to know what the copyright status is on: Imej:Lambang Malaysia.jpg so I can use that for adding to the image. Waerth 11:10, 10 Sep 2004 (UTC)

Hai Waerth, Greeting from Malaysia. The Fail:Lambang Malaysia.jpg seems to be edited image from goverment site. I'm not sure of the copyright status of goverment image, but I believe it fall under fair use. You might want to check it out in English Wikipedia.Yosri 11:37, 10 Sep 2004 (UTC)

pencipta formula statistik

terima kasih kerana mewujudkan ruangan ini. saya,pelajar tingkatan empat(4),ingin minta pihak Wikipedia mencari nama tokoh-tokoh yang telah mencipta formula statistik. kalau boleh sertakan nama,tahun(masihi;kalau ada),formula yang telah dicipta,berasal dari mana, dan sebagainya(apa-apa yang patut). kerjasama dari pihak Wikipedia sangat diharapkan. sekian terima kasih.

This image is © Magnum. Because of this, it has been deleted on the English Wikipedia. A public domain image of Albert Einstein is available at en:Image:Albert Einstein by Yousuf Karsh.jpg. Lupo, 17:42 24 Sep 2004 (UTC)

Copywrite image overide with public domain image.Yosri 11:11, 1 Okt 2004 (UTC)

Translation of the week

Currently we have started a project on meta.wikipedia to get an article translated in as many wikipedias as possible every week. The article will be about a subject that usually gets rarely translated and has a lot of links to other subjects. Currently we have no-one to translate in your language. If someone is interested to participate please see: meta:Translation of the week You can also submit articles from your own languages there that you think deserve translation, but have a small chance of it. The articles must not be to short and not to long and have lots of links to possible other articles! Waerth 14:19, 5 Nov 2004 (UTC)

bahasa rojak

bahasa rojak menjadi halangan dalam perkembangan bahasa melayu. siapa yang kata bahasa rojak akan halang kita maju?Kita akan terus maju walaupun guna bahasa rojak. Mengapa kita harus terlalu skematik terhadap isu ini? Asalkan kita aka atua boleh menggunakan bahasa melayu asal dan standard dalam keadaan tertentu?adakah perlu kita menggunakan pure bahasa melayu dalam kehidupan harian? ini adalah pemikiran yang keras kepala. kita biasa menggunakan bahasa rojak tidak bermakna tidak pandai atau tidak cinta bahasa ibunda, this is a trend sahaja.

                                             Zainal mohamad