Wikipedia:Kriteria kandungan tidak bebas

Untuk garis panduan penuh kegunaan kandungan tidak bebas (termasuk dasar ini dan kriterianya) lihat Wikipedia:Kandungan tidak bebas.
Seperti ketetapan dasar pelesenan Yayasan Wikimedia 23 Mac 2007 dokumen ini berfungsi sebagai Dasar Doktrin Pengecualian ("Exemption Doctrine Policy") untuk Wikipedia Bahasa Melayu.

Rasional

sunting
  • Menyokong misi Wikipedia menghasilkan kandungan bebas sentiasa untuk pengedaran, pengubahsuaian dan penggunaan tidak terhad oleh semua pengguna dalam semua media.
  • Mengurangkan risiko undang-undang dengan menghadkan jumlah kandungan tidak bebas, menggunakan takrifan kriteria yang lebih sempit daripada undang-undang kegunaan wajar A.S. atau Malaysia.
  • Memudahkan penggunaan bijak kandungan tidak bebas bagi menyokong pembangunan ensiklopedia berkualiti tinggi.

Tidak ada kelayakan automatik untuk menggunakan kandungan tidak bebas dalam rencana atau tempat lain di Wikipedia. Rencana dan laman Wikipedia lain boleh, menurut garis panduan, menggunakan petikan teks kata demi kata pendek daripada media berhakcipta, mengakui dengan betul atau menyebut sumber atau penulis asalnya, dan menunjukkan dengan khusus bahawa ia adalah petikan langsung melalui tanda petikan, <blockquote>, atau kaedah serupa. Kandungan tidak bebas lain—termasuk semua imej, audio dan klip video berhakcipta, dan fail media lain yang tidak memiliki lesen kandungan bebas—boleh digunakan di Wikipedia Bahasa Melayu cuma di mana semua 10 kriteria berikut dipenuhi.

  1. Tiada karya setara bebas. Kandungan tidak bebas digunakan hanya apabila tiada karya setara bebas tersedia, atau boleh dihasilkan, yang menyampaikan tujuan ensiklopedia sama, seperti halnya bagi semua potret individu hidup yang terkenal.
  2. Menghormati peluang komersil. Kandungan tidak bebas tidak digunakan dalam cara yang mungkin mengganti peranan pasaran asli media berhakcipta asal.
    1. Penggunaan minimum. Berbilang kandungan tidak bebas tidak patut digunakan jika satu atau dua fail cukup untuk menyampaikan maklumat penting setara.
    2. Takat penggunaan minimum. Keseluruhan karya tidak digunakan jika hanya sebahagian sahaja sudah cukup. Peleraian/kesetiaan/kadar bit rendah digunakan berbanding yang tinggi (terutamanya apabila yang asli boleh digunakan untuk pelanggaran hak cipta sengaja). Peraturan ini juga terpakai ke atas salinan di ruang nama Fail:.
  3. Penerbitan lampau. Kandungan tidak bebas mesti telah diterbitkan atau dipamerkan kepada awam di luar Wikipedia terlebih dahulu.
  4. Kandungan. Kandungan tidak bebas memenuhi piawai kandungan Wikipedia umum dan ensiklopedik.
  5. Dasar khusus media. Bahan tersebut mengikuti dasar khusus media Wikipedia. Sebagai contoh, imej mesti memenuhi Wikipedia:Dasar penggunaan imej.
  6. Minimum satu rencana. Kandungan tidak bebas digunakan dalam sekurang-kurangnya satu rencana.
  7. Kepentingan mengikut konteks. Kandungan tidak bebas digunakan hanya jika kehadirannya akan menambah pemahaman pembaca terhadap suatu topik dengan nyata sekali, dan jika tidak dimasukkan akan menjejaskan pemahaman itu.
  8. Sekatan pada lokasi. Kandungan tidak bebas hanya dibenarkan pada rencana (bukan laman nyahkekaburan), dan cuma di ruang nama rencana, tertakluk pada pengecualian. (Untuk menghalang kategori imej daripada memaparkan imej kenit, tambah __NOGALLERY__ kepadanya; imej patut dipaut, bukan diletak sebaris, dalam laman perbincangan apabila ia menjadi topik perbincangan.)
  9. Laman keterangan imej. Laman keterangan imej atau media memiliki perkara-perkara berikut:
    1. Pengenalan sumber bahan, ditambah, jika dapat, dengan maklumat mengenai artis, penerbit dan pemegang hak cipta; ini untuk membantu menentukan nilai pasaran potensi bahan tersebut. Lihat: Wikipedia:Sumber petikan#Multimedia.
    2. Satu teg hak cipta yang menunjukkan peruntukan dasar Wikipedia yang mana didakwa membenarkan kegunaan. Untuk senarai teg hak cipta imej, lihat Wikipedia:Templat khas#Gambar.
    3. Nama setiap rencana (pautan ke setiap rencana juga digalakkan) di mana setiap kegunaan wajar didakwa, dan rasional kegunaan tidak bebas khusus berasingan untuk setiap kegunaan fail tersebut, seperti diterangkan di Wikipedia:Garis panduan rasional kegunaan wajar. Rasional diberikan dalam bahasa jelas dan biasa, dan berhubungan dengan setiap penggunaan.

Berjumpa dengan kriteria tiada setara bebas

sunting

Di mana mungkin, kandungan tidak bebas ditukar menjadi bahan bebas berbanding menggunakan pembelaan kegunaan wajar, atau digantikan dengan pilihan lebih bebas jika ada yang memiliki kualiti boleh diterima; "kualiti boleh diterima" bermaksud kualiti yang cukup untuk menyampaikan tujuan ensiklopedia. (Sebagai ujian segera, sebelum menambah kandungan tidak bebas yang memerlukan rasional, tanya diri anda terlebih dahulu:

  1. "Bolehkan kandungan tidak bebas ini digantikan dengan versi bebas sedia ada yang memiliki kesan sama?" dan
  2. "Bolehkan subjek ini disampaikan hanya dengan teks tanpa menggunakan sebarang kandungan tidak bebas?"

Jika jawapan salah satu soalan ini ialah ya, penggunaan kandungan tidak bebas tersebut mungkin tidak memenuhi kriteria ini.)

Penguatkuasaan

sunting
  • Sebuah fail dengan rasional kegunaan tidak bebas sah untuk sebahagian (tetapi tidak semua) rencana di mana ia digunakan tidak akan dihapuskan. Sebaliknya, fail itu harus dibuang daripada rencana-rencana yang tidak mempunyai rasional kegunaan tidak bebas, atau rasional yang sesuai ditambah.
  • Sebuah fail yang kegunaan tidak bebas dituntut tetapi tidak digunakan dalam mana-mana rencana (kriteria 7) boleh dihapuskan selepas 30 hari pemberitahuan.
  • Sebuah fail yang digunakan dalam rencana dan dimuatnaik selepas 3 April 2011 yang tidak mematuhi dasar ini 7 hari selepas pemuatnaik diberitahu akan dihapuskan. Untuk mengelakkan penghapusan, pemuatnaik atau ahli Wikipedia lain perlu memberikan pembelaan kegunaan tidak bebas meyakinkan yang memuaskan kesemua 10 kriteria. Untuk fail yang digunakan dalam rencana dan dimuatnaik sebelum 3 April 2011, tempoh 7 hari ini diperpanjang menjadi 30 hari.
    • Perhatikan bahawa adalah menjadi tugas pengguna yang ingin memasukkan atau mengekalkan kandungan untuk memberikan rasional sah; mereka yang ingin mengeluarkan atau menghapuskan fail tersebut tidak diperlukan untuk menunjuk bahawa ia tidak boleh dicipta—lihat beban pembuktian.

Kriteria penghapusan kandungan tidak bebas ditentukan dalam Wikipedia:Kriteria penghapusan segera.