Wikipedia:Kedai Kopi (teknikal)/Arkib/2013

Pada laman sumbangan pengguna.. sunting

 

Bahagian no.22 tu kenapa tidak terdapat pada WBM?? – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Ranking Update (bs).

Ini sebabnya: w:MediaWiki:Sp-contributions-footer  ‹›  ™     19:36, 8 April 2013 (UTC)[balas]
Oh, terima kasih Pak Iwan atas bantuannya. пz scόυт () 19:41, 8 April 2013 (UTC)[balas]
Sama-sama. :)  ‹›  ™     19:45, 8 April 2013 (UTC)[balas]


HotCat sunting

Mengapa HotCat tidak berfungsi? — i Wong (bincang) 11:31, 14 Februari 2013 (UTC)[balas]

Saya pun mengalaminya. — пz scόυт ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ? 12:40, 14 Februari 2013 (UTC)[balas]
Juga seperti ada masalah di WBM. Adakah ia bug dari Wikipedia utama? Ada siapa pernah mengalaminya sebelum ini? Mungkin boleh berkongsi pandangan. — i Wong (bincang) 15:59, 14 Februari 2013 (UTC)[balas]
Saya juga turut mengalaminya. Kadang-kadang boleh dan kadang-kadang tak boleh.--Aplikasi (Bincang) 16:15, 14 Februari 2013 (UTC)[balas]

Kalau HotCat tidak bekerja,

1. letak kod ini pada JS Tempahan anda:

/*
 This imports the latest version of HotCat from Commons.
 HotCat is a gadget to make changes to categories much easier.
 Full documentation can be found at http://commons.wikimedia.org/wiki/Help:Gadget-HotCat
*/
 window.hotcat_translations_from_commons = true;
 mw.loader.load('//commons.wikimedia.org/w/index.php?title=MediaWiki:Gadget-HotCat.js&action=raw&ctype=text/javascript');

2. "Untick" kotak HotCat pada "Gajet". Seperti yang dikatakan dalam ulasan kod (teks antara /* ... */) di atas, ia akan mengimport kod ke dalam "skin" anda. Dan seperti biasa juga, singkir cache sebelum memuatkan semula laman rencana dalam pelayar. Sumber kod incubator:MediaWiki:Gadget-HotCat.js. Dokumentasi incubator:MediaWiki:Gadget-HotCat.js/Documentation ataupun di Commons. Setakat ini ia bekerja untuk saya. Salut. Algazel (bincang) 07:47, 15 Februari 2013 (UTC)[balas]

Saya tak pasti kenapa, tetapi HotCat sudah berfungsi dengan baik hari ini. Alhamdulillah. (tak sempak nak ikut tutorial Algazel). — i Wong (bincang) 07:33, 20 Februari 2013 (UTC)[balas]

Ada kaitan tak dengan Reference Tooltips dilalaikan? ...Aurora... (b) 08:08, 20 Februari 2013 (UTC)[balas]

Tak pasti. Tetapi setelah fungsi Reference Tooltips dibetulkan untuk pengguna IP, seperti beberapa masalah selesai. — i Wong (bincang) 08:12, 20 Februari 2013 (UTC)[balas]
Skrip HotCat yang kita pakai ialah skrip yang diimport daripada Commons seperti yang ditunjukkan oleh Algazel. Jadi, jika ada masalah di sana, kita pun akan turut mengalaminya. --Kurnia [ bual ] 08:14, 21 Februari 2013 (UTC)[balas]
Saya tanya sebab Common.js diubah. Mungkin ada kesan. ...Aurora... (b) 09:11, 21 Februari 2013 (UTC)[balas]

Ralat bar peralatan penyuntingan sunting

Saya rasa ada pepijat pada bar peralatan penyuntingan kerana kadang-kala ia muncul kadang-kala ia tak muncul. Apa yang saya buat adalah menekan butang 'Paparkan pralihat' banyak kali sehinggalah ia muncul. Ingin mengetahui adakah yang lain mengalami perkara sama seperti saya? — i Wong (bincang) 13:30, 20 Februari 2013 (UTC)[balas]

Anda boleh lihat pada konsol javascript anda dan cari sebarang ralat lalu poskannya di sini. --Kurnia [ bual ] 08:16, 21 Februari 2013 (UTC)[balas]
(Kenyataan ini akan membolehkan pengguna lain menghentam saya). Boleh terangkan bagaimana nak cari ralat itu? Saya serius takut nak menyentuh coding di WBM (termasuk bahagian keutamaan pengguna), takut-takut rosak nanti. — i Wong (bincang) 08:55, 21 Februari 2013 (UTC)[balas]
Firefox: pasang "Firebug" melalui Firefox addons. Bila sudah pasang, klik butang "Firebug" dan klik "Console". Ia akan memaparkan ralat skrip jika ada. Opera: klik "Tools" dan --> "Advanced" --> "Opera Dragonfly". Anda juga boleh mengguna "Tools" --> "Advanced" --> "Error Console". Ini juga akan memaparkan ralat jika ada. Nota: Tempat perkakas2 tersebut mungkin berlaian jika anda mengguna pelayar2 versi Windows tapi jika tak salah kedua-dua perkakas hadir dalam semua versi Firefox/Opera, hanya tempatnya berlainan. Kemudian salin dan tampal di sini. Good luck. Algazel (bincang) 09:20, 21 Februari 2013 (UTC)[balas]
Juga lihat WP:RALATJS untuk maklumat lanjut. Algazel (bincang) 03:36, 23 Februari 2013 (UTC)[balas]

Setelah mencuba2 beberapa kali, saya jumpa ralat ini dengan IE9:

SCRIPT438: Object doesn't support property or method 'init' 
javascript, line 240 character 1	//RefToolbarConfig.js
SCRIPT5007: Unable to get value of the property 'appendChild': object is null or undefined 
javascript, line 76 character 5		//en:RefToolbarLegacy.js
SCRIPT438: Object doesn't support property or method 'init' 
javascript, line 289 character 3	//RefToolbarLocal.js

...Aurora... (b) 07:34, 25 Februari 2013 (UTC)[balas]


Izhamwong: Boleh tolong nyatakan pelayar dan senarai gajet yang dihidupkan? Aurora: tolong nyatakan gajet2 yang dihidupkan. Saya telah menghidupkan semua gajet dan saya tidak dapat menjana "exception" pada pelayar2 yang saya guna. Algazel (bincang) 22:56, 25 Februari 2013 (UTC)[balas]

Saya guna Chrome dan gajet yang saya aktifkan adalah:
  • NavPopup,
  • HotCat,
  • Papar cap waktu...

— i Wong (bincang) 00:05, 26 Februari 2013 (UTC)[balas]

OS? Masih ada ralat? Algazel (bincang) 00:08, 26 Februari 2013 (UTC)[balas]
Di tempat kerja saya guna Windows 7. Ralat ini juga terjadi semasa saya guna Linux (Manjaro Linux) di netbook saya.
p/s: Maaf tak sempat nak mencuba lagi cara mencari pepijat. — i Wong (bincang) 00:16, 26 Februari 2013 (UTC)[balas]

Maaf. Masih tidak dapat menjana 'exception'. Saya juga telah menguji kod yang ditunjukkan dalam laporan Aurora, RefToolbarConfig.js, etc, tapi tiada laporan ralat (mesin Linux sahaja). Sebagai maklumat tambahan, apa yang saya perhatikan ialah kalau gajet "PerubahanLangsung" dihidupkan, kadang kala ia akan melumpuhkan NavPopup. Algazel (bincang) 01:38, 26 Februari 2013 (UTC)[balas]

Oh ya, baru perasan gajet "PerubahanLangsung" dihidupkan (walaupun tak digunakan). Bagaimanapun, saya lihat Kurnia sedang mengubahsuai dua gajet ini, jadi ralat di atas tu mungkin dah tak tepat. ...Aurora... (b) 07:09, 26 Februari 2013 (UTC)[balas]
Malangnya PerubahanLangsung tidak serasi dengan NavPopup. --Kurnia [ bual ] 07:24, 26 Februari 2013 (UTC)[balas]
Gajet RefTools sepatutnya sudah tiada masalah sekarang. --Kurnia [ bual ] 08:48, 18 April 2013 (UTC)[balas]

Skrip Recent Changes Patrol sunting

 
Tawan skrin aksi skrip rcp

Skrip ini digunakan untuk memaparkan Perubahan Terkini pada kotak "Alatan" di panel pandu arah laman (lihat gambar). Amat berguna kalau kita sedang menyunting atau membaca rencana dan mahu memantau perkembang PT tanpa membuka laman PT dan menyegarkan laman setiap kali kita mahu mendapat data terkini.

Skrip menyegarkan data setiap 5 saat dan boleh dimati dan dihidupkan pada bila-bila masa.

Pemasangan sunting

Tambah kod di bawah pada JS Tempahan skin anda. Nota: Hanya untuk skin Monobook dan Simple.

importScript('Pengguna:Algazel/recentChangesPatrol.js');

Maklumat sumber skrip sunting

Skrip asal dan dokumentasi di User:TheJosh/Scripts/Recent_Change_Patroller

Gadget-popups.js sunting

Fail ini menimbulkan ralat bila mahu disunting:

Terjadinya ralat sintaks pertanyaan pangkalan data. Ini mungkin menandakan adanya pepijat dalam perisian ini. Pertanyaan pangkalan data terakhir yang dicuba ialah:

 (Pertanyaan SQL disorokkan)

daripada dalam fungsi "MathRenderer::writeDBEntry". Pangkalan data memulangkan ralat "1048: Column 'math_outputhash' cannot be null (10.64.16.8)".

Gajet berfungsi macam biasa. Masalah ini mungkin sementara disebabkan kerja2 pada pangkalan data/Wikidata. Algazel (bincang) 02:42, 13 Mac 2013 (UTC)[balas]

Twinkle - Laporan pepijat sunting

Para pemasang gajet Twinkle mungkin mahu memeriksa laporan pepijat ini:

Error: JavaScript parse error: Parse error: Unexpected token; token } expected in file 'MediaWiki:Gadget-Twinkle.js' on line 4475
http://bits.wikimedia.org/ms.wikipedia.org/load.php?debug=false&lang=ms&modules=jquery%2Cmediawiki%2CSpinner%7Cjquery.triggerQueueCallback%2CloadingSpinner%2CmwEmbedUtil%7Cmw.MwEmbedSupport&only=scripts&skin=monobook&version=20130326T181133Z
Line 154

--Algazel (bincang) 03:26, 10 April 2013 (UTC)[balas]

Bagaimana mahu memeriksanya?--파한 Aplikasi 03:58, 10 April 2013 (UTC)[balas]
Saya guna perisian nyahpepijat Firefox. Lihat WP:RALATJS untuk maklumat lanjut tentang pelayar2 lain dan bagaimana menjana laporan pepijat JavaScript. --Algazel (bincang) 04:30, 10 April 2013 (UTC)[balas]
Saya harap anda dan mana-mana penyelia yang mahir dapat membantu saya untuk memasangnya bagi memudahkan kerja-kerja di WBM ini. Pada mulanya ianya menjadi. Saya, RU dan Aurora ada menggunakannya. Tetapi bila melakukan kerja-kerja penterjemahan sedikit, ianya menjadi rosak.--파한 Aplikasi 04:35, 10 April 2013 (UTC)[balas]

Nampak gayanya seperti ada berlaku masalah di Wikipedia:Twinkle/Preferences apabila hendak menyimpan perubahan (Save changes) kerana butang tersebut tidak berfungsi apabila hendak melakukan sebarang tetapan.--파한 Aplikasi 09:27, 11 April 2013 (UTC)[balas]

Gajet PerubahanLangsung sunting

Saya mencuba gajet ini dengan IE9 minggu lepas. Tak jadi apa2pun. ...Aurora... (b) 08:19, 18 April 2013 (UTC)[balas]

Adakah javascript sudah dihidupkan di IE9 anda? Tiada masalah pada IE9 saya, cuma kemaskini entri baharu agak lembab, sepatutnya hanya 2 saat. --Kurnia [ bual ] 08:45, 18 April 2013 (UTC)[balas]
Sepatutnya ya, sebab gajet lain seperti ReferenceTooltips berfungsi (walaupun ada sekejap hilang). ...Aurora... (b) 08:54, 18 April 2013 (UTC)[balas]
PerubahanLangsung hanya boleh dilihat di Khas:Perubahan terkini. Jika seseorang pengguna membuat suntingan, anda akan dapat lihat satu entri baharu ditambah, ia diserlahkan dengan warna kuning. Jika anda ingin mengujinya:
  1. buka Khas:Perubahan terkini dan Wikipedia:Kotak pasir dalam dua tetingkap berbeza lalu letakkannya sebelah menyebelah, satu di kiri dan satu lagi di kanan.
  2. sunting Wikipedia:Kotak pasir dan simpan.
  3. dalam senarai Perubahan terkini akan ada satu item yang warnanya bertukar menjadi kuning, itu ialah sumbangan terbaharu.
Kekurangan gajet ini ialah ia tidak serasi dengan NavPopup. Pun begitu, NavPopup masih berfungsi dengan baik untuk pautan-pautan di atas senarai perubahan. --Kurnia [ bual ] 09:06, 18 April 2013 (UTC)[balas]
Saya tak pakai popup. Dan itulah yg saya cuba buat hari itu. Dari saya mula masuk sampai log keluar, laman PT tak berubah langsung. ...Aurora... (b) 09:17, 18 April 2013 (UTC)[balas]
Agak pelik kerana saya telah cuba di IE6, IE9 serta IE10 dan tiada masalah. Dalam IE9 ada F12 developer tools, tunjukkannya dengan menekan kekunci F12 dan pilih tab Console. Kemudian taip alert(window.idSela). Ia sepatutnya akan menunjukkan nilai integer dalam sebuah dialog. Jika yang ditunjukkan ialah 'undefined', maksudnya gajet PerubahanLangsung tidak dimuat dengan betul. Jika tiada apa-apa ditunjukkan, maksudnya JavaScript dilumpuhkan. --Kurnia [ bual ] 09:35, 18 April 2013 (UTC)[balas]
Dapat 'undefined'. Tapi pelik, sekejap tadi ia macam berfungsi (buat kali pertama), tapi sekarang dah berhenti. ...Aurora... (b) 15:27, 18 April 2013 (UTC)[balas]
Saya pun dah uji JS dengan firebug dan dragonfly, semua OK. Berkemungkinan juga masalah berkaitan dengan cache dan *kuki* yang masih ada pada pelayar. Kuki RTSettings (saya rasa ini kuki buat Ref Toolbar) adalah 1|100|0. Saya ada uji tapak dengan IE lama, IE yang datang dengan Win7, tapi kekadang dengan IE kita kena clear semua, history, temp internet files, cookies, dan tutup semua tetingkap pelayar sebelum membuka dan melayar tapak semula. harap ini dapat membantu. --Algazel (bincang) 23:43, 18 April 2013 (UTC)[balas]
Maaf, tertinggal tadi: Gajet Perubahan Langsung ini tidak menggunakan kuki, tapi tapak ini ada meletakkan session cookie pada pelayar, justeru semua kuki perlu disingkirkan. --Algazel (bincang) 00:15, 19 April 2013 (UTC)[balas]
Nampaknya masalah ini berlaku hanya pada Aurora. Konsol javascript anda tiada menunjukkan sebarang ralat berkaitan dengan gajet inikah? Jika gajet tidak berfungsi dengan baik, selalunya mesti ada ralat dinyatakan pada konsol. --Kurnia [ bual ] 07:19, 19 April 2013 (UTC)[balas]
Tiada ralat. Mungkin masalahnya seperti yg Algazel sebut. Tadi saya dapat sela 126. Apa maknanya? ...Aurora... (b) 09:42, 19 April 2013 (UTC)[balas]
Maknanya gajet sedang berjalan dan sepatutnya akan berfungsi dengan baik. Jika tiada ralat, maksudnya tiada masalah dengan gajet. --Kurnia [ bual ] 11:15, 19 April 2013 (UTC)[balas]

VisualEditor sunting

Agaknya bilakah WBM akan menggunakan VisualEditor? WBI sudah melancarkannya tetapi masih dalam status 'beta'. - "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 13:59, 5 Julai 2013 (UTC)[balas]

No idea...my guess is not so soon. WBM has more articles than WBI, but it seems like WBI is still a bigger wiki than WBM. Since WBM is a rather small wiki, I don't think it will be launched too soon, perhaps on 29th this month or later. Arctic Kangaroo () 14:02, 5 Julai 2013 (UTC)[balas]
Lihat pautan pertama dalam pengumuman Keegan di WP:KKL. ...Aurora... (b) 05:06, 8 Julai 2013 (UTC)[balas]

Penggunaan Lua sunting

Seperti yang sedia maklum, Lua sudah dipasang di wiki ini. Ada IP (dari UK) telah membuat modul dan menggantikan templat dengan kod Lua. Perubahan2 ini telah saya undurkan melainkan Templat:URL. Pengunduran dilakukan kerana saya rasa (tapi tanggapan saya mungkin meleset):

  • tak ramai yang biasa dengan Lua dan pengekodannya mungkin mengelirukan.
  • kebanyakan modul masih diuji di wiki Inggeris

Namun, jika ada yang selesa dengan Lua, sila balikkan pengunduran saya.

Untuk manfaat bersama, modul contoh (disalin drp en-wiki dan diubah suai) serta modul untuk membuat ujian sudah dipasang di sini untuk dilakukan ujian oleh para penyunting. Lihat Modul:Pisang/kes_ujian dan Modul:PisangArgs/kes_ujian. Dokumentasi ringkas tentang modul ada pada pengepala kod modul. Terdapat beberapa kod ralat di laman contoh Modul:PisangArgs. Para penyunting dipersilakan untuk membetulkan ralat dan sekali gus mempelajari Lua . Mohon nyatakan perubahan kod di laman perbincangan modul agar mudah dinyahpepijat. Selamat mencuba. --Algazel (bincang) 03:49, 8 Julai 2013 (UTC)[balas]

Cuma anda dan Kurniasan (Modul:Foo) pernah saya lihat mencuba2. Jadi tanggapan anda mungkin tak meleset. ...Aurora... (b) 05:08, 8 Julai 2013 (UTC)[balas]

Meng'edit' infobox sunting

Salam sejahtera. Adakah kita boleh menyunting infobox? hackerunited 08:36, 20 Julai 2013 (UTC)

Wassalam. Ya, anda boleh menyunting infobox, tapi sila periksa hasil selepas suntingan dan undurkan segera jika ia tidak bekerja berfungsi dengan betul. Sila juga berikan sedikit pemerian tentang perubahan yang anda lakukan dalam kotak ringkasan sebelum menyimpan suntingan. jangan lupa menandatangani ulasan anda dengan ~~~~ (empat tilde). --Algazel (bincang) 09:02, 20 Julai 2013 (UTC)[balas]

Templat Ampang Line sunting

Salam sejahtera. Peta pada Templat:Ampang Line ada sedikit masalah. Saya pun kurang mahir dengan kod-kod untuk menyunting peta laluan tersebut. Adakah penyumbang lain mahir untuk menyuntingnya? Macam tidak sempurna pula pada mata saya. Haikalhacker94 hackerunited (bincang) 12:53, 13 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Ada kod lama yg tidak diperbaharui. Sepatutnya dah ok. ...Aurora... (b) 16:23, 13 Ogos 2013 (UTC)[balas]
Terima kasih :) ...Aurora... hackerunited (bincang) 15:59, 15 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Meletakkan tag {{Rasional kegunaan bukan bebas}} secara automatik sunting

Nota: Perbincangan ini dialihkan kembali ke sini daripada KK Lain-lain. --Algazel (bincang) 09:18, 14 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Saya mahu berkongsi kod ini semasa saya menjadi pentadbir dalam Wiki Fairy Tail

sila lihat contoh berkaitan tajuk disini. Memerlukan men"log masuk"

Cara memasukkan kod ini sangat mudah

  1. Pergi ke WikiMedia:Common.js
  2. Masukkan kod berikut:
// PERMULAAN: JavaScript bagi meletakkan templat rasional kegunaan bukan bebas dalam [[Khas:Muat naik]]. Kod oleh "[[wikipedia:User:Pinky49]]", disunting oleh [[Pengguna:SNN95]].
function FairUseRationale() {
	if((wgPageName == 'Khas:Muat_naik' || wgPageName == 'Khas:MultipleUpload') && document.getElementById('wpDestFile').value == '') {
		document.getElementById('wpUploadDescription').value = '{{Rasional kegunaan bukan bebas\n| Description       = \n| Source            = \n| Article            = \n| Portion           = \n| Purpose           = \n| Low resolution        = \n| Replaceability    = \n| Other Information = \n}}';
	}
}
addOnloadHook(FairUseRationale);
 
// ****** TAMAT: JavaScript untuk [[Khas:Muat naik]] ******



Hasilnya seperti berikut
 


Saya berharap dapat dipertimbangkan kerana saya mendapati pemuat naik (termasuk saya sendiri) malas pergi ke templat tersebut untuk menyatakan kegunaan wajar terhadap media yang dimuat naik. Saya berharap dengan adanya kod ini, sedikit sebanyak mampu memberikan kualiti kepada media yang dimuat naik. SNN95      19:14, 8 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Menarik. Namun sefaham saya, kod ini akan meletak templat rasional tersebut pada semua muat naik, tidak kira kegunaan wajar atau tidak. Adakah saya betul? ...Aurora... (b) 15:48, 9 Ogos 2013 (UTC)[balas]
Pada sefahaman saya "bukan bebas" juga bermaksud "wajar", jadi saya rasa "ya" adalah jawapannya. SNN95      09:31, 11 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Adakah kod ini mendapat pengiktirafan mana2 penyelia untuk dipasang? SNN95      08:06, 12 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Saya dah cuba dengan common.js saya tapi tak bekerja. Mungkin boleh dijadikan templat? --Algazel (bincang) 11:13, 12 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Kod sudah dipasang. Ia memaparkan rasional bagi setiap muat naik tak kira lesen, seperti ditanya Aurora. --Algazel (bincang) 09:31, 14 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Adakah ia terpasang secara lalai atau dijadikan gajet? --Kurnia [ bual ] 10:54, 14 Ogos 2013 (UTC)[balas]
Buat masa ini secara lalai tapi sila ubah jika difikirkan perlu. Kod mw:RasionalKegunaanBukanBebas.js diimport melalui common.js Saya sedang menunggu maklum balas pencadang. --Algazel (bincang) 11:14, 14 Ogos 2013 (UTC)[balas]
Minta maaf banyak2 @Kurniasan dan @SNN95. Saya tak perasan yang kod sebenarnya tersimpan dalam common.js saya dan tidak di common.js tapak. Sheesh. Saya dah buat pembetulan dan sekarang sepatutnya OK. Saya harap saya tidak membuang masa anda berdua dengan "berita palsu" sebelum ini. Maaf sekali lagi. --Algazel (bincang) 14:28, 14 Ogos 2013 (UTC)[balas]
Tidak mengapa, asalkan kod sudah terpasang dan memudahkan pengguna lain mengisi maklumat media yang dimuat naik. Terima kasih daun keladi, Algazel~ SNN95      14:55, 14 Ogos 2013 (UTC)[balas]
Ok, harap2 ia digunakan orang. ...Aurora... (b) 04:47, 15 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Ada sedikit pembetulan yang perlu dibuat segera! Semasa saya memuat naik gambar terdapat satu masalah:
Parameter "Low Resolution" mesti ditukar dengan "Low resolution" untuk mengelakkan perkara sepeti ini

Resolusi rendah? - {{{Low resolution}}} (sedangkan saya menaip perkataan "Ya" di dalam)

Jika tidak diubah mungkin akan merosakkan beberapa gambar lain akan datang.
SNN95      18:06, 21 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Saya lihat OK aje. Lihat Young Walrod. --Algazel (bincang) 00:54, 22 Ogos 2013 (UTC)[balas]
Saya dah betulkan. Algazel, lihat sejarah fail itu. ...Aurora... (b) 08:07, 22 Ogos 2013 (UTC)[balas]
Oh, maksudnya selepas klik muat naik [Resolusi rendah? - {{{Low resolution}}}] dipaparkan dan tidak argumennya. OK faham. Terima kasih Aurora. SNN95, anda juga boleh membetulkan kod ini pada masa hadapan jika perlu. Lamannya tidak dikunci, dan lagipun anda penyelenggaranya. --Algazel (bincang) 11:29, 22 Ogos 2013 (UTC)[balas]

──────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────── Maksud Algazel, penyelenggara utk bahagian MediaWiki:RasionalKegunaanBukanBebas atau {{Rasional kegunaan bukan bebas}}? Jika MediaWiki, saya tak boleh nak sunting...
SNN95      10:28, 23 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Oh ya, terlupa. Antara muka saya lain sikit daripada antara muka anda. Apapun, sila letakkan apa-apa keperluan anda di sini. Para penyelia lain dan saya akan cuba membantu. Laman ini sentiasa dipantau. --Algazel (bincang) 11:04, 23 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Pengubahsuaian sunting

Sedikit pengubahsuaian telah dibuat bagi mengalihkan bahasa templat dan paparan ke dalam BM. Kod sudah diuji tapi mungkin ada ralat yang terlepas pandang. Sila maklumkan sebarang ralat di sini. --Algazel (bincang) 01:31, 31 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Sekejap BM, sekejap BI. Mana2 bahasa yg dipilih pun akan menyebabkan paparan sebahagian fail yg sudah menggunakan templat ini rosak. Apa kata masukkan kedua2 bahasa dalam templat dan biar pengguna pilih bahasa parameter yg dikehendaki: sama ada gunakan yg diletak secara lalai (melalui js) atau sunting kopi rasional daripada en.wp? ...Aurora... (b) 15:02, 31 Ogos 2013 (UTC)[balas]
Ya, saya pun perasan kerosakan pada fail lama. Belum sempat memikirkan penyelesaian yang paling sesuai. Penggunaan templat cadangan baik, penggunaan bot pun boleh juga. Kalau ada masa nanti saya akan selesaikan setakat yang mampu. --Algazel (bincang) 23:08, 31 Ogos 2013 (UTC)[balas]
Maksud saya ubahsuai Templat:Rasional kegunaan bukan bebas. Contohnya ketika ini kedua2 parameter "Peleraian" dan "Peleraian rendah" boleh digunakan. Tambahlah satu lagi iaitu versi BI "Low resolution". Templat itu kelihatan kompleks, kalau tidak saya akan buat sendiri. ...Aurora... (b) 04:57, 2 September 2013 (UTC)[balas]
Nampaknya dah dilakukan Kurniasan. Terima kasih. ...Aurora... (b) 09:34, 3 September 2013 (UTC)[balas]
Ya, penyelesaian beliau lebih molek. Terima kasih, Kurnia. --Algazel (bincang) 00:21, 4 September 2013 (UTC)[balas]
Sama-sama. :) --Kurnia [ bual ] 05:57, 5 September 2013 (UTC)[balas]

Bantuan sunting

Perlukan bantuan bagi Templat:Google maps Yosri (bincang) 23:43, 31 Ogos 2013 (UTC)[balas]

Sudah tambah {{cite map}}. Nampaknya macam OK sekarang. --Algazel (bincang) 04:17, 1 September 2013 (UTC)[balas]
+ pengubahsuaian bahasa dapat dilihat pada infobox & rujukan Lapangan Terbang St Johann --Algazel (bincang) 04:35, 1 September 2013 (UTC)[balas]
Terima kasih. Saya tiada masa nyahpepijat, kerana lebih suka menulis/menterjemah. Yosri (bincang) 04:37, 1 September 2013 (UTC)[balas]
Sama-sama. Saya pun erm, sama—lebih gemar menterjemah. Saya hanya stand-in sehingga orang yang terampil pulang. --Algazel (bincang) 07:01, 1 September 2013 (UTC)[balas]

New feature: guided tours sunting

Hi everyone! Sorry for not posting in Malay.

This is an announcement of a new feature that we deployed here today. Called guided tours, this lets you create interactive, step-by-step tours of any page, process, or feature on the wiki.

You can try this feature out by appending "?tour=test" to any article URL, like this. The test tour is just an example, but we've also added a "firstedit" tour that needs translation. It might be something you want to add to links on the Sandbox or other places that encourage new people to edit.

Software developers can write tours of new features they build, and local admins can create tours here in the MediaWiki namespace, just like gadgets. There's a guide to creating tours on-wiki.

Please let me know if you have questions, Steven (WMF) (bincang) 22:35, 5 September 2013 (UTC)[balas]

Hi. The message was not completely translated. How can I help? --Kurnia [ bual ] 03:42, 6 September 2013 (UTC)[balas]

Gadget-Navigation popups sunting

Adakah hanya saya atau gajet ini telah berhenti berfungsi? ...Aurora... (b) 08:25, 11 November 2013 (UTC)[balas]

Saya juga mengalaminya. Tetapi bukan sahaja Navigation popups sahaja yang tidak berfungsi malah Reference Tooltips juga. Nak tam,bah sikit, adakah Hotcat juga tidak berfungsi? --SNN95-- talk to me beybeh! 17:33, 11 November 2013 (UTC)[balas]

HotCat saya masih berfungsi. Navigation popups tak pasti kerana saya tidak menggunakannya. Saya lebih selesa menggunakan Twinkle.--Apli kasi 17:35, 11 November 2013 (UTC)[balas]

Setelah mencuba, "Reference Tooltips" dan "HotCat" kelihatannya masih berfungsi. ...Aurora... (b) 07:57, 12 November 2013 (UTC)[balas]
Nampaknya terdapat beberapa perubahan di laman Nav Popups di en-wiki yang menyebabkan gangguan. Saya sudah menyalin skrip import di navpop.js untuk sementara waktu. Cara penggunaan di laman itu. Tiada terjemahan. Mungkin kita dapat betulkan gadget di sini bila kod di en-wiki sudah stabil. --Algazel (bincang) 08:37, 13 November 2013 (UTC)[balas]

Gadget Vandal Warner sunting

Saya telah mengimport gajet ini dari Wikipedia Bahasa Inggeris Mudah dengan tujuan untuk memudahkan kerja penambahan pesanan amaran di laman perbincangan pelaku musnah dan juga ucapan selamat datang kepada pengguna baru. Saya juga telah memasangnya di Wikipedia bahasa Bugis. Jika ada sebarang masalah terhadap gajet tersebut disini, kemungkinan besar ianya juga turut dialami sama di Wikipedia bahasa Inggeris Mudah. Sekiranya ianya tidak berfungsi, saya akan undurkan kerana gajet ini masih dalam percubaan.-Apli kasi 19:02, 18 November 2013 (UTC)[balas]

Saya mahu minta kebenaran untuk mengemaskini templat yang dinyatakan beserta subtemplat yang berkaitan. Saya mahu mengemaskini kod berdasarkan kod yang terkini di WBI. Hal ini memudahkan penciptaan dan penterjemahan artikel baru yang berkaitan dengan mudah kerana kod di WBM tidak selari dengan WBI. Jadi segala kesulitan amat dikelsali. --SNN95-- talk to me beybeh! 03:27, 23 November 2013 (UTC)[balas]

Siap dikemaskini! --SNN95-- talk to me beybeh! 04:02, 23 November 2013 (UTC)[balas]

Nasihat umum saya bila mengemaskini templat: Periksa juga rencana lain yg menggunakan templat tersebut, takut2 jadi rosak. ...Aurora... (b) 15:17, 24 November 2013 (UTC)[balas]

Saya sudah membetulkan kesemuanya (rasanya...). Tapi jika ada yang tertinggal sila maklumkan kpd saya? --SNN95-- talk to me beybeh! 06:40, 27 November 2013 (UTC)[balas]

Salam sejahtera, saya telah siapkan sebuah gajet yang diberi nama CatImport. CatImport ialah gajet untuk memudahkan penyunting menambah kategori pada sesebuah laman berdasarkan kategori yang ada pada rencana dalam Wikipedia bahasa lain. Jika gajet ini dibolehkan, akan wujud pautan Import di bawah laman dan jika diklik, ia akan memaparkan sebuah dialog. Dialog tersebut akan menyenaraikan kesemua kategori yang ada di rencana bahasa lain dan menterjemahkan semua kategori yang juga ada di sini (contohnya en:Category:Sociology diterjemahkan menjadi Kategori:Sosiologi), setiap satunya disertakan dengan checkbox. Bagi kategori yang tiada terjemahannya, ia akan disertakan dengan medan input bercadangan dan pengguna perlu menterjemahkannya secara manual. Bila pautan Simpan diklik, ia akan menambahkan kategori-kategori yang dipilih dengan menanda rait pada checkbox kedalam halaman berkenaan.

Untuk mencuba, isi kod yang berikut di dalam konsol pelayar web anda:

importStylesheet('Pengguna:Kurniasan/catimport.css');
importScript('Pengguna:Kurniasan/catimport.js');

Untuk membuka konsol

  1. di Google Chrome, tekan Ctrl+Shift+J
  2. di Mozilla Firefox, tekan Ctrl+Shift+K
  3. di Internet Explorer, tekan F12

dan pilih 'console'. --Kurnia [ bual ] 08:51, 2 Disember 2013 (UTC)[balas]

Syabas. Alat ini amat berguna. Ia juga bekerja dengan Opera. Mula2 saya mengalami sedikit masalah untuk mendapatkan paparan seperti di bawah. Dari segi penggunaan, saya perhatikan yang rencana pertamanya perlu ada pautan bahasa/widikata item. Kita perlu letak bahasa wiki sumber pada kotak kiri dan nama rencana sumber pada kotak kanan (lihat gambar). Terdapat satu pepijat yang dibicangkan di laman perbincangan skrip. --Algazel (bincang) 06:41, 4 Disember 2013 (UTC)[balas]
 
Tangkapan skrin menunjukkan paparan CatImport
Dulu ada bot buat sebegini, baguslah kini manusia boleh buat juga. Hmm... malangnya masih banyak kategori (dan rencana) yang tiada interwiki. ...Aurora... (b) 09:28, 4 Disember 2013 (UTC)[balas]

@Algazel:, interwiki sepatunya tidak wajib. Anda boleh masukkan kod bahasa dan tajuk sendiri. Tentang pepijat yang anda laporkan saya sudah balas. Malangnya saya tiada Opera 12, yang saya ada ialah Opera 18 dan tiada masalah. Jadi saya minta perincian pepijat dalam balasan saya itu. @Aurora:, gajet ini untuk penyelesaian segera. Jika tiada terjemahan, ia masih boleh digunakan untuk menambah kategori. :) --Kurnia [ bual ] 09:56, 4 Disember 2013 (UTC)[balas]

Patutkah gajet ini diusulkan supaya boleh dipasang agar boleh diaktifkan pada laman keutamaan? --Kurnia [ bual ] 09:59, 4 Disember 2013 (UTC)[balas]
@Kurniasan:. Ya, betul interwiki tak perlu. Saya sedang menggunakan Opera12/Linux semasa membuat ujian tadi, dan Opera tidak bekerja dengan betul, justeru timbul masalah yang saya nyatakan di atas. Dengan Firefox/Linux, semua OK. Secara peribadi, ini masalah kecil sebab saya boleh gunakan Firefox untuk suntingan, atau buka kedua2 pelayar semasa menyunting (seperti yang sering saya lakukan) :-) --Algazel (bincang) 10:27, 4 Disember 2013 (UTC)[balas]
Nampaknya ada beberapa fungsi rentetan yang tidak disokong oleh Opera 12. Saya sudah betulkan pepijat anda. :) --Kurnia [ bual ] 03:23, 5 Disember 2013 (UTC)[balas]
 Y Perfect. Lihat Zuber Usman di RC. --Algazel (bincang) 03:31, 5 Disember 2013 (UTC)[balas]
Saya sudah usul di Wikipedia:Gajet/usulan. Saya tidak pasti jika ini perlu untuk seseorang penyelia. --Kurnia [ bual ] 04:51, 5 Disember 2013 (UTC)[balas]
Saya pun kurang pasti, tapi saya kira tak mengapa jika dipasang gajet terus kerana ini dibuat beberapa penyelia sebelum ini, mahupun tak salah jika bertanya pendapat pengguna lain di laman usulan gajet.
Saya fikir membuat gajet lebih elok kerana mungkin ada pengguna yang tidak berapa jelas tentang cara memasang skrip justeru tidak dapat mencuba CatImport. Gajet akan membantu mereka agar dapat mencuba CatImport. --Algazel (bincang) 05:08, 5 Disember 2013 (UTC)[balas]
Kalau begitu, saya akan terus pasang. :) --Kurnia [ bual ] 05:20, 5 Disember 2013 (UTC)[balas]
Kurnia, saya ingat skrip ini bekerja serupa dengan ElphiBot. Ia mencadangkan kategori berdasarkan padanan interwiki. Tidak sama ya? Nanti saya cuba. Sekiranya anda ingin uji dengan Opera, uji dengan Opera 12. Opera 18 boleh dikatakan klon Chrome, kalau Chrome tiada masalah, maka oklah ia. Tentang usulan gajet pula, saya fikir bertanya pendapat dahulu lebih baik. Tak mahu penyelia syok sendiri, nanti dia seorang sahaja yg pakai sebab orang lain tak tahu, pelayar tak serasi, ataupun mungkin ada ralat. ...Aurora... (b) 10:07, 5 Disember 2013 (UTC)[balas]
@Aurora:, saya sudah jadikannya gajet. Perlukah diundur dulu? Dalam en.wiki ada tempoh penilaian dan ada usulan, tetapi saya tidak pasti sama ada ia digunakan dengan aktif atau tidak. Di wiki kita, saya sudah buat Wikipedia:Gajet/usulan, tetapi macam tidak dipedulikan atau langsung tidak diketahui ia wujud.
ElphiBot melakukan perkara yang sama malah gajet ini juga seakan sama dengan HotCat. Tetapi HotCat tidak terus menyimpan perubahan jika ada lebih daripada 1 kategori dan tidak tahu menterjemah kategori. Apa-apa pun, saya harap anda cuba dahulu. --Kurnia [ bual ] 10:37, 5 Disember 2013 (UTC)[balas]
Tak perlu diundur, sedang saya cuba. Mungkin laman usulan itu perlukan pautan kekal dari Kedai Kopi ini? Bagaimanapun, kalau tak dijadikan gajet, berkemungkinan besar saya sendiri tak akan mencubanya. Paradoks pula :)
Penilaian awal, ia bekerja dengan Opera 12 saya. Boleh tarik dan lepas interwiki sedia ada ke kotak judul, saya suka. Dan memang ada iras ElphiBot, maka saya tak perlu bersusah payah menterjemah kategori yg dah wujud dan ada interwiki, bagus.
(Tambahan) Hmm... merujuk gambar diberikan Algazel di atas, bila klik pada mana2 baris, misalnya United States bomber aircraft 1940–1949, kategori asalnya terus hilang, leceh sedikit nak menulis kembali "1940–1949". Pasti kebanyakan – akan menjadi - ...Aurora... (b) 11:19, 5 Disember 2013 (UTC)[balas]
Saya gembira anda suka. Saya baru tambah dua ciri baru pada gajet ini, yang ke-2 adalah berdasarkan komen anda:
  1. masukkan kategori kedalam <noinclude> secara automatik jika mengimport kategori untuk templat
  2. pengepala cadangan supaya pengguna tahu apa yang ingin diterjemah. :) --Kurnia [ bual ] 11:59, 5 Disember 2013 (UTC)[balas]
Ada masalah baharu, lihat ini dan suntingan sebelumya. Berlaku ketika saya cuba menambah "Kategori:Penerima Hadiah Keamanan Nobel", satu-satunya kategori cadangan yg biru. ...Aurora... (b) 08:03, 6 Disember 2013 (UTC)[balas]

──────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────── Hmm, saya tak dapat mengulangi ralat yang dinyatakan Aurora, malah dapat memasukkan kategori ujian dengan menggantikan salah satu drp kategori Inggeris dengan "IniKategoriUjian". Pulau Robben --Algazel (bincang) 08:41, 6 Disember 2013 (UTC) +Kat ujian akan saya buang dalam 24 jam nanti. --Algazel (bincang) 08:43, 6 Disember 2013 (UTC)[balas]

Pepijat ini hanya berlaku pada kategori yang ada terjemahan. Tapi saya sudah betulkan. Saya juga tambah kod untuk mengelakkan kategori yang sudah wujud dalam laman ditambah dua kali. Jika ada lagi masalah/pepijat, sila nyatakan. Maaf atas segala kesulitan. :) --Kurnia [ bual ] 08:57, 6 Disember 2013 (UTC)[balas]
Sekarang saya tak boleh menambah kategori merah pula :( ...Aurora... (b) 09:06, 6 Disember 2013 (UTC)[balas]
Haha, maaf. Sudah diperbetulkan. Lihat ini. ^_^;; --Kurnia [ bual ] 09:18, 6 Disember 2013 (UTC)[balas]
Ya, terima kasih :) ...Aurora... (b) 09:27, 6 Disember 2013 (UTC)[balas]
Sama-sama. --Kurnia [ bual ] 09:29, 6 Disember 2013 (UTC)[balas]

Saya bubuh kod ini di Perbincangan templat:Jalan pintas. Saya memerlukan seorang penyelia mengemaskini kod ini. --SNN95-- talk to me beybeh! 16:20, 3 Disember 2013 (UTC)[balas]

Boleh berikan sedikit perincian apa perubahan yang anda lakukan dan kenapa ia perlu? --Kurnia [ bual ] 03:26, 5 Disember 2013 (UTC)[balas]
Saya menambah [[]] diantara parameter {{{1|}}} dan sama waktu dengannya. Saya juga menambah kod untuk mengesan ralat jika salah satu pautan jalan pintas meletakkan lagi [[]]. Juga mengesan pautan merah. Maaflah jika ini menyebabkan banyak ralat disemua laman yag menggunakan templat ini. --SNN95-- talk to me beybeh! 12:06, 11 Disember 2013 (UTC)[balas]

Adakah Twinkle rosak? sunting

Seperti yang tertera, saya menggunakan gadget twinkle tapi sentiasa mendapat ralat. Saya cuba di WBInggeris, tak rosak pula... Jika ada masalahdengan kod saya akan cuba perbaikinya. --SNN95-- talk to me beybeh! 14:02, 7 Disember 2013 (UTC)[balas]

Twinkle saya ok pula. Nanti saya cuba periksa semula sekiranya ianya rosak.--Apli kasi 15:37, 7 Disember 2013 (UTC)[balas]
Ok... saya rasa seperti ada masalah dengan kod, mungkin. Saya sudah mencuba hampir kesemua pelayar web tapi semua tidak seperti tidak berfungsi langsung. Bukan itu sahaja, HotCat dan beberapa gajet yg lain juga begitu... rasa tak puas hati ni! Saya pernah mengusulkan perkara sebegini disini. Maaflah kerana memberitahu perkara sebegini sedangkan pengguna/penyelia lain boleh menggunakannya tanpa sebarang masalah --SNN95-- talk to me beybeh! 17:28, 7 Disember 2013 (UTC)[balas]
Jika hanya anda, mungkin ada sesuatu dlm css/js anda yg tidak serasi? Sekiranya ia disebabkan perisian MediaWiki yg berubah, laman ini mungkin membantu. ...Aurora... (b) 16:38, 8 Disember 2013 (UTC)[balas]
Saya sudah mengalah! X( Saya sudah memadam laman css/js yang mungkin merosakkan paparan saya. Saya tak jumpa langsung apa masalahnya~ Rasa nak mengangis pula T^T... XP --SNN95-- talk to me beybeh! 12:11, 11 Disember 2013 (UTC)[balas]

──────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────── Saya mencuba dengan akaun lama Nazhana95, tiada ralat! Kenapa akaun SNN95 masih mempunyai masalah ini? Tak berbaloi saya jadi penyelia jika gajet ini memberi masalah kepada saya. Maaf semua, nak lepas geram untuk diri sendiri... Jangan hiraukan saya.... --SNN95-- talk to me beybeh! 13:06, 11 Disember 2013 (UTC)[balas]

 Y Selesai Ralat sudah tiada. Twinkle kini boleh digunakan untuk saya. --SNN95-- talk to me beybeh! 16:20, 11 Disember 2013 (UTC)[balas]

{{Link GA}} & {{Link FA}} sunting

Pertama sekali, betulkan saya jika salah kerana masalah ini dikesan dari pandangan saya. Saya telah uji menggunakan dua pelayar web yg berbeza, Google Chrome dan Firefox. Saya juga telah menguji beberapa rencana yang menggunakan templat tersebut.
Saya perasan templat ini seperti tidak berfungsi... Bukti yang boleh menyatakan masalah ini, sila lihat rencana Air. Rencana ini menggunakan templat dan mengisi dengan parameter yang sepatutnya tetapi tidak menunjukkan simbol RP atau RB pada senarai bahasa berdasarkan kod bahasa yang dipilih. Berikut adalah senarai templat yang digunakan:

{{Link FA|eu}}
{{Link FA|he}}
{{Link FA|it}}
{{Link FA|mk}}
{{Link FA|vec}}
{{Link GA|eo}}
{{Link GA|es}}

Selepas itu saya meninjau masalah berkenaan templat ini dan mendapati pautan templat ini telah dipindahkan kpd terjemahan BM.

  • Link FA kpd Pautan RP
  • Link GA kpd Pautan RB

Jadi saya lihat di Common.js, saya lihat kod di dalam menggunakan nilai identifikasi dalam bahasa inggeris. Oleh itu saya mahu kepastian sama ada membalikkan semula pindahan yg dilakukan oleh @Amir Hamzah 2008:, atau hanya menukarkan kod identifikasi kepada BM supaya kod boleh kesan templat yang digunakan. Hanya menurkan FA kpd RP dan GA kpd RB.
Ini bahagian kod yang perlu diberikan perhatian

        for ( var i = 0; i < InterwikiLinks.length; i++ ) {
            if ( document.getElementById( InterwikiLinks[i].className + "-fa" ) ) {
                InterwikiLinks[i].className += " FA";
                InterwikiLinks[i].title = "Ini adalah rencana pilihan dalam bahasa lain.";
            } else if ( document.getElementById( InterwikiLinks[i].className + "-ga" ) ) {
                InterwikiLinks[i].className += " GA";
                InterwikiLinks[i].title = "Ini adalah rencana bagus dalam bahasa lain.";

SNN95      15:12, 31 Disember 2013 (UTC)[balas]

Silakan dan betulkan *lencongan*. Pengguna seharusnya memeriksa "Pautan ke laman ini" selepas melakukan lencongan templat untuk memastikan lencongan itu OK kerana banyak templat yang menggunakan subtemplat atau templat yang dilencongkan itu menjadi subtemplat pada templat lain, ataupun menggunakan javascript untuk berfungsi. --Algazel (hubung) 23:58, 31 Disember 2013 (UTC)[balas]
Okay, saya akan lakukannya! SNN95      05:47, 1 Januari 2014 (UTC)[balas]
Benar, Saya pun ada masalah juga manakala melihat suatu rencana yang menggunakan teg Link FA atau Link GA, namun tidak terlihat apa-apa bintang emas dan perak, bahkan di rumah sendiri pun (WBI). Macam mana 'ya, agar bintang emas dan perak di interwiki kelihatan? Hanamanteo (bincang) 05:58, 1 Januari 2014 (UTC)[balas]
Saya dah kesan lagi satu masalah dalam Common.js, berikut adalah penerangannya:
Asal

function LinkFA() {

    if ( document.getElementById( "p-lang" ) ) {
        var InterwikiLinks = document.getElementById( "p-lang" ).getElementsByTagName( "li" ); 
        for ( var i = 0; i < InterwikiLinks.length; i++ ) {
            if ( document.getElementById( InterwikiLinks[i].className + "-fa" ) ) {
                InterwikiLinks[i].className += " FA";
                InterwikiLinks[i].title = "Ini adalah rencana pilihan dalam bahasa lain.";
            } else if ( document.getElementById( InterwikiLinks[i].className + "-ga" ) ) {
                InterwikiLinks[i].className += " GA";
                InterwikiLinks[i].title = "Ini adalah rencana bagus dalam bahasa lain.";
            }
        }
    }

}

$( LinkFA );

Sudah diperbetulkan

function LinkFA() {

   if ( document.getElementById( 'p-lang' ) ) {
       var InterwikiLinks = document.getElementById( 'p-lang' ).getElementsByTagName( 'li' );

       for ( var i = 0; i < InterwikiLinks.length; i++ ) {
           var className = InterwikiLinks[i].className.match(/interwiki-[-\w]+/);
           if ( document.getElementById( className + '-fa' ) ) {
               InterwikiLinks[i].className += ' FA';
               InterwikiLinks[i].title = 'Ini adalah rencana pilihan dalam bahasa lain.';
           } else if ( document.getElementById( className + '-ga' ) ) {
               InterwikiLinks[i].className += ' GA';
               InterwikiLinks[i].title = 'Ini adalah rencana bagus dalam bahasa lain.';
           }
       }
   }

}

mw.hook( 'wikipage.content' ).add( LinkFA );

 Y Selesai Saya sudah uji dan ianya berhasil untuk semua pelayar web! SNN95      06:22, 1 Januari 2014 (UTC)[balas]

{{Link GA}} tak bekerja. Lihat Amir Hamzah yang sepatutnya ada tanda GA-id. --Algazel (hubung) 06:36, 1 Januari 2014 (UTC)[balas]
Sila lihat rencana air. Saya lihat tiada masalah. {{Link GA}} bekerja dengan baik. SNN95      08:42, 1 Januari 2014 (UTC)[balas]