Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan)/Arkib/2011

Cadangan meletakkan tulisan Wikipedia bahasa Melayu dalam versi tulisan Jawi di laman utama sunting

Assalamualaikum dan Salam Wikipedia, saya ingin mencadangkan agar di sudut tengah paling atas Laman Utama Wiki ini diletakkan tulisan Wikipedia bahasa Melayu dalam versi tulisan jawi. Ini kerana saya beranggapan sudah tiba masanya untuk kita mengorak langkah sedikit dalam mengembalikan maruah tulisan jawi yang makin hari makin dilupakan khususnya dikalangan para penutur dan pengamal bahasa Melayu itu sendiri.

Cadangan ini dibuat juga sebagai suatu legasi kesinambungan untuk mengangkat kembali martabat tulisan jawi. Saya melihat dalam surat-surat rasmi kerajaan di negara-negara yang diperintah oleh kerajaan Melayu turut menggunakan pendekatan seperti ini, misalnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan PBT lain di Malaysia masih meletakkan tulisan jawi diatas (kepala surat) (letter head) rasmi mereka, begitu juga negara pemerintah negara Brunei Darussalam dan pemerintah Aceh.

Cadangan tulisan jawi yang mungkin dapat ditonjolkan kelak adalah seperti: ويكيبيديا بهاس ملايو Tulisan jawi tersebut mungkin boleh disenikan dengan saiz dan seni khas yang lebih baik bergantung kepada usul, citarasa dan kesesuaian pelayar yang digunakan dalam wiki ini. Sekian, terima kasih.--Smim90 (bincang) 11:06, 22 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya mencadangkan supaya membuat wikipedia baru khas untuk tulisan jawi. Kerana wikipedia ini merupakan khas untuk tulisan rumi sahaja.--Aplikasi (bincang) 15:45, 9 Februari 2011 (UTC)[balas]

Sebenarnya ini adalah Wikipedia Bahasa Melayu, dan ia tidak menghadkan tulisan apa yang hendak/boleh digunakan. Saya cadangkan sesiapa yang berminat boleh menulis dalam Jawi agar dengan meletak kod tambahan pada nama rencana, contoh rencana Malaysia ditulis Malaysia (Jawi) / Malaysia, Jawi / Malaysia (J). Ini membolehkan sesiapa yang hendak merujuk tulisan Jawi melakukan demikian tanpa mengganggu rencana tulisan rumi. Srcara teori, melakukan ini berpotensi menggandakan bilangan rencana. Atau juga boleh juga memohon Wikipedia baru dibuka. Ini berpotensi mengurangkan penyumbang di sini kerana ada yang berpindah ke sana. Yosri (bincang) 23:07, 9 Februari 2011 (UTC)[balas]

Lebih menyetujui dengan cadangan saudara Yosri. Lagipun, saya tak pasti ada Wikipedia satu bahasa tetapi dua skrip tulisan. Tolak Wikipedia bahasa Cina, sebab loghat yang digunakan jelas berbeza. Lebih mudah membuat satu tab baru ataupun jalan pintas di halaman rencana bagi saya. عبد الله Pesanan? 00:35, 10 Februari 2011 (UTC)[balas]

Eh tambah sikit. Wikipedia satu bahasa, dua skrip tulisan, dan dua wiki yang berbeza. عبد الله Pesanan? 00:43, 10 Februari 2011 (UTC)[balas]

Perkara ini pernah dibincangkan dahulu, ada di arkib LU. Sayangnya kini Aviator dah menghilang. ...Aurora... (b) 11:24, 10 Februari 2011 (UTC)[balas]

Kalau mahu tambah tab, rasanya tidak boleh, kerana tiada dikalangan kita yang punya hak sebagai pembangun (betulkan saya jika salah). Kalau buat skrip seperti yang dikatakan dulu oleh saudara Aviator, agak sukar kerana perlukan pustaka kata yang besar. Laman kandungan pula tidak boleh punya sublaman, tidak seperti laman projek. Jadi cadangan saya, jika benar-benar ada yang berminat membuat versi tulisan jawi untuk rencana, kita buat sebuah laman projek, Wikipedia:Versi jawi contohnya. Kemudian, buat versi jawi rencana sebagai sublaman untuk Wikipedia:Versi jawi. Contohnya untuk rencana Rumah, versi jawinya diletakkan di Wikipedia:Versi jawi/روم. Kemudian pada rencana Rumah, letakkan templat {{ada versi jawi}} yang meletakkan pesanan "Lihat versi jawi" pada rencana tersebut. Seterusnya, pada laman versi jawi Wikipedia:Versi jawi/روم, khidmat javascript digunakan untuk menukarkan tajuk laman drpd. Wikipedia:Versi jawi/روم kpd روم sahaja. Gaya pada laman-laman tersebut juga boleh ditukar supaya serasi dengan tulisan jawi serta, pautan kembali ke laman induk pula disorokkan.
Proses melaksanakan cadangan ini bukannya sesuatu yang mudah, jadi pastikan ada yang sanggup menyumbang dalam versi jawi atau segala usaha sia-sia. Pada saya, perkara ini cuma menambahkan beban pada kita, tapi tidak dinafikan, ia satu cadangan menarik. --Kurnia [ bual ] 12:20, 10 Februari 2011 (UTC)[balas]

Beberapa hari yg lepas, saya ada jumpa laman TERUJA. Siapa yg berminat melayari web dalam Tulisan Jawi, boleh cuba enjin transliterasi ini. Misalnya laman ini sendiri :) ...Aurora... (b) 15:47, 26 Februari 2011 (UTC)[balas]

Entah kenapa saya tiba-tiba bercadang mahu menjenguk Kedai Kopi. Kebetulan ternampak isu Wikipedia Jawi ditimbulkan lagi di sini jadi saya rasa terpanggil untuk menjawab.

Wawasan saya ialah membina suatu atur cara/skrip Jawi sumber terbuka dan mampu melakukan terjemahan secara automatik dan pantas. Bila projek ini sudah siap, saya mungkin akan mengaktifkan semula akaun saya di Toolserver atau menjalankan server sendiri yang memaparkan "mirror" bagi Wikipedia BM, semuanya dalam tulisan Jawi. Kemudian setiap rencana di Wikipedia BM yang asal akan mengandungi pautan ke laman versi Jawi yang berkenaan (dalam bentuk tab, seperti yang disebut di atas).

Namun cita-cita ini amat besar dan tak mampu disiapkan dalam masa yang singkat. Dalam kata lain, projek ini ehem terbantut. Maaf ya, saya kesibukan :) Setakat ini apa yang saya boleh dedahkan mengenai status projek ini adalah sebagai mana yang berikut:

  • Pangkalan data (pustaka) sudah dikembangkan.
  • Prototaip atur cara ini sudah boleh menterjemah ke dalam Jawi.
  • Asalnya ditulis dalam Python, tapi prestasinya agak lembab. Oleh itu, saya gunakan bahasa lain dan sedang mengkaji kaedah-kaedah untuk mempercepatkan lagi kadar terjemahannya.

Siapa-siapa yang mahu membantu atau melontarkan idea saya alu-alukan.—Aviator, 18:03, 22 April 2011 (UTC)[balas]

Kaum etnik Melayu Brunei sunting

Assalamualaikum, Disini, saya ingin mengetengahkan ilmu pengetahuan saya tentang kaum etnik Melayu Brunei khasnya di kawasan Sabah yang seikhlasnya dan seadanya melalui sejarah liku-liku di Sabah khasnya. Kaum etnik Melayu Brunei adalah berasal dari negara Brunei Darussalam dan ada yang mengatakannya datang dari kepulauan Melayu-Riau. Kaum etnik Melayu Brunei yang masih terdapat di Sabah khususnya telah memilih melalui pungutan suara (secara undian) menjadi penduduk tetap dan seterusnya menjadi warganegara Malaysia sejak zaman kemerdekaan lagi di Malaysia. Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan di perairan Teluk Sabah dan beragama Islam. Pada zaman kini pula, kaum etnik Melayu Brunei telah banyak kahwin-campor dan tinggal tertumpu di kawasan bandar dan ibunegeri ataupun di kawasan-kawasan yang dibangunkan dalam arus kemajuan khasnya di Sabah negeri di bawah bayu yang tercinta ini. Kehid – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh 118.101.114.148 (bs).

Silalah cipta rencana Melayu Brunei. ...Aurora... (b) 11:14, 8 Februari 2011 (UTC)[balas]
Perkara ini sudah ada dibincangkan dalam buku teks (Malaysia) jika tidak silap saya. Yosri (bincang) 23:08, 9 Februari 2011 (UTC)[balas]

Please, could you translate en:Podolsk into Bahasa Melayu? Naturally if you have available time! sunting

Good day to you! Could you, please, translate into Bahasa Melayu the article, containing two-three sentences, about this city in Russia? I’d like to thank you in advance :)--Переход Артур (bincang) 15:57, 12 Februari 2011 (UTC)[balas]

Done.Aplikasi (bincang) 04:56, 18 Februari 2011 (UTC)[balas]
Thank you--Переход Артур (bincang) 09:44, 18 Februari 2011 (UTC)[balas]

Kualiti rencana sedia ada harus dijaga, jangan asyik tambah-menambah rencana baru tanpa tahu jaga kualitinya sunting

Wikipedia Bahasa Melayu sudah mencecah 100,000 rencana, tetapi majoritinya adalah rencana tunas (stub). Rasanya dah tiba masanya untuk memberi perhatian serius kepada mutu rencana-rencana yang sedia ada, khususnya subjek-subjek terkemuka seperti negara berekonomi tinggi, bandaraya terbesar, peristiwa sejarah terhebat, tokoh terunggul dsb, daripada terhegeh-hegeh buat ratusan rencana baru yang kurang berisi setiap hari. – Fanatix (bincang) 03:37, 23 Februari 2011 (UTC)[balas]

Saya setuju! Penyelia yang tidak menyumbang rencana patut mengembangkan rencana. Kita tak nak free loaded saja kat sini. Yosri (bincang) 05:58, 23 Februari 2011 (UTC)[balas]
Saya cadangkan rencana yang memerlukan terjemahan diterjemah oleh penyelia yang ikhlas ingin mwningkatkan kualiti. Yosri (bincang) 07:00, 23 Februari 2011 (UTC)[balas]
Mula-mula, kita harus lengkapkan kandungan Bantuan WBM. Ada sesetengah kandungan yang masih dibiarkan diterjemah dari BI separuh jalan saja. Sepatutnya ini disiapkan lama dahulu. Perkara ini wajar diberi perhatian kerana ini boleh mempengaruhi tanggapan orang ramai terhadap kebolehgunaan WBM. Untuk meningkatkan mutu WBM, haruslah kita bermula dari perkara-perkara paling asas seperti panduan pengguna. – Fanatix (bincang) 07:11, 23 Februari 2011 (UTC)[balas]
Panduan-panduan tersebut banyak yang tidak wujud. Kebanyakannya saya jadikan sebagai lensop ke en.wiki. Anda boleh lihat di Kategori:Lensop Wikipedia. Saya sedang sibuk menghabiskan rencana berkaitan komun dan birukan rencana 2AM, jadi mungkin saya tidak dapat membantu buat masa ini. --Kurnia [ bual ] 07:25, 23 Februari 2011 (UTC)[balas]
Tak apa, saya akan bantu awak semua kenal pasti bahagian-bahagian yang dibiarkan separa diterjemah. Misalnya:
Senarai sebegini membantu kita tahu apa yang harus dipertingkat lagi. – Fanatix (bincang) 07:49, 23 Februari 2011 (UTC)[balas]

Setuju. ...Aurora... (b) 11:10, 23 Februari 2011 (UTC)[balas]

Terima kasih Fanatix kerana bantu, saya sudah sedia maklum yang ratusan rencana di Wikipedia ini belum diterjemah sepenuhnya. Lihat Kategori:Rencana yang memerlukan terjemahan. Cadangan saya, untuk polisi-polisi ini, gunakan pautan transwiki untuk bahagian yang belum diterjemah. Saya ada buat di WP:BOH yang asalnya sebuah lensop. Tapi WP:BOH isinya hanyalah pengepala bahagian dan pautan transwiki ke bahasa Inggeris. --Kurnia [ bual ] 11:22, 23 Februari 2011 (UTC)[balas]
Saya sokong usaha anda. Baiklah, selain menambah kualiti rencana yang saya mulakan, sekiranya saya ada masa, saya cuba untuk tolong dalam bahagian itu juga. عبد الله Pesanan? 14:42, 23 Februari 2011 (UTC)[balas]

Sebenarnya perkara ini bukannya perkara baru tetapi telah dibangkitkan daripada tahun 2006 lagi oleh Master2841 dan saya. Kesimpulan yang dicapai adalah bukannya semua penyumbang cukup berdisiplin seperti Fanatix (dan juga saya pada masa itu). Lagipun Wikipedia merupakan laman sukarela dan para penyumbang juga mempunyai banyak komitmen lain. Maka walaupun saya masih bersetuju bahawa ini merupakan suatu masalah, jalan penyelesaian haruslah praktikal dan tidak terlalu idealistik. Penggunaan pautan interwiki juga tidak praktikal daripada pandangan saya. Cukuplah suatu rencana diterjemahkan perlahan-lahan asalkan tidak dibiarkan terus tidak diterjemah. — Alistaire | عليستير (bincang) 12:20, 23 Mac 2011 (UTC)[balas]

Saya cadangkan kita adakan semula rencana gotong royong. Sangat sukar untuk mendapatkan sebuah rencana berkualiti bagi dicalonkan sebagai rencana pilihan bulanan. Zamwan (bincang) 11:08, 10 Mei 2011 (UTC)[balas]
Wikipedia:Rencana gotong-royong dah lama koma. ...Aurora... (b) 11:40, 10 Mei 2011 (UTC)[balas]

Templat {{18sx}} sunting

Saya cadangkan supaya diwujukan gajet bagi membolehkan templat ini disorok. Apa pendapat anda? --Kurnia [ bual ] 19:45, 2 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Saya setuju hanya bagi pengguna yang berdaftar. Ini agar ia dilihat sekurang-kurangnya sekali, dan ia ditetapkan awalannya sebagai off. Pengguna perlu opt in untuk mengaktifkannya. Yosri (bincang) 23:18, 2 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya tidak membantah. ...Aurora... (b) 07:36, 4 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya sudah sediakan skripnya. Tapi skrip yang sekarang ini cuma akan menyorok templat tersebut, jadi bagi pengguna yang tidak ingin melihat templat ini, bolehlah mengaktifkan gajet ini, dan nyahaktifkannya jika lebih suka melihat templat itu di lelaman 18SX. --Kurnia [ bual ] 15:46, 4 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Gajet sudah dicipta. Para pengguna sekarang boleh guna dengan mengaktifkan gajet Sorok18sx di laman keutamaan masing-masing. --Kurnia [ bual ] 16:37, 4 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Saya percaya dua kategori di atas merujuk kepada perkara yang sama. Salah satu perlu dibuang, soalan saya, yang mana satu? Mohon pendapat kalian. --Kurnia [ bual ] 13:15, 5 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Hemat saya buang pengkomputan. Dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu bahagian Istilah MABBIM istilah pengkomputeran memang jelas. — عبد الله (Pesanan?) 13:18, 5 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya sokong. Yosri (bincang) 15:20, 5 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Pengkomputeran boleh juga jadi computerization. Tapi tak ada kategori tu, jadi terpulanglah. ...Aurora... (b) 08:24, 6 Oktober 2011 (UTC)[balas]
2 setuju dan dua berkecuali, termasuk saya. Maka saya pindahkan Kategori:Pengkomputan ke Kategori:Pengkomputeran. --Kurnia [ bual ] 13:53, 6 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya pun sokong pengkomputan ditukar kepada pengkomputeran, tapi saya nak ingatkan, kalau kita rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) harap gunakan Kamus Bahasa Melayu sebagai keutamaan utama untuk rujukan istilah, sebab ia kamus bahasa Melayu, kalau istilah Malaysia atau istilah MABBIM pada hemat saya kurang patut digunakan, sebab dasar di Wikipedia ini fokusnya pada bahasa Melayu bukannya bahasa Malaysia atau bahasa Brunei dan sebagainya.--Smim90 (bincang) 15:47, 6 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Lagi berkenaan kategori sunting

Ahli muzik lwn Pemuzik sunting

Kategori kita perlukan penyeragaman. Namun saya telah terterjemah musician kepada 'pemuzik' walaupun 'ahli muzik' telah digunakan lebih awal (wujud Kategori:Ahli muzik dan Kategori:Pemuzik. Tapi pada saya, saya lebih suka 'pemuzik' kerana cuma satu perkataan, maka kategori panjang seperti Kategori:Pemuzik mengikut kerakyatan dan alat muzik tidaklah panjang berbanding Kategori:Ahli muzik mengikut kerakyatan dan alat muzik (sudah dapat markah karangan kalau begini saya rasa). Jadi, lagi sekali, mohon pendapat, yang mana satu? --Kurnia [ bual ] 14:21, 6 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Kerana bahasa yang diiktiraf disini adalah bahasa Melayu Piawai yang diperakukan oleh DBP, maka pandangan saya kita harus jadikan Pusat Rujukan Persuratan Melayu sebagai sandaran rujukan bahasa Melayu di internet, mengikut PRPM pemuzik adalah betul, ahli muzik juga betul, pemuzik lebih ringkas jadi saya sokong.--Smim90 (bincang) 15:38, 6 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Atau mungkin sepatutnya Kategori:Pemuzik dipindahkan ke Kategori:Ahli muzik. Kerana kategori Ahli muzik sudah wujud sejak tahun 2005, manakala Pemuzik baru saya cipta. --Kurnia [ bual ] 01:05, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya tidak rasa ia isu besar kerana kedua duanya boleh guna dan lebih kepada pentakbiran sahaja. Cuma letak lencongan dan penggunaan perlu konsisten. Yosri (bincang) 03:23, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Nampaknya anda dah pilih ahli muzik, saya setuju. ...Aurora... (b) 08:32, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Ya, kerana Kategori:Ahli muzik sudah lama wujud. --Kurnia [ bual ] 20:47, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Takwim lwn Kalendar sunting

Ini mungkin tidak sebesar yang sebelum ini, sekadar untuk penyeragaman. Wujud Kategori:Templat masa, tarikh dan takwim, wujud juga Kategori:Templat masa, tarikh dan kalendar. Lagi pula, wujud Kategori:Templat takwim. Patut guna yang mana satu? Takwim kah, atau kalendar? --Kurnia [ bual ] 14:21, 6 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Atas sebab sama seperti diatas, maka saya sokong takwim, lebih ringkas disebut dan mudah dieja berbanding kalender atau almanak.--Smim90 (bincang) 15:38, 6 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya mencipta Kategori:Takwim pada 2005, tahulah pilihan saya. ...Aurora... (b) 08:32, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Lebih suka dengan takwim :) — عبد الله (Pesanan?) 14:54, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Sokong takwim. Yosri (bincang) 15:10, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Ramai yang sokong takwim. Jadi saya akan pindahkan kategori-kategori berkaitan supaya seragam. --Kurnia [ bual ] 20:48, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Kelompok etnik lwn Kumpulan etnik sunting

Kalau kategori ini macamana pula? Adakah kategori ini juga akan pengguna wiki di sini akan ambil kisah? Tambahan pula, kategori ini dipecahkan kepada yang lebih kecil cth: kelompok etnik di malaysia, kelompok etnik di indonesia dsb...  px-2500-px  19:15, 6 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Saya cenderung kepada kelompok. Tetapi boleh dilencongkan sahaja sesama sendiri. Yosri (bincang) 03:36, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya juga cenderung kepada kelompok etnik, lebih meluas digunakan di sini. ...Aurora... (b) 08:32, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya sokong kelompok etnik--Smim90 (bincang) 08:41, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya memilih kelompok etnik. — عبد الله (Pesanan?) 14:54, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Gaming=?? sunting

Apa terjemahan yang sepatutnya untuk gaming. Saya ingin terjemah en:Category:Gaming tapi tidak tahu patut guna apa. Saya rujuk PRPM, hasilnya 'perjudian' atau 'permaian'. Tapi gaming tidak semestinya perjudian dan Kategori:Permainan sudah wujud untuk en:Category:Games. Jadi apa yang patut? "Bermain permainan", "Berpermainan", "Perpermainan"? Hahaha. Bantu saya. --Kurnia [ bual ] 22:30, 8 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Bermain/judi/hibur/libur? Saya kurang pasti anda merujuk yang mana. Boleh berikan dalam bentuk ayat. Yosri (bincang) 23:21, 8 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Contoh daripada en:Linux gaming: "Linux gaming refers to playing or developing video games for the Linux operating systems." — "Gaming Linux merujuk kepada bermain atau membangunkan permainan video untuk sistem pengendalian Linux." --Kurnia [ bual ] 23:28, 8 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Mungkin boleh guna "Permainan komputer", "Permainan (komputer)". Yosri (bincang) 00:04, 9 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Nampak macam tak sesuai. Mungkin biarkan saja kategori tersebut tak wujud. --Kurnia [ bual ] 03:04, 9 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Tiada idea, mungkin boleh gabungkan kategori Gaming dan Games dahulu. ...Aurora... (b) 01:49, 10 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Industri permainan rasa macam sesuai. Tapi buat masa ini tidak berapa penting. --Kurnia [ bual ] 06:49, 14 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Terjemahan gameplay sunting

Ada sesiapa tahu terjemahan untuk en:Gameplay? Saya terjemahkannya sebagai 'cara main' untuk Kategori:Cara main permainan video. --Kurnia [ bual ] 06:48, 14 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Pengumuman apabila kita mencapai 2 juta suntingan sunting

Saya bercadang ingin letakkan teks-teks berikut di MediaWiki:Sitenotice apabila kita mencapai 2juta suntingan nanti. Setujukah? Jika setuju, harap perbaiki ayat saya jika salah. Kalau ada cadangan untuk penambahan, jangan segan untuk usulkan. :) Teks (keluar satu persatu ikut turutan):

  1. Makluman kepada para pengguna
  2. Wikipedia bahasa Melayu sudah mencapai 2,000,000 suntingan!
  3. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna Wikipedia yang menyumbang kepada pencapaian ini.
  4. Teruskanlah menyumbang di Wikipedia bahasa Melayu agar wiki ini terus membesar.

--Kurnia [ bual ] 02:52, 20 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Ok kot. Tapi saya rasa ayat no. 1 tak perlu. ...Aurora... (b) 08:59, 21 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Saya setuju, tapi seperti Aurora kata ayat no.1 mungkin tak perlu.--Smim90 (bincang) 09:07, 21 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Biarpun saya ubah #1 kepada "Salam sejahtera para pengguna!". Saya juga cadang untuk tambah #5:

  Wikipedia bahasa Melayu, 2,000,000 suntingan sejak 2003!

--Kurnia [ bual ] 11:19, 21 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Bagus juga, tapi mungkin kamu boleh cuba tayangkan dalam ambox terlebih dahulu dekat sini, sebab kalau boleh nak tengok juga hasilnya nanti, mungkin kamu boleh alter tulisan tu dengan rapi kot, sebab kalau gabung semua nampak macam panjang sikit.--Smim90 (bincang) 12:15, 21 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Saya mahu buat kejutan sedikit. Ia ditayangkan satu persatu, tidak sekaligus. :) --Kurnia [ bual ] 14:04, 21 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Sungguh hebat..syabas--Smim90 (bincang) 11:13, 22 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Hehe. Tahniah juga, kita sudah berjaya mencapai 2,000,000 suntingan, ambil masa 9 tahun untuk mencapainya, dengan jumlah pengguna kerap yang sedikit. :D --Kurnia [ bual ] 11:45, 22 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Satu soalan, kenapa saya tak boleh singkirkan pesanan ini berbeza dengan pesanan2 lain sebelumnya? ...Aurora... (b) 15:13, 23 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Jawapannya mudah—kerana pautan [singkir] ditindih oleh div pengumuman ini. Sekejap nanti saya usahakan. Maaf atas kesulitan. :) --Kurnia [ bual ] 15:22, 23 Oktober 2011 (UTC)[balas]
  Beres Sudah diurus. Sepatutnya sudah boleh klik singkir. --Kurnia [ bual ] 15:27, 23 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Sudah boleh, terima kasih. ...Aurora... (b) 15:42, 23 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Cadangan perletakaan templat Hari Raya Aidiladha sunting

Sukacita merujuk kepada perkara diatas, saya telah membuat templat baharu berkaitan Hari Raya Aidiladha di WBM. Untuk pengetahuan, tulisan ucapan adalah dibuat dalam tulisan Jawi. Draf siap telah dibangunkan, seperti berikut, sila lihat di :Templat:Aidiladha. Dijangka saya akan melakukan uji kaji perletakan templat menggunakan kaedah MediaWiki:Sitenotice pada keesokan hari. Harap maklum, sila berikan komen atau cadangan penambah baikkan jika perlu. Terima kasih--Smim90 (bincang) 09:06, 4 November 2011 (UTC)[balas]

Sila pastikan MediaWiki:Sitenotice dikosongkan sebelum 7 November 2011. Banner dan mesej pungutan derma tahunan Yayasan Wikimedia akan dipaparkan sehingga akhir tahun. --Diagramma Della Verita (bincang) 17:32, 5 November 2011 (UTC)[balas]
Terima kasih

"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" atau "Pertubuhan Bangsa Bersatu"??? sunting

Yang mana satu penggunaannya yang lebih sesuai?? Kedua-dua perkataan ini digunakan di wikipedia. dan ia mengelirukan. Sebagai contoh:

--Adikhebat (Bual dengan saya) 05:04, 11 November 2011 (UTC)[balas]

Sepatutnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. --Kurnia [ bual ] 06:14, 11 November 2011 (UTC)[balas]
Ya ...Aurora... (b) 14:26, 11 November 2011 (UTC)[balas]

"Program Petempatan Manusia PBB" atau "Program Penempatan Manusia PBB"??? sunting

Minta pandangan mana satu yang sesuai "Program Petempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" atau "Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Untuk mengelakkan kekeliruan saya kemukakan definisi menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) takrifannya:

  • Petempatan= kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang; (Kamus Dewan edisi ke-4).
  • Penempatan= perihal menempati atau menempatkan (Kamus Dewan edisi ke-4).

Terima kasih. --Smim90 (bincang) 16:57, 20 November 2011 (UTC)[balas]

Penempatan: Bernama & Cyberita
Petempatan: Tak jumpa pula sumber terpercaya. ...Aurora... (b) 08:07, 21 November 2011 (UTC)[balas]
Saya pun rasa "penempatan" adalah lebih tepat sebab banyak capaian / carian dalam internet juga menggunakan penempatan sebagai merujuk kepada aktiviti/perihal/ agenda /program menempatkan penduduk atau masyarakat, misalnya di sini Program penempatan, Google Search.
Jadi kalau tak ada bangkangan saya tukar petempatan kepada penempatan.--Smim90 (bincang) 09:23, 21 November 2011 (UTC)[balas]

Bolehkah menggunakan perkataan ini untuk mengategorikan buku komik? setakat ni ada 29 rencana (kebanyakanya ditambah oleh Nas97) di dalam kategori tersebut.--Adikhebat (Bual dengan saya) 14:58, 29 November 2011 (UTC)[balas]

Boleh ke perkataan ini digunakan sebagai kategori? setahu saya ia cumalah slanga untuk komik + buku, lagipun apa bezanya komku dengan Komik ???--Adikhebat (Bual dengan saya) 03:07, 30 November 2011 (UTC)[balas]
Setahu saya komik bersaiz A4 dan agak nipis 20-25 laman. Saya tidak pernah kenal komku. Anda boleh gantikan jika adaistilah lebih baik. Yosri (bincang) 03:42, 30 November 2011 (UTC)[balas]
Seeloknya elakkan slanga. en:Category:Comic books dilencongkan ke "Category:Comics". Bagaimana dengan Kategori:Novel grafik? ...Aurora... (b) 09:30, 30 November 2011 (UTC)[balas]

Hubungan luar atau hubungan luar negeri ? sunting

yang mana satu yang lebih tepat?? Contoh:

--Adikhebat (Bual dengan saya) 15:07, 29 November 2011 (UTC)[balas]

Foreign relations = hubungan luar negeri. ...Aurora... (b) 15:02, 30 November 2011 (UTC)[balas]

Cadangan perletakaan templat Selamat menyambut tahun baru 2012 sunting

Sukacita merujuk kepada perkara diatas, saya telah membuat templat baharu berkaitan Tahun baru 2012 di WBM. Untuk pengetahuan, tulisan ucapan adalah dibuat dalam dwi-tulisan Rumi/Jawi. Draf siap telah dibangunkan, seperti berikut, sila lihat di :Templat:WBM 10 tahun. Dalam pada itu saya juga turut mempamerkan imej berlogo baru yang tertera tulisan "10 tahun terus membela bahasa Melayu", ia dibuat atas dasar menyesuaikan kehadiran tahun 2012 yang turut bertindih dengan ulangtahun ke-10 Wikipedia bahasa Melayu sejak dibangunkan pada tahun 2002. Dijangka saya akan melakukan uji kaji perletakan templat menggunakan kaedah MediaWiki:Sitenotice segea yang mungkin. Namun saya memerlukan kerjasama, komen atau cadangan penambah baikkan jika perlu terlebih dahulu. Terima kasih.--Smim90 (bincang) 10:41, 28 Disember 2011 (UTC)[balas]

Tempat ini terlalu besar. Saiz fail imej juga boleh dikurangkan. ...Aurora... (b) 14:10, 29 Disember 2011 (UTC)[balas]
p/s: Sepatutnya "daripada".
Ok, ejaan "dari" kepada "daripada" telah dibetulkan, saiz fail imej saya telah kurangkan kepada 157 pixel, saya rasa saiz imej dah memadai, sebab ejaan pada logo tu mesti boleh dibaca.--Smim90 (bincang) 15:25, 30 Disember 2011 (UTC)[balas]
Ujikaji perletakan templat Templat:WBM 10 tahun menggunakan kaedah MediaWiki:Sitenotice dijangka dimulakan pada 31 Disember 2011 mulai jam 12.00 tengah hari. Penguna-penguna Wikipedia saya harapkan boleh berikan maklumbalas atau syor penambahbaikkan templat jika perlu dalam kadar segera, untuk mengelakkan banyak pembetulan berlaku ketika templat dipamerkan.--Smim90 (bincang) 17:11, 30 Disember 2011 (UTC)[balas]
Betulkan juga "dari" kepada "daripada" pada tulisan Jawi. — عبد الله (Pesanan?) 17:53, 30 Disember 2011 (UTC)[balas]
Ok, sudah dibetulkan--Smim90 (bincang) 01:54, 31 Disember 2011 (UTC)[balas]
Ujian paparan tempalt sedang dijalankan di MediWiki:Sitenotice, ia akan terus dipaparkan selama 7 hari, bermula dari tarikh 31/12/2011, jika tiada masalah dan bangkangan.--Smim90 (bincang) 04:14, 31 Disember 2011 (UTC)[balas]