Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)/Arkib/2009

Penggunaan templat di atas hanya menimbulkan persoalan tentang kandungan sesuatu laman. Pada pandangan saya, kandungan seksual merupakan sebahagian daripada pembelajaran dan pengetahuan am. Lagipun, mesej dalam templat itu tidak formal dan bersifat tidak neutral.

Tidak terdapat sebarang polisi atau dasar WP yang menyatakan kandungan seksual haruslah diletakkan mesej sebagai amaran. Adakah templat tersebut masih wajar digunakan? Diagramma Della Verita (bincang) 02:01, 24 November 2008 (UTC)[balas]

Diharapkan para penyelia dan pengguna dapat memberikan pendapat masing-masing. Diagramma Della Verita (bincang) 02:58, 10 Disember 2008 (UTC)[balas]
Penggunaan templat ini tidak wajib, tetapi saya tidak fikir ada masalah sekiranya templat ini ingin diletakkan di bahagian atas rencana sebagai makluman kepada pembaca. Sekiranya gaya templat ini tidak sesuai, boleh saja ditukar. ...Aurora... (b) 09:35, 10 Disember 2008 (UTC)[balas]

Ya, templat ini sesuai digunakan malahan mesti digunakan oleh pihak MsWiki yang memberi informasi 'percuma' kepada semua. Antaranya artikel seks atau zakar tidak sesuai dilihat pengguna contohnya Muhraz. Saya rasa kami dalam kalangan remaja 13+ mampu menilai rencana tersebut. Ini berlainan dengan pelajar bawah 12. PuteraLuqman Tunku Andre 11:13, 10 Disember 2008 (UTC)[balas]

1. Templat ini dicipta berasaskan polisi Filem Negara di Malaysia (18sx, 18pl dan sebagainya). Ia tidak akan difahami oleh keseluruhan lapisan penguna Wiki yang bertutur Bahasa Melayu di negara-negara lain. Templat ini hanya mengelirukan penguna global.

2. Templat ini dicadangkan oleh penganut Islam. Akan tetapi, bukan semua penguna Bahasa Melayu beradat Muslim. Bahasa Melayu bukanlah hak kepunyaan salah satu kaum atau agama; ia kepunyaan seluruh penguna Wiki di dunia. --118.100.72.238 22:39, 15 Disember 2008 (UTC)Penguna Wiki berbahasa lima.[balas]

saya mahu menjawab soalan saudara...

1. Siapa kata ia berasaskan FINAS. 18 sx bermaksud perkara2 yg mengandungi perkara2 yang hanya sesuai dilihat oleh pengguna berumur 18 tahun ke atas. Jika anda menyatakan ianya global, maaflah...pengguna dari pengguna bahasa lain boleh pergi ke bahasa mereka sendiri. Bagi saya bahasa Inggeris berulah bahasa global!

2. Tidak templat 18 sx bukan dicadangkan kerana Islam. Islam juga membenarkan melihat perkara 18 sx atas sebab pengetahuan! Mengapa ia tida difahami pula??

Hujah anda langsung tak berasas dan pendapat anda langsung tak relevan! PuteraLuqman Tunku Andre 07:02, 16 Disember 2008 (UTC)[balas]
Saya tidak tahu tahap pendidikan anda, tetapi tahap rating 18SX dikeluarkan oleh orang bukan Islam. Untuk memastikan anda mendapat pendedahan mengenai rating ini sila lihat http://search.yahoo.com/search;_ylt=A0oGkk4i40dJrwABHgxXNyoA?p=children+rating+web+pages&fr=yfp-t-501&ei=UTF-8&fp_ip=MY Yosri (bincang) 17:22, 16 Disember 2008 (UTC)[balas]

Pelik pula saya melihat perkara ini. Tidak perlu fikirkan siapa yang mengeluarkan rating tersebut, bukan? Bukannya susah, hanya menanda, "web ini tidak sesuai dengan pembaca dibawa 18 tahun."

Ayat "Islam juga membenarkan melihat perkara 18 sx atas sebab pengetahuan! Mengapa ia tidak difahami pula?? " saya tidak setuju. Apakah islam membenarkan perkara yang akan mendorongkan kejadian yang tidak bermaruah. Jika, gambar2 sedemikian ditunjukkan kepada kanak-kanak. Tidakah anda memikirkan tentang kejadian di Pompei.

"Bagi saya bahasa Inggeris berulah bahasa global!" Sememangnya Inggeris bahasa global, tetapi ini ialah wikipedia Bahasa melayu. Hanya yang tahu membaca sahaja yang boleh mengakses, bukan.

Saya Setuju, itulah yang saya ingin tuliskan. ~Kekacang.

Nama templat atau imej yang digunakan tidaklah penting sangat. Yang penting ialah isi templat itu. ...Aurora... (b) 13:32, 17 Disember 2008 (UTC)[balas]

Haha, jwpn kpd anda kekacang. Saya detailkan lagi maksud Islam membenarkan pengganut melihat 18sx. Ia haruslah atas keperluan diri. Dan perkara sebegini tidak boleh dilihat selalu. Cth perkara yang membenarkannya ialah seperti pelajar Perubatan untuk mengkaji stuktur tubuh. Selain itu, ia boleh dilihat jika ia dilihat tanpa syahwat.Maksud boleh yang saya bawakan ialah harus. Jika kamu naik syahwat, maka hukumnya jatuh sebagai haram. PuteraLuqman Tunku Andre 14:26, 17 Disember 2008 (UTC)[balas]

Saya telah menukar kandungan templat tersebut. Harap sesuai. Diagramma Della Verita (bincang) 15:56, 17 Disember 2008 (UTC)[balas]

Betul kata2 anda. Tetapi jangan anda lupa kita sekarang sedang membincangkan umur pengguna. Anda menulis "Saya detailkan lagi maksud Islam membenarkan pengganut melihat 18sx". Jika begitu, anda tidak sama sekali menghadkan tahap pengguna yang "layak" melihat. Anda terangkan tetang orang2 yang hendak belajar, bagaimana pula kanak2 yang hanya tahu menekan dan melihat? Menarik bukan? ~Kekacang


Islam melarang melihat aurat tanpa batasan usia, tetapi sesetengah ulamak mengharuskannya bagi tujuan khusus (perubatan). Pendidikan seks menurut Islam adalah tanggung jawab ibu-bapa apabila anak mencapai peringkat baligh. Tidak ada dalil yang mengatakan "Islam membenarkan pengganut melihat 18sx". 18SX adalah menurut peraturan USA. Ia digunakan bagi Wayang, Permainan Komputer, dll. Bagi laman WEB, rating wikipedia mengikut rating sendiri (voluntary rating). " to make it compliant with the requirements for a safe Internet without censorship. Once rated, family-safe sites can be listed with search engines that only list rated sites. It is also very important for Adult oriented sites to rate themselves to better enable filtering software to protect children." Tag tersebut bukan bererti censorship tetapi self rating.
http://www.safesurf.com/classify/
http://www.weburbia.com/safe/ratings.htm
Ia tidak menghalang, tetapi sebagai peringatan! Yosri (bincang) 04:09, 18 Disember 2008 (UTC)[balas]
Kekacang, saya ingat anda minta penjelasan yang itu, jika kita mengikut Islam, maka tiadalah templat 18 sx kerana pd umur 15, semamangya sudah pasti sudah baligh(sy blum 15,haha). Atau ubah sahaja templat itu dan sbut desp scara bgini 'jika anda blum baligh, anda sepatutnya keluar' haha.Mereka hanya tahu menekan dan melihat seperti anda katakan, jadi mereka kurang faham...sbb mereka tidak memahaminya. Berbalik kepada isu ini, sudah dapat kata sepakat agar templat ini dikekalkan. PuteraLuqman Tunku Andre 15:23, 18 Disember 2008 (UTC)[balas]

Saya setuju supaya templat tersebut dikekalkan tetapi tidak menekankan tentang umur. Bagaimana pula dengan mesej ini, Artikel ini mengandungi unsur-unsur yang mungkin tidak bersesuaian untuk sesetangah pihak dan memerlukan pertimbangan pengguna yang sewajarnya. Diagramma Della Verita (bincang) 10:55, 23 Disember 2008 (UTC)[balas]

Kandungan sekarang ialah: Kandungan laman {{{1}}} mungkin mengandungi unsur-unsur seksual yang tidak bersesuaian untuk sesetengah pihak. Saya rasa dah cukup sesuai. ...Aurora... (b) 13:52, 23 Disember 2008 (UTC)[balas]
Imej tersebut telah ditukar agar isu umur tidak menjadi persoalan. Templat tersebut akan dialihkan. Harap sesuai. Diagramma Della Verita (bincang) 07:21, 26 Disember 2008 (UTC)[balas]
Saya tidak bersetuju template itu ditukar. Ini kerana Wikipedia tidak perlu mereka rating sendiri, tetapi sepatutnya kita mengguna pakai rating piwaian. Selain itu rating piwaian terdapat dalam beberapa tahap contohnya PG13, 18SX, Parental Guidance (PG). Selain itu untuk perkembangan terkini, lihat

Bagaimanapun kesemua di atas masih diperingkat cadangan awal masa kini. Yosri (bincang) 02:18, 29 Disember 2008 (UTC)[balas]

Saya setuju WP tidak memerlukan rating sendiri tetapi WP juga tidap perlu mematuhi piawaian yang sedia ada. Piawaian yang dikatakan anda tidak sesuai dalam konteks ensiklopedia. Walaubagaimana pun, terdapat juga rencana dalam WP versi lain yang pernah disekat kerana kandungannya tidak sesuai. Justeru, pada pandangan saya, masalah utama berpunca daripada gaya penulisan rencana bukanlah tajuk atau topik rencana. Diagramma Della Verita (bincang) 10:53, 4 Januari 2009 (UTC)[balas]

Piwaian rating yang saya katakan adalah khusus bagi gambar yang tidak sesuai. Ensiklopedia biasa tidak memuatkan gambar sebegini, hanya ensiklopedia perubatan (jelas >18 tahun.) Gaya penulisan rencana bukanlah releven dalam perbincangan ini. Lagipun hal sebegini perlu undian, bukan ditukar sesuka hati. Yosri (bincang) 12:20, 4 Januari 2009 (UTC)[balas]

Adakah piawaian rating berkesan dalam konteks WP? Pada pandangan saya, gambar-gambar tersebut tidak membawa apa-apa masalah dalam ensiklopedia bebas. Censorship dan rating bergantung bukan sahaja pada laman tetapi juga kata kunci yang terdapat dalam laman. Kata kunci yang digunakan pula bergantung kepada gaya penulisan. Kandungan templat tidak mendapat bantahan daripada komuniti. Saya cuma menukar imej tersebut agar isu umur tidak menjadi persoalan dalam rating.

Adakah templat tersebut wajar? Komuniti WP perlu mengundi untuk menentukannya. Diagramma Della Verita (bincang) 14:24, 4 Januari 2009 (UTC)[balas]

Rating itu tidak kene mengena dengan rating berkesan dalam konteks WP. Ia adalah rating bagi gambar itu sendiri. Gambar rating XXX kekal rating XXX walaupun digunakan bagi pendidikan. Malah gambar yang diletakkan sebagai 18SX itu sebenarnya adalah XXX. Yosri (bincang) 01:11, 5 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya setuju dengan rating gambar itu dengan tujuan pendidikan. Tetapi, rating yang dimaksudkan bukan tertakluk kepada gambar sahaja. Adakah anggapan seseorang atau rating terhadap rencana tersebut hanya tertumpu pada gambar sahaja? Diagramma Della Verita (bincang) 09:39, 5 Januari 2009 (UTC)[balas]

Tidak terdapat rating piwaian bagi tulisan. Yang saya tahu hanya untuk gambar, video, wayang, dan games. Jikalau anda tahu piwaian rating yang sesuai, sila cadangkan. Yosri (bincang) 02:01, 6 Januari 2009 (UTC)[balas]

Sebenarnya, pautan kedua yang anda berikan menyatakan bahawa censorship dilakukan berdasarkan kata kunci atau keyword. Sekiranya bilangan kata kunci yang digunakan agak banyak maka, sistem sekatan akan menyekat laman tersebut. Lihat laman berikut untuk maklumat lebih lanjut. Cadangan sekatan melalui kata kunci di China Cadangan sekatan di Australia Diagramma Della Verita (bincang) 09:03, 8 Januari 2009 (UTC)[balas]

Cuba baca sikit lagi dekat penghujungnya "In early December, several British providers blocked a Wikipedia entry about heavy metal band Scorpion. The entry included its 1976 "Virgin Killer" album cover, which has an image of a naked underage girl. The Internet Watch Foundation warned providers the image might be illegal." Yosri (bincang) 09:44, 8 Januari 2009 (UTC)[balas]
Satu lagi teknologi menapis ada pelbagai. Keyword yang digunakan mungkin adalah keyword yang diberikan oleh pengguna lain kepada laman itu, bukannya keyword pengguna sendiri. Selain itu terdapat teknologi penapis gambar

Apakah cadangan anda untuk menyelesaikan masalah ini? Saya tetap dengan pendirian saya bahawa isu umur tidak perlu diungkitkan dan digunakan sebagai rating. Diagramma Della Verita (bincang) 15:28, 8 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya rasa 18 ialah had umur yang paling baik. Ia digunakan di kebanyakan negara sebagai batas seseorang dianggap dewasa. Lihat en:Age of majority. ...Aurora... (b) 15:43, 8 Januari 2009 (UTC)[balas]
Usia 18 tahun adalah usia dewasa menurut undang-undang kebanyakan negara termasuk Malaysia. Yosri (bincang) 00:31, 9 Januari 2009 (UTC)[balas]

Bagaimana pula dengan mesej dan imej yang perlu diletakkan? Diagramma Della Verita (bincang) 08:13, 9 Januari 2009 (UTC)[balas]

Gunakan saja imej asal, Fail:Edmund 18SX.JPG. Teks dan nama templat pada saya dah ok. ...Aurora... (b) 14:00, 9 Januari 2009 (UTC)[balas]
Adakah penggunaan imej 18SX.JPG seakan-akan menyentuh bahawa mereka yang tidak berumur 18 tahun ke atas tidak digalakkan untuk membaca artikel tersebut? Diagramma Della Verita (bincang) 08:08, 10 Januari 2009 (UTC)[balas]
Yang penting itu teks. Imej itu nak seakan-akan ke, hiasan ke, terpulanglah tafsiran sendiri. ...Aurora... (b) 14:23, 12 Januari 2009 (UTC)[balas]
Mengaku sahaja fakta terdapatnya gambar XXX dalam sesuatu rencana. Berkenaan siapa nak baca, terpulang kepada kematangan masing-masing. Tiada polis yang nak melaksanakan larangan. Hukum dunia dan akhirat sama sahaja, iaitu setiap seseorang bertanggungjawab bagi setiap tindakan sendiri. Lihat sahaja perbicaraan Nuremberg. You have been warned. Yosri (bincang) 01:43, 13 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya tidak dapat menafikan bahawa mungkin terdapat gambar seperti yang anda nyatakan dalam sesuatu rencana. Sudah tentu setiap orang bertanggungjawab atas tindakan mereka. Sekiranya anda beranggpan imej templat tersebut wajar ditukar, tukarlah berlandaskan tanggapan anda. Diagramma Della Verita (bincang) 16:44, 13 Januari 2009 (UTC)[balas]

Dah ditukar kembali. ...Aurora... (b) 15:13, 14 Januari 2009 (UTC)[balas]

Templat yang tidak neutral pada saya dan seperti menghalau pengguna daripada membacanya. Ada atau tidak ada templat ini, orang akan tetap baca jika dia mahu, dan keluar jika dia tidak mahu. Rating 18sx adalah untuk filem-filem, buku-buku dsb., sebagai panduan ibu bapa untuk menghindarkan anak-anak mereka menerima kandungan yang tidak sesuai dengan umur mereka. kurkur 20:52, 25 Januari 2009 (UTC)[balas]

Topik ini telah ditutup. Alistaire (bincang) 02:23, 26 Januari 2009 (UTC)[balas]

Lanjutan pembatalan beberapa garis panduan sunting

Selaras dengan apa yang pernah dibincangkan di sini pada bulan Julai 2006, saya dapati bahawa GP Wikipedia:Jangan hirau peraturan walaupun sudah dikeluarkan dari senarai Wikipedia:Dasar dan garis panduan, masih tidak dihapuskan. Penghapusan peraturan yang tidak bagus ini telah pun dipersetujui jadi minta seorang penyelia memadam laman tersebut.

Satu lagi, saya lihat dalam Wikipedia Inggeris polisi yang sama telah diberikan status polisi sejagat jadi kita perlu batalkan kesannya di sini selaras dengan apa yang diperuntukkan polisi lanjutan Alistaire (bincang) 07:28, 25 Januari 2009 (UTC)[balas]

Terima kasih Didie kerana melakukannya ;) Alistaire (bincang) 07:49, 25 Januari 2009 (UTC)[balas]

Topik ini telah ditutup. Alistaire (bincang) 02:24, 26 Januari 2009 (UTC)[balas]

Lagi berkenaan dasar dan garis panduan sunting

Semasa saya membantu Didie mengemaskini Dasar dan garis panduan kita, saya dapati semenjak ketiadaan Ychmatematik yang dahulunya menjadi penyimpan (custodian) apa yang disifatkan undang-undang kita di sini, saya dapati bahawa pengguna-pengguna baru (baru di sini bermaksud selepas ketiadaan beliau) rajin menulis dasar dan garis panduan baru, tetapi gagal menyenaraikan mereka di laman utama dasar itu sendiri. Tetapi ada pula dalam templat dasar dan garis panduan.

Mengapa keadaan ini berlaku? Sekiranya berlaku, bukankah ia mengelirukan apabila pengguna tidak mengetahui dasar atau garis panduan yang berkuatkuasa ataupun tidak? Sebagai contoh, ada pula pengguna baru bertindak ciptakan Wikipedia:Tandatangan meskipun Ychmatematik telahpun buat Wikipedia:Tandatangani pesanan anda untuk kita? (Saya telah pun selesaikan ia dengan pengalihan)

Lagipun oleh sebab dasar dan garis panduan kita merupakan peraturan dan boleh menggugat hak kebebasan kita, tidak boleh sewenang-wenangnya tulis dasar/garis panduan baru. Meskipun terjemah dari Wikipedia Inggeris pun, perlu terlebih dahulu pastikan kesesuaiannya dengan adat resam tempatan.

Jadi saya ingin katakan kita perlu menyeselaikan perkara ini dengan pembentukan dua dasar baru, iaitu satu dasar yang akan menyekat pengguna daripada menulis dasar/garis panduan sesuka hati dan satu lagi dasar yang akan membuat prosedur yang perlu untuk satu dasar/garis panduan diluluskan, iaitu dengan mendapatkan kebenaran Kedai Kopi ini. Apa kata semua? Alistaire (bincang) 11:22, 25 Januari 2009 (UTC)[balas]

Maka, sebab itulah saya mengadakan sesi penyemakan semula dasar-dasar sedia ada untuk dikaji dan dinyatakan pendapatnya secara berperingkat. Lihat Wikipedia:Kedai Kopi/Jadual usul untuk maklumat tambahan. Kebanyakan dasar WBM seperti tidak terurus sama ada terjemahan polisi tidak habis, kerja separuh jalan, dan ada yang terbengkalai begitu je. Jadi, perlulah polisi-polisi dan garis panduan di WBM disemak semula agar ia sejajar dengan kemajuan dan kepesatan WBM. Saya merasakan bahawa jika inginkan WBM mengorak langkah lebih jauh maka dasar-dasar WBM patutlah diteliti, dikaji, dibincangkan, diselaraskan, diciptakan laman polisi yang baru(jika tiada di WBM ataupun ada keperluan), digabungkan dasar-dasar berkaitan pada laman berlainan ke satu laman khusus, diketatkan ataupun dilonggarkan dasar sedia ada terlebih dahulu. Sesungguhnya, pengguna baru mahupun pengguna lama perlukan laman-laman dasar yang tersusun agar dapat memperkasakan sumbangan dan disiplin masing-masinh pada WBM. Apapun, bawa bertenanglah saudara Alistaire. Jika ada yang salah perlu diperbetulkan dan begitulah sebaliknya. Akhir kata, pengemaskinian polisi merupakan projek utama saya untuk dilaksanakan buat masa ini. Jika ada pengguna lain yang ingin membantu, saya sedia memberikan kerjasama. Asalkan masing-masing memahami sesama sendiri. — Didie (bincang) 14:04, 25 Januari 2009 (UTC)[balas]

Hmm saya tidak berapa faham, adakah sistem kini telah berubah dan kita semua kena mengundi di Jadual usul itu? Apapun, saya telah kemaskinikan bahagian bagaimana membentuk dasar di Wikipedia:Dasar dan garis panduan. Diharap ia dapat membantu.
Satu lagi, saya telah membantu dengan mencipta Wikipedia:Senarai dasar untuk kesemua dasar disenaraikan, dan Wikipedia:Senarai garis panduan untuk kesemua garis panduan. Sesiapapun pengguna yang telah dapatkan persetujuan untuk dasar/GP baru, tolonglah senaraikannya di laman berkenaan. Mudahlah untuk rujukan semua nanti. Jika tidak adalah adil untuk mengganggap sesuatu dasar/GP yang tidak tersenarai tidak berkuatkuasa disebabkan sukar/mengelirukan untuk dicari. Samalah macam akta parlimen, jika tidak diwartakan, tidak berkuatkuasa. Alistaire (bincang) 16:21, 25 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya merasakan bahawa setiap dasar dan garis panduan di WBM yang ingin dikuatkuasakan supaya perlu menjalani proses perbincangan, pembentangan hujah, dan pengundian oleh pihak komuniti satu-persatu. Sekian — Didie (bincang) 16:08, 4 Februari 2009 (UTC)[balas]

Ok. ...Aurora... (b) 14:11, 5 Februari 2009 (UTC)[balas]

Pelan pembentukan semula sistem pengemaskinian dasar dan garis panduan WBM sunting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat Tahun Baru Cina kepada pengguna Wikipedia yang berbangsa Tionghua. Apapun, selamat menyumbang kepada komuniti WBM sekalian.

Di sini saya ingin mencadangkan bahawa dasar dan garis panduan WBM dibentuk semula yang mana sistem pengemaskiniannya dijalankan secara drastik. Saya sebenarnya buntu setelah melihat keadaan pada kandungan dasar dan garis panduan WBM sedia ada. Saya melihatnya yang mana lamannya kelihatan dalam keadaan semak, tak terurus, berserabut, bersepah, dan gambaran negatif lain. Justeru, WBM memerlukan satu penyeliaan dan penyelarasan bagi menyusun atur dan menyeragamkan dasar-dasar dan garis panduan WBM itu. Maka, saya ingin mewujudkan satu pasukan bagi membentuk semula dasar-dasar dan garis panduan itu yang mana saya akan mengetuai pasukan itu di samping penyelia berkaitan akan terlibat serta pengguna berdaftar yang berhasrat untuk sama-sama menjayakannya. Pasukan itu akan dibentuk untuk mengatasi masalah-masalah ketidakseragaman dasar dan garis panduan WBM. Penekanan mengenai aspek-aspek dasar dan garis panduan dibuat bagi melihat satu pembaharuan dan penjenamaan semula WBM ke arah mempertingkatkan mutu dan perkembangan WBM untuk menggemilangkan WBM. Maka, saya berharap pelan ini dapat dijayakan sepenuhnya yang akan bermula pada awal Februari. Saya dengan ini meminta kerjasama daripada pihak komuniti WBM untuk memberikan pendapat dan mengikuti pengundian dari semasa ke semasa berhubung konteks dasar dan garis panduan itu pada laman perbincangan berkenaan.

Pelan ini akan dijalankan secara berperingkat pada laman Wikipedia:WikiProjek Dasar dan Garis Panduan. Justeru, pihak komuniti dijemput menyertai projek ini. Sekian. — Didie (bincang) 16:49, 25 Januari 2009 (UTC)[balas]

Bukankah perkara ini sudah ada di Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)? Inilah masalah apabila bahagi suatu tempat kepada lima bahagian. Tiada penyeragaman! Apapun, saya telah menawarkan diri. Pada pendapat saya, masalahnya bukannya terlalu besar, cuma sebahagian Dasar/GP terlalu pendek dan tidak ditulis dengan baik oleh Ychmatematik. Pengarangan semula adalah perlu, tetapi kita tidak perlu menghapus kecuali ada sebab yang baik.
Satu lagi, kita mesti menyetujui satu cara pembentukan dasar/GP dan menulisnya di Wikipedia:Bagaimana membentuk dasar. Alistaire (bincang) 02:18, 26 Januari 2009 (UTC)[balas]

Mencelah: Saya mahu mengetengahkan perbincangan sebelum ini: Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)/Arkib/2008#Pembentukan dasar-dasar baru. Harap orang lain boleh buat rujukan. —Aviator, 03:34, 31 Januari 2009 (UTC)[balas]

Kalau saya masih aktif pada masa itu (merujuk kepada perbincangan lama) tentu saya akan bersetuju juga. Tetapi nampaknya ia semua sudah dilakukan. Lagi satu, syabas kepada anda kerana menegakkan GP WP:PIAWAI. :) — A|istairé₁₉⁸⁵ (bincang) 05:02, 31 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya di sini tampil memberikan penjelasan kepada semua pihak yang terkeliru atau kurang puas hati dengan tindakan penghapusan laman oleh saya baru-baru ini. Saya sebenarnya sedang menjalankan proses pengemaskinian dasar dan garis panduan secara giat bagi memastikan dasar dan garis panduan diseragamkan. Saya juga menyenaraikan semua laman dasar dan garis panduan Wikipedia pada Wikipedia:WikiProjek Dasar dan Garis Panduan/Senarai bagi proses penyeragaman itu. Tindakan saya itu merupakan proses pertama saya dalam melaksanakan pelan pembentukan semula dasar dan garis panduan itu.

Proses membaikpulih pautan berkaitan yang bertukar menjadi merah selepas pemadaman laman lencongan dasar dan garis panduan akan dibuat secara beransur-ansur sebagai proses peringkat kedua. Semua perkara ini perlu dijalankan secara berperingkat kerana laman-laman yang terlibat banyak. Jadi saya kena melakukan sesuatu proses itu secara beransur-ansur terlebih dahulu. Ini kerana sebagai permulaan, pemadaman laman berkaitan dibuat bagi membersihkan laman-laman yang kelihatan semak dan tak terurus itu.

Tentang pemadaman laman lencongan yang berkaitan pula, saya melakukannya kerana merasakan ia tiada keperluan kerana selepas saya membaikpulih pautan-pautan pada laman-laman dasar dan garis panduan berkaitan, laman lencongan tersebut pasti tiada lagi fungsinya. Terpulanglah jika komuniti Wikipedia ingin memulihkan kembali laman lencongan yang dipadam oleh saya itu jika ada keperluan yang mustahak.

Satu lagi, persoalan yang sering timbul ialah adakah Wikipedia melaksanakan dasar menyimpan laman pentadbirannya sebagai laman bersejarah bagi sejarah awal pembentukan Wikipedia. Pada pandangan saya sendiri, isu laman bersejarah yang cuba dipertikaikan itu tiada motif yang kukuh kerana Wikipedia sebuah ensiklopedia bebas perlu kelihatan segar dan sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan terbaru komuniti Wikipedia. Jika laman bersejarah itu muncul, pasti ia memeningkan para pengguna baru kerana kelihatan bercampur-aduk dengan laman-laman pentadbiran Wikipedia sedia ada. Sememangnya benar tanggapan bahawa tanpa mempelajari sejarah tidak kukuh masa depan sesuatu tampuk pemerintahan tetapi kurang tepat dengan konteks Wikipedia. Terpulang kepada persepsi individu itu sendiri.

Satu lagi, masalah yang ketara yang dapat dilihat ialah terdapat banyak laman dasar dan garis panduan Wikipedia yang bertindan sesama sendiri. Pihak komuniti ada apa-apa untuk disyorkan mengenai penyelesaian masalah ini?

Apapun, peringkat pemadaman laman Wikipedia yang dibuat saya baru-baru ini hanyalah proses awal. Selepas itu, proses lain iaitu mengemaskini dasar, memperbaiki pautan, memperbaiki kategori, memperbaiki templat, mengadakan perbincangan dan pendapat, dan proses selainnya pasti akan menyusul secara beransur-ansur dan terancang. Jadi, kepada pihak komuniti WBM saya mengharapkan anda sekalian bersabar, tidak kelam-kabut, ataupun mudah panik dengan proses penyeragaman itu. Itulah nasihat saya dan saya mengharapkan sambutan akan pelan pembentukan semula dasar dan garis panduan itu dapat diterima baik oleh pihak komuniti Wikipedia. Anda sekalian dialu-alukan menyertai projek Wikipedia:WikiProjek Dasar dan Garis Panduan untuk sama-sama berganding bahu, menegur, berbincang, dan bermuafakat dalam melaksanakan projek itu.

Akhir kata, tiada niat lain yang cuba saya buat selain berniat baik untuk mengembangkan kemajuan WBM dengan mengemaskini laman-laman polisi. Jangan bersangka buruk dengan pihak yang berniat baik ye. Ketidakpuashatian anda dapat anda lontarkan secara baik dan aman kerana konflik ketidaksefahaman dan pertengkaran amat saya hindarkan yang mana ia pasti memecahbelahkan komuniti WBM, menjatuhkan semangat penyumbang, mencetuskan permusuhan, saling tidak mempercayai sesama sendiri, dan berlakunya kemerosotan perkembangan WBM disebabkannya.

Jadi, marilah kita sama-sama meningkatkan mutu dasar dan garis panduan itu kerana dasar dan garis panduan itulah yang menjadi titik tolak kepada perkembangan Wikipedia ke arah kegemilangannya. Dasar dan garis panduan itu seharusnya disesuaikan dengan resmi komuniti Wikipedia Bahasa Melayu berbanding mengikut telunjuk komuniti Wikipedia Bahasa Inggeris sahaja. Ada pepatah yang mengatakan bahawa, jika kita ingin mencapai tahap gemilang kita mestilah mendahului pihak lain terlebih dahulu dengan perpaduan sesama komuniti, semangat juang yang tinggi, dan kesungguhan berbakti kerana tanpanya ia tidak akan berhasil. Sekian.(Jika ada terkasar bahasa, terlepas cakap, atau mengguris hati sesiapa, harap maaf.) — Didie (bincang) 11:21, 31 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya faham, Didie. Dan saya bersetuju bahawa tiada gunanya menyimpan laman bersejarah. Pautan dan lencongan yang tidak berguna harus dipadam dan dihapuskan, begitu baru segar. Tetapi hanya ambil perhatian bahawa pautan-pautan di Wikipedia:Dasar dan garis panduan dan Wikipedia:Senarai dasar dan Wikipedia:Senarai garis panduan sentiasa dikemaskini dan disusun rapi bagi memudahkan pencapaian. Saya pun telah kata dari awal semenjak ketiadaan Ychmatematik dan saya, pengguna-pengguna aktif baru telah memandai memnulis dasar dan GP baru sehinggakan bertindih dengan dasar/GP yang telah wujud. Tatabahasa pun salah, misalnya Wikipedia:Tiada penyelidikan asli haruslah Wikipedia:Larangan penyelidikan asli kerana perkataan "tiada" membawa maksud yang berbeza dalam BM. Inilah akibat terjemahan direct translation tak ikut konteks BM. — A|istairé₁₉⁸⁵ (bincang) 16:05, 31 Januari 2009 (UTC)[balas]
Saya juga sebenarnya ingin mengesyorkan agar laman-laman dasar dan garis panduan Wikipedia yang mengandungi terjemahan bahasa Inggeris yang terbengkalai begitu saja yang melebihi 50% hingga 100% kandungannya dihapuskan kerana tiada gunanya jika mengimport dasar dari Wikipedia Bahasa Inggeris tetapi tidak boleh dipratikkan ataupun digunapakai seiring dengan budaya komuniti WBM ini. Banyak laman sedemikian tidak diterjemahkan secara bersungguh-sungguh, hanya sekerat jalan je pelaksanaanya walaupun dah bertahun lamanya dibiarkan tanpa ada perkembangan. Adakah Wikipedia bahasa Melayu mahu dianggap sebagai klon kepada Wikipedia bahasa Inggeris disebabkan kita perlu menuruti telunjuk mereka secara menyeluruh termasuk dasar yang perlu digariskan untuk Wikipedia bahasa Melayu. Ya, memang memeningkan jika diperhatikan betul-betul kerana masalah kesilapan penamaan tajuk laman, laman berbeza tapi serupa, terjemahan tak siap, tatabahasa silap, dan makna ayat pun lintang-pukang. Saya amat menghargai golongan penyumbang terdahulu yang mencipta laman-laman dasar dan garis panduan suatu masa dulu, antaranya Yosri, Aurora, PM Poon, Ychmatematik, Alistair, Piecemealcranky, dan ramai lagi. Namun, penciptaan laman oleh mereka kelihatan tidak seragam jadi timbullah isu laman bertindan dan tiada kesinambungan antara laman. Sebab saya amat menekankan masalah pentadbiran ini kerana cuba bayangkan pengguna baru serta pengguna lama yang cuba merujuk laman dasar dan garis panduan sebagai wadah rujukan tetapi setelah mereka melihat situasi laman-laman berkenaan, mereka sudah tidak berminat untuk merujuknya lagi maka berkuranglah minat mereka untuk menyumbang dan niat untuk terus berada di WBM lagi.

Cuba lihat Wikipedia bahasa Indonesia yang berkembang pesat sehinggakan sudah berlipat kali ganda kepesatan mereka berbanding Wikipedia bahasa Melayu sendiri. Laman pentadbiran Wikipedia bahasa Indonesia iaitu dasar dan garis panduan mereka kelihatan tersusun, seragam, efisen, mudah difahami, konkrit, dan diselaraskan dengan baik. Maka secara tidak langsung, minat yang mendalam timbul kepada penyumbang baru di sana untuk mula menyumbang seterusnya berkembanglah Wikipedia bahasa Indonesia itu meskipun sekadar penciptaan rencana ringkas. Lagipun matlamat utama Wikipedia sendiripun menyatakan kerjasama ketika menyumbang diperlukan jadi jika rencana mereka yang ringkas berlambak-lambak tetapi jika kerjasama sesama penyumbang berlaku maka rencana ringkas pasti berubah wajah menjadi rencana sempurna. Sebab itulah rencana pilihan mereka dibuat secara mingguan kerana hasil daripada kesan itu. Ini menunjukkan konsep sebenar Wikipedia telah digunapakai sepenuhnya oleh Wikipedia bahasa Indonesia. Sebab itulah, saya mengharapkan agar komuniti Wikipedia bahasa Melayu tidak bertelingkah hanya dengan perkara remeh sesama sendiri kerana jika tidak, sikap kerjasama tidak dapat dicapai dan kita tidak dapat menyaingi projek Wikipedia lain disebabkan tiada persefahaman sesama sendiri.

Contohilah kemajuan projek Wikipedia lain yang telah maju setapak daripada Wikipedia bahasa Melayu(bukannya Wikipedia bahasa Inggeris kerana ia terlalu jauh untuk disangkal, cuba lihat Wikipedia bahasa Indonesia terlebih dahulu) kerana kita memerlukan hasrat yang berpotensi menjadi realiti bukannya mengimpikan sesuatu yang mustahil. Jadi, cuba majukan Wikipedia bahasa Melayu setapak demi setapak bukan terus memecut laju kerana ia seperti juga perkembangan normal bagi manusia yang mula bertatih sejak bayi secara beransur-ansur lalu berkembang menjadi dewasa, agak mustahil jika bayi yang selepas dilahirkan boleh terus berlari seperti Usain Bolt, hehehe. Jadi, kegemilangan yang diimpikan haruslah melalui pemeringkatan terlebih dahulu mengikut kemampuan masing-masing dan kesesuaian situasi. Contohi WBI terlebih dahulu dengan nilai-nilai positif mereka iaitu kesungguhan, semangat juang, dan kematangan yang membawa manfaat bersama bukannya hanya mencemburui mereka sahaja akibatnya tiada apa yang diperoleh kerana asyik memerhatikan saja tapi tiada perubahan positif dibuat sendiri termasuk bersaing secara sihat.

Walaupun demikian, kelebihan yang sering digembar-gemburkan segelintir pengguna bahawa kebanyakan penyumbang WBI majoritinya merupakan penduduk Indonesia yang ramai itu. Ia merupakan alasan yang tidak kukuh dan seolah-olah tidak mencerminkan kesedaran diri kepada Wikipedia bahasa Melayu sendiri. Jadi, ia bukan puncanya yang utama kerana tanpa sikap kerjasama dan toleransi atas keprofesionalan ketika menyumbang di samping dasar dan garis panduan yang ketat sekalipun, mereka yang ramai pun tak dapat mengembangkan Wikipedia bahasa Indonesia itu sendiri kerana tiada ikatan sesama sendiri. Jika mahu mengembangkan Wikipedia daripada takuk yang lama, pupuk sikap kerjasama sesama komuniti kerana sikap perpaduan, kerjasama, dan toleransi serta peningkatan tahap kandungan dasar dan garis panduan itu jika dicapai pasti hasilnya Wikipedia bahasa Melayu akan berkembang dan dapat menjadi saingan kuat kepada projek Wikipedia yang lain. Saya bukan memuji WBI secara keterlaluan tetapi menyatakan kelebihan mereka yang boleh menjadi pendorong kepada kemajuan WBM sendiri. Akhir kata, dasar dan garis panduan Wikipedia merupakan asas kepada perkembangan kemajuan dan kegemilangan Wikipedia bahasa Melayu. Sekiranya asas tidak kuat dan tidak dipacakkan tiang secara konkrit macam mana nak bina bumbung dan dinding ataupun mencapai matlamat yang tinggi tu. Apapun, selamat berjuang dan menyumbang ke arah kegemilangan Wikipedia. Maaf jika ada terkasar bahasa ataupun mengguriskan sesiapa yang berkenaan. Sekian. — Didie (bincang) 16:59, 31 Januari 2009 (UTC)[balas]

Saya juga mengharapkan selepas ini jika terdapat sebarang perlantikan jawatan penyelia dibuat. Saya mengharapkan calon penyelia itu bersedia dan berhasrat untuk menyelaraskan laman pentadbiran Wikipedia kerana setahu saya tanggungjawab seorang penyelia tidak tertakluk kepada kuasa menyekat, melindungi, meronda, dan lain-lain sahaja kerana skopnya boleh diperluaskan lagi kepada bidang pengurusan bagi dasar dan garis panduan Wikipedia kerana dasar dan garis panduan juga merupakan aspek penting dalam tugas-tugas seorang penyelia. Minat dan kesungguhan penting bagi merealisasikan hasrat pelan pembentukan semula dasar dan garis panduan itu. Sekian. — Didie (bincang) 17:43, 31 Januari 2009 (UTC)[balas]

برسام كيت تروس ممرتبتكن ويكيڤيديا اين اونتوق بهاس ملايو. هيدوڤ ملايو— Alistaire عليستاايري (bincang) 17:27, 31 Januari 2009 (UTC)[balas]

Pemadaman laman perlu mengikut prosedure yang telah ditetapkan. Jangan padam sewenang-wenang menurut pendapat sendiri. Sila letakkan tag PADAM dan patuhi tempoh masa bantahan. Yosri (bincang) 17:54, 31 Januari 2009 (UTC)[balas]
Saya menyokong bahawa satu jawatankuasa menyemak semula peraturan ditubuhkan. Pada masa lalu, usaha menterjemah dasar dilakukan secara ad-hock dan tidak diselaras disebabkan kekurangan tenaga kerja, dan kebanyakan masa menggunapakai dasar Wikipedia Inggeris kecuali dalam hal-hal khusus. Ini kerana dahulu, hanya terdapat sedikit/beberapa orang penyumbang aktif pada sesuatu masa. Dengan peningkatan ahli aktif, kini merupakan masa terbaik bagi penubuhan jawatankuasa sedemikian. Bagaimanapun setiap dasar tempatan perlu dipersetujui oleh para penyelia/ tidak ditentang. Perbezaan perlu dilakukan antara dasar dan panduan. Saya cadangkan sokongan 100% adalah dasar, yang mendapat penentangan dianggap panduan. Yosri (bincang) 18:23, 31 Januari 2009 (UTC)[balas]

Hmm, saya rasaWikipedia:WikiProjek Dasar dan Garis Panduan yang diketuai Didie mampu melakukan apa yang dicadangkan Yosri ini. Sesiapa yang tidak keberatan, silalah sertai.

Mengikut Wikipedia Inggeris policy (dasar) adalah piawaian yang mesti diikuti, manakala guidelines (guidelines) hanya berunsurkan nasihat. Saya rasa tiada masalah jika gunakan maksud yang sama dalam BM.

Menggubal dasar dan garis panduan yang sesuai tidaklah boleh dengan hanya menterjemah secara buta dari Wikipedia BI kerana sesetengah dasar di sana memang tidak akan disenangi di sini. Pula, juga adalah sesuai untuk mengadakan Dasar dan GP yang khusus kepada Wikipedia BM kita ni. Membuat dasar dan GP adalah seperti membuat undang-undang, apabila mereka berkuatkuasa semua mesti mematuhinya.

Saya tidak bersetuju bahawa Dasar dan GP dipersetujui oleh para Penyelia sahaja tetapi semua pengguna selaras dengan demokrasi dan kesaksamaan dihadapan undang-undang (equality before the law). Tetapi standard yang dicadangkan saya setuju. Yang mendapat sambutan meluas dianggap dasar, dan garis panduan bagi yang kurang. Apa kata sokongan melebihi 75% untuk Dasar dan melebihi 50% untuk GP?

Jika kita dapat kumpulkan Dasar-dasar dan Garis-garis panduan jadi satu Kanun yang kemas, tersusun dan terperinci, bolehlah kita eksportkannya ke projek-projek Wikimedia Melayu yang lain juga, seperti Wikikamus, Wikisumber, dan Wikiberita. — A|listaire عليستير (bincang) 19:04, 31 Januari 2009 (UTC)[balas]

> Tetapi nampaknya ia semua sudah dilakukan.

Belum pun sebenarnya. Cakap saja, buat tidak. Apapun, syabas kepada Alistaire dan pengguna-pengguna yang terlibat sama dalam perbincangan ini kerana betul-betul cakna dengan proses penyeragaman dasar dan piawaian Wikipedia. Saya sokong.—Aviator, 22:10, 31 Januari 2009 (UTC)[balas]

Nak bentuk semula yang lapuk, silakan. Nak tulis baru untuk yang belum wujud, saya sokong. Nak buang begitu sahaja sedangkan boleh digabungkan/dialih, saya bangkang. ...Aurora... (b) 14:42, 2 Februari 2009 (UTC)[balas]

Tumpang tanya. Saya sekarang sedang terkeliru. Mengapa templat yang diletakkan iaitu {{tl:dasar}}, {{tl:panduan}}, dan {{tl:karangan]] seperti tiada keseragaman dan sering bertindih sesama sendiri. Apakah takrifan yang benar-benar melayakkan sesuatu laman layak dianggap sebagai dasar WBM dan sebaliknya bagi panduan dan karangan WBM. Saya merasakan seolah-olah WBM belum mempunyai dasar yang telah berkuatkuasanya sendiri setakat ini yang mana WBM hanya bergantung sepenuhnya kepada dasar yang telah dikuatkuasakan di WBI sebagai cara menggunapakaikannya. Saya mengesyorkan agar satu perbincangan dan pengundian secara besar-besaran dibuat ke atas setiap laman-laman pentadbiran Wikipedia bagi menentukannya ia layak dikuatkuasakan atau tidak. Boleh sesiapa berikan cadangan mengenai takrifan spesifik mengenai dasar dan garis panduan.

Akan tetapi, pada hemat saya, dasar ialah penguatkuasaan sesuatu perkara yang teleh dipersetujui komuniti WBM melalui pengundian yang mencapai sokongan 80% dan ke atas dan mesti diikuti oleh komuniti Wikipedia. Sementara itu, garis panduan pula dibentuk dengan kepentingan dan budaya WBM yang wajar diikuti oleh komuniti Wikipedia tanpa melalui pengundian. Dasar yang tidak berjaya melalui proses pengundian pula dianggap sebagai laman esei WBM yang boleh diikuti oleh komuniti Wikipedia mengikut budi bicara masing-masing. Adakah takrifan saya ini tepat atau pengguna lain ada yang lebih tepat daripadanya. Minta kerjasama. — Didie (bincang) 09:24, 7 Februari 2009 (UTC)[balas]

Bot policy sunting

Hello. To facilitate steward granting of bot access, I suggest implementing the standard bot policy on this wiki. In particular, this policy allows stewards to automatically flag known interlanguage linking bots (if this page says that is acceptable), which form the vast majority of such requests. The policy also enables global bots on this wiki (if this page says that is acceptable), which are trusted bots that will be given bot access on every wiki that allows global bots.

This policy makes bot access requesting much easier for local users, operators, and stewards. To implement it we only need to create a redirect to this page from Project:Bot policy, and add a line at the top noting that it is used here. Please read the text at m:Bot policy before commenting. If you object, please say so; I hope to implement in one week if there is no objection, since it is particularly written to streamline bot requests on wikis with little or no community interested in bot access requests. Rubin16 (bincang) 14:07, 14 Mei 2009 (UTC)[balas]

Thanks for the notice. We have our own policy and we have no plan to use the standard bot policy in the near future. However I see no reason not to allow global bots. I'll see if I can get the community to agree. ...Aurora... (b) 14:55, 15 Mei 2009 (UTC)[balas]
Any news? Are you going to allow only global bots ? Rubin16 (bincang) 19:02, 23 Mei 2009 (UTC)[balas]
Doesn't look we can get a consensus this time. Maybe in the future. ...Aurora... (b) 14:16, 25 Mei 2009 (UTC)[balas]
Are there any objections ? Otherwise the policy can be implemented Rubin16 (bincang) 19:29, 25 Mei 2009 (UTC)[balas]
Not for globat bots. I would say yes for anything else at this moment. ...Aurora... (b) 00:53, 27 Mei 2009 (UTC)[balas]

Undian sunting

Lanjutan usul di atas, saya mencadangkan agar ms.wiki membenarkan global bot (bot sejagat). Fungsi bot ini cuma interwiki dan mungkin membetulkan pautan berganda. Kebenarannya diperoleh dari steward di meta. Lihat m:Bot policy#Global bots. ...Aurora... (b) 14:55, 15 Mei 2009 (UTC)[balas]

Undian dah tamat, status telah dikemaskini di meta. ...Aurora... (b) 14:23, 18 Jun 2009 (UTC)[balas]